BAB 11

Romantic Comedy Completed 6484

WIJDAN merenung kosong kad jemputan ke majlis resepsi Qatrunnada dan Salam. Mindanya seolah-oleh kosong. Tidak dia hirau Firhan yang sedang merenung kosong dinding rumah sewa mereka. Masing-masing diam. Tiada lagi sebarang bentuk provokasi antara mereka. Masing-masing masih lagi menghadam kenyataan bahawa Qatrunnada sudah mempunyai suami dan walau sekuat manapun hati mereka ingin menafikan, mereka harus akui bahawa Qatrunnada dan Salam sememangnya kelihatan sangat padan. Najwan yang turut berada di ruang tamu ketika itu pelik dengan kebisuan yang melanda dua orang rakannya ini. Namun, dia tidak menghiraukannya dan terus memetik gitar sambil menyanyi dengan sepenuh hati.

Tuhan jagakan dia

Dia kekasihku ‘kan tetap milikku

Aku sungguh mencintai

Sungguh menyayangi setulus hatiku

“Wan, stop main lagu tu boleh tak? Bukan sedap pun.” Firhan akhirnya bersuara.

“Aik! Lagu ni tak sedap? Selama ni aku tengok elok je kau menyanyi lagu ni. Waktu aku menyanyi dan-dan lagu ni jadi tak sedap. Korang berdua ni dah kenapa?” Najwan yang hairan dengan keadaan dua orang rakan serumahnya ini bersuara dengan nada tidak puas hati. Baik Wijdan mahupun Firhan kedua-duanya senyap tidak menjawab. Najwan bertambah hairan. Akhirnya dia letak gitar ke tepi lalu dia bangun menghampiri Wijdan. Kad yang berada di tangan Wijdan dia ambil dengan kasar. Butiran pada kad tersebut dia teliti. Serentak dengan itu dia menghamburkan tawa.

“Padanlah muka korang. Dua-dua melepas. Siapa suruh korang suka bunga dalam taman larangan. Relax bro. Orang tua-tua kata bunga bukan sekuntum, ye dak?” Najwan sengaja ulang apa yang pernah Wijdan katakan sebelum ini. Wijdan dan Firhan masing-masing diam tidak bereaksi. Najwan sudah menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Sudahlah tu Jay, Fir. Korang doakanlah Nada Murni Irama dan Lagu Melodi Harmoni tu bahagia dengan suami dia. Maknanya itu jodoh dia yang Allah dah tetapkan. Insya Allah nanti korang jumpalah dengan jodoh korang pula.” Najwan bersuara. Kali ini dengan nada suara yang biasa, bukan nada mentertawakan rakan-rakannya. Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Aku sengaja salah sebut nama budak tu pun diorang berdua ni masih lagi tak bagi respons apa-apa. Dahsyat betul penangan berita pernikahan Nada Murni Irama dan Lagu Melodi Harmoni tu!

“Macam nilah, aku sebenarnya dah tak tahu nak cakap apa kat korang. Aku cuma nak pesan next time you guys fall in love, make sure not to fall in love with the same girl. Aku dah tak nak tengok kau orang bergaduh macam kanak-kanak ribena baru nak kenal dunia semata-mata pasal perempuan. Apa yang terbaik sekarang ni adalah korang berdua move on. Yang dah berlalu tu biarkan berlalu. Allah hadirkan seseorang dalam hidup kita mesti bersebab. Setiap yang berlaku tu takkan sia-sia, mesti ada hikmahnya.” Najwan menepuk-nepuk bahu Wijdan dan Firhan. Setelah itu dia berlalu bagi memberi ruang kepada kedua-dua orang rakannya itu untuk menenangkan diri. Wijdan memandang Firhan dan Firhan turut membalas pandangan Wijdan.

“No more falling in love with the same girl ever again?” tanya Wijdan sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Firhan. Firhan menyambut huluran salam dari Wijdan.

“Deal!” ujar Firhan. Kedua-duanya tertawa dan memeluk satu sama lain sambil tangan kiri mereka menepuk-nepuk belakang satu sama lain.

Jadi secara rasminya maka termetrailah perjanjian ‘tiga suku’ yang dibuat antara Wijdan dan Firhan untuk tidak lagi menyukai gadis yang sama selepas ini. Semoga perjanjian tersebut ditepati hendaknya dan semoga mereka berbahagia dengan jodoh masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah Ta`ala. Paling penting, tiada permusuhan, silaturrahim kekal terjalin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience