Bunyi cengkerik menemani suasana sunyi tengah malam itu. Adam dan Danial yang berpeluh dingin melihat keadaan belakang rumah itu namun tiada sesiapa. " Abang, betul ke ada orang intai abang? Entah-entah hantu jenguk abang tadi?" Danial berseloroh dan Adam menolak adiknya yang sempat bergurau itu. " Tak lah, risau takut zombi atau geng Bob ?" Adam berkata. Tiba-tiba mereka terdengar bunyi daun kering seperti dipijak oleh seseorang daripada arah belakang mereka. Satu tangan menepuk bahu Danial lalu dia menepis dan menyuluh lampu picit itu ke arah muka orang yang menyapanya. "Oh, Abang Bennet rupanya! Ingatkan..." sebelum Danial sempat bercakap Bennet mencelah " Ingat hantu? Kamu berdua buat apa tengah malam ni nak main di luar. Bahaya kalau kena serang dengan zombi atau hantu nanti." Bennet tersengih sambil meregangkan badannnya yang lenguh. " Sudah pergi sambung tidur. Esok kena bangun awal sebab nak bersiap-siap untuk ke Keyah. Kita nak cari bapa kalian yang kerja saintis biologist tu, jadi pergi rehat cukup-cukup." Bennet mengarahkan lalu mereka bertiga masuk ke dapur semula. Seorang lelaki yang duduk di atas dahan sebuah pokok mengintai mereka telah beredar lalu dia terjun ke bawah. "Umm...Jadi mereka semua nak ke Keyah esok. Aku mesti beritahu Carly" . Kemudian lelaki itu berjalan ke jalan raya besar di hadapan rumah usang tersebut dan menaiki sebuah motorsikal lalu mengambil sebuah smart phone dan mendail nombor rakannya, Carly. " Aku tahu bagaimana nak pastikan yang dua beradik itu sanggup ikut cakap kita. Malam ni kau beritahu Bob untuk hubungi si saintis tu. Apa Nama dia... Ha Jonathan. Tanya dia siapa lagi saintis lain yang tidak berada di dalam pekan Keyah." Lelaki itu berkata. Wanita di dalam telefon itu terdiam sejenak"Mengapa engkau tak ceroboh sahaja rumah tu dan culik mereka? Lagi memudahkan kerja. Jangan fikir yang boss suka kau sebab kau dapat cari budak yang antivirus tu dan walaupun ketua sudah maafkan kau, aku tak akan lupakan apa kesilapan kau dah buat. Aku selamatkan engkau kerana ketua kata kau boleh jadi kekuatan dia. Aku ada hal kerja, nanti aku akan update balasan doktor Jonathan tu pada kau. Datang ke kem sekarang dan teruskan kajian kita yang tak selesai lagi pada budak-budak yang lain. " Carly berkata dan menamatkan perbualan itu. " Hahaha, aku akan bayar berlipat kali ganda apa yang kau dah buat budak!" lelaki itu tersenyum sinis dan sambil menunggang motorsikal itu lelaki tersebut memandang cermin sisi motor. " Tak sangka aku lupa bagaimana rupa aku yang dahulu." Luke bermonolog sendirian sambil melihat wajah manusianya. Dia terselamat daripada letupan bom kerana dia sempat berlindung di bawah timbunan puluhan zombi dan walaupun badannnya hampir terbakar sembilan puluh peratus namun hasil daripada perubahan selepas mengigit Adam menyebabkan badannnya pulih dalam waktu yang singkat. Tambahan pula, kedatangan Carly dan kumpulan perawat daripada organisasi yang telah merawat Luke disebabkan dia dapat berevolusi menjadi zombi atau manusia sepenuhnya dan bos kepada organisasi meminta dia mengkaji hubungan tisunya dan Adam yang menyumbang kepada perubahan yang drastik pada virus di dalam tubuh Luke.
Keesokan pagi, Hakim, Adam dan Danial yang telah selesai solat subuh sedang mengemas barangan yang hendak dibawa ke dalam kereta. Lisa menyediakan sarapan pagi ringkas dan selesai mereka bertolak menuju ke jalan Keyah. Jack dan Jill menunggang sebuah motorsikal manakala Hakim memandu kereta ditemani oleh Will. Adam dan Danial duduk di kerusi belakang. Setelah hampir sejam perjalanan terlihat papan tanda menunjukan 'Selamat datang ke Keyah'. " Jadi kamu ingat jalan ke bangunan tempat bapa kalian kerja? " Hakim menyoal. " Ingat. Nanti dah sampai di pekan Keyah, ambil jalan lurus je sampai ke atas bukit sana." Hakim mengangguk. Sebelum tiba di pintu gerbang pekan , Jack turun daripada motorsikal dan mengarahkan Hakim untuk turut berhenti. Jill memanjat pokok besar berhampiran dan dia duduk di atas dahan pokok itu. Jill meneropong menggunakan binocular milik mendiang Smith. " Payah nak teruskan perjalanan ni kerana pekan Keyah dikepung oleh beberapa kontena dan sekaligus menghalang laluan keluar dan masuk." Sebenarnya kewujudan pekan tersebut adalah tidak disengajakan kerana pada asalnya hanya sebuah jalan raya besar yang sentiasa sesak kerana jalan itu satu- satunya laluan untuk ke bandar utama iaitu Phinie. Kemudian seorang lelaki jutawan dari eropah membuat projek pembinaan rumah banglo mewah dan sederhana di sepanjang jalan itu dan sekaligus menarik minat beberapa pelancong untuk menetap dan terhasil sebuah pekan kecil bernama Keyah. Hanya mempunyai dua puluh rumah mewah dilengkapi laman dan di sepanjang jalan raya tersebut iaitu pada bahagian kiri dan kanan adalah hutan menambahkan lagi suasana nyaman untuk didiami. Terdapat juga deretan kedai di situ. Jill melihat sekeliling pekan kecil itu dikepung oleh beberapa kontena besar sekaligus menghalang perjalanan untuk ke bukit yang disebut oleh Adam. Tambahan pula, setelah diteliti terdapat sekitar enam orang dewasa lelaki dan wanita yang duduk di atas kontena itu dan dilengkapi dengan senjata yang mungkin berperanan sebagai pengawal pekan Keyah tersebut. Jill melompat ke bawah dan menyertai yang lain yang sedang terpinga-pinga melihatnya. " Abang, saya dah periksa memang betul tekaan abang yang pekan Keyah sudah dijadikan kem berlindung sebab ada kontena yang mengelilingi pekan dan terdapat beberapa penembak di atas setiap kontena. Memang ketat sekuriti kalau tengok cara mereka berjaga-jaga. " Jill memaklumkan. " Ya seperti apa yang diberitahu oleh mendiang Smith bahawa Keyah telah dijadikan kem berlindung. Namun saya tak pasti siapa sahaja yang boleh berlindung di dalam. Jika lihat ramai orang kaya yang menetap di Keyah mungkin mereka yang mendirikan kem tu." Jack berkata. " Tetapi kita tak boleh mengambil risiko untuk meminta izin kepada mereka. Kita hanya sekumpulan budak-budak dan remaja jadi pasti mereka mahukan sesuatu sebagai balasan untuk masuk ke kem. "Will memberi pendapat. Adam dan Danial agak keliru. "Bagaimana kita nak lalu jalan raya utama sebab tempat kerja papa berdekatan bukit sana. Papa pernah bawa saya dan Danial pergi ke sana dulu tetapi menggunakan jalan raya tu. Ada je yang pergi ke bangunan tu menggunakan helikopter tapi mana nak cari? " Adam bertanya. " Memang tak ada cara lain kita kena lalui hutan untuk ke bukit. " Hakim menunjukan kawasan hutan pada bahagian kanan bersebelahan dua buah kontena. " Namun yang bahaya adalah kita perlu hadapi zombi atau binatang liar yang mungkin berada di dalam hutan. Kena guna senjata tak bising macam parang atau kapak. " Jack berkata. " Okay, Adam dan Danial akan bawa pistol tapi bagi kami yang lain ni kena guna senjata lain. Kamu berdua ikut belakang kami dan berlindung." Will memegang bahu Danial. Jack mengeluarkan sebuah beg dan mengambil sebilah parang, satu kayu besbol, sebilah pisau dan sebuah kuali memasak. " Eh, siapa letak kuali dalam beg ni?" Jack binggung. " Ouh, saya yang letak sebab kalau tengok filem zombi boleh jadi senjata juga. Bagi saya guna." Hakim tersengih dan mengambil kuali ( frying pan) tersebut.
Lalu mereka meninggalkan kenderaan di sebalik semak tebal dan bergerak memasuki hutan. Matahari yang panas menambahkan lagi kudrat untuk mereka berjalan. " Abang Hakim, agaknya sini ada pacat atau lintah tak?" sambil berjalan Danial menyoal bagi menghilangkan kebosanan. "Um, tak ada rasanya sebab ni bukan seperti hutan di Malaysia. Kita panas lembap." Hakim membalas. Jack yang melibas reranting rendah membuat laluan untuk mereka lalui. Setelah lima belas minit berjalan mereka tiba di sebuah kawasan lapang yang kelihatan seperti terdapat orang yang berkempen di situ. Will menahan yang lain daripada maju dan dia ke tengah kawasan itu lalu melihat terdapat baki abu kayu yang telah digunakan pada selonggok kayu. Di sebelah abu itu tersusun sampah kecil yang dibaluti plastik. Adam dan Danial mengikuti Hakim yang meninjau bahagian kiri kawasan camping dan melihat sebuah tanah yang seperti baru digambus. Panjang tanah yang bertimbun itu agak mencurigakan. Adam berbisik pada adiknya sambil melihat Hakim yang berdiri sebelah tanah itu. " Abang rasa macam tanah kubur pun ada sebab panjang kubur dengan tinggi abang Hakim hampir sama." Danial mengangguk setuju. "Budak tangkap. " satu suara berkata dan secara spontan Danial yang mendengar terus menghulurkan tangannya pada suara itu. Satu bag plastik mendarat pada tangannya dan Danial melihat seorang pak cik tua yang memakai seragam lusuh kelabu berjalan ke arah mereka. "Aduh, siapa pula ni?" Hakim berwaspada dan segera berdiri di hadapan Danial dan Adam.
Share this novel