Chapter 57

Romance Completed 35261

Air mata membasahi pipinya selepas menerima berita mengandung itu. Scanning report di tangan menjadi tumpuan.

“Aku akan bertanggungjawab.”

Ungkapan itu asyik bermain di fikiran. Berita pagi tadi sungguh mengejutkan. Tidak dapat percaya dirinya sedang berbadan dua.

“Aku nak buat apa sekarang? Adakah aku perlu kahwin dengan dia? Macam mana kalau mak tahu aku mengandung anak luar nikah?” Wahidah Tiara bebel seseorang.

Ting! Ting!

Telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej baru. Tanpa melengahkan masa, Wahidah Tiara membaca pesanan yang baru diterima.

“Aku kat luar. Nak jumpa kau. Datang luar kejap, boleh?” - Hafiz.

“Ada apa kau nak jumpa aku? Leave me alone Hafiz!” - Wahidah Tiara.

“Tia, please. Kau keluar sekarang. Kita berbincang dengan elok.” - Hafiz.

Wahidah Tiara mendengus membaca balasan Hafiz. Sudah lah diri sendiri buntu sekarang. Tidak tahu apa yang perlu dibuat. Hafiz pula sibuk nak berbincang.


*****************

Sofia Amelia mengeluarkan pil yang dibeli tempoh hari. Semua arahan dibaca dengan teliti. Pesanan pekerja wanita yang bekerja di farmasi diingat kembali.

“Puan, ingat ye. Puan kena makan pil ini setiap hari. Kalau tertinggal makan sekali, peluang untuk hamil adalah tinggi.”

“Aku kena makan setiap hari. Tapi, Is tak boleh jumpa pil ini. Nanti mampus aku. Macam mana nak sembunyikan pil ini?” fikir Sofia Amelia.

Tidak fikir langsung tentang perasaan Iskandar Faiz sekiranya dia tahu Sofia Amelia makan pil mencegah hamil. Hanya dalam otaknya memikirkan tentang perasaan diri sahaja. Mengapa Sofia Amelia pentingkan diri sahaja?

Satu botol kecil Scoot’s fish oil dijumpa dalam kabinet. Tangannya laju mengambil botol itu.

“Kosong je botol ini. Apa kata aku masukkan pil ini ke dalam botol ini? Pasti Is tak akan tahu ini pil cegah hamil. Pandainya kau Sofi.” dengan penuh yakin dan gembira Sofia Amelia mengisi botol itu. Setelah beberapa minit, Sofia Amelia selesai mengisi botol Scoot’s.

“Done! Aku kena makan ubat ini setiap hari.” gumam Sofia Amelia.


********************

“Ada apa lagi Hafiz?” tanya Wahidah Tiara dalam nada geram.

“Kita nikah Tia.” ujar Hafiz tegas.

“No! Kau tahu kan aku masih cintakan Is.” tinggi suara Wahidah Tiara.

“Kau ni bodoh ke apa Tia? Sedar lah Tia. Is sudah kahwin. Sekarang ni kau pregnant. Tak akan kau masih nak harapkan kahwin dengan Is.”

“Aku tak kisah! Aku nak Is jugak!” putus Wahidah Tiara.

“Wahidah Tiara! Kau jangan fikir pasal perasaan kau je. Fikir pasal anak dalam kandungan kau jugak. Anak kita!” Hafiz mula naik angin.

“Aku akan gugur kandungan ni. Kau tak payah nak tanggungjawab.”

Berderau darah Hafiz apabila mendengar apa Wahidah Tiara cakap tadi. Tangannya melayang untuk tampar Wahidah Tiara.

Pang!

Terkejut Wahidah Tiara. Dia tidak sangka Hafiz akan menampar dirinya.

“Kau dengar sini Tia. Ini anak aku. Darah daging aku. Kau jangan pandai-pandai nak gugurkan anak aku dalam kandungan kau.” Hafiz memberi amaran keras.

“Hafiz.” bisik Wahidah Tiara. Air mata mula mengalir perlahan.

Hafiz menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia cuba tenangkan dirinya.

“Tia, I am sorry. Tapi tolong jangan buat keputusan terburu-buru. Please think of the little life in your womb. It’s our baby, Tia. Aku merayu kat kau. Kita nikah. Kita besarkan anak dalam perut kau bersama-sama.” pujuk Hafiz sambil mengusap perut Wahidah Tiara yang masih kempis itu.

“Hafiz, tapi…”

“Shhh! No tapi, tapi. Nanti aku suruh mak aku untuk jumpa dengan mak kau. Kita urus majlis nikah secepat mungkin.” kata Hafiz lagi. Dia nak kahwin dengan Wahidah Tiara sebelum orang tahu dia mengandung anak luar nikah.

“How about Is?” tanya Wahidah Tiara lemah.

“Tia, Is sudah kahwin. Let him be happy with his wife. Jangan kacau rumahtangga orang. Anggap kau dengan Is tak ada jodoh. Jodoh kau dengan aku.” Hafiz cuba untuk menukarkan fikiran Wahidah Tiara. Hafiz tidak mahu Wahidah Tiara memikirkan tentang bekas tunangnya, Iskandar Faiz.

Wahidah Tiara berdiam. Matanya menekur jalan bertar itu.

“Betul juga apa dia cakap. Aku tengah mengandung sekarang. Anak Hafiz. Aku kena fikirkan pasal aku dan anak yang sedang menghuni dalam rahim aku.” gumam Wahidah Tiara.

“Tia, boleh aku minta sesuatu?” minta Hafiz selepas beberapa minit.

“Apa dia?”

“Sumpah demi Allah yang kau tak akan sesekali gugurkan anak dalam kandungan kau.”

“Hafiz, aku sumpah aku tak akan gugurkan anak kita. Tadi aku tak dapat nak kawal emosi aku. Semuanya berlaku begitu cepat. Ini anak aku juga. Tak ada seorang ibu sanggup gugurkan anak dia sendiri di dunia ini, Hafiz. Kau jangan risau.” balas Wahidah Tiara lembut.

“Thank you Tia. Aku janji, aku akan jaga kau dan anak yang bakal lahir sebaik mungkin.”


*************************

Dua minggu kemudian,

Riuh-rendah suasana di rumah milik ibu bapa Iskandar Faiz. Alhamdulillah, selesai juga majlis nikah dan persandingan Tasha. Rumah Ismail dipenuhi saudara-mara dan jiran walaupun sudah malam.

“Panasnya.” Sofia Amelia mengibas tangan. Tidak boleh tahan kepanasannya.

“Kenapa sayang? Panas sangat ke?” tegur Iskandar Faiz.

“Ye abang. Panas.” setuju Sofia Amelia dan melabuhkan punggungnya di katil.

“Kenapa sayang abang ni nampak letih sangat?”

“Tak cukup tidur abang. Sebab itulah. Lagipun panas kan.” balas Sofia Amelia dan bersandar di dada suaminya.

“Abang…”panggil Sofia Amelia manja.

“Hmm? Ada apa panggil abang?”

Tangan Sofia Amelia bermain di dada milik suaminya. Matanya dipejam. Berasa tenang apabila berada dalam pelukan suaminya.

“Abang, you were looking so handsome today.” puji Sofia Amelia.

“Baru je ke sayang sedar abang handsome ke? Abang memang kacak, sayang.”

“Perasan” mencebik Sofia Amelia.

Pelukan di pinggang isterinya dikemaskan. Ubun-ubun isterinya dikucup dengan penuh kasih sayang.

“Sayang pun cantik sangat harini. Abang ajak sayang sanding sekali dengan Tasha, sayang tak nak. Abang pun nak juga berasa naik pelamin.” ujar Iskandar Faiz. Puas dia pujuk Sofia Amelia untuk bersanding, tetapi Sofia Amelia tidak setuju.

“Satu hari nanti kita bersanding ye abang, Insha Allah. But not now.”

“Ye lah. Sayang selesa tak tinggal kat rumah abang?” Iskandar Faiz risau juga isterinya tidak selesa tinggal di kampungnya.

“Okay je abang. Seronok tinggal di kampung abang.” balas Sofia Amelia ceria.

“Betul ni? Abang bukan apa. Sayang kan tak boleh berlama dalam panas, nanti sayang pengsan. Kalau sayang rasa sayang tak dapat tahan panas, abang akan book hotel. Kita stay kat hotel waktu malam.”

Sofia Amelia berasa dihargai oleh suaminya. Dia sendiri sudah lupa dia mempunyai heat syncope. Tetapi suaminya masih ingat lagi.

“I am okay staying here abang. Abang no need to worry, okay?” bibir suaminya dikucup lembut.

“Alright. Abang tak sabar nak timang cahaya mata.” tutur Iskandar Faiz tiba-tiba.

Berubah riak wajah Sofia Amelia. Kenapa tiba-tiba Iskandar Faiz berbual pasal anak?

“Err… abang…”

“Sayang, apa kata kita buat anak sekarang?” bisik Iskandar Faiz di telinga Sofia Amelia.

“Apa abang? Kita bukan pengantin baru lah.”

“Pengantin baru je boleh bersama ke? For us, every night is the first night, sayang. Jom, abang kena kerja kuat ni. This time I will make sure sayang pregnant!” kata Iskandar Faiz dan memadamkan lampu di biliknya.

“No abang. Walaupun abang kerja keras, I won’t be pregnant.” bisik Sofia Amelia sambil menikmati sentuhan suaminya pada malam yang hangat itu.


*******************

Uwekkk! Uwekkk!

Wahidah Tiara memuntahkan segala isi perutnya. Dari pagi Wahidah Tiara asyik memuntahkan isi perutnya. Badan juga tidak bermaya.

“Tiara! Tiara! Buka pintu ni. Adik cakap Tiara tak sihat. Mak nak tengok kamu. Buka pintu ini.” Linda mengetuk pintu biliknya. Risau terjadi apa-apa pada anak perempuannya.

“Ya Allah, macam mana ni? Aku tak ada tenaga. Kalau mak masuk, nanti dia akan bawa aku ke klinik. Kalau dia bawa aku ke klinik, mesti dia dapat tahu aku mengandung.”

“Tiara! Buka pintu ni. Dengar tak mak panggil ni.” ketuk Linda tanpa berputus asa.

Wahidah Tiara buka pintu tanpa ada pilihan. Sempat dia mencuci mukanya supaya nampak segar sikit.

“Ye mak.”

“Kenapa dengan kamu ni Tiara? Kamu okay ke tak ni? Ikut mak. Kita pergi ke klinik.” ajak Linda. Walaupun Wahidah Tiara mencuci mukanya tadi, masih lagi nampak mukanya pucat.

“Eh, tak payah mak. Tiara okay je.” tolak Wahidah Tiara.

“Apa yang okay Tiara? Muka kamu ni jelas nampak kamu tak sihat. Kamu jangan nak tipu mak. Mak tahu macam mana muka kamu bila kamu tak sihat. Jangan degil. Ikut mak, pergi klinik!” arah Linda. Tangan anak perempuannya ditarik untuk pergi ke klinik.

“Tak pe mak. Tiara sihat.” Wahidah Tiara cuba untuk meleraikan genggaman ibunya. Tetapi, kudratnya lemah. Matanya berpinar. Tanpa diduga, Wahidah Tiara jatuh pengsan.

“Tiara! Kenapa ni? Bangun Tiara! Razim! Razim!” panik Linda. Pipi anaknya ditampar perlahan. Tetapi tiada pergerakan. Razim pula tergesa-gesa menghampiri ibunya.

“Ya Allah, kenapa ni mak? Apa dah jadi kat akak?”

“Mak tak tahu. Panggil ambulans. Kita bawa dia pergi hospital. Mak takut, along.” risau Linda. Hampir luruh jantung Linda melihat keadaan anak yang jatuh pengsan itu.

Selamat membaca semua :) Dah tahu siapa pregnant kan ? Jom comment ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience