BAB 7

Action Completed 2234

Anas berjalan merapati Zahanif . Dia menjongket kaki untuk duduk sama diatas meja yang diduduki Zahanif .

“Syam, kalau kau nak skema. Jangan join kitaorang malam ni. Budak-budak pengawas yang satu batalion tu kau boleh kerah untuk cari salah si Furqon tu”

“Kau bercakap macam tak sekolah la. Hal pentadbiran sekolah aku tak nak campur. Budak-budak pengawas, termasuk aku bawah kuasa Cikgu Khalil . Takkan aku nak libatkan semua orang untuk cover kerja kotor korang ni” Bantah Anas dengan nada berangin.

“Jaga mulut kau tu bebaik. Nanti bukan si Furqon tu yagn pecah muka, tapi ketua murid” Talib mendepa dada di depan Hisyam.

“Boleh tenang sekejap tak?. Aku dah semakin bodoh bila mendengar korang bercakap. Macam peluru, tapi satu pun tak membantu dalam kes malam ni. Kalau kitaorang nak budak-budak lain respek kita. Si Furqon tu kita kena ajar!”

“Memang la nak kena ajar, soalnya sekarang. Macam mana?”

“aku ada idea” Ihsan yang dari tadi hanya memerhati bersuara.

“Apanya? Cerita la”

“Aku rasa baik kita kurung si Furqon tu dalam bilik hujung tingkat bawah tu. Sehari semalam kalau boleh. Lepas tu kita tengok apa jadi”

“Maksud kau, bilik berhantu kat sebelah tandas bawah tu”

Ihsan mengangguk.

Semua yang ada di situ maklum tentang bilik panel elektrik di tingkat bawah asrama. Bilik yang dikatakan paling keras kerana ada pelajar yang membunuh diri didalamnya. Bilik itu juga diwartakan sebagai kawasan larangan. Sampai sekarang pun, tiada siapa pun yang berani masuk atau lalu di hadapan bilik itu. Tandas yang berdekatan pun tidak akan digunakan pada waktu malam.

“Ingat senang ke nak sumbat budak Furqon tu siang-siang ke dalam bilik tu? Kalau ada sesiapa yang boleh tepis buah lutut dengan buah siku tomoi dia, bolehlah buat” Tingkah Talib .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience