Bab 15

Romance Completed 207871

Setelah selesai mengemas, Intan dan Amira melangkah keluar. Amira menolak troli manakala Intan merapatkan pintu. Sebaik Intan menoleh ke hadapan, dapati Caden dan Carlos sedang menuju ke arah mereka. Mungkin mahu ke bilik rehat.

Merah wajah Intan apabila semakin menghampiri Caden. Berjalan pun dah rasa tak kena.

"Tuan Caden, saya dan Intan dah siap kemas. Ada apa-apa lagi?" soal Amira pada Caden sebaik Caden dan Carlos menghentikan langkah.

"Nothing. Thank you" ucap Caden pada Amira tapi mata pandang pada Intan.

Intan dah tak senang duduk, rasa macam nak sorok je muka dalam laundry bag ni.

"Kalau macam tu saya dan Intan turun dulu" ucap Amira lalu menolak troli.

Carlos di sebelah Caden hanya senyum pada mereka berdua.

'Ting'

Lift sampai di tingkat bawah. Amira dan Intan membawa beg laundry ke bahagian mencuci dan kemudian kembali ke bilik rehat.

Sekejap lagi waktu makan tengah hari. Hampir Intan terlupa dengan tugasnya petang ini.

Jangan tiba-tiba En Rahim minta buat kerja tambahan lagi dah la. Kalau ada pun limit sampai jam dua setengah boleh lagi. Kalau tidak memang tak sempat.

Harap-harap la tak ada gangguan. Dekat dua bulan dah di sini. Punya la payah nak dapat maklumat, yang bantuan tu pun tak dengar berita. Bantuan apa ntah, apa pun tak ada.

"Intan, jom makan. Kejap lagi kita nak naik tingkat dua belas" ajak Amira.

"Ye lah. Eh, tapi tak banyakkan nak buat kat tingkat dua belas tu?" soal Intan sambil beriringan dengan Amira ke ruang makan.

"Rasanya tak kot. Kenapa?" tanya Amira pula.

"Tak ada apa, dua tiga hari ni penat sikit. Kalau siap awal, boleh rehat awal" balas Intan.

Laju kedua-dua mereka mengatur langkah ke ruang makan. Dah ramai yang mula mengambil makanan. Hampir penuh juga meja di dalam ini.

"Hari ni ada menu lauk kampung la" teruja Amira berkata sebaik menjenguk ke deretan lauk.

"Sedapnya. Lama tak makan" kata Intan pula.

Setelah makanan dan minuman diambil, langkah diatur ke meja hujung, hanya di situ yang ada kosong.

"Minggu depan kau dah start cuti kahwin kan?" soal Intan selepas membasahkan tekak dengan air sirap limau.

"Eh, taklah. Tuan Caden bagi aku extra cuti" balas Amira sambil tersengih. Nampak sangat tak sabar nak kahwin.

"Ye ke? Apasal saya tak tau pun. Dah tu bila mula cutinya?" soal Intan.

Caden ni suka buat pasal. Seram pulak bila fikir kejadian tadi. Ye la, kalau dah dia seorang yang mengemas. Tapi kalau Caden berani nak buat apa-apa, memang makan penumbuk la jawabnya.

Eleh.. Ye ke.. Tah-tah kau pun suka kan.

"Intan! Ish kau dah kenapa hari ni? Melayang tah ke mana-mana. Malas la nak cakap" ayok.. Amira merajuk.

"Sorry la, aku tak dengar, ralit sangat makan lauk kampung ni ha" balas Intan memujuk.

"Makan apa benda, lauk pun tak usik. Dok gentel nasi je dari tadi" marah Amira dengan makanan penuh mulut.

"Oit, kau ni. Makan tak sopan. Cuba la sopan sikit, takut suami tengok nanti. Gelojoh" usik Intan.

"Sibuk la" marah Amira selepas makanan dalam mulut ditelan. Apa punya anak dara la ni..

"Tak.. Saya tanya betul ni, bila kau start cuti?" tanya Intan serius.

"Lusa, maknanya esok last saya kerja. Tuan Caden cakap kau dah cekap dah nak kemas pejabat dan bilik rehat dia tu" kata Amira sambil tersenyum.

"Ha.. Ye la. Kau senyum la sebab dapat cuti awal. Saya ni la nak menanggungnya" kata Intan tidak puas hati.

"Dah la, makan dulu. Nanti sembang. Sedap lauk ni" tegur Amira sambil laju menyuap makanan.

Intan langsung patah seleranya. Hm.. Lama kot nak mengadap si Caden tu. Dah la dia ni, kalau dengan Caden je, automatik channelnya lari. Mati la nakk..

Tengah hari itu Intan makan, separuh nasi pun tidak habis. Stress punya pasal. Dengan tugas lagi, dengan karenah Caden lagi. Layan je la labu..

Selepas makan, Intan dan Amira pantas naik ke tingkat dua belas untuk membantu rakan -rakan di sana. Hampir jam dua empat puluh petang baru kerja mengemas siap. Kelam kabut Intan turun ke bilik rehat untuk mengambil alatannya. Harap-harap la berjalan lancar.

Sebelum turun ke basement, Intan menukar baju terlebih dahulu, jaket hitam hanya disangkut di lengan sahaja. Tidak mahu nanti rakan-rakan nampak pelik pula.

Sebaik lift sampai di basement, Intan terus memakai jaket hitamnya dan topi besbol menutup kepalanya yang bertudung. Intan mencari lokasi yang strategik untuk merakam kehadiran pelanggan dan juga perempuan-perempuan yang dibawa orang-orang Cleine melalui lift tersebut.

Intan berjalan perlahan di celah-celah kenderaan yang diparking di petak parking sambil kepala sekali sekala menoleh ke belakang.

Sampai sahaja lokasi yang sesuai Intan terus melekatkan kamera kecil bersaiz 8mm di hadapan bonet sebuah kereta hitam. Kebetulan kereta tersebut adalah kereta milik Caden. Kereta yang digunakan Caden semasa menghantarnya pulang kerja semalam.

Setelah kamera dilekatkan di tiga sudut, Intan pantas bergerak ke belakang kereta. Remote ditangan sudah sedia begitu juga tab yang menunjukkan kawasan liputan kamera juga telah tersedia di tangan. Hanya menunggu masa sahaja.

Hampir sepuluh minit Intan menunggu tetapi orang yang dinanti belum tiba.

Tidak lama, dua buah kereta berhenti di tepi lift lalu menurunkan beberapa orang perempuan yang berpakaian seksi diiringi oleh orang-orang Cleine. Selepas kereta itu berlalu, Intan mendapat view yang sempurna dan dapat merakam wajah mereka dengan jelas.

Berdasarkan kamera yang dipasang, ada lapan orang perempuan. Dari air muka, mungkin orang melayu dan cina. Kemudian perempuan-perempuan tersebut bersama orang-orang Cleine meloloskan diri ke dalam lif.

Intan akan menghantar rakaman ini ke HQ. Mungkin ada diantara perempuan-perempuan ini adalah orang yang dilaporkan hilang sejak kebelakangan ini.

Akhir-akhir ini banyak laporan orang hilang dibuat. Anak perempuan keluar rumah tidak pulang, kakak, adik, anak saudara dan ramai lagi. Kebanyakan mereka ini berumur lingkungan lapan belas tahun hingga dua puluh dua tahun.

Lebih kurang lima minit kemudian datang dua buah kereta, sebuah warna putih dan sebuah lagi berwarna silver berhenti berhampiran lift. Pintu dibuka dan penumpang kereta tersebut keluar dari perut kereta.

Setelah kedua-dua kereta tersebut beredar, dapat dilihat dengan jelas tiga orang lelaki berdiri di hadapan lift, masing-masing bersama bodyguard.

Apabila diteliti salah seorangnya adalah King Pulai, orang yang paling dikehendaki dalam kes seludup senjatapi. King Pulai berasal dari Johor tetapi menetap di Pulau Pinang. Aktiviti penjualan senjatapinya meliputi sekitar beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.

Tak guna. Apa yang Cleine cuba buat sebenarnya ni.

Selepas ketiga-tiga mereka masuk ke dalam lift bersama bodyguard masing-masing. Intan menyimpan tab ke dalam beg silang yang dibawa.

Intan memandang kiri dan kanan dari celah kereta dengan berhati-hati kerana tidak mahu orang-orang Cleine nampak perbuatannya.

Intan bernasib baik kerana tugasnya dipermudahkan. Nasir yang sebelum ini bertugas sebagai Pengawal Keselamatan telah diubah penugasannya ke bilik kawalan CCTV. Hari ni baru mula tugasnya. Lepas ni lebih mudahlah tugas mereka kerana CCTV boleh dipantau.

Dengan bantuan Nasir, rakaman yang menunjukkan Intan di sekitar kawasan tersebut dalam dikawal supaya tidak dirakam. Jika tidak, ia akan menjadi masalah apabila spotcheck terhadap rakaman CCTV dibuat nanti.

Setelah betul-betul pasti tiada sesiapa di kawasan tersebut, Intan pantas menuju ke tempat kamera kecil tadi dilekat. Laju tangan Intan mengambilnya semula.

Dengan berhati-hati Intan melangkah ke bahagian belakang kereta. Tiba-tiba ada tangan yang menutup mulut Intan dari arah belakang. Apa lagi pantas Intan menghentak ulu hati orang tersebut dengan siku kanannya.

Terlepas mulut Intan dari pegangan tangan itu. Intan terus memusing ke belakang mahu teruskan serangan tetapi niatnya terus dibatalkan apabila melihat Shukri sudah terduduk memegang perutnya. Senak kena penangan Intan agaknya.

"Shukri, awak buat apa kat sini?" marah Intan dengan suara yang ditahan-tahan sambil menoleh ke kiri dan kanan.

"Adui.. Sakit juga kena penangan siku tu. Saya kebetulan baru balik dari menghantar dokumen ke pejabat pos. Saya teringat Chet beritahu supaya standby takut kalau-kalau bantuan saya diperlukan. Saya datang la tempat ni. Adeh.. Senak" terang Shukri. Semalam Nasir telah maklumkan perkara ini. Sangkanya mahu membantu, tapi begini pulak jadinya.

"Sorry. Mana saya tau, Chet tak bagitau apa-apa pun" kata Intan serba salah.

"Yang awak pun buat suspen macam tu dah kenapa?" soal Intan perlahan.

"Habis, takkan saya nak panggil nama Intan pulak. Orang tau la nanti. Sia-sia Chet uruskan kamera CCTV kat kawasan sini dan usaha Puan rakam kehadiran diaorang tadi" kata Shukri yang masih memegang perutnya.

"Next time, bagilah clue sikit. Tak de la kena siku dengan saya tadi" marah Intan dengan suara yang perlahan.

"Awak okey ke?" soal Intan. Shukri hanya mengangguk.

"Boleh bangun tak ni?" soal Intan bimbang.

Shukri hanya mengangguk.

"Tak pe, Puan gerak dulu. Saya okey" kata Shukri.

"Okey, apa-apa, roger saya" jawab Intan lalu terus menuju ke lift.

Sebaik tiba di tepi lift, pantas topi dan jaket dibuka. Topi disimpan di dalam beg dan jaket di sangkut pada tangan.

Berpeluh-peluh dahi. Butang ke atas ditekan.

'Ting'

Pintu lift terbuka. Laju Intan melangkah masuk ke dalam lift sambil mengesat peluh di dahi dengan tisu. Eh, ada orang. Tak nak keluar ke orang ni. Tengok kasut macam kenal. Laju Intan mendongak, Caden. Lagi berpeluh-peluh Intan jadinya.

"Tuan Caden tak nak keluar ke?" soal Intan apabila menyedari pintu lift masih terbuka.

"Kenapa berpeluh-peluh. Awak buat apa?" soal Caden sambil mata memerhatikan Intan yang dah semakin kalut mengesat peluh.

Aduh.. Jangan la tengok macam tu. Makin banyak peluh ni. Silap hari bulan banjir lift ni dengan peluh.

"Hah, Saya?" tanya Intan semula sambil memandang wajah Caden di sebelah.

Caden tidak menjawab, sebaliknya masih memandang wajah Intan.

"Answer me" garangnya dia.

Ye la.. Ye la.. Saya jawab, tapi jawapan adalah rekaan semata-mata. Hihihi

"Saya tertinggal barang kat loker, jadi tu nak naik semula. Berpeluh ni sebab saya berlari balik ke lift" jawab Intan sambil pamerkan senyum.

"Tuan Caden tak nak keluar ke, dari tadi pintu ni dok nganga je. Penat dia" kata Intan.

Menjeling Caden pada Intan. Marah la tu..

Tiba-tiba jari Caden menekan butang close dan kemudian butang G. Aik, tak nak keluar. Nak jadi lift boy pulak. Suka hati la Caden oi..

Caden hanya tegak memandang ke depan. Intan juga sama tapi mata tu tak reti diam. Nak juga jeling-jeling pandang orang di sebelah. Dia nak ke mana sebenarnya, kalau dari gaya yang macam ni, dia tak masuk pejabat dah. Mungkin nak balik rumah. Tapi mana pulak Carlos. Bukan selalu Carlos ada dengan dia ke?

"Awak tak nak keluar ke?" soal Caden di tepi telinga Intan.

Huh, bagai tersedar dari mimpi. Lah.. Dah sampai. Tu la syok sangat pandang Caden kan.

Intan laju melangkah keluar. Eh, Caden pun keluar sama. Nak ke mana, takkan ikut aku kot. Sudah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience