I Love You Cik Orkid! (1)

Poetry Series 837

Tag yang digantung pada pintu lutsinar kafe itu diterbalikkan olehnya dari 'close' ke 'open'. Apron yang dikenakan pada badan diatur sedikit agar kelihatan lebih kemas. Tudung bawal hitam yang disarungkan ke kepala juga diatur. Kakinya dibawa ke arah kaunter pembayaran dan duduk di bangku yang disediakan.

Sudah bulan kedua dia bekerja di kafe ini. Kafe yang popular dan menjadi buah mulut orang yang tinggal di sekitarnya. Kafe yang menyajikan pelbagai jenis pencuci mulut yang viral.

Bunyi loceng yang digantung pada pintu kafe tanda seseorang menolak pintu tersebut menarik perhatiannya. Hampir setiap hari dia melihat lelaki berhud itu berkunjung ke sini. Sedap sangat agaknya.

"Ehem. Macam biasa."

Orkid mengangguk dengan kata-kata lelaki itu. Sejak hari kedua dia bekerja di sini lah lelaki berhud hitam itu sering ke sini. Lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai 'Haidar' itu sering mendatangkan rasa ingin tahu di hati kecil Orkid. Seorang jejaka misteri baginya.

Cawan kertas diambil dan aiskrim perisa vanila diisi di dalamnya. Orkid mengambil sebatang sudu plastik berwarna biru muda dan diletakkan ke dalam cawan kertas yang terisi aiskrim vanila. Memang ini aiskrim kesukaan lelaki itu. Pelik? Bagi Orkid perkara itu tidak pelik kerana dia juga menggemari aiskrim berperisa vanila.

Cawan yang berisikan aiskrim diletakkan di atas meja tempat lelaki itu duduk. "Maaf. Saya yang hantar aiskrim ni ke meja awak sebab yang selalu buat tugas hantar makanan harini ambil MC. " ucap Orkid dengan nada perlahan. Haidar hanya mengangguk tanda mengiyakan dan terus menyuapkan aiskrim yang dihantarkan oleh Orkid.

Orkid menjeling menyampah. Sudah biasa sebenarnya dengan lelaki yang sedikit kerek itu. Tiba-tiba kedengaran lagi bunyi loceng dari arah pintu. Pelanggan. Dia terus melayan pelanggan tersebut dan bergegas menyiapkan pencuci mulut yang dipinta.

Haidar memerhatikan setiap langkah gadis bertudung hitam. Bibirnya mengoyak senyum manis.

-

Orkid melangkah masuk ke dalam rumah kayu keluarganya. Bunyi kayu kedengaran dek pijakkannya yang sedikit kuat. Jam dinding menunjukkan jam 2 petang. Kafe juga sudah tutup. Kafe tersebut memang dibuka dalam tempoh masa yang singkat kerana menu yang dihidangkan hanya untuk sarapan pagi.

Orkid segera masuk ke biliknya. Mujur dia anak tunggal. Kalau tak, jenuh juga layan adik. Umurnya yang baru berginjak 21 tahun itu agak memudahkannya mencari pekerjaan bagi menampung perbelanjaan dia dan ibunya. Tuala dicapai dan kaki dibawa menuju ke dapur rumah.

"Lambat kamu balik Orkid? Pergi mana?" soal Puan Hanis yang masih mengelap meja di dapur tatkala melihat susuk tubuh Orkid yang masuk ke dapur dan terus mencapai cawan. Air dituang dan diteguk rakus. Haus!

"Maaf mak. Tadi kereta kancil Orkid buat hal pula. Nasib ada orang hantarkan hehe." balas Orkid dengan sengihan. Kepalanya digaru. Puan Hanis sudah mengusik. "Ehem. Menantu mak ke?"

Orkid sudah tersedak. "Eh mak ni kesitu pula. Tak. Tu ha. Lelaki yang selalu datang kafe tempat Orkid kerja. Dah lah mak. Makin lain pula mak ni. Orkid mandi dulu ye?" ujarnya lalu berlari masuk ke kamar mandi.

Puan Hanis menggeleng melihat telatah anaknya. Umur sudah 21 tahun namun perangai tak ubah seperti anak.8 tahun.

-So hi. My first short story. For those yang tak tahu, dekat sini author akan post short story yang ada 1-3 bab sahaja. And bukan yang ni je tau. Insya-Allah nanti author akan buat lebih banyak short story in this book. So please stay tuned for more interesting short story.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience