30.

Romance Completed 46657

"Aura? Ada tak Uth kat atas tu?" Tanya Roslan yang melihat Aura sedang kaku berdiri didepan pintu bilik bacaan.

Mengalir airmata Aura melihat Melati sedang mengucup leher suaminya. Tak jelas terlihat antara Paksa ataupun rela tubuh Uthman yang kini berada dibawah tubuh Melati. Uthman yang masih duduk diatas kerusi melihat kearah isterinya.

Aura hanya mampu menggelengkan kepalanya. Tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Aura berundur selangkah lalu berlari menuruni anak tangga.

"Aura, Kenapa ni?" Tanya Irma. Melihat Aura mengambil kasar Handbagnya diatas meja diruang tamu.

Aura masuk kedalam kereta dengan wajah yang basah oleh airmatanya. Berlalu dari Banglo mertuanya menuju entah kemana. Yang pasti dia takkan balik ke Rumah Melissa.

Sementara itu, Irma dan Roslan baik keatas dan melihat apa yang dilihat menantu mereka hingga dia berlari msninggalkan Banglo itu.

"Astaghfirullah!!! Melati!!!!" Tengking Roslan.

"Apa semua ni Uthman!!" Tangis Irma bergema didalam ruang bacaan.

"Apa yang Umie lihat tak sama dengan apa yang sebenarnya." Kata Uthman.

"Apa yang tak sama!!" Tengking Irma.

"Umie boleh lihat pada cctv yang Luthfan pasang setahun lalu." Kata Uthman.

"Dan kau perempuan. Aku jijik dengan kelakuan kau. Andai sesuatu terjadi oada Aura, Aku akan pastikan hari ni hari last kau bernafas dekat dunia ni." Ugut Uthman berlalu dari sana.

Luthfan yang baru saja sampai dimuka pintu menahan Uthman agar menanti sekejap bukti cctv itu.

Luthfan jelas melihat discreen phonenya kegilaan isterinya yang cuba menggoda Uthman dan bertindak diluar jangkaan walaupun Uthman menolak keras tubuh melati jauh dari dirinya. Namun melati yang bagai dirasuk tetap menerkam meratah leher jinjang milik Uthman.

"Apa semua ni?" Kata Luthfan apabila Melati turun memeluknya menangis.

"Uth cuba perkosa Melati. Uth paksa Melati." Kata Melati cuba memutar belit Fakta sebenar.

"Lepaskan tangan kau dari tubuhku. Aku jijik. Jijik dengan apa yang kau buat pada Uthman." Kata Luthfan.

"Apa Abang cakap ni?" Kata Melati terkejut tangannya disentap dan Lutufan menolak tubuhnya jauh dari diri lelaki itu.

"Kenapa ni Fan. Apa dah jadi dengan Anak anak Umie ni." Kata Irma.

Luthfan memberikan telefonnya kelada Babanya dan jelas terlihat disana Uthman difitnah oleh Melati.

Irma mendekati Melati lalu melayangkan penamparnya pada wajah perempuan itu.

"Umie!!!" Teriak Melati menahan rasa kebas dipipinya.

"Menantu apa kau ni? Sanggup perangkap Ipar sampai kau jatuhkan fitnah padanya!" Herdik Irma.

"Kenapa Melati buat Fan macam ni. Dulu Fan kau goda. Kini kau cuba Goda Uthman semula?" Tanya Luthfan.

"Ok baiklah semua dah tahu sekarang, Biar Melati terus terang. Melatiasih cintakan Uthman tak pernah berkurang walaupun sedikit perasaan tu. Sebab apa Melati nak oahwin dengan Luthfan, Semuanya sebab duit. Uthman tak berduit sangat berbanding Luthfan. Apa yang Melati mintal, Luthfan akan tunaikan namun tidak jika Uthman." Kata Melati.

"Baik. Sebab tu je?" Tanya Luthfan.

"Ye." Kata Melati bangga.

"Baiklah. Depan Umie dan Baba dan depan adik aku, Aku Luthfan Ayyan ceraikan kau Melati Abdullah dengan talak 1." Kata Luthfan.

"Bagus memang itu yang aku tunggu. Dan sekarang, Uth I dah jadi milik You semula forever and ever." Kata Melati mendekati Uthman.

Uthman yang tak mampu kawal emosinya mencekik leher Melati hingga dia susah bernafas.

"Uth lepaskan dia Uth!!" Pekik Luthfan lalu membawa Uthman 3 langkah menjauh dari Melati.

"Kau keluar dari rumah ni. Kami taknak lihat kau lagi." Kata Irma.

Melati mula tersedar dengan apa yang dibuatnya.

"Abang.. Abang maafkan Melati. Melati janji benda ni takkan pernah terjadi lagi." Kata Melati memegang kaki Luthfan.

"Kau pergilah aku dah lepaskan kau. Aku tak layak untuk kau." Kata Luthfan lagi.

"Mie Uthman pergi dulu." Kata Uthman.

"Uth biarkan dulu hati Aura sejuk. Jangan tambah bebannya buat masa ni." Kata Luthfan.

Uthman berlalu meninggalkan Banglo itu dengan kereta Honda Accorde nya.

Dia memandu pulang kerumah Melissa namun kereta isterinya tiada.

"Sayang By kat mana sekarang?" Tanya Uthman pada dirinya.

Dia mencuba menghubungi Aura. Namun setiap kali berdering, isterinya akan menolak.

"Ya Allah. Lindungi isteriku walaupun dimana dia." Kata Uthman dan terus mencari dimana isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience