BAB 18

Horror & Thriller Completed 790

‘Rania…’
‘Rania…’
‘Jangan terlewat…’
‘Mereka sudah hampir…’
‘Lekas Rania…’
‘Tamatkan segalanya…’

Rania terjaga. Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Dia melihat sekeliling. Raihana tiada disebelahnya. Beberapa saat kemudian, kelibat Raihana muncul dibalik pintu bilik air.

“Aku baru ingat nak kejut kau. Kau dah bangun pun. Jomlah solat sekali dah alang-alang. Rizal cakap kita gerak awal hari ni. 7.30 semua dah kumpul.”

“Okeylah macam tu. Aku pergi ambil wudu’ dulu. Kau tunggu aku tau.” Rania bergegas ke bilik air.

***********

Mereka semua berkumpul tepat 7.30 pagi. Mereka pergi bersarapan di kedai makan yang berdekatan. Rania perasan dengan tingkah laku Rizal yang sedikit janggal. Baru dia hendak membuka mulut, Faroq bertanya.

“Korang tidur semalam macam mana? Okey? Nyenyak tak?”

“Aku okey je. Lena sangat.”, jawab Raihana.

“Korang tau tak. Danial dengan Rizal tak boleh tidur semalam. Aku pun terikut sama.”, cerita Faroq.

“Ada suara orang bercakap”, jelas Danial.

“Suara orang suruh kita cepat. Takut terlambat.”, kata Rania.

Mereka terkejut. Memandang Rania seterusnya memandang antara satu sama lain.

“Macam mana kau tau? Kau pun kena juga ke?”, soal Faroq.

“Korang dah habis makan ke? Kalau dah, baik kita gerak sekarang.”, sambung Rizal.

Mereka semua bergegas masuk ke dalam kereta lalu meneruskan perjalanan mereka. Beberapa minit kemudian, telefon Rania berdering. Tertera di screen telefon ‘Mama’. Rania menunjukkan telefonnya kepada Rizal. Rizal membuat isyarat jangan angkat.

Rizal menelefon mama mereka.

“Hello, assalamualikum, ma. Kitorang tak balik rumah tau, ma. Rizal bawa Rania and the gang jalan-jalan. Dah lama tak holiday dengan adik kesayangan I ni, ma. Kitorang tak sure lagi nak balik bila.”, terang Rizal.

“Habis tu kelas diaorang macam mana? Diaorang bukannya cuti sem. Nanti apa mama nak jawab dengan lecturer dia?”

“Mama cakap je diaorang ada hal penting or something apa-apa. Mama tolonglah belit-belit sikit.”

“Hmmm, ye lah. Hati-hati. Jangan lama sangat. Nanti kena extend sem.”

“Baik, ma. Okeylah nanti kita jumpa. Bye, ma. Love you.”

Rizal menamatkan panggilan.

**********

Munir mencari kelibat Mawar tetapi tiada. Munir memanggil namanya. Tiada sahutan. Munir berfikir mungkin Mawar merajuk dan terus balik kerumah. Dia memusingkan basikalnya untuk menuju kerumah Mawar.

“Munir… Munir…”

“Mawar? Dimana kau?”

“Munir… Maaf aku duduk dibawah sana sebentar.”

“Ya kah. Kau baik-baik saja? Mengapa muka kau pucat? Kau sakit ya? Aku minta maaf kalau menyusahkan kau. Ajak kau masa kau tidak sihat.”

“Tidak mengapa. Aku baik saja. Aku cuma pening sedikit. Marilah kita kebawah sana.”

“Tidak mengapalah. Lain kali saja. Aku hantar kau pulang ya. Kau harus rehat. Kalau kau tidak sihat, bagaimana kita mahu bernikah? Kau harus sihat. Supaya pernikahan kita dapat dipercepatkan.”, terang Munir.

Mawar tersenyum. Mereka berjalan pulang kerumah. Jamilah memerhatikan mereka di balik pokok.

“Aku akan pastikan perkara itu tidak berlaku. Tidak akan berlaku. Abang Munir milik aku seorang. Kalau aku tidak memilikinya, kau juga tidak, Mawar.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience