"Huish.... bila aku tengok balik bilik ni berapa tahun aku tak kemas" , Zafirah membebel seorang diri apabila melihat biliknya yang penuh dengan buku - buku lama masa zaman persekolahannya dulu dan kotak - kotak yang penuh diisi dengan kertas.
"Zaf... kamu nak bawa ke mana kotak - kotak ni ?. Nak bagi pada mangsa banjir ke ?", tanya En. Zabbar kepada anak perempuannya. Bingung juga dirinya melihat anaknya sedang mengangkut banyak kotak - kotak sambil menuruni anak tangga.
"Abi, musim tengkujuh pun sampai liagi. Ni kan pula mangsa banjir. Abi buat lawak ke apa ni", nak tergelak juga Zafirah mendengar pertanyaan Abinya.
"Ye la... Abi ingat ke nak bagi mangsa banjir bila banyak pula kotak2 ini diangkut kamu", jelas En. Zabbar memberi perjelasan kepada anaknya.
"Habis tu kamu nak buat apa dengan kotak2 ni ?", tanya En Zabbar.
"Nak buang... banyak sangat dalam bilik Zaf tu sampai jadi sempit bilik tu. Lagipun Abi, bukan barang penting pun.... hanya kertas2 soalan masa sekolah menengah dulu. Kalau disimpan lama lagi boleh jadi sarang anai2 la dalam bilik Zaf", terang panjang lebar Zafirah kepada Abinya.
Bila difikirkan balik bukan dia tiada masa nak kemaskan kotak2 dan buku2 dalam biliknya tapi biasalah dia Cik Zafirah Zabbar memang selalu membiarkan kemalasannya bermautautin dalam dirinya dan sikap tangguh - menangguh.
"Ye la... Abi nak naik dulu.", En Zabbar membiarkan saja Zaf mengangkut kotak2 itu seorang diri kerana bukan dia tak pernah mempelawa dirinya untuk membantu Zaf membersihkan bilik Zaf tapi macam tidak kenal dengan anak yang sorang tu, suka sangat menangguh - nangguhkan kerja.
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Semasa Zafirah sedang khusyuk mengemas buku2 yang bersepah dalam biliknya, dia ternampak satu kotak berwarna biru gelap yang cukup menarik perhatiannya. Zarifah tanpa melengahkan masa terus mengambil kotak tersebut yang berada di bawah katil.
"Bukan ke ni kotak aku letak barang kenang - kenangan aku masa zaman sekolah. Elok agi.... pandai aku jaga. Pandai apa, terbiar kat bawah katil.", Zarifah membuka kotak tersebut dan tanpa sengaja dia terpandang sebuah kotak kecil yang berwarna hitam, di dalam kotak tersebut ada sebuah repilika kaca bunga mawar.
"Tiba2 pula aku teringat pasal Idrus. Macam mana agaknya dia sekarang?. Hidup lagi ke dia?. Hesh! mulut kau Zaf...
Agaknya rupa dia macam mana?. Handsome macam dulu ke?. Or muka dia macam mamak buat roti canai?!!!. Hish.. mengarut je la kau ni Zarifah Zabbar.", Bebel Zarifah sendiri apabila teringat tentang Idrus Naufal. Zarifah pun berkhayal tentang kenangannya masa di Tingkatan 5.
Share this novel