Chapter 63

Romance Completed 35923

“Apa ini aunty?” lantang suara Sara apabila mendapat tahu berita nikah Hafiz secara tiba-tiba. Hatinya remuk. Segala mimpi Sara hancur. Hafiz adalah jejaka idaman Sara. Sekarang dia sudah kehilangan Hafiz.

“Bertenang Sara. Aunty tak mampu nak halang Hafiz. Dia nak juga kahwin dengan perempuan murah itu.” balas Datin Mariam geram.

“Wait aunty. Apa maksud aunty perempuan murah?” Sara sedikit terkejut apabila Datin Mariam mengelarkan Wahidah Tiara sebagai perempuan murah.

“Hafiz kahwin dengan perempuan itu sebab perempuan itu mengandung.” Datin Mariam memberitahu hal sebenarnya.

“Apa? Pregnant? Anak siapa aunty?” Sara mula mengorek berita sebenarnya.

“Ye. Dia cakap itu anak Hafiz. Tapi aunty tak percaya. Hafiz bukan lelaki macam itu.”

“Aunty, betul ke ni? Itu anak Hafiz ke?” Sara masih teruskan menyoal.

“Hafiz pun cakap macam itu. Aunty pun buntu, Sara.” berdengus geram Datin Mariam.

“Aunty, fikir logik. Kalau itu bukan anak Hafiz, tak akan Hafiz mengaku anak dalam kandungan Wahidah anak dia. Betul tak?”

“Sara percaya cakap betina itu ke? Entah-entah itu anak jantan lain. Dia brainwash Hafiz untuk terima dia.”

“Mummy!” muncul Hafiz di antara Sara dan Datin Mariam. Dari awal perbualan, Hafiz berada di situ. Tanpa pengetahuan Datin Mariam dan Sara, Hafiz mendengar segala-galanya.

“You…” merengek Sara. Tangannya naik mengusap pipi Hafiz.

“Get your hands off from me Sara!” Hafiz menepis tangan milik Sara.

“Sampai hati you. Apa yang perempuan itu ada? You kahwin dengan dia. Ada you fikir pasal I?” bertubi-tubi Sara menyoal Hafiz.

“Aku cakap jangan sentuh aku. Kau ni tak faham bahasa melayu ke?”

“Apa salahnya I sentuh you?” Sara masih mengusap pipi Hafiz. Sudah dua minggu Sara tidak bertemu dengan Hafiz.

“Aku sudah kahwin. Aku sudah ada isteri, Sara. So, I don’t want other women to touch me except my wife. Just my wife has all rights over me.” sengaja Hafiz menekankan perkataan wife itu.

“I tak kisah. I sanggup jadi isteri kedua. Please kahwin dengan I.” merayu Sara. Air matanya mula menitis.

“Betul cakap Sara, Hafiz. Kahwin dengan dia. Lagipun awak mampu. Apa salahnya awak kahwin dengan Sara?” bersuara Datin Mariam. Dia tidak ambil kisah. Dia mahu Sara menjadi menantu.

“Jangan merepek Sara! Dalam hati aku ini, hanya ada nama wanita yang bernama Wahidah Tiara. There is no other woman name in my heart! Jadi, jangan nak ajak aku kahwin lagi.” jawab Hafiz dalam nada keras.

“Hafiz, mummy nak awak kahwin dengan Sara!” meninggi suara Datin Mariam.

“Hafiz tak nak mummy. Jangan nak paksa Hafiz. Kalau mummy masih paksa Hafiz, I will get out of this house. Mummy nak ke tinggal seseorang di sini? Mummy fikirlah. By the way, Hafiz nak bawa Tiara untuk check up. Maklumlah tak lama lagi nak ada ahli baru, nak check macam mana perkembangan anak Hafiz, darah daging Hafiz dalam rahim mama yang cantik.”

“Hafiz yakin ke itu anak awak?” Datin Mariam masih tidak boleh percaya itu anak Hafiz.

“Yes. Of course Hafiz percaya mummy.”

“Macam mana Hafiz tahu itu anak awak? Mummy rasa itu bukan anak awak. Itu mesti anak jantan lain. Mesti perempuan itu main dengan jantan lain!”

“Mummy! Jangan nak tuduh isteri Hafiz! Itu anak Hafiz. And I knew that.”

“Macam mana you tahu itu anak you?” kali ini Sara pula menyoal.

“Sebab aku adalah lelaki pertama sentuh Tiara!”

Terkedu Datin Mariam dan Sara. Maksudnya, Hafiz dan Wahidah Tiara sudah bersama sebelum nikah.

“I think both of you are clear about who is the father for the baby in Tiara’s womb. Lepas ini Hafiz tak nak dengar fitnah lagi, faham mummy?”

“Mummy… mummy…” Datin Mariam tidak tahu apa yang perlu diujarkan.

“And you Sara, cari lelaki lain. Kau cantik, berpendidikan tinggi and wanita bekerjaya. Kau mesti akan dapat lelaki yang baik dari aku. Lupakan aku Sara.” cakap Hafiz lembut supaya Sara dapat mendengar kata-katanya.

“Hafiz pergi dulu. Assalamualaikkum.”

Sara menghempaskan punggung di atas kerusi kayu yang terletak di balkoni itu. Air matanya menitis perlahan. Hati berasa sangat sakit. Datin Mariam pula memandang Sara dengan sayu. Dia juga kecewa dengan Hafiz.

“Sara, awak jangan risau. Aunty akan buatkan Hafiz kahwin juga dengan awak. Percaya cakap aunty.” memujuk Datin Mariam. Dia hanya mahu Sara menjadi menantunya. Nampaknya, amaran Hafiz tidak memberi kesan kepada Datin Mariam.

“But how aunty?”

“Aunty ada rancangan. Bagi aunty masa.”

Sara hanya mengangguk. Dia pasrah. Biarlah Datin Mariam melaksanakan rancangannya. Kalau ada jodoh, mereka akan bersatu.


************************

Ubat di tangannya ditenung lama. Otaknya masih lagi memikirkan bagaimana perkara itu berlaku.

“Tak guna! Tak guna! Arghh!!!” Sofia Amelia menangis teresak-esak. Pil-pil yang ada di dalam botol Scott’s dilempar ke lantai.

“Macam mana aku boleh pregnant? Aku kan makan ubat ini. Tak pernah aku tinggal makan pil itu walaupun sehari."

"Sayang, kenapa lama sangat dalam bilik mandi? Abang nak mandi sayang.” Iskandar Faiz mengetuk pintu bilik mandi berkali-kali. Sudah sejam Sofia Amelia berada di dalam kamar mandinya.

“Err, kejap abang.” bersuara Sofia Amelia. Dia terlupa yang dia di rumah mentua. Botol Scott’s diambil cepat.

Setelah 15 minit, Sofia Amelia keluar dari bilik air. Sempat dia mencuci mukanya. Kalau tidak, sudah mesti Iskandar Faiz tahu Sofia Amelia menangis.

“Sayang, umi cari sayang tadi.”

“Ye ke? Kenapa abang? Mama sakit ke?” gelabah Sofia Amelia.

“Sayang, relax. Umi just nak ajak sayang untuk bersembang dengan dia. Kenapa sayang nampak macam tak sihat?” Iskandar Faiz menghampiri isterinya.

“Tak ada apa abang. I am okay. Tak perlu risau.”

“Are you sure? Kalau sayang tak sihat, jangan sembunyi dari abang.”

“Sayang sihat, abang. Cuma penat. Sebab itulah badan rasa tak aktif seperti selalu.” menjawab Sofia Amelia sambil senyum.

“Baik lah. Kalau macam itu, sayang take enough rest. Abang pergi mandi dulu.” sempat Iskandar Faiz mencium ubun-ubun Sofia Amelia.

“Macam mana ni? Apa aku perlu buat? Aku belum bersedia untuk menjadi seorang ibu, Ya Allah.”

“Mama cari Sofi ke?”

“Ye Sofi. Mama nak ajak Sofi berborak dengan mama.” beritahu Fatimah.

“Sofi tengah mandi tadi mama.” kata Sofia Amelia sambil mengurut kaki Fatimah.

“Dah pukul 10 malam Sofi. Tak elok mandi lewat macam ini. Lain kai mandi awal ye.” tegur Fatimah.

“Baik mama. Lain kali Sofi tak buat lagi dah.”

“Mama rasa mengantuk. Mama tidur dulu Sofi. Mama nak ucapkan ribuan terima kasih sebab Sofi sudi jaga mama dengan baik.” Fatimah mengenggam tangan milik Sofia Amelia dengan erat.

“Ini tanggungjawab Sofi mama. Jangan nak ucap terima kasih. Mama kata nak tidur kan. Tidur lah. Sofi urut kaki mama.” balas Sofia Amelia.

“Tak apa Sofi. Sofi pergi tidur. Umi tahu Sofi pun kurang luangkan masa dengan Is kan. Disebabkan mama.”

“Tak lah mama. Mama jangan fikir yang bukan-bukan, okay.”

“Umi, makan ubat sebelum tidur.” muncul Iskandar Faiz bersama dengan beberapa pil di tangannya.

“Mama belum makan ubat lagi ke?” soal Sofia Amelia. Dia terlupa tentang ubatnya.

“Kalau sayang nak tahu, umi tak suka makan ubat. Nasib baik abang masuk dapur. Abang ternampak ubat. Itu yang abang bawa ke sini.”

“Jangan macam ini mama. Makan ubat ye, baru mama sihat sepenuhnya.” nasihat Sofia Amelia.

“Dengar cakap menantu umi ini. Kalau dia marah, nanti mahu terbalik rumah kita.” gurau Iskandar Faiz.

“Jangan nak loyar buruk lah abang.”

Fatimah mengambil pil-pil yang berada di tangan Iskandar Faiz. Tanpa melengahkan masa, Fatimah menelan ketiga-tiga pilnya.

“Is, Sofi umi sudah makan ubat. Korang boleh lah luangkan masa bersama. Umi tak akan kacau.”

“Thank you umi.” ucap Iskandar Faiz dengan cepat.

“Sayang, ikut abang.” bisik Iskandar Faiz sambil mencapai tangan Sofia Amelia untuk keluar dari bilik Fatimah.

“Kenapa abang?”

“Close your eyes.” arah Iskandar Faiz tanpa mempedulikan soalan Sofia Amelia.

“Why?”

“Tutup mata sayang dulu.”

“Hish! Yelah.” ikut Sofia Amelia tanpa membantah.

“Open your eyes, sayang.” Sofia Amelia dengar suara suaminya setelah beberapa saat.

“Abang? Apa ni?”

“Cake. Your favorite strawberry cake.” jawab Iskandar Faiz tenang.

“Tapi untuk apa? Harini bukan hari special pun.” bingung Sofia Amelia.

“Abang tak kata pun today is a special day. Abang beli kek ini untuk sayang. Abang nak appreciate sayang. Sebagai tanda berterima kasih. Abang tahu sayang tak cukup rehat sejak beberapa hari. Sayang tolong abang untuk jaga umi apabila abang ada hal kerja. Sayang sanggup buat assignment last minute, even abang nak tolong sayang pun, tak bagi. Kata abang penat, suruh abang berehat. Padahal, sayang yang penat berbanding abang. Abang really appreciate sayang. I love you so much, sayang.” luah Iskandar Faiz. Sudah empat hari mereka berada di kampung, Sofia Amelia terlalu sibuk menguruskan Fatimah dan juga assignmentnya. Iskandar Faiz pun turut berasa kasihan. Tidak sesekali pun Sofia Amelia mengadu kepada Iskandar Faiz. Dia sedar Sofia Amelia sudah berubah.

“Abang, sayang sudah anggap keluarga abang sebagai keluarga sayang juga. Jadi, menjaga mama adalah tanggungjawab sayang. At the same time, sayang tahu, abang penat uruskan hal kerja walaupun berada di sini. That’s why I don’t want to disturb you. Anyway, thank you so much for the cake. I love you too.” pipi Iskandar Faiz dicium dengan penuh rasa cinta.

“Sayang, sabtu ni kita kena balik KL. Abang ada important meeting with a client.”

“Macam mana dengan mama? Mama bukannya sihat sepenuhnya. Tak akan kita tinggalkan dia.” risau Sofia Amelia.

“Abang pun tengah fikir pasal itu. Abi pun kena pergi sawah. Kan sekarang musim menuai.”

“Apa kata kita bawa mama dengan kita ke KL? Sayang boleh jaga mama.” cadang Sofia Amelia.

“Good idea. Kita cuba bincang dengan umi esok pagi.”

“Alright abang. Nak makan kek.” tanpa menunggu, Sofia Amelia mengambil kek strawberi dan masuk ke dapur. Suami yang berdiri di ruang tamu, tidak dipedulikan lagi. Hilang sudah masalah mengandung sekejap!


*******************

“Mak, Tiara ada buat kuih karipap. Jemput makan mak.” Wahidah Tiara ajak Datin Mariam untuk merasa karipap yang berisi kentang itu. Walaupun jantungnya berdegup kencang, Wahidah Tiara memberanikan dirinya untuk berbual dengan Datin Mariam.

“Siapa mak kau?” tanya Datin Mariam.

Wahidah Tiara tidak tahu bagaimana hendak menjawab. Dirinya berasa seram apabila melihat jelingan maut Datin Mariam.

“Kau tak layak jadi menantu aku. Kau jangan ingat aku akan terima kau sebagai menantu aku walaupun anak aku sudah kahwin dengan kau. Faham?” dengan pantas majalah yang dibaca itu dibaling ke arah Wahidah Tiara.

“Auchh!” Wahidah Tiara merintih kesakitan. Dahinya berdenyut-denyut akibat terkena majalah yang cukup tebal itu.

“Mak, saya tahu mak tak suka saya. Saya redha. Saya tahu taraf saya tak sama taraf dengan mak. Tapi, tolong terima anak dalam kandungan saya, mak. Ini anak Hafiz mak.”

“Kau nak aku terima anak kau tu?” soal Datin Mariam sambil menunjal kepala Wahidah Tiara.

Wahidah Tiara hanya mengangguk setuju. Dia tidak kisah Datin Mariam tidak terima dia sebagai menantu, tetapi dia tidak sampai hati Datin Mariam membencikan cucunya di dalam kandungan.

“Aku akan terima anak dalam kandungan kau kalau kau setuju untuk ikuti rancangan aku.” berkata Datin Mariam dengan penuh bermakna.

“Apa dia mak? Saya akan ikut cakap mak.” bersetuju Wahidah Tiara.

“Aku nak kau…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience