Maisara melangkah memasuki bangunan megah milik HR Group, senyuman manis diberikan kepada setiap orang yang menyapanya.
Sudah 2 tahun dia bekerja sebagai pembantu peribadi Tan sri kamal, Ceo syarikat ini.
Langkahnya terhenti tatkala dia berada dihadapan pintu lift.
"Morning Sara" Sapa seorang lelaki yang berdiri di sebelahnya
"Morning Faiz" Balasnya ramah.
Ting!
Pintu lift terbuka luas. Maisara dan Faiz serta pekerja yang lain masuk ke dalam perut lift.
Faiz menekan butang lift 15 untuk naik keatas sebelum pandangan dialihkan kepada maisara yang berdiri di sebelahnya, gadis itu kelihatan tersenyum lebar seperti mendapat cabutan bertuah sahaja. Mungkin ada sesuatu yang membuat hati Maisara seriang ini.
"Ceria awak pagi ni?" tegurnya sedikit berbisik ke Maisara.
Maisara hanya membalas kata-kata Faiz dengan senyuman sahaja.
'Bukan hari² aku ni ceria kah' namun ayat itu hanya mampu dikatakan dihati sahaja.
Bukan dia tidak ingin melayan Faiz tapi kejadian beberapa hari lalu dimana Faiz meluahkan perasaan terhadapnya membuatkan Maisara rasa janggal lagipula Maisara memang tidak berminat untuk bercinta lagi.
Tidak ingin menyakitkan hati Faiz, Maisara hanya mengatakan yang dia memerlukan masa untuk memberi jawapan. Mungkin kerana itu Faiz masih menyimpan harapan kepada Maisara.
Ting!
Pintu lift terbuka menunjukkan yang mereka kini berada di tingkat yang ditunggu.
Maisara bergerak laju keluar dari perut lift meninggalkan Faiz berada jauh dibelakang.
Faiz melepaskan keluhan berat, perangai Maisara yang berubah terhadapnya kebelangan ini membuat fikirannya terganggu. Bermacam cara dia lakukan untuk gadis itu bersikap riang lagi dengan namun Maisara semakin menjauhkan diri.
Maisara melangkah memasuki pantri pejabat tingkat atas, Seperti pagi sebelumnya dia harus menyediakan kopi panas untuk Tan Sri Kamal. Sedang sibuk membancuh kopi wanita awal 30an menyapanya dari ambang pintu pantri.
"Hi Sara"
Dia tersenyum sebelum membalas sapaan wanita itu.
"Hi kak Lin, nak Sara bancuhkan kopi sekali ke?" Pelawa Maisara.
Kak Lin mengatur langkah mendekati Maisara, Kepala digelengkan.
"Eh tak pah biar akak bancuh sendiri" Jawab Kak Lin.
"Boleh akak tanya sesuatu?" Sambung Kak Lin lagi sambil tangan cuba mencapai cawan yang berada di dalam kabinet.
Bancuhan Kopi Maisara terhenti, pandangan dialihkan kepada Kak Lin.
Sejak bila Kak Lin memintah izin untk bertanya soalan?
"Boleh" Dibalas juga, senyuman tetap mekar dibibir.
"Maisara dengan Faiz macam mana?" Soal Kak Lin.
Serta merta senyum di bibir Maisara perlahan-lahan menghilang, mendengar nama Faiz disebut Kak Lin semakin dia tidak berkenan untuk membuka bicara.
"Kak Lin, Sara dengan Faiz tu kawan je lah" Balas Maisara jujur.
Maisara sebenarnya malas membuka cerita tentang Dia dan Faiz bukannya ada benda yang menarik pun.
Lagipun memang betul Dia dan Faiz tiada apa² hanya sekadar kawan kalau betul dia ada perasaan terhadap Faiz sekali pun bukan perasaan cinta cuma perasaan sayang sebagai kawan sekerja tidak lebih.
Bancuhan kopi Kak Lin terhenti mendengar balasan gadis itu dia memandang ke arah Maisara.
"Kak Lin bukan apa cuma Kak Lin suka tengok sara dengan Faiz tu, padan sangat. Lagipun Faiz tu budak baik dan satu office ni semua fikir Sara dengan Faiz tu bercinta tau"
Terkejut Maisara mendengar
pemberitahuan Kak Lin. Bila masa dia bercinta dengan Faiz pula ni?
"Sara pergi dulu lah kak lin, Sara nak hantar kopi ni ke Tan Sri. Lagipun Sara tak bagitahu jadual dia hari ni lagi"
Tanpa mendengar balasan dari Kak Lin, Maisara terus melangkah meninggalkan pantri.
Kak Lin hanya tersenyum melihat langkah Maisara, dia tahu gadis itu cuba melarikan diri dari menjawab soalannya.
Maisara menghayunkan kaki menuju ke bilik Tan Sri Kamal sambil kepala berfikir apa yang dikatakan oleh Kak Lin sebentar tadi.
Dia dengan Faiz bercinta? Memang dia selalu mendengar pekerja di bangunan ini mengatah dia tentang Faiz, mungkin kerana dulu Faiz pekerja paling rapat dengannya.
Kemana sahaja mesti bersama Faiz kecuali jika lelaki itu di tapak projek barulah mereka berpisah.
Dia pernah juga mendengar pekerja perempuan yang lain mengata dia membomohkan Faiz sehingga lelaki itu kerap mencarinya. Sakit hatinya bila mengingat kembali.
Tidak sehingga dimana Faiz meluahkan perasaannya terhadapnya minggu lepas. Hal itu membuatkan Maisara ingin menjauhkan diri dari Faiz.
Hampir semua juga pekerja perempuan di bangunan ini berminat dan menginginkan Faiz mungkin kerana paras rupa Faiz yang kacak. Lagipula Faiz merupakan salah satu Arkitek di HR.
Ya, Maisara akui Faiz bukan sahaja memiliki paras rupa yang elok malah sikap prihatin Faiz membuatkan hampir semua wanita yang ada dengannya ingin bersamanya tapi bukan Maisara, dia masih tidak percayakan cinta.
Peristiwa yang pernah berlaku membuat Maisara tidak ingin dekat dengan namanya cinta, dia suda serik lebih baik dia menjauhi perkataan keramat itu.
Sampai sahaja di depan pintu pejabat Tan sri Kamal, Maisara mengetuk pintu bilik tersebut.
Tok! Tok!
"Masuk!" Arah Tan Sri Kamal dari dalam bilik pejabatnya.
Mendengar sahaja arahan dari Tansri Kamal, Maisara melangkah masuk ke dalam pejabat Tan sri Kamal. Kopi yang berada di cawan diletakkan ke atas meja dengan berhati hati.
"Kopi Tan Sri" Beritahu Maisara.
"Hmmm, Maisara saya nak beritahu awak yang minggu depan cucu saya akan mulai untuk gantikan saya, saya nak awak sediakan apa yang patut." Jelas Tan Sri Kamal
Maisara tidak terlalu terkejut dengan pemberitahuan itu.
Menurut Puan Sri Farah Lee kesihatan suaminya sangat tidak memuaskan akhir² ini, jadi Tan Sri Kamal sudah membuat keputusan yang cucu nya akan mengganti
kannya dan perkara ini juga sudah dimaklumkan sejak bulan lalu lagi oleh Tan sri kamal ke maisara serta pemengang² saham di HR Group Cuma tarikh sahaja Tan Sri Kamal belum maklumkan lagi.
"Baiklah Tan Sri saya akan sediakan apa yang patut" balas Maisara patuh.
"Hmm terima kasih, apa jadual saya Hari ni?" Tan Sri kamal bersoal, Kopi dihirup perlahan.
"Hari ni, jam 10 pagi Tan Sri akan ada perjumpaan dengan Dato Fikri tentang projek di selangor. Selain itu, jam 1 petang Tan sri perlu jumpa client kita dari china, cuma itu sahaja" Terang Maisara senyuman sentiasa mekar di bibir kecilnya.
"Baiklah kalau begitu, awak boleh sambung kerja semula"
"Baiklah Tan Sri"
Maisara tunduk hormat sebelum meninggalkan bilik Tan Sri Kamal dan kembali ke bilik pejabatnya.
Tan Sri Kamal berharap yang cucunya nanti akan selesa menguruskan HR Group dengan bantuan Maisara, dia yakin kerana Maisara seorang yang sangat teliti.
Selama Maisara bekerja dengannya dia tidak pernah melihat hasil kerja Maisara tidak memuaskan. Gadis muda itu bukan sahaja cantik malah rajin.
Maisara keluar dari Suzuki swift
miliknya kakinya menuju ke arah pintu rumah, tombol pintu dipulas sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah teres 2 tingkat itu.
kelihatan dua sahabatnya yang dia kenal dari zaman kolej lagi sedang menonton tv.
"Assalammulaikum" laung Maisara sedikit menjerit.
Nadia dan balqis menolah ke arahnya.
"walaikumsalam, wuu awal kau balik?" balas Nadia sambil menyuap keropok ke mulutnya.
Maisara melabuhkan punggung di sebelah Balqis.
"Jam 7 dah, awal apa nya" Cebiknya.
"Pelik lah biasa kau balik jam9 Sekarang baru pukul 7, ada 2jam lagi" sindir Balqis, bukan dia tidak tahu yang Maisara ni sangat pentingkan kerja sehingga malam² balik lewat.
Dia dan Nadia tidak akan tidur selagi Maisara tidak balik kerana risaukan sesuatu berlaku pada Maisara, bukan dia tidak menasihati sahabatnya ini tetapi nasihat yang dia beri itu hanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan, Hmm rasa sia² sahaja.
"Balik awal pelik, balik lewat salah kang aku tak balik baru tahu" Tempelak Maisara, dia tahu dua orang sahabatnya ini akan membebel sebentar lagi seperti malam sebelumnya.
"Woi Mai, tadi ada orang hantar bunga lagi lah kat kau" Beritahu Nadia, mulutnya dimuncungkan ke arah bunga ros merah yang terletak di atas meja makan.
Maisara memandang kearah bunga ros merah itu, dia sendiri hairan sejak seminggu yang lalu dia sering mendapat bunga ros merah yang dikirim dari pengirim rahsia itu.
Nama atau alamat pengirim memang tiada setiap kali bunga itu sampai. Adakah Faiz pengirim tersebut? Arhh lantahlah malas dia memikirkannya.
"Kan aku dah cakap kalau bunga tu sampai lagi kau bagi balik kat pengirim tu, aku tak minat lah bunga rose merah macam ni aku cuma minat rose hitam je"
Nadia menggeleng kepala mendengar balasan Maisara.
"Kau ni dah berapa kali pengirim tu hantar bunga tu tau, sekali pun kau tak pernah nak baca kad tu. rose hitam untuk orang mati, suka lah kau kan" Bebel Nadia
Dia hairan dengan sahabatnya ini, Maisara sangat tidak berminat dengan namanya bercinta siapa saja yang meluah cintanya kepada Maisara, akan ditolak dengan banyak alasan atau Maisara akan mengatakan dia memerlukan masa untuk berfikir tapi 100 tahun menunggu sekalipun Maisara tidak akan membuat keputusan atau menerimakan mereka jawapan.
"Eh aku dah bacalah tak dah nama pengirim entah orang ni dengki nak bunuh aku kah apa kah, iss tak nak lah aku simpan bunga tu" jawab Maisara sambil memeluk bantal kecil sofa yang berwarna coklat.
"Kalau orang nak bunuh kau dia tak hantar bunga ros merah dia hantar pembunuh upahan untuk bunuh kau" Nadia mencebik Mebuat Maisara menjeling tajam ke arahnya.
Balqis yang hanya jadi pemerhati dari tadi ketawa mendengar pelawanan mulut dua gadis itu.
"mulut kau aiss geram aku, dah lah aku nak naik mandi. aku belum solat magrib lagi ni, kalau korang nak bunga tu ambillah aku bagi ikhlas" Maisara senyum sebelum tangan mengambil beg tangannya dan menuju ke biliknya di tingkat atas.
Share this novel