Bab 11

Short Story Completed 6180

"Cik ni siapa?" - Shazril

"Abang Ril, takkan abang tak kenal I?" - Sherry

"Sorry, tapi saya betul-betul tak ingat dan tak tahu." - Shazril

"I'm Sherry lah bang! Your cousin!" - Sherry

"Ya Allah! Sherry! Apa Sherry buat dekat sini?" - Shazril

"Sherry nak tinggal kat sini lah bang. Malas nak duduk kat Australia tu sorang-sorang." - Sherry

"Best apa dekat Australia?" - Shazril

"Best apanya. Hmm, dia orang ni siapa bang?" - Sherry

"Ha, ni isteri abang, Fatihah dan dua orang ni anak abang. Yang besar ni Diah Hadirah dan yang kecil tu Ayden Rizqy." - Shazril

"What? Abang dah kahwin? Sampai hati tak jemput Sherry." - Sherry

"Abang dah jemput, dah. Sherry yang jual mahal hari tu kata busy lah apa lah. Ha, Tihah. Kenalkan ni Sherry, cousin saya." - Shazril

Fatihah senyum ke arah Sherry dan bersalaman dengannya. Sherry memandang Fatihah dengan pandangan tajam. Semasa bersalaman, Sherry hanya sentuh sahaja tangan Fatihah. Dia tidak mahu menyentuh perempuan kampung itu kerana takut ada penyakit pula yang berjangkit nanti.

"Ha, Abang Ril. Jomlah masuk dalam. Sherry panaslah kat luar ni." - Sherry
Shazril terus mengambil kunci pintu rumahnya dan terus membuka pintu.

"Abang jomlah kita masuk." - Sherry

"Eh, beg-beg Sherry tu?" - Shazril

"Ala, kan Fatihah tu boleh tolong. Perempuan kampung kan? Mesti suka tolong orang." - Sherry

Lalu Sherry menarik Shazril masuk ke dalam rumah.

"Hee... Sedap mulut dia je suruh aku angkat barang lepas tu nak kata aku standard kampunglah apalah. Dia ingat dia siapa?" - Bisik hati Fatihah

"Mama, kenapa dengan dia tu?" - Diah Hadirah

"Hmm, tak ada apalah sayang. Jom, masuk." - Fatihah

Fatihah masuk ke dalam rumah dan letak Ayden Rizqy dia atas sofa terlebih dahulu sebelum mengangkat beg-beg Sherry.

Diah Hadirah pergi ke dapur untuk minum air. Pada ketika itu, Sherry sedang berada di dapur.

"Aunty, boleh buatkan air coklat tak? Diah teringin nak minum air coklatlah." - Diah Hadirah

"Eh eh eh eh. Sedapnya perintah orang. Hei budak, kau ingat aku ni kuli kau ke? Mesti mak kau manjakan kau sangat kan? Sedap je menyuruh orang! Aku lempang kang!" - Sherry
Lagi sikit Sherry ingin menampar Diah, tiba-tiba Fatihah datang.
"Diah!" - Fatihah

Sherry terkejut apabila melihat Fatihah. Dia hanya buat-buat tidak tahu dan terus pergi dari situ dengan muka yang tidak bersalah.

"Diah nak apa sampai pergi dapur ni, sayang?" - Fatihah

"Diah nak minum air coklat. Tapi, Diah tak pandai buat." - Diah Hadirah

"Nak minum air coklat ya? Sini biar mama buatkan, ya?" - Fatihah

"Terima kasih, mama!" - Diah Hadirah

"Sama-sama sayang." - Fatihah

Fatihah senyum melihat anaknya itu. Diah juga senyum melihat ibunya buatkan air coklat untuknya.
Fatihah dan Shazril kelihatan mesra di ruang tamu. Sherry memerhatikan kemesraan mereka dari jauh. Dia kelihatan sangat cemburu melihat kemesraan antara Fatihah dan Shazril.

"Kau tengok nanti Fatihah. Aku akan hancurkan rumah tangga kau! Kau tak layak jadi isteri Abang Ril!" - Sherry

Tiba-tiba Diah Hadirah datang ke arah Sherry.

"Aunty buat apa tu?" - Diah Hadirah

Sherry terus pergi ke arah Diah dan menutup mulut budak kecil itu.

"Shh! Kau boleh diam tak? Dah pergi masuk bilik kau sana!" - Sherry

Diah Hadirah terus masuk ke dalam biliknya tanpa menanyakan apa-apa kepada Sherry. Dia tidak mahu dimarahi Sherry lagi.

Shazril yang baru sahaja balik dari tempat kerja terus masuk ke dalam biliknya.

"Abang. Abang nak Tihah buatkan air? Abang mesti penat, kan?" - Fatihah

"Hmm, boleh juga. Abang pun rasa haus juga ni." - Shazril

"Hmm, kalau macam tu Tihah buatkan air untuk abang kejap." - Fatihah

Fatihah terus pergi menuju ke dapur manakala Shazril melihat ke arah Ayden Rizqy yang sedang lena tidur. Sherry menghendap ke arah bilik Shazril.

"Ha, ni chance aku nak pikat Abang Shazril. Habislah kau, Tihah!" - Sherry

Sherry memakai pakaian yang mencolok mata serta wangian untuk memikat Shazril. Sherry lantas masuk ke dalam bilik Shazril sementara Fatihah tiada di situ.

"Abang Ril." - Sherry

"Sherry. Sherry buat apa kat bilik abang ni?" - Shazril

"Tak ada apa. Saja." - Sherry

Lalu Sherry mendekati Shazril. Sherry melihat ke arah Shazril dengan pandangan tajam sekali. Sherry mula memegang tangan Shazril dan perlahan-lahan memikatnya.

Fatihah yang sedang membawa secawan air teh menuju ke arah biliknya. Apabila sampai di biliknya, Fatihah terkejut melihat Sherry yang membelai muka Shazril. Cawan yang berisi air teh itu jatuh dari tangan Fatihah. Habis tumpah air teh tersebut.

"Ya Allah! Abang!" - Fatihah

Shazril terkejut melihat Fatihah yang secara tiba-tiba ada di situ. Sherry hanya tersenyum dan rasa puas hati apabila pelannya berjaya.

"Tihah... Tihah abang boleh explain." - Shazril

Sherry terus keluar dari bilik itu. Fatihah memandang tajam wanita bertopengkan syaitan itu. Fatihah lantas mengambil begnya lalu memasukkan semua barang-barangnya ke dalam beg tersebut.

"Tihah, sayang nak pergi mana?" - Shazril.

"Aku nak keluar! Aku dah tahan nak tengok kau menggatal dengan Sherry!" - Fatihah

"Sayang, biar abang jelaskan." - Shazril

"Nak jelaskan apa lagi? Kalau kau nak teruskan menggatal dengan perempuan tu, teruskanlah. Aku akan keluar dari rumah ni! Kau masih tak berubah macam dulu, kan?" - Fatihah

Setelah memasukkan semua barang ke dalam beg, Fatihah terus mendukung Ayden Rizqy dan pergi menuju ke bilik Diah Hadirah.

"Diah, jom kita keluar." - Fatihah

"Kita nak pergi mana, mama?" - Diah

"Diah ikut je mama." - Fatihah

"Sayang, tolonglah! Abang boleh jelaskan semua ni." - Shazril

Fatihah terus keluar dari rumah tanpa mengisahkan tentang Shazril. Shazril dengan panas hati menuju ke bilik Sherry. Dia mengetuk pintu bilik Sherry dengan kuatnya.

"Sherry? Sherry, keluar!" - Shazril

Apabila Sherry membuka pintu, Shazril terus menampar wanita itu. Baru puas hatinya!

"Abang!" - Sherry

Shazril terus pergi ke luar rumah untuk mencari Fatihah. Tiba sahaja di luar rumah, kelibat Fatihah pun tidak kelihatan. Shazril terus masuk ke dalam keretanya untuk mencari Fatihah dan anak-anaknya.

Sampai di satu tempat, Shazril melihat Fatihah dan Diah Hadirah berjalan di tengah-tengah panas.
Shazril terus memberhentikan keretanya di hadapan Fatihah bagi menghalangnya dari terus berjalan. Tapi, Fatihah dan Diah Hadirah tetap teruskan berjalan. Shazril terus keluar dari keretanya dan memujuk Fatihah.

"Tihah! Tihah, maafkan abang. Abang tahu abang salah. Tihah, tolonglah maafkan abang!" - Shazril

"Kau pergilah balik! Kau layanlah perempuan tu! Aku takkan kacau hidup kau lagi, jangan risau. Dan kau tolong jangan ganggu hidup aku lagi." - Fatihah

"Sayang, tolong jangan cakap macam tu. Sayang, sayang tak kesiankan anak-anak kita ke? Kan panas ni. Jomlah masuk dalam kereta." - Shazril

Fatihah hanya teruskan berjalan. Dia langsung tidak hiraukan Shazril. Shazril berasa sangat kesal dan kecewa atas apa yang sudah berlaku. Dia terus masuk ke dalam kereta dan pulang ke rumahnya.

Setibanya Shazril di rumahnya, apabila dia masuk ke dalam rumah, Sherry menjemputnya masuk.

"Baik kau masuk bilik kau sebelum mata kau lebam kat sini!" - Shazril

"Abang..." - Sherry

"Masuk!" - Shazril

Shazril memandang tajam ke arah Sherry. Sherry terus masuk ke dalam biliknya. Shazril kelihatan kusut sangat. Dia kesal kerana terpedaya dengan Sherry yang cuba memikatnya tadi. Di dalam bilik, Sherry berkata seorang diri.

"Abang Ril tu dah kenapa nak marah-marah? Tak apa Sherry, esok-esok dia baiklah tu. Bila dia dah ok, baru kau boleh pikat dia and last, dia jadi suami kau! Hahaha!" - Sherry

Fatihah tiba di rumahnya dengan riak wajah yang sayu.

"Assalamualaikum." - Fatihah

"Waalaikumussalam... Sekejap!" - Puan Khadijah

Apabila Puan Khadijah membuka pintu, dia berasa pelik melihat Fatihah yang datang ke rumahnya. Fatihah terus memeluk ibunya dan menangis.

"Ya Allah! Kenapa ni Tihah? Kenapa Tihah datang sini dengan anak-anak je? Shazril mana?" - Puan Khadijah
"Nek Jah, mama kan dia..." - Diah Hadirah

Belum sempat Diah Hadirah menyambung ayatnya, Fatihah terus menyuruhnya untuk masuk ke dalam rumah.

"Diah, masuk! Jangan nak masuk campur hal orang tua!" - Fatihah

"Ok..." Diah Hadirah

Diah Hadirah terus masuk ke dalam rumah. Ayden Rizqy yang didukung oleh Fatihah kini didukung oleh Puan Khadijah.

"Kesian cucu nenek ni. Fatihah, kenapa dengan Tihah ni? Tihah ada masalah ke?" - Puan Khadijah

"Mak, Tihah masuk dulu, ya?" - Fatihah

Lalu Tihah masuk ke dalam rumah dan pergi menuju ke dalam biliknya.

"Tihah, Tihah tak jawab soalan mak lagi." - Puan Khadijah

Puan Khadijah kelihatan pelik melihat keadaan Fatihah seperti itu.

Kehidupan Shazril kini menjadi tidak tenteram seperti yang pernah terjadi dahulu. Dia tenung gambar ketika dia, Fatihah, Diah Hadirah dan Ayden Rizqy berswafoto. Dia berasa sedih sangat kerana Fatihah tinggalkan dia keseorangan dengan Sherry. Shazril teringat kenangan manis ketika dia hidup bahagia dengan Fatihah dan anak-anaknya. Dia juga teringat sewaktu dia melaungkan azan dan iqamat di telinga Ayden Rizqy sewaktu Fatihah melahirkan bayi itu. Air mata Shazril jatuh apabila mengenangkan semua itu. Dia juga tenung ke arah cincin yang Fatihah beri kepadanya. Rupa-rupanya, semasa bertemu Fatihah di tepi jalan tadi, Fatihah mengeluarkan cincin di jari manisnya lalu dihempas ke arah Shazril.

(("Nah, awak ambil balik cincin ni. Jangan kacau hidup saya lagi!" - Fatihah

"Sayang!" - Shazril

Fatihah tidak pedulikan panggilan Shazril. Dia teruskan berjalan. Shazril mengambil cincin yang dihempas oleh Fatihah.))

Shazril menangis ketika tenung ke arah cincin itu. Dia lalu mencium cincin tersebut. Air matanya mengalir ketika dia mencium cincin itu.
Pada keesokan harinya, Shazril nekad untuk pergi ke rumah ibu mertuanya. Dia tahu Fatihah pasti pergi ke rumah itu.

Setelah sampai di rumah Puan Khadijah, Shazril terus memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum." - Shazril

"Waalaikumussalam. Tihah, tolong buka pintu tu. Ada orang datang." - Puan Khadijah

"Baik, mak." - Fatihah

Puan Khadijah ketika itu sedang bermain dengan cucu-cucunya. Fatihah pergi membuka pintu rumah. Dia terkejut apabila melihat Shazril di luar rumah.

Fatihah terus berjalan menuju ke biliknya. Tetapi, langkah Fatihah terhenti apabila Shazril menarik kaki wanita itu. Dia melutut kepada Fatihah meminta maaf. Bercucuran air mata Shazril semasa meminta maaf kepada Fatihah.

"Fatihah, abang minta maaf. Abang betul-betul minta maaf. Abang tak boleh hidup tanpa sayang." - Shazril

"Tihah, Tihah datang sini sebab gaduh dengan suami Tihah ke? Kenapa kena sampai Tihah lari ke sini? Tak boleh selesaikan dengan cara elok?" - Puan Khadijah

"Selesaikan cara elok? Mak tahu tak, lelaki ni menggatal dengan perempuan lain depan mata Tihah. Tihah..." - Fatihah

Fatihah tidak dapat menyambung ayatnya kerana tidak dapat menahan kesedihannya.

"Astaghfirullahal'azim! Betul ke Shazril?" - Puan Khadijah

Shazril terus pergi ke arah Puan Khadijah dan meminta maaf.

"Mak, Ril minta maaf, mak. Bukan Ril yang mulakan, mak. Ril dikhianat dengan perempuan tu." - Shazril

"Tihah... Kan Ril cakap dia dikhianat. Maafkanlah dia, Tihah." - Puan Khadijah

"Hmm, dikhianat? Kalau dikhianat, kenapa dia layan perempuan tu dalam keadaan sedar dan waras, mak? Nampak sangat yang lelaki ni tak berubah, mak! Dulu dengan sekarang, sama je!" - Fatihah

"Fatihah, tak elok cakap kasar dengan suami. Depan mak dengan anak-anak kamu lagi." - Puan Khadijah

Fatihah tanpa berkata apa-apa terus masuk ke dalam biliknya. Shazril cuba mengejar Fatihah tetapi tidak dapat kerana Fatihah sudah mengunci pintu biliknya dengan lebih pantas.

"Sayang, tolonglah! Tolonglah maafkan abang! Abang sanggup buat apa je! Tapi, sayang tolong maafkan abang. Abang tak boleh hidup tanpa sayang." - Shazril

Fatihah hanya menangis dan terduduk di dalam biliknya. Dia sedih mengingatkan peristiwa gelap yang telah berlaku.

"Tihah, sayang. Tolong maafkan abang. Abang tak boleh hidup tanpa sayang. Tolonglah..." - Shazril

"Kau pergi! Jangan ganggu hidup aku lagi! Pergi!" - Fatihah

Shazril terkejut mendengar Fatihah menjerit kepadanya. Dia seakan tidak percaya sehingga begitu marahnya Fatihah terhadapnya. Shazril terpaksa akur, dia pergi bersalaman dengan Puan Khadijah dan anaknya sebelum pergi dari rumah itu.

"Mak, Ril pergi dulu, ya?" - Shazril

"Yalah. Ril, mak minta maaf fasal kelakuan Fatihah, ya?" - Puan Khadijah

"Tak apa mak, Ril faham. Diah, sayang. Papa pergi dulu, ya?" - Shazril

"Papa janganlah tinggalkan Diah dengan baby Ayden." - Diah

"Papa kena pergi, sayang. Insha Allah, kita jumpa lagi, ya?" - Shazril

Shazril mencium dahi Diah Hadirah dan Ayden Rizqy sebelum keluar dari rumah. Setelah itu, Shazril terus keluar dari rumah itu dan beredar. Fatihah pula masih menangis di dalam bilik.

"Kenapa kau sanggup buat aku macam ni, Ril? Kenapa?" - Fatihah

Tidak lama kemudian, Wahida datang ke rumah Puan Khadijah. Dia datang untuk berjumpa dengan anak-anak Fatihah. Dia melihat kelibat Fatihah tiada di situ lalu dia bertanya kepada Puan Khadijah di mana Fatihah.

"Fatihah dekat mana mak cik? Dia tak ada pun dekat sini?" - Wahida

"Kamu pergilah ke bilik dia tu." - Puan Khadijah

Wahida terus pergi menuju ke bilik Fatihah. Sampai sahaja di bilik Fatihah, dia mendengar tangisan Fatihah.

"Fatihah, Tihah ok ke? Ni akak ni. Tihah, Tihah nangis ke? Kenapa dengan Tihah? Tihah bukalah pintu ni." - Wahida

Fatihah terus membuka pintu biliknya lalu terus memeluk Wahida.

"Tihah kenapa? Sakit ke? Cuba bagitahu akak." - Wahida
Fatihah terus memberitahu Wahida perkara yang sebenar di dalam biliknya.

"Astaghfirullahal'azim... Sanggup dia buat macam tu?" - Wahida

"Entahlah, kak. Tihah ni tak tahu nak cakap macam mana. Tihah rasa sedih sangat kak." - Fatihah

"Sabar ya, Tihah. Rumah tangga mana yang tak ada masalah? Fatihah sabarlah banyak-banyak, ya?" - Wahida

"Tihah pun tak tahu Tihah kuat ke tak nak harungi semua ni." - Fatihah

Wahida terus memeluk Fatihah yang sedang sedih itu.

Di dalam bilik, Shazril menjadi tidak keruan. Dia seakan orang yang tidak siuman.

"Arghhh!" - Shazril

Sherry tiba-tiba masuk ke dalam bilik Shazril dengan membawa makanan dan minuman di atas dulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience