Usai sahaja mandi, aku terus keluar dari bilik air bertutupkan dengan kain tuala putih. Segera aku mencapai baju tidurku yang di simpan rapi dalam almari.
Aku mengelap tubuhku kering-kering lalu terus sahaja aku mengenakan baju tidur berwarna putih itu pada tubuh kuning langsatku ini.
Farish terus mengambil kain tualaku tadi lalu dia mengelap tubuhnya pula. Kain tuala sendiri ada, nak juga pakai aku punya.
Dia turut mengenakan baju tidur sama sepertiku cuma saiz sahaja berbeza kerana dia lebih tinggi, gagah perkasa.
Rambutku di sikat rapi sambil mengadap cermin. Aku perasan ada seketul jerawat naik pada wajahku ini. Mungkin sebab aku terlalu stress minggu ini. Ah, biarlah. Takkan aku nak suruh Farish belikan aku skincare pula.
"Sayang jom tidur." Pelawa Farish secara tiba-tiba kepadaku.
Aku tersentak lalu memandang ke arahnya seketika. Wajahnya aku tenung agak lama, lantas aku tersenyum dan menggangukkan kepala ini.
Aku baring sebelahnya di atas katil saiz king itu. pendingin hawa yang aku buka turbo tadi aku perlahankan sedikit. Takut esok pagi bangun-bangun bersalji pula bilik ini.
Tubuh aku dipeluk oleh Farish dengan erat. Tubuhku yang terasa sejuk ini terus bertukar suam dek kerana pelukkannya. Pipiku dicium olehnya sekali. Aku tak menghalang walaupun sebenarnya aku tak suka. Cuma rasa simpati aku terhadapnya menyebabkan aku tidak melawan. Tambahan pula, dia dah selamatkan nyawa aku jadi aku nak apa lagi?
"Sayang, I love you." Ucap Farish dengan romantis sekali.
"Betul ke awak sayangkan saya?" Soalku secara tiba-tiba.
Farish terdiam seketika.
"Farish.."
"Hadiy, I sayangkan you. Serius."
"Ke awak just gunakan saya untuk lupakan kisah silam awak?" Soal aku dengan beraninya.
"Please jangan cakap soal ini lagi. Tolong, I rayu buat masa sekarang tolong stay dalam hidup I, I sunyi." Ucapnya dengan nada sebak, lalu tubuhku dipeluk olehnya dengan lagi erat.
Aku mengeluh seketika. Entah sampai ke mana hubungan ini akan berkekalan sebab hubungan sesama jenis ini tak ke mana. Suatu hari, kami akan berpisah juga. Jangan masa itu, aku dah mula sayangkan dia.
Tolong, jangan..
Share this novel