JUWITA yang perasan akan kehadiran mereka yang lain terus memandang mereka satu persatu.
"Yang sibuk kat sini kenapa? Nak makan gaji buta? Memasing dah takde kerja nak buat ke?" jerkah Juwita.
Apa lagi, lintang pukanglah mereka balik ke tempat masing-masing. Risau andai Juwita mengamuk. Memang habislah masing-masing kena.
Geleng kepala Juwita melihat mereka lintang pukang beredar. Sibuk sangat nak jadi penonton drama tak berbayar.
Wajah Zack yang tersenyum bangga dipandang dalam. Sedih hatinya bila Zack langsung tidak memiliki akhlak seperti Tuan Mansur anak beranak.
"Zakrul Bin Kamarul, aku akan ambil tindakan undang-undang pada kau atas kesalahan pecah amanah." Mendengar butiran yang keluar dari mulut Juwita, Zack pantas merentap rambut Juwita.
Bertambah sakit hatinya saat melihat Juwita masih tersenyum nengejek. Berang melihat rambut Juwita direntap, Zailani terus menghadiahkan penumbuk ke muka Zack. Terlepas pegangannya ketika itu. Juwita segera berdiri di tengah antara mereka bagi mengelakkan pergaduhan itu menjadi lebih besar.
"Sekali lagi kau naik tangan kat aku, aku akan dakwa tau atas tuduhan mencederakan aku pula," tegas Juwita. Merah padam wajah Zack menahan marah.
Tuan Mansur yang hanya memerhati dari tadi akhirnya menonjolkan dirinya.
"All of you. See me at my office now!" Tersentak mereka mendengar jerkahan Tuan Mansur.
"But uncle..." Zack cuba berdalih. Juwita senyum sinis. Zailani masih bersikap tenang.
Juwita membetulkan ikatan rambutnya sebelum mengutip file yang berselerakan tadi dan terus melangkah bersama Tuan Mansur. Sempat dia menghadiahkan jelingan maut pada Zack.
Sampai saja di bilik Tuan Mansur, Juwita terus melabuhkan punggungnya. File diletakkan di atas meja Tuan Mansur. Segala bukti penyelewengan juga telah dilampirkan sekali.
Tuan Mansur hanya memerhati Zack dan Zailani yang berdiri kaku di belakang Juwita. File di atas meja diambil lalu diselak satu persatu sebelum dicampakkan ke arah Zack.
"Explain now!" Tuan Mansur kelihatan tegang.
"Uncle percayakan perempuan ni dari Zack? Perempuan ni saja nak fitnah Zack." Tuan Mansur menggeleng lemah. Dalam keadaan macam ni pun Zack masih nak berdalih.
"Uncle lebih percayakan Ju dari Zack. Apa yang Zack dah buat ni?" Jelas terpancar riak kecewa di wajah Tuan Mansur. Zack mengepal penumbuk. Berang apabila Tuan Mansur lebih percayakan Juwita dari dirinya.
"Zack tak buat apa pun uncle. Semua ni laporan palsu. Tak mungkin Zack nak khianati uncle." Tuan Mansur cuba menahan sabar. Laptop di depannya dipusingkan mengadap Zack. Video yang diterima dari Zailani beberapa minggu lalu dipasang.
"Now what?" soal Tuan Mansur tak puas hati. Zack kaku. Dalam hati menyumpah dirinya sendiri kerana tidak berhati-hati. Sekarang tembelangnya dah pecah.
"Uncle bagi Zack masa seminggu untuk kembalikan semua duit company yang Zack dah songlap. Kalau tak, uncle takkan teragak-agak ambil tindakan undang-undang. Kali ni uncle takkan berkrompomi lagi." Cukup tegas keputusan Tuan Mansur.
Zack ketap gigi menahan geram. Mana mungkin dia kembalikan semua duit dalam masa seminggu. Betul-betul kerja gila.
"Ini semua salah nenda. Kalau nenda tak tarik share mummy, Zack tak jadi macam nilah." Zack menghamburkan marahnya.
Dia tetap tak mahu mengaku salah. Dia dah terbiasa hidup mewah dari kecil. Bila sedikit demi sedikit kemewahan itu ditarik, dia memang tak puas hati.
"Uncle hanya sebagai pemegang amanah je. Kamu pun tahu hal ni kan?" Tuan Mansur memandang Juwita.
"Zai, kamu boleh keluar sekarang. Saya tak mahu orang luar turut sama tahu masalah keluarga saya." Tuan Mansur mengarahkan Zailani keluar. Dia tak mahu masalah keluarganya diketahui orang luar. Apatah lagi bila ianya mula dikaitkan dengan Tuan Zaleha.
Dia cukup menjaga aib Tuan Zaleha. Sungguh pun dia bersalah satu masa dulu, namun dia telah sedar semuanya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Tak perlu diungkit salah silapnya ketika hidup dulu.
"Baik tuan." Zailani segera melangkah pergi. Zack memandang Juwita dengan pandangan yang sukar dijelaskan.
"Berambuslah. Kau tak dengar ke Tuan Mansur tak nak orang luar dengar masalah keluarga kami?" Zack menjerkah Juwita. Juwita juling mata ke atas. Meluat dengan sikap Zack. Juwita angkat punggung. Namun belum pun sempat dia melangkah keluar, Tuan Mansur bersuara.
"Duduk Ju." Makin berang Zack mendengar arahan Tuan Mansur.
"Cakap apa yang kamu tak puas hati lagi." Tuan Mansur menyilangkan tangan ke dada.
"Sampai bila uncle nak tunggu perempuan kotor tu? Entah kemana dia jual badan. Mummy dekat sini ditahan pula hak yang sepatutnya hak mummy gara-gara perempuan bodoh tu." Tuan Mansur tidak sempat menutup mulut Zack apabila mulut itu dengan lancangnya mengata Zaitun. Juwita panas telinga. Dia segara bangkit dari kerusi. Mercerlung matanya memandang Zack.Â
Pang!
Terteleng kepala Zack menerima tamparan dari Juwita.
"Jadi kau ni anak Tuan Zalilah bersama lelaki yang nak dinikahkan dengan ibu aku tu ye? Kau dengar sini baik-baik ye. Lebih baik kau jaga mulut kau. Perempuan kotor yang kau cakap tu, ibu aku. Perempuan bodoh yang kau kata tu, ibu aku!" Suara Juwita mulai meninggi. Selama ini dia ingatkan Zack adalah anak buah Tuan Nabihah. Tapi sangkaannya meleset sama sekali.
Zack tergamam mendengar pengakuan Juwita. Semakin membuak marahnya.
"Sampai hati uncle rahsiakan hal ni dari mummy. Zack takkan maafkan uncle." Zack terus berlalu keluar meninggalkan Tuan Mansur dan Juwita. Juwita pula telah mula mengalirkan air mata. Dia tidak tega mendengar kata-kata nista yang dihamburkan buat ibunya.
Bagi Juwita, ibunya adalah wanita paling mulia dalam hidupnya. Sentiasa mengutamakan dia dan adik-adiknya lebih dari diri sendiri.
"Uncle pasti Kamarul yang memburukkan ibu Ju. Uncle tak rasa Zalilah yang cakap macam tu." Tuan Mansur cuma menenangkan Juwita. Juwita kesat air matanya.
"Tak apa tuan. Ju balik tempat Ju dulu. Sekarang terpulang pada tuan untuk ambil tindakan seterusnya atau tidak. Ju dah jalankan tanggungjawab Ju." Tanpa menunggu sebarang balasan dari Tuan Mansur, Juwita terus berlalu keluar.
Zailani sabar menanti Juwita di depan biliknya. Melihat wajah Juwita yang sembab, Zailani turut sama melangkah masuk ke pejabat Juwita.
"Hey, kenapa ni?" Berkerut dahi Zailani. Juwita diam membungkam.
Ah sudah... nak protes ke apa ni? Zailani garu kepala. Belum pun dia bertanya sekali lagi, Juwita terus menangis di bahunya. Tergamam Zailani dibuatnya.
Aduyai... Juwita ni. Dua kali dah dia buat macam ni. Mencabar sungguh. Cepat-cepat dia beristifar.
Teragak-agak Zailani mengusap belakang Juwita. Risau juga kalau emosi Juwita kembali tak stabil.
Aduh... sejak kes tu Juwita dah jadi cengeng. Mana pergi taring dia yang gah tu entah. Kalau tak, asyik nak mengaum je.
"Shhhh... dah tu. Jangan nangis. Malulah orang tengok. Nanti orang ingat Ju bergaduh dengan boyfriend pula." Zailani cuba mengusik.
Sepi... tiada lagi esakan dari Juwita. Dalam hati Zailani berasa lega. Akhirnya Juwita berhenti menangis. Dia tersenyum bahagia. Namun senyum itu mati serta-merta.
"Aduh... aduh... sakitlah Ju. Ish... sejak bila singa tukar jadi ketam pula ni. Lepaslah." Rayu Zailani. Tangan kanannya memegang tangan kiri Juwita yang masih setia mencubit pinggangnya.
"Ni balasan sebab Lan menggatal dengan perempuan lain. Tak padan dengan kurita." Marah benar Juwita.
Zailani tahan hati. Tak disangkanya dia akan mendapat cubitan begitu. Pasti biru pinggangnya sebab dicubit Juwita.
"Ala... Lan tegur biasa-biasa jelah. Memang dia selalu sembang dengan Lan dulu. Ju je yang tak pernah nak ambil tahu." Wajah Juwita kembali cemberut.
"Lan keluar sekarang! Ju tak nak tengok muka Lan." Juwita berpaling dari Zailani.
Mendengar bunyi tombol pintu. Juwita ketap bibir.
"Lan, nanti balik tolong hantar Ju. Haris half day. Ju tak bawa kereta." Zailani tersengih mendengar permintaan Juwita. Namun sengaja dia tidak mengendahkan. Terus keluar tanpa sebarang jawapan.
Wajah Juwita merona merah. Entah mana datang gilanya. Boleh pula dia menangis di bahu Zailani.
Tapi itulah Juwita. Dari dulu dia sentiasa rasa selamat disisi Zailani. Juwita pejam mata rapat. Tangan kanannya diletakkan ke dada kiri.
Berdegup kencang. Rasa itu tidak pernah hadir ketika dia bersama Adrian. Hanya ketika bersama Zailani. Juwita gigit bawah bibir. Adakah ini sebenarnya cinta?
Bagai nak gila rasanya bila degupan jantungnya semakin laju. Juwita kembali ke tempat duduknya. Setelah perasaan itu reda, dia menyambung semula kerjanya yang tergendala sebelum dia keluar makan bersama Haris.
Share this novel