BAB 5

Humor Series 8150

"Assalamualaikum, Mak Ngah.. ohh Mak Ngah.." aktiviti Puan Siti Maryam di dapur terhenti pabila mendengar ada seseorang memberi salam dan melaungkan namanya itu. Lantas dia berlalu pergi ke pintu utama rumah untuk melihat siapakah gerangan tetamu yang datang.

"Waalaikumsalam. Ehh, laaa Eshal rupanya. Mak Ngah ingatkan siapa tadi. Bila Eshal balik sini?" tanya Puan Siti Maryam kepada anak buahnya itu.

"Eshal baru je seminggu balik sini. Tetiba rindu masakan Mak Ngah, tu yang Eshal datang sini. Boleh melawat Mak Ngah dengan Pak Ngah sekali. Hehe.." ucap Eshal Zafri sambil mencium tangan untuk bersalaman dengan ibu saudaranya itu.

"Haa, elok lah tu. Mak Ngah pun dah lama sangat tak tengok anak buah Mak Ngah ni sejak-sejak Eshal tinggal kat UK. Ehh, borak lama-lama kat sini pulak. Jemput lah masuk. Eshal duduk dulu yaa, Mak Ngah nak pergi siapkan minuman," ujarnya ceria menyambut anak buahnya yang datang bertandang ke rumahnya.

"Nah, jemputlah minum. Ni haa, Mak Ngah ada buatkan kuih pelita. Makan lah," ujarnya mempelawa Eshal.

"Wahh, sedap ni. Lama Eshal tak makan kuih tradisional ni Mak Ngah. Duduk sana lama-lama terasa rindu nak makan makanan Malaysia punya," katanya sambil menjamah kuih yang disediakan oleh Puan Siti Maryam.

"Hmm.. Wada mana Mak Ngah? Dia dah habis study kan sekarang?" soalnya apabila tidak terlihat kelibat sepupunya itu.

"Ha'ah. Wada ada kat bilik dia. Haihh, Mak Ngah tak tahu lah nak cakap macam mana. Dia dah tak macam dulu dah, Eshal."

"Tak macam dulu? Maksud Mak Ngah? Eshal tak faham lah."

"Yalah. Dia dah berubah. Semenjak Mika, si ex boyfriend dia curang dengan dia dulu. Dia dah tak macam dulu. Tak seceria dulu dah. Hidup dia semakin tak terurus. Mak Ngah risau sangat tengok keadaan dia tu. Dah tiga bulan dia macam tu, Eshal." ujarnya sebak.

"Ya Allah.. Kenapa Mika sanggup buat Wada sampai macam tu sekali? Emm, Mak Ngah.. Boleh Eshal jumpa Wada sekejap?"

"Boleh. Eshal pergi lah tengok-tengokkan dia. Pujuk dia, beri dia nasihat. Mana lah tahu, Eshal boleh pujuk dia. Wada ada kat biliknya di atas."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience