Bab 17 : Luahan Hati

Horror & Thriller Completed 71148

Alif yang tadinya ketawa kini terdiam mendengar soalan Syafiq itu. Dia memberhentikan langkahnya, lalu memandang wajah Syafiq yang berada di sebelahnya.

"Apa kau merepek ni Syafiq? Tak mau lah cakap pasal mati-mati ni, kan kita nak tenangkan fikiran petang ni." Kata Alif padanya.

"Aku pun kalau boleh tak nak cakap pasal benda ni Alif. Tapi tiba-tiba aku terfikir tadi. Lagipun aku teringat pesan seorang Ustaz ni, dia kata kalau kita nak memuhasabah diri, perbanyakkan lah mengingati mati." Balas Syafiq sambil melontarkan pandangannya ke tengah padang.

"Aku tahu benda tu. Tapi.." Belum sempat Alif menghabiskan kata-katanya, Syafiq terus menambah.

"Kalau hari ni hari terakhir untuk aku hidup, kau kena janji satu perkara dengan aku Alif." Kata Syafiq sambil mengalihkan pandangannya ke arah Alif kembali.

"Haishhh, kan aku dah cakap tak nak cakap pasal hal ni." Bantah Alif lalu meneruskan langkahnya perlahan.

Syafiq yang melihat Alif mahu berlalu pergi, dengan pantas menarik lengan roomatenya itu. Dia kemudiannya memusingkan badan Alif dan bertentang mata dengannya.

"Selama kita menjadi roomate ni, kau banyak tolong aku Alif. Kau bukan sahaja sahabat aku, tapi aku dah anggap kau lebih dari tu. Aku dah anggap kau macam keluarga aku sendiri. Kalau aku sedih, kau selalu ada untuk pujuk aku. Kalau aku marah, kau selalu ada untuk tenangkan aku. Malah kalau aku rasa lost, kau selalu ada nak pimpin tangan aku." Kata Syafiq sayu.

Syafiq mulai diam seketika. Ditundukkan wajahnya ke tanah lalu diangkat layu tangan kanannya untuk menghapuskan butir-butir mutiara kecil yang keluar dari matanya itu.

"Kau jugak banyak tolong aku berubah Alif. Dari aku jauh dari Allah, hingga lah aku dapat rasakan bahawa Allah itu sangat dekat dengan aku. Malah, kau selalu support aku walau orang lain pandang serong dengan perubahan aku ni." Sambung Syafiq lagi.

"Haishhh apa ni sedih-sedih Syafiq, aku tak kisah pun lah semua tu. Kita kan dah 3 tahun jadi roomate. Aku pun sayang kau macam kau ni ahli keluarga aku sendiri wei." Jawab Alif yang cuba menenangkan hati Syafiq yang kesedihan.

"Sebab tu aku harap, kalau hari ni hari terakhir aku hidup dekat dunia ni, kau akan janji 1 perkara dengan aku Alif." Kata Syafiq sambil memandang serius ke wajah Alif.

"Janji apa Syafiq?" Tanya Alif ingin tahu.

"Janji dekat aku yang kau akan cari aku dekat neraka andai nanti kau tak jumpa aku dekat syurga." Kata Syafiq sayu lalu terus memeluk tubuh Alif erat.

Kedengaran tangisan Syafiq perlahan. Dia yang masih memeluk erat tubuh roomatenya itu, seakan tidak sanggup melepaskan pelukan itu darinya. Alif yang turut merasa kesedihan roomatenya itu membalas pelukan nya lalu mengusap perlahan belakang badan nya.

"Shhhhhh. Sabar Syafiq sabar. Bawak bertenang. Aku ada ni dengan kau. Jangan risau. Aku tak akan tinggalkan kau. Aku janji." Kata Alif perlahan memujuk Syafiq.

Tidak lama selepas itu, Syafiq melepaskan perlahan pelukannya itu. Matanya yang sudah kemerahan, dikesat perlahan menggunakan lengan bajunya itu. Dia kemudiannya memalingkan pandangannya ke arah tengah padang sekali lagi kerana tidak mahu Alif melihat wajahnya saat itu.

"Aku pun sama Syafiq, kalau hari ni hari terakhir aku dengan kau, aku harap kau tak akan pernah lupakan aku. Sekalipun aku dah tak di sisi kau, anggaplah bahawa aku ni akan tetap selalu ada. Kalau kau sedih ke, kalau kau rasa down ke, ingat balik lagu yang aku ajar kau tu. Nyanyi kuat-kuat ye." Kata Alif sambil berdiri di sebelah Syafiq menghadap padang sambil tersenyum kecil.

Lalu Alif menyambung kata-katanya itu lagi.

"Maaf lah andai aku ada buat salah dekat kau, halalkan semua benda yang kau pernah bagi ye. Simpan lah segala memori kita ni selamanya. Malah kalau aku pergi dulu dari kau, jangan lupa untuk selalu sedekahakan Al Fatihah buat aku. Tengok-tengok kan keluarga aku sekali Syafiq, dorang tu semua harapkan aku berjaya. Dan macam kau jugak, kalau kau tak jumpa aku dekat Syurga, tolong cari aku dekat neraka wei." Kata Alif perlahan.

Syafiq menoleh wajah Alif. Dilihatnya sayu roomatenya itu. Air matanya kembali berjujuran mendengar kata-kata roomatenya itu. Entah kenapa petang itu yang sepatutnya menenangkan hatinya, kini menjadi satu episod sayu diantara dirinya dan roomatenya itu.

Masing-masing mendiamkan diri sambil memandang jauh ke tengah padang. Anak-anak muda yang berada di sebelah sana mulai beransur pulang. Matanhari yang sudah seharian menyinari bumi mulai menghilang lalu menjemput bulan dan bintang untuk menggantikan tempatnya.

Melihat Syafiq masih termenung jauh, Alif meletakkan tanggannya di atas bahu Syafiq. Dia kemudiannya menarik perlahan roomatenya itu lalu mereka pun mula berjalan pulang ke bilik mereka.

Syafiq masih mendiamkan dirinya. Senyuman cuba dia ukirkan, namun kelihatan jelas hatinya masih kesedihan. Sepanjang jalan Alif cuba melakukan perkara agar Syafiq gembira, namun masih boleh dilihat kesedihan di dalam hatinya.

-0-0-0-0-

Jam menunjukkan tepat pukul 8.30pm. Seusai makan bersama Alif tadi, Syafiq menuju ke bilik air untuk mengambil air wudhu'. Dia kemudiannya mendirikan solat Isyak berseorangan. Air matanya sekali lagi jatuh berguguran. Habis segalanyaa diadu pada Tuhan, mengharap agar ketenangan dapat dia rasakan.

Seusai memberi salam, Syafiq diam menundukkan pandangannya ke lantai. Tasbih dan istigfar mulai dibaca perlahan. Saat itu, tiba-tiba kedengaran pintu bilik mereka dibuka perlahan, lalu Syafiq menoleh ke arah nya.

Dilihat dengan jelas, Alif sedang berjalan menuju ke luar bilik mereka itu. Namun, Alif tidak bersendirian. Dibelakangnya terlihat satu lembaga hitam yang mengekorinya. Syafiq terkejut lalu beristigfar panjang.

Tanpa berfikir panjang, Syafiq mencapai Al Quran yang ada di atas mejanya itu lalu berlari menuju ke luar pintu bilik mereka. Alangkah terkejutnya Syafiq apabila mendapati terdapat 3 susuk manusia sedang menantinya di luar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience