Bab 5

Drama Series 3858

Dari rumah ke sekolah. Waktu pagi.

 

Pukul 7 pagi. Musalmah hulur botol air ke arah Maizurah. Langkah mereka mula seiring.

          “Monyok je pagi-pagi ni?” tegur Musalmah bila dia perasan riak di muka adiknya.

          “Mak mesti merajuk dengan kita.” Luah Maizurah, wajahnya jelas risau.

          “Kenapa?”

          “Mak tak datang pun dalam mimpi adik semalam.”

Musalmah terdiam.

          “Mak bukan merajuk. Mak kan ada kat syurga. Bukan boleh selalu turun ke dunia ni nak jumpa kita.” Jawab Musalmah spontan. Langkah Maizurah terhenti. Dipandang muka kakaknya.

          “Kenapa?”

          “Syurga tu jauh dik. Penat mak nanti. Mak dahlah ada sakit jantung.”

Maizurah angguk faham.

          “Syurga tu best tak kak?”

          “Entahlah tapi ustazah cakap best. Arwah mak pun cakap best.”

          “Jauh tu berapa hari nak sampai kak?”

          “Entahlah. Kakak pun tak tahu.”

          “Nanti kakak tolong tanya kat ustazah ya.”

Musalmah mengangguk.

          “Kak, minggu depan cuti sekolah dua minggu kan? Adik nak pergi kubur mak hari-hari. Nak sembang dengan mak puas-puas.”

Musalmah anggukkan saja kepala. Dalam fikirannya ada sesuatu yang lebih berat untuk difikirkan. Perihal kata-kata ayahnya malam tadi. Terasa mahu diluahkan semua itu pada Maizurah tapi bisakah dia memahami maksud gelisah yang tersimpan di dada?

 

terima kasih kerana sudi singgah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience