"Mmmm.. takde apa". Aku dah mula gagap bila Arif mendekati aku sambil senyuman meleret.
"Boss, toilet kat mana?", tanyaku melangkah keluar perlahan lahan dari dapur. Namun, Arif sempat menarik aku dalam rangkulannya. Aku kaku. Setiap kali aku menarik nafas, bau badan Arif ikut serta. Bulu dada yang tak terlindung dek singlet seolah olah menarik aku supaya merebahkan kepala di situ.
"Kat atas. Kecil ke besar", bisik Arif, tangannya menyelitkan rambutku di balik telinga.
"Ha???". Terus aku mendongak. Rupanya dia memang menantikan reaksi ku begitu. Smiling eyesnya meruntun jiwa.
"Cepat sikit. Aku nak ajar kau masak spageti cara yang aku suka", bisiknya ke telingaku. Rapat sehingga boleh rasa hangat nafasnya menjamah cuping telingaku, jambangnya bergesel di pipiku. Oh my! Jantungku serasa bagaikan keretapi arang batu... chu chu.
Aku mengangguk lalu menolak dada dan melepaskan diri dari rangkulan Arif. Berlari aku menaiki tangga. Mencungap bila tiba di atas. Bukan kerna penat mendaki tapi menahan godaan. Bagitau nak ajar masak pun, nak bisik bisik. Hish!
Kamar mandi berdindingkan jubin besar hitam dan berlantaikan marmar putih nampak elegan. Pili kubuka dan aku basuh muka. Dadaku masih berdegup kencang. Aku menarik dan melepaskan nafas berulangkali hingga ritmanya normal.
Keluar dari situ, aku lihat ada diffuser di atas meja. Cadar berwarna kelabu terhampar di atas katil. Kemas, licin. Nampak sangat sangat mengundang untuk aku meluruskan pinggang di situ. Malunya jika dibandingkan dengan bilik aku. Ibarat langit dan bumi.
Aku memandang sekeliling, mencari sesuatu tapi hampa. Di ruang tamu tadi pun sama. Tiada satu pun gambar diabadikan samada dibingkaikan di dinding mahupun diletak atas meja.
Aku turun dan terus ke dapur. Aku lihat Arif sedang mengangkat kepingan daging lembu nipis yang digoreng garing.
"Sedap baring atas katil?", sapanya seperti tahu aku di belakang padahal aku dah berjalan dengan cukup perlahan.
"Mana ada", nafiku.
"Jangan tipu. Siling bilik tu semua cermin tau. Aku boleh nampak kau buat apa tadi", ujar Arif berpusing memandangku di belakangnya dan berpeluk tubuh. Riak mukanya cukup menyatakan, kau tak yah nak menipu.
"Ha???", terus aku berlari ke ruang tamu memandang ke siling. Lahanat betul!
"Boss!!!". Cis! Bedebah punya laki.
Arif ketawa besar. Tapi kalau betul malu la aku.
"Meh sini. Janganla marah. Belum 24 jam kita jadi suami isteri. Abang nak bergurau je dengan sayang", pujuk Arif rupanya dia mengekori aku tadi.
Abang? Sayang?? Seram sejuk pula aku rasa bila digabungkan dengan perkataan bergurau.
"Tak payah la pegang pegang. Nak pergi dapur je pun", kataku bila Arif menarik aku ke dapur. Aku cuba melepaskan pegangannya.
"La.. dah halal kan? Boleh la pegang, lebih dari ni pun ok. Dapat pahala lagi", balasnya mengenyit mata. Arif!! Jangan goda aku.
"Jangan nak mengada la. Cepat masak. Dah lapar ni. Saya makan boss karang", ugutku kononnya garang.
"Abang rela sayang".
"Boss!!!". Terjegil mataku bila Arif kata begitu. Mulut kutampar berkali kali. Aduh mulut, kenapa hari ni aku lupa letak filter.
********
Tak sangka pula Arif ni pandai memasak. Patutlah dia banyak komen masakan aku selama ni. Malunya.... tapi sekurangnya dia tak sakit perut makan masakan aku. Tu dah cukup baik.
"Cukup?", tanya Arif, mungkin dia sedar aku merenung pinggan empat segi warna hitam itu.
"Alhamdullillah. Sedap boss masak", pujiku ikhlas.
"Ha, tu kan. Aku dah cakap awal awal tadi kau tak caya. Tu baru aglio olio. Nanti nanti aku masak lain pula".
"Bila? Malam ni?", tanysku teruja. Sebenarnya lapar lagi ni tapi tadi aku dah terlepas cakap kata diet.
"Eh.. sempat ke? Kita nak keluar kejap lagi".
"Keluar? Ke mana?", soalku sambil mengeluh lalu mengambil pinggan kotor di depannya untuk dicuci. Aku nak lepak je. Cerita Laddaland belum habis kutonton.
"Pergi bawah la", jawab Arif. Aku mengangguk, ye la bawah rumah boss ada komplek membeli belah.
"Ok juga tu, saya nak beli aiskrim".
"Kau suka aiskrim macam mana? Dalam cup atau batang?", tanya Arif berbisik berdiri rapat di belakangku sambil menghulurkan mug ke dalam sinki. Sengaja digeselkan lengan kami.
Aku mula terbayang perbualan teman serumah dulu. Segala istilah tersurat tersirat mula terngiang ngiang di telinga. Kenapalah masa macam ni la semuanya datang semula?
"Belum tau", jawabku ringkas berbisik juga terikut dengan gaya Arif, dalam hati dag dig dug.
"Aku nak bersiap kejap. Kau tunggu yer", tambahnya.
Rentak jantungku kembali normal bila terdengar bunyi pintu kamar mandi di atas dikunci. Setelah habis mencuci dan mengemas dapur, aku berbaring di sofa panjang. Niat di hati nak menyambung filem tadi. Tapi mata ni gatal sangat, memandang ke atas bila terdengar bunyi pintu kamar mandi dibuka.
Pintu almari dibuka, Arif menonggeng bagi mengambil sesuatu dari laci paling bawah. Bukan aku tak biasa tengok Arif menonggeng selama ni cuma kali ini dia bertuala dan pandangan dari bawah, ermmm...Â
Dia menyarungkan boxer dan tuala dilepaskan. Arif berpusing ke sisi, memandang ke bawah. Terus aku menutup mata pura pura tidur. Kenapa dia pandang bawah???, hatiku menjerit. Aku tak berani nak membuka mata, bimbang tertangkap.
Aku terasa bibirku dilekapi sesuatu yang hangat namun menyamankan. Ada gerakan di kedua lapis bibir, aku senang dan selesa dengan gerakan itu. Bau haruman yang biasa kuhidu semakin kuat, menerbitkan keinginan dalam diri. Badanku semakin panas. Nafasku semakin sesak. Aku kehabisan udara, aku kelemasan. Lantas kubuka mata.
Terlihat Arif berdiri di sebelah memicit hidungku. Ya! Dia berdiri. Aku mimpi je tadi.
"Sakit la!". Aku menepis tangannya lalu aku duduk. Dia ketawa dan duduk di sebelahku. Aku menjeling, malu ada marah pun ada.
Arif merapatkan tubuhnya padaku. Tanganku diraih. Tapak tangan kami bertemu. Dan ya, aku berpeluh. Arif mencium tanganku. Kemudian, berpaling padaku. Ah!! Sudah. Takkan dia nak cium aku? Tadi kata nak pergi kedai. Hati aku tak keruan, aku belum bersedia untuk yang seterusnya.
"Terima kasih kerana tak menolak abang sebagai jodoh sayang".
OMG. Cringe! Arif, jangan la buat aku meremang segala bulu. Dada aku dah ketat ni, tinggal nak meletup je.
"Abang janji akan menyayangi sayang dulu, kini dan selamanya. Abang akan jaga sayang sampai bila bila", lafaz Arif mengusap belakang tanganku yang digenggam kemudian dikucup lama.
Aku berpaling pada Arif dan bertanya, "Dulu? Masa saya intern tu boss dah sayang saya ke?".
Satu kucupan melekat dibibir. Aku melopong seketika. Terkejut. Apakah???
"Kenapa cium saya?", jeritku bingkas bangun. Arif turut bangun.
"Abang dah warning dari dulu kan, jangan panggil boss kalau tak nak kena cium".
"Habis tu nak panggil apa? Encik Arif?". Arif menggeleng. Eh, dia ni. Hari tu suruh aku panggil nama, aku ingat lagi.
"Tu dulu. Sekarang kena panggil abang, darling, cinta hati, papa, honey. Apa saja yang sweet, merangsang cinta dan menerbitkan rasa", ucap Arif bernada romantis. Ahhh.. sudah dia ni.
"Habis kat pejabat nak saya panggil darling?", tanyaku masih tak berpuas hati.
"Ok je kalau kita berdua tapi jika ada orang lain, panggil macam biasa", balas Arif.
"Ok boss". Buntang mataku bila sedar aku tersalah sebut. Dan sekelip mata bibir kami bertemu dan bersatu. Kali ini panjang sedikit dari tadi. Dan sewaktu melepaskan, aku rasa betapa berbahangnya kulit mukaku. Aku tunduk malu! Kali pertama aku membalas ciuman. Kali kedua aku merasai apa itu ciuman di bibir. Terasa jatuh egoku seketika.
"Ni kad aku. Kau swipe je nanti kalau ada baju yang kau suka". Hulur Arif padaku.
Aku mendongak padanya. Pelik! Tiba tiba bagi kad kredit.
"Kat tingkat tiga, semua di situ butik baju. Kau pilih je baju yang kau suka untuk kenduri nanti. Ada dua lagi kan belum beli?"
Aku mengangguk. Teringat misi membeli baju di KWC semalam yang berakhir dengan pernikahan segera.
"Boss nak ke mana? Saya tak biasa tempat ni". Cup!! Satu lagi. Hai Nura, sengaja kan? Aku terpaku, susah sangat untuk aku tukar kata ganti nama. Arif ni pun pantas betul bertindak.
"Abang ada hal, sayang. Tadi ada orang mesej nak jumpa. Esok pagi, abang jemput kat rumah sayang. Kita ke pejabat agama. Eh, betul ke tak biasa ni??". Soalannya aku jawab dengan sengihan bersalah.
"Pernah la datang. Biasa kat tingkat bawah tu je. Belah tingkat butik ni, sekali je saya masuk. Takut la tengok harga baju", kataku secara tak langsung mengaku yang aku ni sering ke situ.
"Hari ni ada Sale. Tak mahal. Kalau ada yang sayang berkenan, beli la". Aku mengangguk apabila Arif berkata demikian.
"Emm.. sayang. Beli sekali pakaian dalam dan baju tidur ", ujarnya tersenyum sambil mengenyit mata. Ini seram! Aku tau apa makna senyuman itu. Masak aku lepas ni.
Aku mengangguk bak belatuk sebelum terhenti bila Arif menyambung, "Yang seksi ye sayang. Tak nak yang makcik makcik".
"Baik tak payah pakai apa apa. Lagi....". Aku terdiam tak menghabiskan ayat. Aku tersedar ayat itu tak bertapis.
Arif menarik aku terus dalam pelukan. "Kita buat satu satu sayang. Slow slow. Yang tu gelojoh", bisiknya sambil meninggalkan ciuman di pipi. Mak!!! Nura menyesal kawin semalam. Dah rasa nak mati ni.
"Limit seribu je tau. Lebih lebih abang tolak gaji".
Aku macam.. what???
"Abang bukan orang kaya. Macam hero hero drama pukul 7 tu. Asyik tangkap projek billion billion". Aku ketawa kecil dengan kata kata Arif.
"Habis, rumah ni? Mahal kan bayar bulan".
"Rumah ni rumah abang yang sulung. Dia beli untuk investment. Jadi, sementara nak beli rumah sendiri, abang duduk sini dulu. Sewa harga adik beradik", jelas Arif. Patutlah kosong, menyewa rupanya. Sama je macam aku.
Kami berpisah di pintu lif yang menghubungkan blok residensi dengan kompleks membeli belah. Aku terus ke tingkat tiga. Manakala Arif entah ke mana. Satu persatu kedai aku masuk. Ya, memang ada jualan murah. Tapi aku takut melihat harganya. Dan seperti biasa baju yang aku berkenan, sukar dicari untuk saiz badanku.
Nekad, lepas ni aku wajib diet.
Masih ada satu pasang lagi baju tak dapat aku cari. Yang lain, dapat. Aku beli serba sepasang. Aku bukannya tidur dengan dia tiap malam. Malam ni pun dah sah sah bukan malam pertama.
Aku pandang ke bawah dari tingkat tiga. Banyak juga kiosk menjual busana muslimah. Menarik. Mungkin apa yang aku cari ada di situ.
Aktiviti keluar masuk kedai buat perut aku lapar lalu aku beratur di belakang seorang anak gadis di kiosk Nelson, sedap pula bau jagung stim. Usai urusan pembelian, aku duduk di meja kecil sebelah kiosk untuk menikmati hidangan sambil melihat lihat gambar pernikahan semalam.
Di meja sebelah ada keluarga, aku rasa tiga generasi. Aku pandang sekali imbas sahaja sebelum duduk tadi.
"Eh.. ni adik Nuh kan. Nura?", sapa seorang lelaki. Aku mengangkat kepala, tak menjawab cuma mengangguk. Mulutku penuh.
"Selalu nampak awak turun bas ekspres depan stesen minyak. Ingat abang lagi tak?"
Aku menggeleng.
"Along Paan, anak Pak Long Sudin". Lama aku diam, mengamati wajahnya. Sah, aku tak ingat langsung rupa dia masa kecil. Tapi sekadar menghormati, aku pura pura kenal memberi senyuman mesra.
"Seorang?", soalnya.
Aku mengangguk, "Haah. Along Paan dengan siapa?". Aku bertanya buat ringan mulut. Nanti orang kata aku sombong pula.
"Kat sebelah ni. Tu maklong Yam, mak abang. Yang ni isteri along. Ni anak abang yang bongsu" katanya memperkenalkan padaku satu persatu. Aku pun bangun untuk bersalaman. Saudara kan. Atuk kami adik beradik, dia menyambut tanganku.
"Siapa ni Paan?", tanya wanita yang agak berusia yang cantik ketika aku menghulurkan tangan. Dia yang aku selalu intai jika melepasi kawasan rumah Pak Long Sudin. Kukucup tangannya seperti kebiasaan aku lakukan kepada wanita yang lebih berusia dariku.
"Nura. Anak Makndak Biah. Takkan bonda dah lupa?". Serta merta senyuman manis tadi hilang. Tangan yang tadi elok bersalaman dengan aku, direntap. Mukanya dialihkan ke arah lain.
Share this novel
tercapai jugak impian nura nak suami chef
jumpa mentua pertama kali...huhu...tapi tak mak mertua
baru je hana ikut senyum dgn keletah 2 org tu..jumpa lak org tua sombong tu...tiba2 rasa geram...hahaha