Bab 14

Vampire Series 4580

Aku memandang wajah Braylon dan ahli sihir itu silih berganti . Apa yang korang terkejutkan sangat ni ?

“ Erh maaf , saya bukan Cealyn . ”

Ahli sihir itu menggeleng perlahan lalu perlahan-lahan jari telunjuknya dihalakan tepat ke anak mata aku .
Aku memandang ahli sihir itu tanpa berkelip . Kenapa dengan mata aku ?

“ Cealyn ada dalam diri kau . ” katanya perlahan .

Aku terdiam sejenak . Apa yang dia cakap tadi ? Cealyn ada dalam diri aku ? Apa maksud kau ?
Tiba-tiba ayat yang selalu disebut oleh Cealyn bergema di fikiran aku .
‘ Aku hidup dalam diri kau . ’

Aku meraup wajahku . Apa maksud semua ni ?

“ Kalau betul dia Cealyn , kenapa dia tak ingat apa-apa ? ” soal Braylon .

Betul juga , aku tak pernah kenal korang semua .

“ Roh Cealyn hanya hidup di dalam jasad dia . Tapi memandangkan Emelyn belum membenarkan dia menguasai jasad ni sepenuhnya , dia tidak akan menguasai jasad ini . Cuma kadang-kadang Cealyn akan menguasai cara percakapan dan pergerakan dia . Terutama sekali semasa Emelyn dalam bahaya . ” terang ahli sihir itu panjang lebar .

Lantas situasi di rumah aku bermain semula di kotak ingatanku .
Situasi dimana aku berkata bahawa aku sudah kembali kepada makhluk itu . Tapi aku tak pernah terfikir untuk berkata seperti itu .
Mungkin masa itu Cealyn yang menguasai pergerakan dan percakapan aku .

“ Dan satu lagi , Cealyn juga akan menunjukkan rupa sebenar dia semasa jasad ini dalam bahaya . Namun hanya si pemangsa itu yang dapat melihat rupa sebenar Cealyn . ” sambungnya lagi .

Hah patutlah demon tu balik-balik sebut nama Cealyn masa aku jumpa diorang . Cealyn tunjukkan rupa sebenar dia rupanya .

“ Berikan tangan kau . ” kata ahli sihir itu sambil menghulurkan tangannya .

Aku teragak-agak nak bagi tangan aku , tapi aku tak nak dia marah . Jadi aku letak kedua tangan aku di huluran tangannya .
Aku tengok dia pegang tangan aku dengan mata terpejam . Mulut dia terkumat-kamit membaca sesuatu yang aku anggap sebagai mentera . Jangan kau santau aku sudah .
Tiba-tiba matanya terbuka luas .

“ Rupanya Cealyn kembali untuk membalas dendam atas kematiannya . Tetapi aku tidak dapat melihat dengan jelas siapa si pembunuh itu . ” kata ahli sihir itu .

Berkerut dahi aku . Balas dendam ? Oh ya ! Mimpi tu ! Aku pun tak nampak dengan jelas siapa pembunuh tu .

“ Emelyn . Kau kena berhati-hati . Tidak mustahil pembunuh itu akan mencari kau semula . Kerana paras rupa kau yang sama seperti Cealyn . Aku hanya dapat memastikan bahawa pembunuh itu merupakan keturunan demon . Berwaspadalah ! Demon mempunyai banyak tipu muslihat . Terutama sekali menyamar . ”

Aku mengetap bibirku . Susah lah macam ni . Macam mana aku nak tahu mana satu yang bunuh Cealyn kalau demon tu pandai menyamar .
Aku menghembuskan keluhan berat lalu mengangguk perlahan .

“ Dia selalu masuk dalam mimpi saya setiap kali saya tidur . Kadang-kadang dia cakap yang dia hidup dalam diri saya . Kadang-kadang dia tunjukkan memori dimana dia dibunuh . Dan kadang-kadang dia tunjukkan memori dimana dia sedang bergembira dengan seorang lelaki . ” kataku panjang lebar .

“ Rasanya dia cuba untuk menghidupkan roh dia di dalam jasad kau . Tapi kau belum mengizinkan dia , sebab tu dia balik-balik muncul dalam mimpi kau . ” jawab ahli sihir itu .

Aku mengangguk lagi . Aku cuba untuk terima semua hakikat yang tidak logik ini .
Cealyn.. Aku tak akan benarkan kau untuk menguasai jasad aku , tapi aku akan tolong kau cari siapa yang bunuh kau . Buat masa ini , marilah kita bekerjasama .

“ Tapikan , kenapa Cealyn pilih manusia ni ? ” soal Braylon lagi .

Aku memandang ahli sihir itu semula . Betul ! Kenapa dia pilih aku ?

“ Bagi sesiapa yang sama rupa dan hampir sama nama dengannya , itulah yang menjadi pilihan roh itu . ”

Aku dan Braylon terdiam . Patutlah Cealyn pilih aku . Kerana paras rupa dan nama yang hampir sama .

“ Cuma aku nak kau buat satu perkara untuk membuktikan bahawa kau benar-benar Cealyn . ” kata ahli sihir itu .

Aku hanya menjongketkan keningku sebagai persoalan .

“ Aku nak kau buat senyuman tu . ”

Senyuman ? Senyuman apa ?

Oh ! Aku rasa aku tau senyuman apa yang dia maksudkan !
Aku menjeling sekilas ke arah Braylon , dia juga kelihatan seperti tidak sabar untuk melihat aku mengukir senyuman yang sentiasa diukir oleh Cealyn .
Aku menundukkan sedikit kepala aku sambil memandang ke arah ahli sihir itu . Perlahan-lahan senyuman kecil itu terukir di bibirku .
Ahli sihir itu kelihatan agak terkejut sebelum perlahan-lahan senyumannya juga turut mekar .

“ Cealyn sudah kembali . ”

••••

Sepanjang perjalanan pulang , aku hanya mendiamkan diri . Banyak perkara yang aku fikirkan pada masa ini .
Cealyn hidup dalam diri aku hanya kerana ingin balas dendam dengan keturunan yang sama dengannya ?
Tapi aku pun tak berapa pasti sebenarnya yang Cealyn ni Vampire atau Demon . Kalau nak cakap Demon , mata kiri dia saja yang warna merah . Mata kanan dia sama macam mata Vampire .
Jadi aku kategori kan dia sebagai campuran . Wah ! Korang pun ada campuran eh . Tapi campuran korang ni pelik sikit lah .

“ Saya rasa lelaki yang ada dalam mimpi awak itu mesti Cleo . ” kata Braylon untuk memecahkan kesunyian di antara aku dan dia .

Aku memandangnya buat seketika sebelum ketawa kecil .

“ Kenapa awak fikir macam tu ? ”

“ Sebab Cealyn dan Cleo tu saling mencintai . Tapi lepas Cealyn tak ada , Cleo berubah jadi seseorang yang saya tak kenal . ”

Aku hanya tersenyum kelat . Sadis betul kisah diorang berdua ni . Tak apa Cealyn , aku akan tolong kau balas dendam ! Lagipun aku belum maafkan demon yang bunuh ibu bapa aku .
Terasa kepala seperti tumbuh dua tanduk semasa itu .

“ Saya jamin awak akan jatuh cinta dengan Cleo . ” katanya lagi .

Uih kau.. Sedap je kau cakap macam tu kan ? Manusia dengan Vampire mana boleh bersatu !

“ Dan saya jamin saya tak akan jatuh cinta dengan dia . Sebab Cleo hanya cintakan Cealyn . ” kataku pula . Confident tu harus .

Braylon memandang aku sambil tersenyum nakal .

“ Disebabkan dia cintakan Cealyn lah saya berani jamin yang awak akan jatuh cinta dengan dia . ”

Aku berhentikan langkahku lalu memandangnya dengan kerutan di dahi . Apa yang kau cakap ni ? Aku tak faham lah .
Braylon memaut bahuku lalu mendekatkan mukanya ke telinga aku .

“ Sebab Cealyn dah ada dalam diri kau . ” bisiknya perlahan lalu meneruskan langkahnya dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir .

Aku pula masih berdiri di situ . Aku terkaku . Betul , Cealyn hidup dalam diri aku .
Ya Tuhan ! Aku harap aku tak kan jatuh cinta dengan Cleo ! Tapi aku jamin yang aku tak kan jatuh cinta dengan dia . Dengan perangai kasar dia tu , huih memang tak lah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience