Bab 7

Romance Completed 12178

Nurin merenung tubuh yang sedang berbaring di atas katil. Jelas terlihat kesan calar balar di sekitar muka dan tubuh itu. Kepalanya pula berbalut. Nurin sebak. Rasa bersalah mula menyelubungi hatinya. Kalau saja dia tidak menyakiti hati lelaki itu, pasti Mikael akan baik-baik saja. Dia langsung tidak menyangka mimpi ngerinya malam tadi menjadi kenyataan. Tanpa sedar, manik jernih mulai membasahi pipinya.

Sam memerhati gerak geri Nurin dari jauh. Setiap pergerakan wanita itu diamati dengan teliti. Lagaknya seperti seorang penyiasat persendirian saja. Tersentak dia seketika saat melihat Nurin mengalirkan airmata. Untuk apa airmata itu kalau dalam hatinya penuh rasa benci buat Mikael? Apakah sebenarnya Nurin juga mempunyai rasa yang sama dengan Mikael walau berkali-kali dia cuba untuk menafikannya? Tubuh Nurin yang hampir menyembah bumi segera dirapati.

"Kak Nurin!" Fuhh! Nasib sempat. Kalau tak,memang confirm cium lantai lah makcik sorang ni. Nurin menjeling.

"Sesuka hati je kau kakakkan aku huh?" Sam menelan liur. Erkk.. Tak boleh panggil akak ke? Dulu pantang betul kalau panggil nama dia.

"Err... Kak Nurin.. Eemm i mean,Nurin. Hehehe.."

"Sekali lagi kau kakakkan aku,nahas kau!"

"Sebelum ni ok je.." Gumam Sam perlahan. Mata Nurin membulat. Lantas kepala Sam diketuk.

"Tu sebelum aku nikah dengan Mika. Sekarang ni kitorang dah nikah. Kau kan bff Mika. Takkan nak panggil aku akak pulak."

"Errkk.. Ok lah Nurin. Aku rasa kak eehh kau patut balik rumah. Pergilah rehat. Nanti aku tolong tengokkan Mika. Kau jangan risau eh." Sam memandang Nurin yang berwajah mendung. Tidak lama kemudian terdengar esakan halus. Laahh nangis pulak makcik ni..

"Sorry, Sam. Aku dah susahkan semua orang. Tak apa. Kau baliklah rehat. Aku boleh jaga Mika." Nurin bersuara sayu. Baru saja dia ingin berdiri, kepalanya terasa berpusing. Nurin duduk semula.

"Kau balik lah,Nurin. Aku tengok kau tak cukup rehat ni. Tak apa. Nanti Mika sedar, aku bagitahu kau eh."

"Maaf lah, Sam. Susahkan kau je. Aku balik dulu. Bagitahu aku cepat kalau Mika dah sedar eh."

Sam hanya mengangguk. Dia cuma memandang belakang tubuh Nurin yang semakin menghilang. Kenapa Nurin pelik sangat hari ni? Selalu tu macam naga. Selagi tak sembur lava berapi dia,selagi tu dia tak blah. Takkan lah...

_______________________

Bunyi nyaring dari telefon bimbitnya mengganggu lena. Tangannya meraba-raba mencari punca bunyi itu. Terpisat-pisat matanya melihat ke arah skrin telefon. 15 missed call?? Automatik tubuhnya tegak. Sam! Pantas dia menghubung Sam semula.

"Sam! Mika dah sedar ke? Kejap,aku siap. Nanti aku datang ok."

"Eehh kejap, Nurin. Aku rasa tak payah lah kau datang. Lagipun dah malam ni. Esok je lah kau datang."

"Aku nak lawat Mika, Sam. Mika dah sedar kan. Lagipun aku dah ok ni."

"Nurin, kau rehat je lah eh. Dah lewat malam ni. Bahaya kau drive ke sini."

"Tapi kau pun kena rehat,Sam. Lagipun aku yabg sepatutnya jaga Mika."

"Mika tengah tidur. Pengaruh ubat kot. Tadi selepas maghrib dia dah sedar. Tak lama lepas tu dia terlelap balik. Tu lah pasal aku tak suruh kau datang. Kau tak payah risau lah, Nurin. Aku ok je. Mika pun bukan orang lain."

Tersentap hati Nurin mendengar bicara Sam. 'Mika pun bukan orang lain.' Ya, Mika bukan orang lain! Bff Sam. Tapi suami Nurin! Antara hubungan Sam-Mika dan Nurin-Mika, selayaknya Nurin lah yang berada di sisi Mika saat ini. Kan Nurin isteri Mika. Haiii mengaku isteri nampak..

"Yalah,Sam. Esok aku datang. Terima kasih tolong jagakan Mika. Sampaikan salam aku pada Mikael eh."

Sam menjungkit kening. Tersengih dia mendengar kata-kata Nurin. 'Sampaikan salam aku pada Mikael eh.' Perrgghhh memang tak boleh blah ayat tu. Luaran saja naga, tapi dalam hati ada lautan luas yang dipenuhi dengan ikan yang pelbagai spesies. Eehh aku merepek apa ni? Berkerut dahinya. Seketika kemudian bibirnya tersenyum lebar. Dia melangkah menuju ke bilik Mikael sambil bersiul girang. Okehh lets our game start begin,bebeh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience