BAB 10

Humor Completed 26062

SEMPENA ulang tahun kelahiran Harith yang ke 26 tahun,Puan Yasmin mengadakan majlis sambutan kelahirannya di Pulau Langkawi.Semua jemputan terdiri daripada kenalan dan saudara mara terdekat.Malah Puan Yasmin turut menaja penginapan mereka semua.

Sambutan diadakan di tepi pantai pada malam hari.Tidak ketinggalan Intan dan Auntie June.Semua tetamu berpakaian serba biru muda mengikut tema majlis.Pelbagai gaya dan fesyen dapat dilihat.Iris Malaeka berdress labuh digayakan dengan shawl warna yang sama.Nasib dia sempat beli baju mengikut tema sebab dia dapat tahu pun lagi sehari nak berangkat.Nampak sangat Iris tidak penting dalam aturcara majlis yang Puan Yasmin rancangkan.

Majlis sangat meriah saat acara memotong kek tiga tingkat.Berkumandang lagu selamat hari lahir buat Harith.Pelbagai makanan dihidangkan.Tak terkata betapa mewah dan meriah sekali majlis kali ini.Pada hal tahun lepas Harith sendiri menolak bila mamanya beria nak buat majlis hari lahirnya.

Iris sentiasa berdiri di sebelah Harith tetapi Puan Yasmin kerap mencari ruang mahu memisahkan Harith darinya.Tengoklah tadi masa nak suapkan kek ke mulut Harith,Iris hanya dapat suap sekejap sahaja, dan terpaksa memberi ruang pada yang lain sama.Harith tidak pula menolak saat giliran Intan menyuapkan kek ke mulut dia.Makin galak senyum lagi adalah bila Intan berdiri disebelah masa sesi bergambar.

Tak dapat dinafikan malam ini Intan lebih menonjol dari Iris.Kalau nak dibandingkan memang Iris jauh ketingalan berjauh batu.Intan ibarat burung merak.Semua mata terarah padanya.Cantik dan menawan.Iris hanya burung pungguk yang rindukan bulan.Sikit pun orang tak sedar akan kehadirannya di situ.

Harith makin sibuk melayan tetamu hingga Iris pun tak di endahkan lagi.Yang Iris nampak Intan tak lekang dari sisi Harith.Macam dia pula isteri Harith.Semua tak pedulikan Iris yang duduk keseorangan.Tadi pun Iris hanya jamah sedikit makanan.Hilang terus seleranya nak makan.Kenyang makan hati!

Tadi Iris dah ambilkan makanan untuk Harith,sikit pun Harith tak makan.Sebab Intan terlebih dahulu mengambil untuk Harith.Harith tidak menolak malah kelihatan gembira dan bahagia.Tidak dipedulikan perasaan Iris.

Pelbagai perasaan mula menjerut tangkai hati.Perlahan kaki Iris melangkah meninggalkan majlis.Malah kehadirannya di situ tidak diperlukan.Setitis dua airmata yang merembes di seka dengan hujung jari.Tidak mahu ada mata lain yang melihat.Sempat Iris berpesan pada bibik agar memberitahu Harith,dia masuk ke bilik untuk bersolat Isyak.Mana tahu Harith akan mencarinya nanti.Tu pun Iris tak berharap sangat.Sekadar berpesan sahaja.

Iris berjalan laju mahu segera sampai ke bilik.Dia tidak mahu airmatanya tumpah di situ.Dalam kekalutan,tanpa sengaja dia terlanggar bahu seseorang.

"Aduh!"kata lelaki berbaju hijau lumut itu sambil mengurut bahu kanannya.

"Maaf...maaf encik..Saya tak sengaja.."Iris gelabah.Perasaan sedih tadi hilang sekelip mata dan di ganti dengan perasaan bersalah.

"Tak apa cik..Saya okay.Cik okay ker?"tanya lelaki itu.Rasa kuat juga bahu mereka berlanggar tadi.

"Saya okay."jawab Iris.Walau terasa bahunya sedikit sengal.Dia yang bersalah tak kan nak cakap sakit pula.Tu la nak cepat sangat sampai jalan tak tengok depan.Kan dah langgar orang.

"Maaf ya encik.."sekali lagi Iris memohon maaf.

Saat Iris angkat muka, mata mereka berlaga.Lelaki tadi kelihatan sedikit terkejut.

"Iris...Iris Malaeka.."seru lelaki itu.

Iris tergamam.Macam mana lelaki ini tahu namanya.

"Encik kenal saya ker?"Iris masih lagi ragu-ragu.Dia cuba mengingati siapa lelaki ini.

"Masyallah..kat sini kita berjumpa ya..Bertahun dah kita tak jumpa.Ni abang Attar lah.."Attar tersengih sambil mengaru sedikit kepalanya.

Iris terlopong.Macam tidak percaya.Dalam ramai manusia dekat Pulau Langkawi ni,Attar juga yang dia jumpa.

"Abang Attar buat apa dekat sini?"Iris pula teruja melihat lelaki di hadapannya.

"Abang ada seminar dekat sini.Iris pula?"Attar memandang ke arah Iris yang berpakaian serba biru.Nampak manis dan cantik.

"Sebenarnya datang sini sebab nak sambut majlis hari lahir suami dekat sini."mendatar saja jawapannya.

"Ohh! yang kat tepi pantai tu ker?abang ada juga lalu situ tadi.Nampak meriah sungguh."puji Attar.

"Tak ada lah.Biasa saja."

"Dah lama tak jumpa Iris.Abang ada juga balik kampung tapi tak pernah terserempak dengan Iris pun."

Iris hanya senyum segaris.Tak kan nak bagitahu hal sebenar.Sempat mata Iris menilai Attar.Attar yang sekarang nampak berbeza dari dulu.Iris ingat lagi badan Attar yang kurus dengan muka yang cengkung.Tapi sekarang Attar nampak lebih tampan dan bergaya.

Attar berdehem kecil.Iris tersipu malu.Tak sedar matanya lama terpaku di wajah Attar.

"Iris nak masuk bilik dulu, nak solat.Nanti bila jumpa kita sembang lagi."Iris segera meminta diri.Tidak betah dia berlama di situ.Renungan Attar meresahkan Iris.Terasa mata Attar juga merayap di segenap inci mukanya.

Attar mengeluarkan sekeping kad dari beg dompetnya.

"Ini kad abang.Nanti whatsapp nombor Iris ya..Mana tahu bila balik kampung boleh jumpa.."ujar Attar.Tak puas dia nak berbual dengan Iris sebenarnya.

"Baik abang Attar.Jumpa lagi.." sambut Iris dan terus berlalu pergi.

Attar mengekori langkah Iris hingga hilang di sebalik dinding.Tak sangka dapat bertemu Iris.Dia tersenyum kecil.Gadis yang dulu masih muda remaja kini sudah menjadi wanita dewasa.Sungguh pantas masa berlalu.Lapan tahun beza usia mereka tetapi dia tidak pernah melupakan gadis itu.

SL masih mamai..maaf kalau ada typo :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience