Rate

03

Family Series 1126

Rumah bukanlah tempat yang diinginkan oleh Ivry. Hal ini kerana rumah baginya penjara. Ada ibu bapa tapi seperti tiada . Keseorangan juga dia akhirnya . Kalau ada orang teman pun Michelle.

Tu pun sebab mama suruh kadang- kadang. Masih segar lagi di dalam otaknya peristiwa yang mengakibatkan keluarga retak begini hmmm bukan retak tapi dah hancur. Hancur berkecai seperti tiada harapan hendak pulih. Semenjak peristiwa itu, dirinya bagaikan dibuang keluarga. Ada keluarga seperti tiada. Dia diabaikan.

Mungkin mama papanya tidak menyedari disaat itu sebenarnya, dia yang lebih memerlukan sokongan. Tetapi apakah mereka fikir perasaan Ivry? Langsung tidak . Malah memerli Ivry. Sampai kesudah Ivry dihimpit rasa bersalah.

Ivry ingat lagi kata-kata terakhir kakak sebelum kakak tinggalkan Ivry . Saat ini umur Ivry 14 dan Ivy pula 15. Mungkin faktor jarak umur yang dekat menambahkan lagi keakraban mereka.

" Adik, hidup ni pahit. Sangat pahit jadi, adik kena tambah gula , susu sendiri biar hidup adik lebih manis. Kakak bukannya boleh sentiasa ada disisi adik. Ada saatnya kakak terpaksa meninggalkan adik. Dan apabila saat itu tiba, kakak tak mahulah adik hilang pertimbangan.

Ni kakak pergi kem pun dah menangis. Adik kakak kuat kan? Kalau kuat janji dengan kakak jangan biar sesiapa pijak kepala adik. Adik kakak bukan seorang yang cepat mengalah. Kakak sayang adik tau. Adik sayang kakak tak ? " Ujar Ivy Ellysa sambil mencuit hidung adik kesayangannya itu. Itulah kawannya, itulah satu-satunya adiknya. Teman dari lahir sampai kini

" Dah tentulah adik sayang kakak! Kakak ni buang tabiat ke tiba-tiba cakap macam ni. Ish orang tak suka lah kalau tiba-tiba cakap pasal pergi ke tinggalkan orang ke... Kan kakak dah janji akan teman orang sampai bila-bila. Tak akan kakak nak mungkir janji kot? Kakak kan seorang yang setia dan tepati janji sebabtu semua orang suka . Bukan macam Ivry. Dahla degil suka sakitkan hati orang pulak tu sebabtu mama papa tak suka adik" Ivry mencebik.

Dia paling benci kakaknya berkata demikian. Dia sedih kalau kakak tak ada, siapa nak kawan dengan dia ? Nanti dia keseorangan. Siapa nak teman dia pergi kantin dekat sekolah? Siapa nak jaga dia dekat sekolah?

" Adik, takdir kita tak tahu macam mana. Sebaik mana pun kita merancang, kalau tuhan takdirkan benda lain, lain lah jadinya. Lagi satu, mama papa bukannya benci adik, mama papa sibuk je sebabtu diorang kurang masa dengan adik. Adik kena faham " Ivy cuba menerangkan keadaan mereka kepada adiknya dia faham kalau Ivry terasa dengan sikap mama papa mereka.

Sejujurnya dia pun terasa apabila dirinya dibandingkan dengan adiknya. Baginya adiknya itu bersinar dengan caranya sendiri . Tidak perlu dibanding-bandingkan. Kesian Ivry asyik menjadi mangsa keadaan. Kalaulah mama papa nya itu jaga Ivry dengan baik mesti Ivry lebih hebat berbanding dirinya sekarang. Setiap orang mempunyai bakat tersendiri. Tidak perlu dibandingkan. Penat dia menerangkan tapi keadaan masih sama.

" Asyik adik je kena faham diorang. Bila diorang nak faham adik? " Raut wajah Ivry bertukar menjadi sedih. Dia amat sensitif apabila mengenangkan kembali layanan yang diberikan oleh ibu bapanya kepadanya berbanding layanan yang diterima oleh kakaknya.

" Adik, kakak kan ada. Kakak boleh ganti mama dan papa..." Ivy menarik adik kesayangannya itu ke dalam dakapannya dan membiarkan Ivry menangis semahunya . Seandainya itu mampu menenangkan Ivry biarlah . Biarlah dia melepaskan apa yang terbuku di dalam hatinya. Dia harap dia mampu menampung kekurangan mama papanya.

'Kesian Ivry , kakak tak mampu buat apa - apa. Maafkan kakak sayang'

" Kakak jangan tinggal adik..." Di dalam sendu sedan menangis sempat Ivry melontarkan kata-kata itu. Bagi Ivry, Ivy ialah segalanya. Ivy lah ibunya , Ivy lah papanya, Ivy lah kakak dan Ivy lah kawannya.

3 hari kemudiannya..,

" Kakak jom kita main dekat bawah . Adik bosan! " Rengek Ivry. Semestinya dia bosan kerana tiada aktiviti yang hendak mereka lakukan. Asyik menonton televisyen dan bermain gadget lama kelamaan akan bosan juga. Baik pergi bermain dekat swimming pool. Dah lama dia tak kesana. Last dia pergi kesana mungkin setahun yang lalu. Biar pun dalam kawasan apartment mewah itu juga.

Lagipun terperap dalam rumah sangatlah menyesakkan otaknya. Selama ini dia memujuk kakak tetapi kakak tidak pernah bersetuju. Katanya bahayalah, tak selamatlah . Dia tengok okey je orang lain main dekat situ. Selamat je. Bukannya tiada guard .

" Adik , kan mama dah pesan duduk je dekat rumah diam - diam " Ivy cuba memujuk adiknya supaya membatalkan sahaja hasratnya untuk bermain di kolam. Bukan apa, macam macam boleh terjadi. Kita tak tahu bila malang nak datang sebabtu malang tidak berbau. Bila- bila masa sahaja dia boleh datang.

" Alaa kalini jee " si adik masih memujuk kakaknya. Muka dibuat-buat kesian

" Okey kejap je tau " akhirnya Ivy terpaksa mengalah. Dia paling tak boleh bila adiknya membuat muka begitu. Confirm akan kalah. Aduu ni yang dia lemah ni

" Yeay sayang kakak! " Si adik kegembiraan lalu memeluk kakaknya . Pipi si kakak dikucup lembut

" Jom kakak kita main lawan-lawan . Kalau adik menang dekat sekolah kakak kena belanja straight seminggu. Kalau adik kalah, adik akan belanja kakak " Ivry keriangan lalu terus terjun ke dalam kolam. Kolam itu agak dalam bagi Ivry yang ketika itu masih pendek. Tak adalah pendek tapi kolam tu dalam

" Hati-hati adik. " Hanya itu yang sentiasa dititipkan oleh Ivy. Risau seandainya apa-apa terjadi kepada adiknya itu.

" Kakak! Help!" Tiba-tiba Ivry menjerit. Pucat mukanya. Sepantas kilat, Ivy pergi menyelamatkan adiknya. Nasib baiklah dia sememangnya pandai berenang sejak kecil. Lagi menguntungkan dia lagi tinggi berbanding Ivry jadi kolam itu tidaklah dalam sangat baginya.

" Kan kakak dah pesan, hati-hati. Aih kamu ni " bebel Ivy. Dalan membebel pun , dipanjatkan syukur kepada tuhan kerana menyelamatkan adiknya. Jikalau tidak pasti dia akan dipertanggungjawabkan atas apa-apa yang terjadi kepada adik. Bukan apa, dia sangat sayangkan Ivry sehingga tidak sanggup apa-apa terjadi terhadap Ivry

" Kakak jangan bagitahu mama papa tau. Nanti mereka marah adik " pinta Ivry yang masih terketar-ketar. Semenjak itu, Ivry sudah serik. Lihat kolam renang pun dia takut

" Anything for you but don't do it again . You make me worried " Ivy menggosok perlahan ubun si adik. Menunjukkan betapa dia sangat sayangkan adiknya itu.

Tak, itu bukan penyebab kematian kakak . Kakak hidup lagi time tu. Kejadian yang menyebabkan aku seperti dibuang keluarga terjadi seminggu selepas itu iaitu.....

" Kakak mama cakap kalau bosan main dekat taman bawah yang penting jangan dekat dengan kolam renang " si adik membuka bicara. Pasti ada agenda yang sudah dirancang.

Tentang kejadian tempoh hari, seelok mana pun tersimpan pasti akan diketahui juga bak kata pepatah Sepintar-pintarnya bangkai ditutupi, baunya tetap tercium juga. Mama dan papa mereka akhirnya mengetahui juga akan hal tersebut. Akan tetapi benar tekaan Ivry. Bukan Ivy yang dimarahi tetapi dia yang dimarahi. Mama papa tidak habis habis memarahinya kerana menyusahkan kakak. Dia tahulah dia beban tak perlu diingatkan

" Adik.. petang nanti boleh? Time orang balik kerja " kawasan apartment mereka amatlah lengang waktu begini.

" Alaaaa " Ivry pantas menarik muka. Kakaknya melayan dia seperti budak 5 tahun. Memanglah tiada pengawasan ibu bapa tapi mereka dah besar kot! I already 14 years old.

" Adik nak buat apa dekat bawah. Kita kan dah besar "

" Saja jalan-jalan. Bosan . Kita pergi kedai. Adik nak coklat" jawab Ivry ringkas.

" Okeylah kejap je tau . " Akhirnya Ivy termakan pujukan si adik.

" Sayang kakak! " Lantas badan kakak dipeluk. Kaki dijengket untuk mengucup pipi kakak.

" Kakak cepatlah! " Si adik amat teruja kerana ini pertama kalinya keluar ke kedai sendiri . First time dalam hidup biar dah hidup 14 tahun pun.

" Kakak? " Panggil si adik apabila tiada sahutan daripada kakak

" Kakak oo kakak " perasaan takut mula menyerbu diri adik. Secara tiba-tiba mulut si adik ditekup.

" Umh umh umh! " Si adik cuba untuk menjerit namun makun kuat tekapan dimulutnya membuatkan usahanya hanya sia-sia

" Adik! " Si kakak tanpa berfikir panjang membuka kekuda taekwondo yang dipelajarinya sejak kecil bagi menyelamatkan adik. Tanpa mengira bahawa mungkin nyawa turut akan diancam. Apa yang penting adik selamat. Hanya itu yang difikirkannya.

Tumbukan dan tendangan diberikan tanpa henti. Lelaki yang cuba mencederakan adik terasa terganggu. Kakak kelegaan apabila kini hanya dia yang dijadikan target. Tak apa asal adik selamat.

" Adik call polis! " Jerit si kakak. Tanpa banyak soal adik lantas menelefon polis. Lelaki itu bengang dengan tindakan adik mengeluarkan pisau belati yang disimpan kemas olehnya. Tengkuk kakak menjadi sasaran. Kakak yang kekurangan tenaga saat itu tidak mampu melawan.

" Kau matikan sekarang atau kakak kau akan jadi korban " ugut lelaki itu. Adik kebingungan tidak tahu apa yang harus dilakukan olehnya. Adik memandang kakak. Kakak memberi isyarat agar teruskan jangan patah balik.

" Satu.. " pisau didekatkan dengan tengkuk kakak

" Dua... " Tengkuk kakak ditoreh sedikit. Kelihatan cecair berwarna merah mula keluar

" Tiga ! " Tanpa belas kasihan tengkuk kakak dikelar seperti haiwan yang disembelih. Pada masa yang sama polis tiba di tempat kejadian. Lelaki itu berjaya diberkas dan kakak dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Di hospital...

" Macam mana dengan Ivy doktor? " Soal Alex Mills sebaik sahaja kelibat doktor keluar daripada bilik pembedahan

" Ivy berjaya diselamatkan. Dia kini berada di unit rawatan rapi ( ICU) . Puan dan tuan bernasib baik kerana luka akibat torehan itu tidaklah terlalu dalam"

Alex Mills dan Risle Carter melepaskan nafas kelegaan.

Beberapa hari kemudian Ivy sedarkan diri.

" Mama, papa , maafkan kakak. Kakak rasa hayat kakak sudah tidak lama. " Ujar Ivy secara tiba-tiba. Risle Carter yang sedang mengusap kepala Ivy terhenti. Mutiara jernih yang bertakung di mata cuba untuk ditahan sebaik mungkin.

" Hey kakak akan sembuh selepas ini. Percayalah " giliran Alex pula mengusap ubun-ubun kakak. Ivry hanya mampu melihat betapa sayangkan Risle dan Alex kepada kakaknya. Cemburu? Tiada masa dia nak cemburu.

" Tak, kakak rasa kakak dah tak lama. Kakak sakit sangat sekarang ni. Janji dengan kakak yang mama papa akan jaga adik sebaik mungkin dan jangan pernah sakiti adik. Jagalah adik seperti dayang yang menjaga seorang puteri " ujar Ivy sambil menggelengkan kepala. Badannya sudah penat. Dia inginkan rehat. Sempat dititipkan pesanan buat mereka. Dia risau sekiranya dia pergi kebajikan Ivry akan terus terabai. Sekarang pun sudah terabai. Apatah lagi setelah dia tiada

" Kakak..." Belum sempat Risle menghabiskan ayatnya tiba-tiba mesin disisi katil kakak berbunyi. Air mata yang cuba ditahan akhirnya tumpah jua apabila mesin itu berbunyi. Sekeras-keras Alex pun turut mengeluarkan mutiara jernih itu. Doktor dan beberapa orang jururawat meluru masuk ke bilik dimana Ivy berada. Alex , Risle dan Ivry diminta keluar.

" Maafkan kami, Ivy tidak dapat diselamatkan. Ivy meninggal pada jam 12.10 a.m. semoga Ivy bahagia disana. Kami seluruh warga hospital turut berasa simpati diatas kehilangan yang terpaksa tuan dan puan hadapi " Ujar doktor yang bertugas sebelum meninggalkan mereka diikuti beberapa orang jururawat.

Mayat Ivy turut dibawa bersama bagi urusan seterusnya mengikut prosedur. Organ-organ Ivy akan didermakan. Ini diatas permintaan Ivy sendiri. Dia tidak mahu organ-organnya disia-siakan begitu sahaja.

" Izinkan saya mengucup anak saya terlebih dahulu " Risle menahan jururawat yang mengetuai membawa mayat Ivy. Risle, Alex dan Ivry bergilir-gilir mengucup dahi Ivy buat kali terakhir. Wajah Ivy sangat tenang seperti bayi baru lahir. Mungkin kerana kebaikkan yang dilakukannya selama dia hidup dan sikapnya yang tidak pernah membuatkan orang sekeliling berasa jengkel dengannya.

Abu Ivy akan dihantar kepada mereka apabila pemindahan organ selesai dilakukan. Awalnya mereka terkejut juga mendengar bahawa organ Ivy akan didermakan. Namun apabila melihat surat perjanjian yang telah ditandatangani oleh Ivy mereka hanya akur. Sekiranya ini yang Ivy mahu, mereka akan turuti

Bukannya dia tidak mahu tapi tanpa pengawasan orang dewasa tidak beranilah dia. Tambah pula t

Dan... Mulai saat itu Ivry disalahkan. Setiap apa ya g dilakukannya pasti akan dikaitkan dengan kematian Ivy . Ivry sedar dialah punca kematian Ivy. Seandainya dia lebih berhati-hati pasti semua ini tidak akan terjadi. Mulai saat itu juga , Ivry nekad ingin mempelajari seni mempertahankan diri. Tidak mahu kesilapan sama berulang kembali...

To be continue.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience