lima puluh dua

Romance Series 207117

Deringan telefon Shira menghentikan seketika perbualannya bersama Maya.

"Kejap ye kak." mendapat anggukan dari Kak Maya di sebelah, Shira menjawab panggilan seraya berpaling pada si suami di sebelah, privasi sedikit.

"Hello? Siapa di sana?" ujarnya pada si pemanggil.

"Kak Long, ni aku. Shura. Kau kene tolong aku kak.. aku betul-betul perlukan bantuan kau sekarang ni.." suara Shura di sebelah lagi talian kedengaran risau yang amat menggusarkan Shira.

"Kejap kejap." dia berpaling sebentar pada Khalish sebelum menepuk lembut peha si suami.

"Bang, Shira nak pergi sana kejap eh? Ade urgent call." ujarnya perlahan sambil menunjukkan ke luar.

"Penting sangat ke? Cakap sini je." balas Khalish tidak membenarkan.

"Ala abang ni.. masalah perempuan. Sekejap je ek? Okay bang?" Khalish hanya berdiam diri sambil memandangnya curiga.

Muka skrin si isteri dikerling sekilas, UNKNOWN NUM.

Tanpa menunggu kebenaran Khalish, Shira sudah mengangkat punggung sebelum mengucup sekilas pipi si suami.

"Shira pergi kejap eeh?" bisiknya memujuk. Panggilan yang tergendala tadi dilekapkan ke telinga sambil berjalan keluar dari dewan tersebut.

Khalish menghantar pandangannya pada batang tubuh itu berlalu pergi hinggalah Qayum, rakannya menegur. Mereka kembali berbual, sesekali Khalish akan menoleh ke arah tadi, mengharapkan si isteri akan muncul segera.

"Hello Shura? Ha cakaplah. Cuba kau bagitahu aku kenapa ni? Kau dekat mana sekarang?" Shira mula membebel, bertanya gusar sambil berjalan keluar.

"Aku dekat luar dewan ni.. kau datang sekarang boleh tak kak? Urgent sangat ni.." pujuknya tiba-tiba, terdesak.

"Dekat luar? Ha yelah yelah. Tunggu sekejap. Ni la kau, suke menyusahkan aku tau..." tanpa berfikir panjang, Shira melalui koridor di bahagian tepi dewan itu keluar sambil membebel pada talian.

Apabila dia keluar melalui pintu kecil "exit" di tepi, sekeliling diperhati kiri dan kanan.

Kosong.. hanya ada dua orang pengawal saja yang berjaga di hadapan main entrance dewan hotel tersebut.

"Aku dekat luar ni.. mana kau? Shura, kau okay tak ni? Shura!" panggil Shira gelabah apabila tiada sesiapa yang menjawab pada sebelah lagi talian.

Dia mula berpaling mahu masuk semula ke dalam, tiba-tiba..

"Ah kak! Aku dekat lot parking bawah. Dekat kereta aku, datanglah cepat.. aku tersedak sangat ni.." ujarnya lagi, serak.

"Kau kenapa ni? Kenapa menangis? Ish! Shura! Lebih baik kau cakap dengan aku sekarang " keras dan tegas suara Shira berkata, geram dengan si adik yang tak mahu berterus-terang dengannya.

"Aku tak boleh.." lemah dan perlahan saja suaranya pada pendengaran Shira.

"Ish!" Rengusan geram dilepaskannya. Bengang.

"Kau tunggu dekat situ! Aku tengok kau takde dekat bawah nanti.. lantak kau la!" bebelnya lagi. Talian dimatikan.

Kaki pantas saja dibawa ke parking di bawah tanah. Dia sudah tidak terfikir langsung untuk meminta izin atau memberitahu Khalish terlebih dahulu.

Yang ada di fikirannya sekarang adalah adiknya saja. Dia terlalu risaukan keadaan Shura.

Dia bukannya bencikan wanita annoying itu. Sebagai kakak sulung, dia sememangnya agak kasar dengan adik-adiknya tetapi dia sayang semua di antara mereka.

Tidak pernah terdetikpun perasaan benci kepada mereka walaupun kadang-kala perangai mereka membuatkan hatinya membengkak sakit.

Sekeliling diperhati apabila dia berjalan pada floor bawah itu. Tiada sesiapa, mungkin saja kerana semua tetamu masih berada di dewan utama di atas. Samar-samar saja pandangan kerana sedikit gelap.

Setiap barisan kereta diperhati, mencari kereta Shura. Kereta axia kuning milik gadis itu dicarinya berani.

Apabila terlihat saja kereta itu di satu lorong parking, Shira terus melajukan langkah ke sana.

Bayang si adik kelihatan di bahagian pemandu kereta, meletakkan kepala, menunduk pada stereng.

Dengan wajah yang kelat dan risau yang amat, Shira ke sebelah bahagian pemandu lalu mengetuk sedikit kasar tingkap kereta itu.

"Shura! Bukak sekarang.. hei!" diketuk-ketuk beberapa kali lagi pada tingkap tersebut apabila Shura langsung tidak bereaksi dengan panggilannya.

Shira tahu, wanita itu tidak tidur kerana Shura tersentak dengan panggilannya tadi. Wanita itu membetulkan kedudukan kepalanya, menoleh ke tepi, membelakangi Shira pula.

"Astagfirullah perempuan ni lah.. hei! Kau dah kenapa ni? Bukak sekarang.. kau okay tak ni, Shura? Shura aku tanya ni?" pintu kereta cuba dibukanya beberapa kali, risau dengan tingkah adiknya itu.

Sedang dia leka, tanpa sedar, kereta Navara di sebalahnya dibuka pintu belakang. Seseorang yang sudah merancang segalanya dari awal mula memunculkan diri.

Shira perasan pintu kereta di sebelahnya terbuka sedikit terkejut, baru saja dia menoleh,

"Uhm! Uhm..." dengan sekuat mungkin, Seseorang menekup kuat bahagian hidung dan mulutnya dengan kain yang telah dibasahkan dengan suatu cairan.

Ditindihnya Shira yang sedang meronta kuat ke kereta kecil Shura, menahannya.

Shira cuba merungkaikan tekanan erat tangan lelaki itu, dipukul dengan segala kudrat yang masih bersisa. Namun, segalanya hanya sia-sia.

Pandangannya berpinar sebelum gelap. Sekaligus tubuh kurus itu terlorot jatuh ke bawah. Sempat diampu si lelaki.

Dengan pandangan berwaspada dibuang ke sekeliling, dia membuka pintu belakang dan membaringkan Shira sebelum menutupnya kembali.

Tingkap kereta axia di sebelah itu diketup tingkapnya dengan kunci kereta. Wanita itu berpaling lantas membuka tingkap keretanya separuh.

"Nah, video romen kau.. Lain kali.. hati-hati ye. Terima kasih." ujar Darien sinis pada si gadis, Sasya.

"Dan terima kasih sebab tak sebarkannya." balas Sasya geram. Memori kad kecil di tangan Darien dirampas kasar sebelum menghidupkan enjin dan berlalu pergi.

"Entah bagaimana pula nasib gadis itu. Argh! Lantaklah! Yang penting maruah aku terjamin.. Lelaki tu dasar jantan tak guna! Entah siapa-siapa, tibe-tibe je muncul nak menggugut aku!" gumamnya sendirian.

"Fuhh.. chill Sya. Kau dah selamat. Kau tak perlu risau lagi.." tenangnya seorang diri.

Sekarang dia perlu menghantar kereta ini dulu sebelum lesap dari PD. Dia tak mahu dirinya akan terjebak jika perbuatan ini diketahui pihak berkuasa pula nanti.

Sebuah hotel sederhana mewah itu dihentikan keretanya dan dia ke aras 5, bertemu si pemilik sebelum mahu pulang.

Setelah pintu diketuk beberapa kali, derapan kaki kelihatan dari dalam, membuka pintu.

"Kunci kereta kau." kunci kereta di tangannya dibuang kasar ke arah Shura yang hanya memakai bathrobes.

Wanita itu menangkapnya.

Sebelum Sasya sempat menoleh, Shura menahannya.

"We.."

"Kau nak apa lagi ha? Aku nak bla la!" balas Sasya berang. Serabut!

"Macam mana dengan kakak aku?" tanyanya perlahan.

"Huh? Macam mana dengan kakak kau? Kau ni memang manusia paling sial dalam dunia tahu tak? Tak sedar diri!" ketawa kecil Sasya bagai mengejek Shura sebelum berlalu pergi begitu saja. Meninggalkan Shura di muka pintu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience