Bab 9

Young Adult Completed 7336

Ketika tiba waktu rehat, Mawar tidak keluar dari kelas. Dia kekal berpeluk tubuh di tempat duduknya di belakang sekali. Tambahan, hilang sudah selera makannya mengenangkan kejadian pagi tadi.

Jiwanya sesak dan tertekan. Dia teringin sekali meraung meluahkan kesakitan.

Dia boleh tahan dimaki.
Dia boleh tahan dipandang jijik atau simpati.

Namun, dia bukan pembunuh!

Ditahankan hatinya. Ditahan juga seluruh tubuhnya daripada memberi apa-apa reaksi kepada perhatian semua orang yang berada di sekellilingnya sejak pagi tadi.

Cikgu. Rakan-rakan sekelas.

Bahkan, tukang pembersih sekolah!

Dalam masa yang sama, dia dapat merasakan wajahnya bertambah tebal seinci. Menahan rasa malu membersihkan mejanya semalam dan hari ini pula, papan putih kelasnya.

"Kenapa, ya Allah? Kenapa diorang buat macam ni pada aku?" Walau dia dapat menahan air mata dan mengawal rasa malunya, keluhan itu tidak mampu dia tanggung lagi.

Dia mengujarkan soalan-soalan itu dengan begitu perlahan. Tidak ubah bagaikan sebuah bisikan. Luncuran itu khas untuk pendengarannya sendiri.

"Itulah namanya ujian hidup." Satu suara memecah kesunyian kelas itu.

Apakah?

Terkejut dengan balasan jawapan yang tidak diundang itu, Mawar memalingkan kepala mencari empunya suara. Terkejut tidak terperi apabila dia melihat Ahmad Firdaus duduk di kerusi selang empat meja di hadapannya.

Entah bila masa lelaki itu masuk ke kelas itu dan duduk di sana. Mawar yang ketandusan kata kekal diam. Dia tidak tahu apa yang harus dibalas kepada kata-kata jejaka itu tadi.

"Dah kenapa Suhaila panggil kau pembunuh?" Nama yang dipetik oleh Ahmad Firdaus itu membuatkan Mawar tercengang. Perkataan pembunuh itu mengingatkan dia kepada tulisan yang tertera di atas papan putih pagi tadi.

"Mana kau tahu Suhaila yang tulis tu?" soal Mawar.

"Aku terdengar dia berborak dengan geng dia pagi tadi masa nak masuk kelas," jawab Ahmad Firdaus selamba lalu menyambung, "Kau pernah buat salah pada adik dia, kan?"

Soalan Ahmad Firdaus yang timbul bagaikan banjir kilat itu membuatkan Mawar terpelangah. 'Siapa pula adik Suhaila yang dia maksudkan ni? Bila masa pula aku kenal adik dia?' getus hati Mawar.

Mindanya turut sama tidak dapat meneka apatah lagi hendak mengingat siapakah gerangan adik Suhaila yang dimaksudkan oleh Ahmad Firdaus itu.

"Aku terdengar Tina kata adik kembar Suhaila, Suhaiza, mati sebab kau. Sebab tulah diorang tulis dekat papan putih tu pagi tadi yang kau pembunuh." Ahmad Firdaus masih berbicara dengan nada tenang meski ia berkenaan satu perkara yang sangat berat.

"Adik dia mati sebab aku?" Soalan itu tidak sengaja Mawar katakan dengan kuat - walhal ia ditujukan kepada dirinya sendiri.

"Kalau betul apa yang Tina cakap tu, baik kau minta maaf pada Suhaila." Itu kata-kata terakhir Ahmad Firdaus sebelum dia melangkah keluar daripada kelas itu meninggalkan Mawar dihantui fikirannya sendiri.

Setelah beberapa ketika, akhirnya nama Suhaiza itu berjaya membangkitkan satu kenangan di dalam minda Mawar.

Barulah dia mengerti.

Tahulah dia kini mengapa wajah Suhaila terasa seperti pernah dilihatnya sedangkan mereka baru pertama kali bersua muka di sekolah ini.

***

Setahun yang lepas ...

Setibanya dia di taman permainan kawasan perumahan itu, Mawar segera berlari ke arah pondok kayu tempat rakan-rakannya berkumpul.

"Hai, korang! Maaf lambat sikit," Mawar menyapa ceria rakan-rakannya itu. Adibah yang paling rapat sekali dengannya begitu bersemangat melambai dan mengisyaratkan Mawar duduk di sebelahnya.

"Jadi ke rancangan kita hari tu?" soal Atikah tiba-tiba. Pandangannya ditujukan ke arah Jihan - ketua yang telah dinobat secara tak langsung oleh kumpulan mereka berlima; Mawar yang paling baru menyertai; Adibah, Atikah, Jihan, dan Wafa.

"Rancangan apa, wei?" bisik Mawar kepada Adibah.

"Ada budak baru ni, nama dia Suhaiza. Dia rapat sangat dengan pakwe Atikah, si Adam tu. Siap bertukar coklat bagai," jelas Adibah dengan penuh ekspresi jijik.

"Aku dengar dia biasa melepak dekat perpustakaan hujung kawasan perumahan tu Sabtu Ahad macam ni. Petang nanti kita pergi ajar dia. " Jihan akhirnya bersuara selepas beberapa ketika.

Mendengarkan arahan sang ketua, Atikah jadi tersenyum lebar. Begitu teruja hatinya kerana mendapat peluang untuk melunaskan dendam. Dia akhirnya akan dapat melepaskan amarah yang tersimpan sudah berapa lama!

Adam yang semakin menjauhkan diri daripadanya. Ditambah pula lelaki itu semakin rapat dengan Suhaiza, si budak baru. Atikah begitu yakin dan pasti pelajar baru itulah punca Adam kini dingin dengannya meski mereka masih bersama!

"Mawar, kau teruja tak ni? Kau baru pertama kali kan ikut kitorang pergi lanyak betina?" soal Wafa dengan penuh semangat. Mawar cuba mengawal riak wajahnya yang terpinga-pinga daripada berterusan terzahir. Dengan senyuman yang dipaksa, dia cuba mengangguk laju.

"Bagus," ujar Jihan.

Terima kasih sudi luangkan masa membaca cerita saya ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience