Rate

Bab 60 Bertemu Amar

Romance Completed 278137

Treet treeet treeet

Adib melihat handphonenya yang tergeletak di atas meja sudut biliknya. Screen handphone Adib menyala menandakan ada pesanan ringkas yang baru sahaja sampai. Adib mencapai handphonenya dan menyeret screennya ke atas. Dahinya berkerut membaca pesanan ringkas tersebut.

From : Amar

Adib... Jom lepak, kita sembang2 tempat biasa. Dah lama kita tak jumpa.

Begitulah bunyi pesanan ringkas daripada sahabatnya Amar.

Adib berfikir kemudian melihat jam yang tergantung di dinding biliknya, tak lama lagi masuk waktu maghrib. Lebih baik dia gerak selepas solat maghrib, kerana waktu maghrib amat pendek waktunya.

"Honey, abang nak jumpa sahabat abang Amar dekat kafe di Damansara tempat biasa tu."

"Jam berapa abang nak gerak?"

"Lepas maghrib, honey berani ke sorang-sorang kat rumah?" Timbul kerisauan di hati Adib, apa lagi isterinya sekarang tengah hamil muda.

"Berani juga abang, tapi Anis rasa sunyi pula takde kawan bercerita kat rumah." Terdengar keluh kesah Anis Umairah.

"Okay, sebelum abang gerak jumpa Amar... Macam mana kalau abang hantar honey kat rumah kak Imani Najwa?" Aju Adib Umair lantas mendapat anggukan setuju daripada Anis Umairah.

"Nak sangat abang, dah lama tak jumpa kak Imani." Ucap Anis Umairah semangat. Jujur sahaja, Anis Umairah rindu dengan kak Imani. Sudah jarang dia bersembang dengan kak Imani selama kak Imani Najwa sudah berkahwin dan mempunyai anak. Anis Umairah pula jenis yang jarang berjalan melainkan mengikuti umie dan abahnya kalau hendak ke mana-mana.

"Okay, kalau macam tu kita solat dulu dan lepas tu honey siap-siap. Azan maghrib pun sudah masuk ni."

Adib Umair dan Anis solat maghrib berjemaah bersama-sama, dan berdoa agar keluarga kecil mereka sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t. Habis sahaja solat berjemaah, Adib Umair mereply pesanan ringkas sahabatnya itu.

Reply to Amar

Okay Amar, kejap lagi gerak setelah hantar wife aku ke rumah kakak sepupunya.

From : Amar

Okay Adib, aku tunggu.

"Abang, Anis call dulu kak Imani...takut dia jalan tempat lain, sebab masih dalam mood cuti ni."

"Okay sayang, abang pergi bersihkan kereta dulu dan cek apa yang patut sebelum gerak... takut kereta meragam pula."

"Okay abang."

Adib pun bergerak ke tempat letak kenderaan rumahnya sementara Anis menelefon Imani Najwa, takut sekiranya Imani Najwa mengikuti suaminya balik ke kampung suaminya untuk bercuti. Setelah mengetahui Imani Najwa tidak ke mana-mana, Anis pun memberitahu kepadanya bahawa dia ingin singgah di rumah kak sepupunya itu untuk menunggu Adib Umair yang ingin berjumpa dengan sahabatnya Amar.

*************************

"Assalamualaikum kak Iman!"

"Waalaikumussalam Anis, jom masuk...akak ada masak-masak ni setelah tahu Anis nak datang rumah." Ucap Imani Najwa dengan ceria.

"Akak masak apa tu?" Ucap Anis Umairah setelah menyalam dan mencium kedua pipi Imani Najwa dengan hangat.

"Akak masak mee rebus ni, mari Adib makan dulu sebelum pergi jumpa kawan Adib tu.

"Terima kasih kak Imani, tak apa saya gerak dulu, takut Amar tunggu lama."

"Yela, hati-hati memandu ya."

"Abang hati-hati ya, salam dulu." Anis Umairah menyalam dan mengucup tangan Adib sebelum Adib Umair bergerak pergi berjumpa dengan Amar.

Anis menghantar Adib hingga depan pintu rumah, setelah Adib menghilang dari pandangan matanya barulah Anis duduk kembali di meja makan.

"Mari Anis kita makan." Ajak Imani Najwa pada Anis Umairah.
*****************************

"Semenjak kau dah kahwin ni, makin susah pula aku nak jumpa kau ni... Kat group whatsapp pun kau sunyi sepi jer, tak pernahlah nak timbul." Rungut Amar kedengaran. Adib Umair tersengih, tak sangka lelaki pun pandai membebel.

"Sejak dah kahwin ni aku busylah Amar, apa lagi sekarang wife aku dah hamil muda, aku kena lebih perhatian padanya."

"Hah!! Anis dah mengandung? Cepat juga? Jadi macam mana dengan sekolah dia?"

Adib tak habis fikir, bertalu-talu pertanyaan Amar ajukan.

"Satu-satu bro, aku jawab satu-satu okay?"

Amar tersenyum tipis, tak menyangka sahabatnya itu bakal menjadi seorang ayah.

"Tahniah bro, aku terkejut sebab wife awak tu masih sekolah!"

"Mujurlah dia takde alahan hamil muda, aku yang kena dulu." Jelas Adib sambil tergelak. Mengingat semula awal-awal dia terkena alahan mual-mual hingga masuk wad. Begitu besar pengorbanan seorang ibu.

Amar tergelak perlahan mendengar penjelasan Adib Umair tadi.

"Nasib engkaulah, jadi tahu juga kau azabnya ibu mengandung ni..!"

"Ha'ah Amar, yang aku masuk hospital hari tu di sebabkan Anis mengandunglah, aku yang dapat mual-mual dan alahan. Tapi ada hikmah juga, orang takkan syak dengan hubungan aku dan Anis." Terang Adib Umair pada Amar. Amar menggangguk faham.

"Okaylah tu, tapi sampai bila korang nak main sorok-sorok ni?" Tanya Amar ingin tahu.

"Hingga Anis lulus SPM, barulah aku terfikir nak buat majlis kesyukuran agar orang ramai tahu akan perkahwinan kami berdua. Yang kau ni tiba-tiba nak jumpa aku ada apa?" Soal Adib pada Amar yang tengah duduk bersandar di kerusi kafe tersebut sambil meminum secangkir kopi.

"Aku tak lama lagi nak bertunang, harap kau dapat datang nanti."

"Wah tahniah, bila?" Soal Adib Umair bertanya.

"Tengoklah, belum ada tarikh yang di persetujui kedua belah pihak."

"Diam-diam kau ya Amar, pilihan sendiri ke? Orang mana?"

"Begitulah Adib, kami berkenalan kejap jer... Aku malas nak berkawan lama-lama, takut jaga jodoh orang. Orang kl juga, nantilah aku kenalkan kau ... Sebab aku takde pula pegang gambar dia."

Adib Umair tergelak heboh mendengar seloroh Amar.

"Tergelak aku Amar, ada pula jaga jodoh orang!"

"Betullah, buat sakit hati dan masa jer kawan lama-lama... tup tup kahwin dengan orang lain, tidak ke haru biru namanya tu?" Jelasnya sambil tersengih.

Adib Umair menggangguk membenarkan setiap ucapan Amar. Dia bersyukur jodohnya telah di atur oleh kedua orang tuanya, dia tak perlu lagi susah payah untuk mencari jodoh seperti orang lain.

semoga terhibur

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience