BAB 1

Family Completed 6948

Untuk semua yang bergelumangdan membelit diriku, aku takkan rebah. Aku takkan rebah aku takkan tersungkur menyembah bumi. Aku tak takut, aku cuma takut Tuhan melupakan ku, kerana boleh jadi doaku untuk memilikiimu tidak didengari. Aku takut kehilangan cintamu.

***

“Ibu…ibu…ibu…IBUUU!!!” jerit Adam dalam tidurnya. Tidak cukup dengan itu, dia sempat meracau-racau sebelum cuba dikejutkan oleh Fitri yang tidur bersebelahan dengannya.

“Adam, Adam bangun Adam. Adam!” Fitri yang seusia dengan Adam itu menolak-nolak tubuh Adam.

Perlahan-lahan Adam membuka matanya. Nafasnya turun naik kerana mimpi yang dialaminya sebentar tadi. Semenjak dia kehilangan arwah ibunya, mimpi itu seringkali menganggu tidurnya.

“Adam…” panggil Fitri yang sudah duduk bersebelahan dengannya.

Adam tidak dapat menjawab kerana dia menangis. Dia rindukan arwah ibunya. Walaupun sudah dua minggu berlalu namun begitu dia masih tidak dapat menerima hakikat bahawa kini dia seorang anak yatim piatu!

****************************************

“Sara, terima kasihlah sebab sudi tolong kakak.” ucap kak Siti sambil menggenggam tangan Sara. Sara tersenyum.

“Alah, apa salahnya. Duit Sara lebih bermakna kerana dapat tolong rumah anak yatim ni.” balas Sara ikhlas.

Kak Siti mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Sara. Dia kagum dengan gadis yang baru berusia tujuh belas tahun itu. Sara seorang yang pemurah dan baik hati. Semenjak dua tahun yang lalu, arwah ibu Sara, Fatimah sering mengunjungi rumah anak yatim itu dan membantu mereka.

Kini, Sara pula yang menggantikan arwah ibunya untuk membantu mereka. Sara sendiri merupakan anak yatim piatu namun begitu dia seorang gadis yang kuat dan mampu menguruskan hidupnya sendiri.

Tambahan pula, arwah ibu Sara seorang ahli perniagaan dan segala perniagaannya diteruskan oleh Sara. Dia sendiri pun tidak tahu bagaimana Sara mampu menguruskan itu semua kerana dia sendiri masih bersekolah.

“Perniagaan Sara macamana?” tanya kak Siti.

“Alhamdulillah kak, masih ada rezeki Sara.” jawab Sara dengan senyuman.

“Baguslah tu, hah, macamana dengan pelajaran Sara pula? Tahun ni SPM kan?” tanya Kak Siti, prihatin.

“Tu kakak tak payah risau. Sekarang ni Sara belajar dengan Haikal. kakak pun tahu Haikal tu cerdik orangnya.” jawab Sara. Tiba-tiba matanya terlihat seorang budak lelaki yang dia tidak pernah lihat sebelum ini.

“Kak, tu sapa kak?” tanya Sara pada kak Siti. kak Siti berpaling melihat budak lelaki yang dimaksudkan oleh Sara itu. Dia tersenyum lalu memanggil budak lelaki itu.

“Adam mari sini!” panggil kak Siti.

Mendengar namanya dipanggil, perlahan-lahan Adam menghampiri kak Siti. Dia melihat ada seorang gadis turut duduk disitu. Kak Siti memandang Sara.

“Adam, hmm, dia baru masuk sini dua minggu yang lalu.” beritahu kak Siti.

“Ohh, patutlah Sara tak pernah nampak dia.” Sara mengangguk lalu tersenyum pada Adam yang berdiri di sebelah kak Siti.

“Adam, salam kakak ni. Nama dia Sara.” arah kak Siti.

“Assalammualaikum kak Sara. Saya Adam.” ujar Adam selepas menyalam tangan Sara. Matanya tidak lepas dari memandang Sara.

“Adam sekolah?” tanya Sara. Adam mengangguk.

“Eya, tingkatan dua.” Adam menjawab.

“Ohh, Adam ada kawan kat sini?” tanya Sara, ingin tahu.

“Ada, Fitri!” jawab Adam.

“Baguslah tu! Fitri tu baik, baguslah jadi kawan Adam!” ujar Sara.

Adam tersenyum sebelum wajahnya menjadi suram. Dia memandang kak Siti.

“Kak Siti, Adam mimpi arwah ibu lagi semalam…” beritahunya.

Wajah kak Siti berubah lalu segera dia menarik Adam ke dalam pelukannya. Sara melihat dengan rasa ingin tahu namun begitu dia tahu sekarang bukan masa yang sesuai untuk bertanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience