BAB 11

Romance Completed 43245

Pin! Pin! Pin!

'Mana minah ni? Takkan tidur lagi. Ingat tengah cuti lagi ke apa? Hish!' rungut Afiq Raihan.

Tiga kali dia menekan hon namun Anis Raihanna masih tidak keluar lagi. Tangannya ditepuk beberapa kali di stereng kereta bagi melepaskan geram. Memang mencabar kesabaran betul!

"Ya! Tunggu la kejap!" laung Anis Raihanna.

Tergopoh gapah dia keluar dari rumah apabila mendengar hon kereta Afiq Raihan. Beg bagasinya ditarik. Beg kerjanya juga dibawa.

'Ish tak sabar betul la Ngek Ngok ni!' kutuk Anis Raihanna didalam hati.

Afiq Raihan menurunkan cermin tingkap keretanya apabila melihat Anis Raihanna keluar dari rumahnya.

"Wei,mak cik kau nak aku tunggu kau berapa lama lagi! Penat tau tak tunggu kau!" marah Afiq Raihan. Dia mendengus kegeraman.

Anis Raihanna hanya mendiamkan dirinya saja. Malas nak layan mamat poyo tak sedar diri tu!

Dia meletakkan beg bagasinya ke dalam bonet kereta Afiq Raihan. Dia memgambil tempat di tempat duduk belakang. Beg kerjanya diletakkan sebelah dia.

Dia membuang pandangan ke luar tingkap. Malas nak cakap dengan mamat poyo tu! Tetapi kereta tu masih tak bergerak lagi.

Dia mengerutkan dahi. 'Eh,mamat ni tadi dia yang suruh cepat tapi dia yang tak nak gerak pulak ni!' omel hatinya.

Afiq Raihan terpinga pinga dengan tingkah Anis Raihanna. 'Dah kenapa mak cik ni duk belakang?' soal hati Afiq Raihan.

"Kau.." Serentak mereka bersuara. Haa sudah siapa nak cakap dulu ni?

"Kau ingat aku ni driver kau ke apa? Aku ni boss ok? Dah,duduk sebelah aku ni!" arah Afiq Raihan.

Sempat juga diperli Anis Raihanna. Dia tersenyum sinis. Anis Raihanna hanya menurut. Kalau melawan nanti sampai bila pun tak sampai nanti mereka ke Ampang.

Anis Raihanna mengeluh kuat. Dia duduk disebelah Afiq Raihan. Tangannya disilangkan ke dada. Mahu menunjukkan protes.

"Ha,cepatlah gerak. Nanti tak sampai kita ke Ampang. Tadi suruh cepat sangat" perli Anis Raihanna.

Buat kesekian kalinya dia menghalakan pandangan ke luar tingkap.

"Amboi,kau at least pakai la seatbelt kot ye pun!" perli Afiq Raihan pula. Dia memulangkan paku buah keras.

Entah bila nak abis perli memerli pun tak tau la. Namun,Anis Raihanna tidak mengendahkan Afiq Raihan.

Afiq Raihan merengus geram dengan sikap acuh tidak acuh gadis itu. Degil betulkan anak pak long ni! "

Ke kau nak aku pakaikan Hana!" ugut Afiq Raihan. Ingat dia tak berani ke? Dia tersenyum sinis.

Namun, Anis Raihanna hanya beriak biasa seperti tidak terkesan langsung dengan ugutan Afiq Raihan. 'Alah,ingat aku takut ke? Ini Anis Raihanna lah!' monolognya sendirian.

'Oh,kau cabar aku ye. Kau tengoklah nanti' omel Afiq Raihan pula.

Dia mendekatkan diri ke Anis Raihanna. Hanya beberapa inci sahaja jarak mereka berdua. Kalau orang lain nampak mesti mereka bersangka buruk terhadap kedudukan mereka sekarang ni.

Dia menarik seatbelt gadis itu lalu memasangnya. Namun dia melakukan dengan perlahan. Dia tersenyum kemenangan apabila ternampak riak muka cuak Anis Raihanna tadi. Nak tergelak pun ada. Hahaha.

Keretanya laju meluncur di jalan raya. Anis Raihanna sangat terkejut dengan tindakan Afiq Raihan. Dia menyangka lelaki itu hanya bergurau. Namun sangkaannya meleset sama sekali.

Degup jantungnya bagai terhenti seketika akibat tindakan Afiq Raihan. Kedudukan mereka tadi terlalu dekat sehinggakan bau haruman yang dipakai Afiq Raihan menusuk ke hidungnya.Dia terdiam seketika. Kini detak

jantungnya berdetak seribu. Mukaanya memerah. Dia nak marah namun merasakan akan lebih mengeruhkan keadaan. Maka,dia memutuskan untuk mendiamkan diri sepanjang perjalanan.

Setelah tiga jam perjalanan,akhirnya mereka tiba di Ampang. Afiq Raihan meletakkan keretanya di parking hotel yang telah ditempahnya.

Setelah selesai,dia mengerling seketika Anis Raihanna yang sedang diulit mimpi sepanjang perjalanan mereka. Penat sangat agaknya. Atau nak cover malu sebenarnya. Hahaha

Ditolak sedikit bahu gadis itu beberapa kali. Anis Raihanna hampir tersedar dari lenanya namun dia memutuskan untuk tidur kembali. Afiq Raihan yang sedar dengan tindakannya itu mengetap gigi.

"Eh,minah ni!" omel Afiq Raihan.
"Hana,baik kau bangun sekarang sebelum aku angkat kau tidur dengan aku malam ni" ugut Afiq Raihan. Dia tersenyum nakal.

Anis Raihanna yang mendengar ugutan lelaki itu menelan air liur. Dia bingkas bangun lalu keluar daripada kereta Afiq Raihan dengan kadar yang segera. Mana tidaknya,takut dia dengan ugutan lelaki itu selepas kejadian tadi. Uishh,kus semangat!

Afiq Raihan menghamburkan tawanya sepuas puasnya. Tahupun takut! Hahaha. Dia turut keluar dari keretanya. Beg nya telah dikeluarkan dari bonet kereta. Mereka berdua berjalan beriringan masuk ke dalam hotel tersebut.

Hotel tersebut merupakan projek yang dijayakan oleh Afiq Raihan sendiri. Tujuannya hari ini mereka disini adalah untuk memantau perkembangan hotel tersebut. Pemantauan akan dilakukan pada esok hari. Hari ini mereka akan berehat dahulu selepas seharian memandu.

"Hana,nak makan tak? Aku lapar la." tanya Afiq Raihan memecahkan kesunyian antara mereka. Anis Raihanna yang terkejut mengawal riak muka sebaik mungkin.

"Hmm,boleh jugak. Lepas ni terus check in hotel kan?" soal Anis Raihanna pula.

Dia cuba menghilangkan rasa kekoknya. Lagipun lepas tertidur sepanjang perjalanan mereka tadi menyebabkan dia rasa segar. Penat memandu semalam juga hampir hilang.

"Haah la,ke kau nak check in sekarang?" tanya Afiq Raihan. Padahal mereka dah hampir tiba di restoran yang terdekat.

"Kalau bungkus je tak boleh ke? Mesti kau penat kan" balas Anis Raihanna. Memang la dia tak suka dengan Afiq Raihan tapi dia masih seorang manusia yang berhati perut tau! Entah kenapa perasaan kekoknya tadi hilang serta merta.

"Oh,kisah jugak eh kau kat aku. Hahaha. Kalau macam tu kita bungkus then terus check in ok?" cadang Afiq Raihan. Terharu la juga yang Anis Raihanna ambil berat pasal dirinya. Hahaha. Tapi dia tidak ambil serius hanya sekadar gurauan saja. Tak lebih pun.

Anis Raihanna hanya mengangguk perlahan. Mereka berdua masuk ke dalam restoran tersebut. Afiq Raihan yang tolong order makanan dan minuman. Manakala,Anis Raihanna hanya duduk menunggu dimeja yang disediakan.

Dalam sibuk menunggu,dia bermain dengan telefon pintarnya. Tiba tiba,dia dapat satu panggilan daripada ibunya. 'Aik,kenapa pulak ibu call ni?' omelnya sendirian.

Dia menekan punat terima.

"Hello,Assalammualaikum ibu. Kenapa call Anis?" tanya Anis Raihanna sebaik saja talian disambungkan.

"Waalaikumusalam,Anis. Anis dah sampai ke?" soalan dibalas soalan. Anis Raihanna makin tertanya tanya.

"Dah,ibu. Tapi kenapa ibu call ni. Selalu waktu malam ibu call" Dia cuba mendapatkan jawapan daripada ibunya. Pelik.

"Anis,ibu rasa tak sedap hati sebenarnya. Tu ibu call ni. Takut jadi apa apa pada Anis. Afiq Raihan dengan Anis kan?" terang Puan Aimi.

Entah mengapa,dari tadi dia dapat rasa sesuatu yang buruk akan jadi. Biasalah naluri seorang ibu kan?

"Oh,ibu ni Anis ingat apa tadi. Anis ok jer. Aah Afiq ada kat sini. Ibu nak cakap dengan dia ke?" balas Anis Raihanna.

Afiq Raihan yang sedar namanya disebut mengangkat keningnya. Isyarat mata 'kenapa' diberikan.

Namun,Anis Raihanna hanya membalas dengan mengangkat bahu sahaja.

"Tak payah la. Nanti jaga diri elok elok tau. Assalamualaikum" ujar Puan Aimi.

"Baik ibu. Jangan risau lah. Nanti kirim salam pada abah. Waalaikumusalam" lalu panggilan tersebut ditamatkan.

Makanan dan minuman yang dipesan telah siap dibungkus. Afiq Raihan juga telah selesai membuat pembayaran. Mereka bergerak ke kaunter hotel untuk mengambil kunci bilik.

"Ada apa apa yang saya boleh bantu,Encik?" tanya salah seorang penjaga kaunter disitu. Teg namanya tersemat dipakaiannya. Suria namanya.

Anis Raihanna sekadar menunggu Afiq Raihan sambil bermain telefonnya.

"Saya nak check tempahan bilik atas nama Afiq Raihan" balas Afiq Raihan.

"Oh,sekejap ye Encik" lembut saja gadis itu membalas.

Tidak lama kemudian,dua kunci hotel diserahkan kepada Afiq Raihan.

Terdapat nombor bilik mereka pada kunci tersebut. Mereka duduk bersebelahan supaya memudahkan urusan.

"Nah,kunci bilik kau" kunci tersebut dihulurkan kepada Anis Raihanna. Tidak lama kemudian,kunci tersebut bertukar tangan.

"Ada apa apa nanti aku call kau. Bye" ujar Anis Raihanna sebelum meninggalkan Afiq Raihan sendirian.

Tiba tiba telefonnya berbunyi sekali lagi semasa dia masuk ke dalam lif. Dia mengangkat tanpa melihat pemanggil. "Hello" ucapnya.

"Awak dah sampai ke?" tanya pemanggil tak bernama itu. Sebaik saja mendengar suara itu, dia dah tahu itu adalah tunangnya Haiqal Iskandar.

"Oh,dah. Kenapa awak?" dia tersenyum sesekali.

"Saja,awak boleh tak share location?" soal Haiqal Iskandar tiba tiba.

"Oh,dengan nombor bilik sekali boleh? Hehe." soalnya lagi.

"Urmm,buat apa? Nanti saya bagi." Dia cuba mengetahui niat tunangnya itu. Nombor lif ditekan.

"For surprise,bye awak." ujar Haiqal Iskandar.

Dia terus menamatkan panggilan. Anis Raihanna masih terpinga pinga. Akhirnya,dia berjalan ke bilik hotel tanpa mengendahkan maksud kata kata tunangnya. Banyak lagi benda yang perlu difikirkan.

Sebaik saja pintu hotel dibuka,pandangannya dihalakan keseluruh penjuru bilik.

'Cantiknya..' ucapnya perlahan. Dia mengamati pemandangan indah dibalkoni hotel tersebut.

Setelah itu,dia memasukkan beg bagasi dan beg kerjanya ke dalam almari yang disediakan. Dia merebahkan diri seketika diatas katil.

"Wah,selesanya!" puji Anis Raihanna.

Tiba tiba dia teringat permintaan tunangnya. Lantas telefon pintarnya diambil lalu membuka aplikasi Whatsaap. Dia menekan punat share location dan menghantar sekali nombor biliknya.

'Ermm nak buat apa pulak eh?" fikirnya. Matanya tertancap pula pada pintu bilik airnya.

"Mandilah baru segar sikit badan ni."

Dia berlalu ke dalam bilik air. Pakaian kotornya telah digantung ke dalam almari. Dia menukar pakaiannya kepada bathtrobe yang disediakan oleh pihak hotel. Lalu,dia mula membersihkan diri.

Afiq Raihan yang terpinga pinga kerana ditinggalkan Anis Raihanna mencebik.

'Eh minah ni,sedap dia tinggalkan aku eh. Lupa agaknya yang aku ni boss dia' omelnya.

Langkahnya dihalakan ke lif yang berdekatan. Pintu lif terbuka. Namun dia dilanggar oleh seorang wanita. Terjatuh terduduk dia disitu. Nasib baik begnya tidak terpelanting ke apa.

"Aduh,sakitnya punggung aku!" Dia mendesis kesakitan. Dia cuba untuk berdiri. Punggungnya pula diusaap perlahan bagi melegakan kesakitan.

"Encik,tak apa apaa ke? Maafkan saya,encik. Ada orang kejar saya." adu gadis tu. Mukanya jelas ketakutan. Badannya mengigil. Air matanya berlinangan dipipinya.

"Oh,tak pelah. Cik cuba adukan pada pengawal keselamatan hotel ni. Mungkin dia boleh bantu" balas Afiq Raihan. Dia mahu segera ke bilik kerana perutnya dah berkeroncong diminta untuk diisi.

"Terima kasih encik." balas gadis itu. Afiq Raihan hanya menganguk sebagai balasan. Dia terus memboloskan dirinya ke dalam lif. Namun tiba tiba lengannya ditarik.

"Eh,kenapa cik?" soal Afiq Raihan. Dia bukan tak nak tolong tapi keadaanya yang tidak mengizinkan dia membantu gadis itu.

"Maaf encik. Nah,kunci encik terjatuh tadi. Maafkan saya encik" balas gadis itu takut takut. Kunci itu dihulurkan kepada Afiq Raihan.

"Oh,terima kasih cik." balas Afiq Raihan. Ingatkan ada apa lagi tadi. Dia mengukirkan senyuman kepada gadis itu. Setelah itu,pintu lif terus tertutup. Gadis itu hilang dari pandangannya.

Sebaik saja pintu lif terbuka,dia melangkah keluar lalu bergerak ke arah bilik hotelnya. Dia membuka pintu hotel dan terus masuk ke dalam.

"Akhirnya,sampai juga." ucapnya. Beg pakaiannya diletakkan disisi katil. Dia meneliti susun atur bilik itu. Semua mengikut kemahuannya. Dia tersenyum lebar.

Baju kemejanya dibuka hanya meninggalkan seluar sahaja dibadannya. Dia mengambil bathrobe yang disediakan.

"Eh,ada satu jer. Bukan selalu ada dua ke?" soalnya. Namun dia malas ambil pusing.

Badannya direbahkan seketika diatas katil. Matanya ditutup mahu berehat. Namun ketukan di pintu menganggu lenanya.

"Aduh,aku tak buat room service kot. Siapa pulak ni? Hana la tu" Dia merengus kuat.

Dia melangkah malas ke pintu. Sebaik saja,pintu terbuka. Beberapa lelaki yang berkopiah berada disebalik pintu. Dia terkejut.

"Assalamualaikum,encik.Maaf menggangu. Kami dari Jabatan Agama Islam.Kami dilaporkan ada kegiatan maksiat disini." ujar salah seorang lelaki itu.

Haa sudah siapa pulak yang kena tangkap basah ni. Padahal Afiq Raihan seorang saja dalam bilik. Lagi satu,siapa yang lapor bilik dia ada kegiatan maksiat? Pelbagai persoalan bermain dibenak fikirannya.

"Waalaikumusalam,encik. Saya rasa encik tersilap bilik. Sebab saya seorang saja dalam bilik ni." terang Afiq Raihan.

Dia membuka sedikit pintu biliknya bagi membolehkan mereka melihat keadaan didalam. Dia hanya beriak tenang. Yelah,bukan dia sorok sesiapa dalam bilik dia.

Lelaki itu meraup muka. Mereka berpandangan antara satu sama lain. "Ya Allah,maafkan kami encik. Sejak kebelakangan ini selalu berlaku kejadian seperti ini. Maafkan kami sekali lagi. Kami pergi dulu." ujar mereka.

"Tak ada apa lah encik" balas nya. Dia tersenyum kepada mereka.

Mereka meminta diri dulu. Afiq Raihan hanya mengangguk sebagai balasan.

"Ahhhhhh! " jerit seseorang dari dalam bilik Afiq Raihan secara tiba tiba. Mereka yang berada disitu terkejut lalu menoleh ke arah bilik Afiq Raihan kembali. Afiq Raihan juga turut terkejut apabila melihat seorang perempuan dalam biliknya.

"K..au b..buat a..apa kat sini?" soal gadis itu takut takut.

"Kau yang buat apa kat sini? Ini bilik aku lah" balas Afiq Raihan. Macam tidak percaya yang gadis itu berada dalam biliknya.

Lagi lagi gadis itu ialah Anis Raihanna!

So apa korang rasa akan terjadi?
Mula mula korang ingat yang pegang tangan Afiq tu siapa?
Perempuan yang langgar dia atau memang dah agak Anis Raihanna?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience