Bab 24

Romance Series 113890

Mak Long, Mak Minah dan beberapa orang saudara mara sedang sibuk membantu menyiapkan pelamin untuk majlis esok. Tidak kurang juga Pak Hamid, Pak Long, Amy serta beberapa orang jiran kiri dan kanan datang membantu di bahagian luar. Buat kecik-kecik pun, terpacak juga 2 khemah di laman rumah.

Yus kelam kabut turun tangga dengan siap bertudung untuk keluar.

"Yus. Kamu nak ke mana ni? Eh.. Esok dah nak kihak, duduk diam-diam kat rumah. Jangan mengada-ngada nak keluar." tegur Mak Long.

"Ala Mak Long, kejap je. Tak sampai satu jam Yus balik. Penting ni." Yus dah gelisah. Ye lah, sibuk punya hal sampai terlupa satu perkara ini.

Lalu Yus datang ke arah Mak Long lalu dibisikkan sesuatu di telinga Mak Long.

"Hm.. Kamu ni Yus, macam mana boleh lupa. Sekejap." marah Mak Long.

Mak Long kemudian bangun dan pergi arah luar rumah.

Eh, nak ke mana pulak Mak Long ni. Tak kan nak ikut aku kot.

Tidak lama, Mak Long masuk bersama Amy mengikut di belakang.

"Nak keluar boleh tapi pergi dengan Amy" ucap Mak Long.

"Oo... Panggil budak ni. Ingat Mak Long nak ikut sekali" tersengih-sengih Yus.

"Kak, cepat lah. Nak pergi tak ni?" panggil Amy.

"Nak. Nak. Akak datang sekarang."

****

"Kak, kau nak gi mana sebenarnya ni? Orang lain esok nak nikah, hari ni dok diam-diam kat rumah tau. Bukan macam kau. Sibuk lagi nak keluar" tegur Amy.

Bercakap macam orang tua, padahal beza setahun je kot dengan aku. Amy di sebelah dijeling.

"Hm.. Akak nak gi bandar. Nak ambil cincin yang akak tempah hari tu" jawab Yus malas. Nak cover malu sebenarnya.

"Cincin, ko biar betul kak, takkan kau tempah cincin nikah untuk diri sendiri kot?" soal Amy pelik.

'Pap' Yus tepuk dahi Amy.

"Ee.. Kau ni kan, soalan tu biar cerdik sikit boleh tak? Agak-agak la, takkan akak tempah cincin nikah untuk diri sendiri pulak" marah Yus.

"Ooo.. Kau tempah cincin nikah untuk abang Aniq ek.. " ucap Amy sambil tersengih-sengih mengalahkan kerbau dapat bunga. Eh, pernah ke aku tengok kerbau dapat bunga. Ah.. Ikut suka lah.

"Tak payah nak ejek boleh tak? Over la dia ni"

"Tapi kan kak, mana kau tau jari abang Aniq tu besar mana? Buatnya silap tempah, jadi kecik ke macam mana? Membazir je." soal Amy pelik. Hai akak aku ni, diukur pakai apa. Hebat betul. Takkan tengok pun dah tau saiz.

"Tak.. Akak ingat lagi hari tu Aniq pernah sangkut kunci kat jari manis dia. Lubang ring tu ada ruang sikit je. Jadi akak agak-agak je la. Harap-harap jangan kecik dah la." jawab Yus selamba.

Dengar sahaja jawapan kakaknya itu, terhambur ketawa dari Amy. Aduhai kakak aku ni..

"Kau ukur guna ring sangkut kunci kak?" soal Amy sambil geleng kepala.

"Biarlah. Sibuk. Kalau tak muat, apa payah, akak pakai kat jari kaki. Habis cerita" ambik kau. Jari banyakkan, tak muat jari tangan, pakai jari kaki. Huh!

"Eh, tapikan, kau ada nampak tak cincin yang akak suka pakai tu. Ala, cincin yang akak beli guna gaji pertama yang ada batu seketul tu. Hilang la. Jenuh cari." soal Yus pada Amy.

Sebaik dengar soalan tu. Terus pucat muka Amy.

"Yang kau ni tiba-tiba muka pucat ni dah kenapa? Kau sakit ke mi? Ha... Ke kau yang ambik cincin akak. Baik kau cakap?" soal Yus sambil tangan cekak di pinggang dan mata dikecikkan sambil memandang pada Amy di sebelah.

"Eh.. Mana ada! Suka suki kau je kan nak tuduh orang. Orang ambik nak buat apa? Bukan boleh pakai pun. Tah mana dia letak, cakap orang ambik." balas Amy. Adoi.. Mana pulak aku letak cincin ni hari tu. Lupa pulak nak letak balik. Mati... Jangan hilang sudah. Ni abang Aniq la punya pasal.

"Ye ke.. Akak salah letak kot" tergaru-garu kepala Yus mengingatkan di mana dia letak cincin tersebut.

"Haah. Ye la tu, salah letak" balas Amy tak tentu arah. Nampak sangat macam orang bersalah.

"Tak pe, nanti orang tolong akak cari ek" jawab Amy. Harap-harap la jumpa.. Kalau tak, mati la nakk..

****

"Cuba kau tengok, cantik tak?" soal Yus sambil menyerahkan cincin pada Amy.

"Hm.. Nice and simple. Tapi kan kak, pelik juga. Kau cakap tak suka dengan aturan jodoh ni tapi boleh pulak kau tempah cincin untuk abang Aniq" soal Amy lalu menyerahkan semula cincin pada Yus untuk disimpan di dalam bekas.

"Mula-mula memang akak rasa macam tu tapi tu lah.. Terima je la." ucap Yus sambil melangkah keluar dari kedai tersebut.

Sedang Yus dan Amy berjalan menuju ke kereta, tiba-tiba Yus berhenti mengejut, nyaris tak tersungkur dilanggar Amy. Amy pulak sedang bercakap di telefon memang dah perasan yang Yus dah berhenti melangkah di hadapannya.

"Kau ni dah kenapa kak, berhenti tak bagi signal" marah Amy.

Amy melihat mata Yus tegak memandang ke depan. Bila Amy turut sama memandang ke arah yang dilihat Yus, tak nampak apa pun. Nampak orang keluar dan masuk dari restaurant ada la. Akak aku nampak apa, jangan cakap nampak hantu dah la.

"Kak, oo.. Kak" tegur Amy sambil menggoyang-goyangkan tangan di hadapan muka Yus.

"Ah ye?" Yus seakan baru tersedar.

"Kau nampak apa kak, tiba-tiba je tegak tengok depan?" soal Amy.

"Tak.. Akak nampak macam kawan akak, Liza tapi bukan. Dah la jom balik" ajak Yus sambil menarik tangan Amy untuk mempercepatkan langkah.

"Ye lah.. Ye lah.. " ikut Amy.

Dalam kereta Yus hanya diam. Amy pula tidak hiraukan, mungkin kakaknya penat kerana menguruskan majlis nikahnya.

'Dia cakap perempuan tu bukan girlfriend dia tapi kenapa tadi aku nampak elok je perempuan tu peluk lengan dia sambil berjalan masuk ke dalam restaurant tu. Dia tipu aku ke. Hm.. Tak apa awak, saya tau awak nak jaga hati saya kan sebab terpaksa ikut wasiat arwah abah. It's okey. Tak apa, lepas ni, kita bagi masa sikit. Awak nak lepaskan saya dan kahwin dengan girlfriend awak tu pun saya rela. Awak pun terpaksa terima saya kan.' hati Yus merintih..

Menitis juga air mata di pipi. Laju tangan naik mengesat, tidak mahu Amy sedar yang dia sedang bersedih.

****

--Dalam masa yang sama--

"Sombong abang Qib kan semenjak nak kahwin ni. Mona call pun susah nak jawab mesej pun tak reply" manja suara Mona.

"Abang sibuk, tak ada masa nak layan Mona. Dah, tak payah nak bising. Abang dah ikut pun kan. Dah la esok abang nak nikah." ucap Aniq tak puas hati.

"Abang suka dia ek?" soal Mona.

"Dia ada nama!" amboi marah.

"Eleh.. Tu pun nak marah. Dah la. Jom masuk. Mona dah lapar ni" ucap Mona sambil menarik lengan Aniq masuk.

Setelah duduk dan memesan makanan. Aniq tegak memandang Mona di hadapannya.

"Apa tujuan Mona sebenarnya datang jumpa abang sampai sanggup tinggalkan London" soal Aniq tak puas hati.

"Abang ni.. Tak appriciate langsung kat Mona kan sanggup datang jauh-jauh macam ni" memuncung bibir Mona tak puas hati.

"Siapa yang minta Mona jumpa abang, papa Mona. Orang tua tu nak apa lagi?" soal Aniq tak puas hati.

"Mana ada.. Abang ni jangan marah-marah, dah tak hendsome. Cuba senyum sikit" ucap Mona sambil tersenyum pada Aniq.

"Dah la, abang nak balik. Mona makan sorang-sorang" terus Aniq bangun meninggalkan Mona seorang diri.

"Eh.. Abang.. Nanti, ni sapa nak bayar?" ee.. Teruk betul la dia ni. Boleh tinggal aku macam tu je.

****

"Ha, Qib baru balik. Keluar pergi mana tadi?" soal Mama yang sedang membetulkan gubahan hantaran. Tak banyak pun hanya 5 bekas sahaja. Yus tak nak banyak.

"Tak ke mana. Ada hal sikit" balas Aniq dan terus melabuhkan duduk di sofa sebelah mama.

"Qib jumpa siapa sebenarnya?" soal mama lagi.

Aniq hanya diam tidak membalas.

"Mama, esok pukul berapa Kak Shira dengan Abang Irwan sampai." Aniq ubah topik. Tidak mahu ibunya memanjangkan soal tadi kerana Aniq bimbang jika dia beritahu perkara sebenar, mamanya akan mengenang kisah yang lepas. Aniq tidak mahu mamanya bersedih.

"Katanya pagi-pagi akan sampai, dalam pukul lapan pagi macam tu. Sempatkan. Kita kena ada rumah Yus pukul sepuluh pagi. Masih awal. Kenapa, dah tak sabar nak jadi suami semula ke?" usik mama.

"Mama ni, bukan macam tu la." memerah muka Aniq bila diusik begitu.

"Sabar, esok dah. Tak lama lagi. Tapi lepas akad nikah, petang tu mama dengan Pakcik kena balik terus, ada majlis cukur jambul cucu Wan Leha sebelah rumah mama. Rasa tak sedap pulak kalau mama tak datang. Majlisnya pukul sebelas pagi hari Sabtu. Takut tak sempat" terang mama. Bimbang Aniq salah faham dan berkecil hati.

"Eh, it's okey ma. Tak apa, yang penting mama ada masa majlis esok. Itu pun dah cukup bermakna bagi Qib" balas Aniq lalu menepuk perlahan kekura tangan mamanya.

"Hm.. Qib tak beritahu pada pa.. " tak sempat ayat dihabiskan. Pantas Aniq mencelah.

"Tak perlu ma, dia yang buang Qib dan selama ini pun Qib bahagia dengan apa yang Qib ada." tegas bunyinya.
Terdiam Untie Sakina. "Mama bukan apa, sebelum ini pun mama yang dipersalahkan kerana tidak beritahu mengenai perkahwinan Qib" serba salah Untie Sakina, bukan dia tidak tahu perkara yang berlaku antara Aniq dan bekas suaminya dulu.

"Okey lah ma, Qib masuk bilik dulu. Belum solat lagi ni." ucap Aniq lalu bangun meninggalkan ruang tamu.

"Sakina, kita tak boleh nak paksa. Abang tau, abang orang luar, tak patut masuk campur tapi biarlah Qib yang selesaikannya sendiri. Kita sebagai orang tua hanya nasihat sahaja" ucap Uncle Nasari.

"Ye lah bang, Sakina faham. Terima kasih abang sebab memahami"

Uncle Nasari mengangguk lalu mengusap lembut rambut isterinya.

****

"Kalau semua dah siap, jomlah kita gerak. Ada orang yang dah tak sabar-sabar ni" usik Untie Sakina sambil terseyum memandang Aniq.

"Relax Niq, kalau jodoh tak ke mana" usik Syam pulak.

****

"Yus, pengantin lelaki dah sampai" ucap Mak Long.

"Jomlah kita keluar" ajak Mak Long sambil memimpin aku keluar dari bilik dan turun tangga.

Rasa seperti kaki tidak jejak atas tangga apabila terasa semua mata tertumpu pada aku. Adoi.. Berdebarnya hati. Nak tengok depan pun takut. Mintak-mintak jangan tersadung dah la. Kalau tak, malu sepanjang hidup oi..

Yus berjalan sopan ke pelamin. Di kanan Yus Mak Long dan di kiri pula Mak Minah. Yus angkat kepala pandang ke depan dan dalam masa yang sama Aniq juga memandang ke arahnya. Bersabung pandangan kedua-duanya hingga terdengar suara Pak Long memanggil nama Aniq.

"Bawa bersabar je, tak lama dah" gurau Pak Long. Terhambur ketawa dari semua yang datang. Memerah muka dan telinga Aniq. Aniq hanya senyum dan mengangguk.

Segak Aniq berbaju melayu warna biru laut rona yang sama dengan baju Yus. Nampak dadanya yang bidang dan otot lengannya yang kekar.

Tidak lama terdengar. Sah!

Menitis air mata Yus, sudah sah kini dia bergelar isteri. Tak pasti air mata gembira atau sedih tapi apa yang nyata, Yus rindu mak...

Doa diaminkan. Aku lihat Amy berjalan bersama Aniq menuju ke bilik tetamu, mungkin Aniq mahu menunaikan solat sunat. Aku bukan tak nak turut serta tapi bendera masih berkibar, mungkin sehari dua lagi turunlah benderanya.

Mak Long dan Mak Minah antara yang sangat gembira. Menitis air mata kedua-dua mereka. Aku dipeluk bergilir-gilir, belum lagi sepupu-sepupuku yang perempuan. Semua sibuk nak bergambar sebelum Aniq sampai untuk acara batalkan air sembahyang.

Tidak lama Aniq bersama Amy keluar dan datang ke arah pelamin. Aku lihat wajahnya masih basah dengan air. Sejuk mata memandang tapi sejuk lagi tangan aku sekarang ni.

Aniq bersama mamanya Sakina dan seorang lagi wanita. Aku cam itu mamanya pun kerana Aniq pernah menunjukkan gambar mama dan Pakcik tempoh hari. Baru hari ini dapat bersua muka.

Aniq hampiri pelamin dan duduk disebelah kananku sambil tersenyum pada Yus.

Cantiknya awak Afya.. Tak sangka akhirnya awak sah menjadi isteri saya.

Aniq memegang tangan kanan Yus, sejuk. Kemudian tangan kirinya pula. Sama je sejuknya.

"Sejuknya tangan Afya." ucap Aniq.

Yus hanya senyum tanpa mahu mendongak memandang Aniq.

"Qib, sarung ke jari kiri dulu, itu cincin tunang" terang mama.

Aniq berhati-hati menyarungkan cincin di jariku. Sungguh, gugup rasanya.

"Ha, sarungkan jari kanan pulak" pinta mama.

Selepas selesai menyarungkan cincin di jari Yus. Mak Long meyerahkan cincin pada Yus untuk disarungkan pada jari Aniq.

Sedikit terkejut Aniq apabila Yus memegang tangan kanannya untuk menyarungkan cincin. Sedikit menggelar tangan Yus. Aniq lantas mengusap perlahan tangan kanan Yus bagi menghilangkan getarnya. Pantas Yus dongakkan muka memandang Aniq. Aniq mempamirkan senyum ikhlas pada Yus.

Mintak-mintak la muat. Kalau tak muat, sorok muka belakang pelamin aci tak. Huhuhu

Hilang getar di tangan Yus. Cincin disarung. Muat-muat sahaja. Alhamdulilah...

"Terima kasih sayang" ucap Aniq.

Yus tunduk mencium kekura tangan Aniq dan Aniq pula meletakkan tangan kirinya di atas kepala Yus.

Aniq kemudian memegang dagu Yus dan mencium dahi. Saat itu meresap satu rasa yang tidak dapat digambarkan. Terpejam mata Yus menghayati sentuhan bibir Aniq di dahinya.

Aniq menyarungkan dua bentuk cincin pada jari manis kiri dan kanan. Di kiri katanya cincin tunang dan di kanan cincin nikah.

Pandai dia pilih, sesuai dengan jari Yus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience