Rate

Bab 48 Penjelasan Anis

Romance Completed 278239

Anis melangkah kemas menuju ke bilik utama untuk terus membersihkan dirinya dan berfikir ingin memasak makanan untuk santapan tengahari kesukaan Adib. Anis berharap setiap yang dia sediakan akan di sukai oleh suaminya. Melalui ibu mertuanya Puan Saleha, Adib Umair sejenis orang yang memilih makanan. Itulah mengapa Adib jarang untuk makan di luar. Tepat jam 3 petang, kelibat kereta Adib sudah memasuki perkarangan rumahnya. Anis tersenyum gembira memikirkan dia sudah menyediakan segala keperluan Adib.

"Assalamualaikum!" Ucap Adib setelah menginjak bahagian hadapan rumah.

"Waalaikumussalam, abang dah balik?" Sahut Anis Umairah sopan menghampiri Adib dan menyium tangan Adib dengan penuh hormat.

Adib mengusap perlahan kepala Anis. Dia tak boleh gegabah menghakimi Anis...dia kena bijak menghadapi kemarahannya, perasaan cemburunya dia kena kontrol seboleh mungkin. Adib terus sahaja masuk ke bilik utama untuk membersihkan diri. Kemudian menghampiri meja makan, dia tahu Anis pasti akan menunggunya walaupun sebenarnya dia dah makan masa di sekolah tadi.

"Anis belum makan ke?" Adib berusaha meredam emosinya. Bertanya perihal Anis.

Anis menggeleng perlahan dan tersenyum manis.

"Belum lagi, Anis tunggu abang makan sekali."

"Okay, mari kita makan dulu, lepas ni ada abang nak tanya Anis penting." Sahutnya, terasa hatinya hambar.

"Baik abang!" Sahut Anis Umairah gugup. Jantungnya berdetak bagai nak meledak. Dia ada salah ke? Kenapa wajah suaminya kelihatan tegang, seperti ada something yang hendak di sampaikan.

Anis menyendok nasi dan lauk ke piring Adib. Anis berusaha berbuat seperti biasa walaupun hatinya gelisah melihat tingkah Adib tidak seperti biasa.

Setelah berdoa , mereka pun makan dalam diam hingga berakhirnya sesi makan petang itu.
"Alhamdulillah, terima kasih Anis... Anis masak memang sedap." Ucap Adib memberi penghargaan kepada isterinya.

Adib tahu, sekali sekala memberi penghargaan kepada seorang isteri adalah salah satu perkara yang patut dilakukan, agar rasa penat seorang isteri terbayar dan terasa dihargai.

"Sama abang, sudah menjadi tanggungjawab Anis sediakan yang terbaik untuk abang." Sahut Anis Umairah.

"Anis, abang ada nak cakap dengan Anis, tapi Anis kena jawab dengan jujur." Kata Adib menatap Anis tanpa berkedip.

"Apa dia abang?" Dahi Anis berkerut.

"Apa hubungan Anis dengan Harris?" Soalnya tanpa berselindung.

"Oh, Harris tu sahabat Anis dari sekolah rendah." Jawab Anis dengan jujur.

"Betul? Takde something antara korang berdua?" Soal Adib inginkan penjelasan dari Anis.

Anis menggangguk perlahan.

"Betul abang, kami takde hubungan lain selain sahabat dari kecil."

Hati Adib terasa ringan setelah mendengar pengakuan dari mulut Anis sendiri.

"Abang harap, Anis jujur dengan abang." Ucap Adib kedengaran tegas.

"Insya Allah abang, Anis setia dengan abang." Sahutnya dengan pasti.

"Thank you my honey." Ucap Adib sambil tersenyum.

Walaupun sebenarnya hatinya tidak rela Anis rapat dengan lelaki lain, namun dia kena open minded, dia tak boleh terlalu mengongkong Anis, takut Anis merasa tak selesa dengan sikap posesifnya.

"Satu saja abang nak pada Anis."

"Apa dia abang?"

"Anis kena jaga pergaulan Anis sebagai isteri abang, dan abang nak Anis jaga aurat Anis sebagai seorang perempuan muslimah yang sepatutnya." Jelas Adib Umair.

"Anis ada nak cakap dengan abang, boleh ke?" Soal Anis perlahan.

"Apa dia?" Dahi Adib berkerut.

"Harris ajak Anis study group untuk SPM nanti, boleh ke?"

"Berapa orang study group tu?" Soal Adib ingin tahu.

"Baru Anis dan Harris." Sahut Anis meringis, takut kalau-kalau Adib murka.

Adib menggeleng perlahan.

"Abang tak benarkan kalau Anis dan Harris belajar berdua sahaja, kalau ada teman lain mungkin abang boleh fikirkan semula." Jawab Adib dengan jelas.

"Baik abang!" Sahut Anis singkat.

Adib membantu Anis mengemas meja makan, sementara Anis membasuh pinggan mangkuk yang tak seberapa banyak.

Sedang Anis menyapu dapur, Adib terfikir nak bawa Anis jalan-jalan. Dia takut hubungan perkahwinannya dengan Anis terasa hambar.

"Anis nak kawan abang pergi tengok wayang?" Adib cuba buka cerita.

Pergerakan Anis terhenti, mendongak melihat Adib yang duduk di kerusi meja makan, serius melihat dia tengah menyapu.

"Nak!" Ucapnya sepatah, lalu mencampak penyapu yang ada di tangannya.

"Oit, di campaknya?" Kata Adib menggaru tengkuknya.

Adib tergelak melihat Anis, betul-betul menghibur hatinya dengan tingkahnya.

"Nak kemana tu?" Soal Adib melihat isterinya hendak menuju ke tangga tingkat atas.

"Nak bersiap!"

Adib menggeleng perlahan.

"Penyapu tu siapa yang nak sudahkan?" Keningnya terangkat sebelah.

Anis tersengih-sengih melihat Adib Umair yang masih berdiri bahagian dapur.

"Hehehe abanglah please!!"  Ucapnya mengedip-ngedipkan matanya.

"Bertuah punya isteri!" Komen Adib sambil memungut penyapu yang Anis campak tadi.

semoga terhibur, anis nakal2 sikit dengan Adib

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience