Pulau Papillon adalah Markas Timur Imperial Zehir Navy, [IZN]. Serangan yang teruk pada sembilan bulan lalu sudahpun membuka pintu peperangan di pulau ini.
Kota Purba Papillon menjadi kubu, melindungi semua warga kota daripada segala jenis bahaya dari luar.
Imperial Zehir Army, [IZA] telah menempatkan 203rd Infantry Battalion untuk membantu 82nd Infantry Battalion mempertahankan pulau ini.
303 hari berlalu, peperangan masih hangat di sini. Bangunan di seluruh kota bertukar kelabu dan padang menghijau bertukar lumpur.
Setiap hari, semboyan akan berbunyi. Beratus-ratus batu di hadapan, jutaan peluru dilepaskan oleh Tentera Elimina.
Namun, ia terus berdiri dan hidup oleh warga yang menjaganya dengan rapi.
Kota ini dikepung sepenuhnya supaya Tentera Zehir mengalah dan menyerahkan Pulau Papillon kepada mereka.
Pada hari ini, hujan lebat turun dan menghadkan penglihatan tentera daripada kedua-dua pihak.
Istana Papillon yang menjadi kediaman Kerabat DiRaja Zehir dan Perpustakaan Kota kini digunakan sebagai rumah perlindungan rakyat dan markas tentera diraja.
Private_Iszran_[Pvt],
Island_Of_Papillon,
203rd_Infantry_Battalion,
Imperial_Zehirian_Army_[IZA].
Embun belum kering lagi, 980 askar terpilih berkumpul di depan pintu masuk istana.
"Kita ada pertukaran jadual, hari ni saja. Ada siapa-siapa nak tanya soalan?"
Tanya Mejar Enya [Mjr.Enya].
"S-saya."
Pvt.Iszran angkat tangan.
"Apa?"
Mjr.Enya memberi perhatian.
"Tuan ada peluru lebih? Saya cuma dapat 35 butir dari supply staff semalam."
Jawab Pvt.Iszran.
"Nah! Cermat sikit bila guna tu."
Mjr.Enya melontar sekotak peluru kepada Iszran.
"Ada sesiapa nak menanya lagi?"
"..."
Tiada seorang pun bersuara. Mejar berjalan ke tepi dan beri arahan baris sedia.
"Battalion dua ratus tiga, cepat jalan."
Dibuka gerbang oleh Pengawal Istana, Battalion 203 berkawad ke titik panas yang dikenali sebagai Padang Papilon.
Tiupan bayu yang ganas dan panahan petir yang tidak berhenti ibarat suatu tanda buruk kepada mereka.
Niat di hati untuk hilangkan rasa takut anggotanya, Enya mula menyanyi sebuah lagu yang memberi suntikan semangat.
"Empayar zehiria! Zehiria penguasa lautan!"
Nyanyi Mjr.Enya, memimpin.
"Zehir tak akan sekali-kali menjadi hamba!"
Askar Zehir menyambung lirik tersebut.
Imperial 85th Armour Corps menyelusuri jalan raya yang sama dan bertembung dengan Battalion 203rd.
Diwaktu yang sama, komander kor armor iaitu Mjr.Cyra meminta pasukannya berhenti serta merta.
"Minta maaf, enya!"
Mohon Mjr.Cyra.
"Tak mengapa."
Jawab Mjr.Enya.
Infantri terus berkawad dan menyanyi sehingga masuk ke Padang Papilon.
Hujan lebat bertukar gerimis dan semakin berkurang.
Ketibaan battalion menjadi kayu ukur bahawa semua battalion yang terlibat sudah berkumpul.
"Hormat!"
Arah Mjr.Enya.
Semua askar mengangkat tabik hormat, serentak dan kemas.
Panglima Tertinggi Ke-5 dan pegawai yang lain hadir, memberi taklimat penuh berkaitan operasi yang bakal dilaksanakan sekejap lagi.
"Masa depan bangsa kita yang cerah atau gelap semua bergantung pada kamu."
Kata Panglima Tertinggi Ke-5 dengan serius kepada semua askar.
"Imperial intelligence corps sudah pun tanda titik lemah untuk kamu serang.
"Asapkan mereka dan mulakan kerja kamu."
Sambung beliau lagi.
Sekumpulan Askar Zehir dari Kor Risik DiRaja membakar ranting kayu untuk menghasilkan asap yang tebal di sebalik hutan nipis dekat luar kota.
Semestinya ia menarik perhatian musuh untuk memadamnya tetapi Tentera Zehir terus berkumpul, bersedia untuk menerobos barisan kepungan mereka.
9th Artillery Battalion mula membedil eselon belakang Tentera Elimina.
Menggangu talian komunikasi dan memperlahankan bantuan askar musuh ke situ adalah tujuannya.
85th Imperial Armour Corps melenyek barisan hadapan Elimina yang tidak bersedia untuk melawan serangan mengejut ini.
Dengan mudah formasi 3 segi yang diguna pakai membuka ruang untuk battalion seterusnya masuk.
68th Infantry Battalion Mob. [Mobilised] bergerak ke belakang dan mengepung askar musuh.
Taktik mengejut ini berjaya menimbulkan huru-hara di kalangan askar Elimina.
203rd Infantry Battalion pun melontarkan bom tangan, menyerang dari depan untuk melemahkan semua tentangan yang berbaki.
Iszran dan Enya berlawan di samping masing-masing. Membantu antara satu sama lain dalam ribut peperangan.
"Sini! Ikut sini! Bawa panglima keluar dari sini!"
Panglima Elimina tiba-tiba muncul di hadapan mereka bersama 3 orang pengawal.
"Isz, backup aku."
Enya meminta pertolongan.
"O-ok."
Iszran mengisi peluru.
Enya berlari kearah Panglima Elimina dengan laju, tindakannya membuatkan para pengawal berasa sedikit takut.
"Dia dah gila ke apa?!"
Soal Panglima Elimina.
"Tuan, hati-hati-!"
Seorang pengawal menolak panglima ke tepi.
Hayunan bayonet oleh Enya memutuskan leher pengawal pertama dan dua lagi terus berusaha untuk membunuhnya.
Iszran menyedari stok peluru di poketnya sudah habis. Melihat peluang yang terbuka, dia membuat keputusan untuk mengikut langkah ketuanya.
"Tsk, tepi!"
Enya menikam pengawal kedua dari depan dengan keadaan luka.
"Papillon akan jatuh, tiada lagi halangan untuk ke pakma."
Ujar Panglima Elimina dengan gembira melihat Enya ditembak oleh pengawalnya dari belakang.
"Fur den kaiser!"
Iszran menikam dada Panglima Elimina dari belakang.
"Hurrah! Hurrah!"
Sorak Askar-askar Zehir yang menyaksikan momen bersejarah itu.
"203rd infantry battalion! Kemenangan semakin dekat! Lawan!"
Enya senyum gembira dan kembali melawan pengawal yang menembaknya tadi.
Moral Tentera Elimina terus jatuh menjunam mendengar kematian panglima mereka di tangan seorang askar Zehir.
Ada yang mula melarikan diri dan ada yang menyerah diri supaya tidak diapa-apakan.
"Panji merah! Panji empayar zehiria! Berkibar!"
Arah Enya melihat ada askar membawa panji merah.
"Berdiri sebelah menyebelah dan berjuang! Itu kita! Hapuskan kepungan ni dan halau mereka dari tanah air kita!"
Iszran memberikan ucapan dengan penuh bersemangat.
Dari atas langit, ada 3 buah pesawat tempur memusnahkan kereta perisai Tentera Elimina.
"Itu airforce kan?"
Iszran menanya ketuanya.
"Mustahil, kita mana cukup stok minyak untuk hidupkan kapal terbang di bangsal."
balas Enya.
"Jadi, itu mungkin-"
"I-iya, naval airforce."
24 buah pesawat muncul di atas langit, membawa emblem "IZF" yang bermaksud Imperial Zehirian Air Force.
Semuanya berpecah kepada 4 kumpulan dan menyerang Tentera Elimina dari udara.
Tentera Zehir mendominasi medan peperangan dan jumlah askar musuh semakin berkurang.
Selepas 8 jam pertempuran, Askar Elimina menyerah kalah dan menjadi tahanan perang.
Artilleri ringan dan berat, lori, kenderaan perisai, senjata, dan bekalan makanan dirampas.
Iszran yang membantu dalam kerja pengebumian askar yang mati dari kedua-dua belah pihak.
Dia mengumpul barang milik si mati untuk dipulangkan kepada keluarganya.
Pada keesokan harinya di ibu negara...
"Maaf menggangu siaran ini. Berita gembira, pertempuran di kota papillon sudah pun tamat!
"Seramai 80,000 askar zehir terkorban. 160,000 askar elimina terkorban. 3,000 orang awam juga terkorban.
"Semua askar yang berada di sana akan dibawa pulang ke pakma dan akan digantikan oleh batalion yang baharu. Sekian."
Pengumuman tersebut disambut gembira oleh orang ramai.
5 minit kemudian, Bombard Tower yang berdiri di tengah-tengah Kota Pakma melepaskan 7 das tembakan meriam ke udara sebagai satu simbolik menyambut berita kemenangan tersebut.
Diinspirasikan dari lagu Fields of Verdun, aku tulis bab ni. Harap kamu berpuas hati, kongsi cerita ni dengan kawan-kawan kamu. By the way, lagu ni kumpulan Sabaton yang nyanyi. Ada dekat youtube, boleh dengar bila baca bab ni. Supaya ada mood sikit. Apa-apa pun, jumpa di bab seterusnya. Semoga sihat selalu. Kalau ada apa-apa komen, taip saja, nanti aku baca.
Share this novel
Hana, bukan berniat nak mencari kesalahan ke apa tau, minta maaf sangat kalau awak marah. saja cakap, susunan ayat perkemaskan kalau boleh. cerita dah mantap teruskan, ganbatte kudasai