BAB 1

Romance Series 8815

Bab 1

DERAP kaki seseorang masuk ke kamar langsung tidak membuat Jawdan kaget. Malah dia masih fokus membelek kertas yang baru dicetak oleh editornya pagi tadi.
“Jo,” tegur Adif sebaik sahaja mengambil tempat duduk di hadapan Jawdan.
Jawdan mengangkat kepala.
“You are late.” Senafas saja Jawdan bersuara.
“Aku tak sangka miting kami berlanjutan sampai ke petang.” Adif bersandar.
Dipandangnya wajah sahabat yang masih menconteng sesuatu pada digital tablet berjenama Wacom Cintiq buatan negara Jepun. Nampak sibuk benar walaupun jam sudah berganjak ke angka lima. Tadi dia berjanji dengan Jawdan untuk datang makan tengah hari bersama. Tapi akhirnya dia terpaksa memungkiri janji gara-gara miting dengan ahli lembaga pengarah yang berlangsung sehingga pukul tiga petang.
“Sebab tu aku datang petang ni. Kita makan malam teruslah.”
Kening Jawdan terangkat sebelah. Namun matanya masih tekun merenung skrin Wacom Cintiq Pro 32 di depannya.
“Wife kau okay ke kau makan kat luar?” soal Jawdan.
“Rian okay, janji aku balik sebelum pukul 9 malam. My son dah masuk sekolah berasrama ni barulah dia bagi aku balik malam sikit.” Adif tersengih lebar. Selama ini, masanya agak terhad kerana isteri tercinta menghadkan masa pulang ke rumah seawal pukul 7 malam untuk mereka berdua menguruskan anak bersama-sama. Lagi pun Rian bertegas mahu Adif meluangkan masa untuk mereka mendidik anak dengan ilmu agama terutama pada waktu maghrib dan isya’.
Jawdan meletakkan pen di atas meja. Dia menghela nafas setelah berpuas hati dengan hasil lukisannya.
“Great.” Jawdan menyimpan pen di dalam bekas khas yang dia sediakan. Dia sendiri belum makan kerana menunggu kehadiran Adif. Akhirnya dia terlupa dengan makan tengah hari dan menghabiskan kerja-kerja sehingga Adif muncul di pejabatnya.
“Kau masih melukis ke?” soal Adif. Seingatnya, Jawdan berhenti melukis sejak menyandang jawatan sebagai Ketua Editor di SightWorld Group. Dah lama Jawdan tak keluarkan komik baru. Atau mungkin Jawdan melukis senyap-senyap saja? Dipandang wajah sahabatnya yang kelihatan bersahaja. Tiada riak mesra dan senyuman di bibir. Jika orang lain melihat, tentu mereka fikir Jawdan seorang lelaki yang berdarah dingin.
“Aktiviti sambilan. Jomlah. Aku pun kena balik awal sebab orang gaji aku balik pukul 8 malam. Tak ada orang yang jaga Jeeyan kat rumah.” Jawdan bangun dari duduknya. Dia mengambil jaket yang disangkut di kepala kerusi dan mengenakan jaket itu pada tubuhnya.
“Skill melukis kau masih mengancam. Boleh lagi kalau nak publish buku,” puji Adif.
Jawdan melangkah ke arah pintu selepas mengambil telefon pintarnya di atas meja.
“Thanks for your compliment but I have a bunch of deadlines. Terbit buku bukan priority buat masa ni. Aku prefer publish online je.” Jawdan senyum segaris. Bukan dia tak nak terbitkan buku komik, malah buku komiknya pernah diterbitkan bersiri-siri sebelum ini. Tetapi kerjanya sekarang memerlukan komitmen yang besar. Dia adalah Ketua Editor. Bukan staf biasa seperti beberapa tahun yang lepas.
Adif segera mengikut langkah Jawdan. Bahu Jawdan ditepuk. “Sayang bakat kau. Aku teringat zaman universiti dulu, budak-budak lain melopong tengok pendapatan kau. Sekali dapat puluh ribu. Pasal tu juga aku cari kau, sebab nak pinjam duit.” Adif tergelak.
Jawdan tersenyum kecil apabila Adif mengimbas kembali zaman universiti. Adif senior tiga tahun darinya, cuma bidang yang diambil sangat berbeza. Adif budak law. Dia art. Sesekali terserempak sewaktu makan di stall berhadapan library.
Perkenalan mereka bermula dengan duit gara-gara Jawdan terkenal sebagai pelukis komik dan beberapa hasil kerjanya juga dianimasikan di skrin TV. Entah apa yang menggerakkan hati Adif untuk meminta pertolongan kepada Jawdan. Dan entah apa yang menggerakkan hati Jawdan ketika itu sehingga sanggup meminjamkan duit kepada Adif dalam jumlah yang agak besar.
Setelah Adif membayar hutang, itu pun selepas Adif berjaya mencari kerja, hubungan mereka masih kekal rapat sehingga sekarang.
Adif sedar Jawdan sangat introvert sejak zaman belajar lagi. Susah hendak berkawan dan mencari kawan. Apatah lagi untuk terus keep in touch. Sifat Jawdan yang semula jadi serius dan agak ‘tajam’ itu menyebabkan dia agak sukar untuk didekati. Mungkin juga kerana sejak dulu Jawdan dianggap antara anak muda yang berjaya menempah nama, menjadikan dia dipandang tinggi oleh teman-teman seuniversiti.
“Staf kau ramai tak balik lagi...” Komen Adif ketika melalui kubikel-kubikel yang menempatkan beberapa orang staf.
Tiada seorang pun yang menegur mereka berdua.
Adif memandang Jawdan yang tidak membalas komennya tadi. Dia tersenyum kecil.
Di pejabat, dia juga terkenal dengan sikap tegas terhadap staf bawahan. Tetapi pekerja masih berani menegurnya. Berbeza dengan Jawdan, seorang pekerja pun tiada yang berani mengangkat muka.
Mereka berdua memasuki perut lif.
“Jo...”
Jawdan menoleh.
“Kau tak rasa ke yang kau patut kahwin?”
Kening Jawdan berkerut sedikit. “Kenapa tiba-tiba aje?”
“Bukan apa, kau terlalu serius...”
“Ada kaitan ke serius dengan kahwin?”
Adif menarik sengihan kecil. “Mestilah ada kaitan. Kau sendiri pernah komen sejak aku kahwin dan ada anak, aku dah tak macam dulu lagi.”
Jawdan memeluk tubuh. Ya, betul. Adif berubah perlahan-lahan. Jika dulu Adif sangat anti sosial, agak misteri dan terlalu fokus dengan kerjanya, setelah beberapa tahun berkahwin, Jawdan melihat perubahan sikap Adif. Temannya itu semakin kerap tersenyum dan ketawa, seolah-olah masalah yang membebaninya selama ini tidak lagi menjadi duri dalam hidup.
“Kahwin tu mudah. Tapi bukan senang nak cari perempuan yang nak kan aku,” komen Jawdan.
“Beratur, Jo... Beratur! Ramai perempuan nak kan kau!”
“Sebab mereka tak tahu keluarga aku macam mana.” Tambah Jawdan lagi.
Kata-kata Jawdan mematikan terus idea Adif untuk memujuk temannya itu. Walaupun sebenarnya dia rasa Adif terlalu paranoid, tetapi bukan haknya untuk memaksa Jawdan supaya berfikiran terbuka. Dia sendiri pernah melalui waktu-waktu sukar seperti Jawdan. Dia tahu Jawdan sedang berperang dengan perasaan.
“Jeeyan masih macam tu ke?” soal Adif.
Jawdan mengangguk. “Dia tak akan mudah sembuh. Doktor sendiri yang cakap.”
Adif hela nafas dalam. Tiba-tiba dia teringatkan arwah adiknya. Satu lagi perkara yang mungkin membuatkan mereka berdua jadi rapat, mereka punya persamaan... Bezanya, adik Jawdan masih hidup. Adiknya pula sudah tiada.

follow ig @rinsyachasiani

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience