BAB 3

Family Completed 6753

/Allahu akbar Allahu akbar…/
HALILAH tersenyum lebar sebaik saja mendengar suara azan maghrib
berkumandang di telefon pintarnya. “Abang, dah berbuka ni, cepatlah
turun...” Dia menguatkan suara memanggil suaminya yang sedang menonton
televisyen di ruang tamu atas. Doa berbuka dan doa makan dibaca,
kemudian dia terus meneguk air soya cincau. /Fuh, /lega! Nak tunggu
suaminya turun terasa lambat sangat sebab tekaknya betul-betul dahaga!
“Hei, belum berbuka lagilah!” sergah Azril yang sedang menuruni tangga.
/Purrrgghhh!!!/
Tersembur air yang baru dua kali diteguk Halilah. Terbatuk-batuk
dibuatnya. Nasib baik dia tersembur ke tepi, kalau sembur ke makanan tak
ke /naya!/ “/Erk... /belum berbuka lagi ke? Tapi tadi azan dah berbunyi
kat /phone /Eyla kot.”
Azril membelek telefon pintar isterinya, kemudian dia tersenyum sinis.
“Lain kali /set location /Kuala Lumpur ya, sayang... yang berbunyi tadi
/location /kat Linggi. Benda ni kan /auto location/, jangan tahu
/install je /tapi tak pandai guna.”
Halilah menggaru kepala. Aduh, baru hari pertama puasa dah haru macam
ni. /Hmmm... /kena ganti puasalah nampaknya.
Beberapa minit kemudian kedengan suara azan maghrib berkumandang di
masjid berdekatan rumah.
“Haaa... tu baru betul dah berbuka.” Azril menyendukkan nasi ke pinggan
Halilah.
Lambat-lambat Halilah menyuap. Perutnya yang lapar terus terasa kenyang
apabila mengenangkan dia terbuka puasa awal. Sayang betul. Lagi lima
minit /je /kot!
“Nanti cuti raya Eyla ambil cuti dua minggu tau.”
Terhenti kunyahan Halilah. Dia memanggung kepala memandang Azril yang
menyudu masak kicap hati ke pinggan. “Dua minggu? Lamanya! Nak buat apa
cuti lama-lama, bang?” Mana tak pelik, setiap tahun kalau cuti raya,
seminggu saja dia dan suaminya bercuti.//
Azril senyum. “Hari raya nanti kan ada kendu...” Dia tak jadi nak
meneruskan kata. Terlupa yang isterinya tak tahu apa-apa.
“Ada apa hari raya nanti?” Halilah mengerut dahi.
“Ada /open houselah/. Masa raya macam nilah banyak orang buat /open
house./ /Apply /cuti dua minggu tau. Lagipun, cuti tahun Eyla banyak
lagi, kan?”
Halilah mengangguk.
Azril terasa bersalah menipu. Kalau orang kat sana belum bersedia nak
bagitahu Halilah, takkan dia nak bagitahu pula.//Tak pasal-pasal rosak
majlis pagi raya nanti. Yalah, siapa yang tak panas kalau bakal
berkongsi mentua dengan bekas kawan baik yang sudah diiktiraf sebagai
musuh kan...
“Eyla dengan Fann macam mana?” Sengaja Azril mahu tahu. Manalah tahu
hati isterinya sudah sejuk apabila mendengar nama itu.
Tajam mata Halilah memandang suaminya. Nurul Farhana. Nama itu pernah
menjadi sebahagian daripada hidupnya ketika remaja dulu. Dialah kawan
rapat, dialah si tukang meminjamkan telinga untuk mendengar luahan
hatinya. Tapi hubungan mereka mula renggang apabila Farhana cuba
merampas Azril yang pada masa itu merupakan kekasihnya. Sejak itu dia
terus mengisytiharkan Farhana sebagai musuh nombor satunya. Kes terbaru,
gadis itu merupakan bakal madu tak jadi yang dipilih oleh ibu mentuanya.
Nak kata hubungan Halilah dengan ibu mentuanya tak baik, tak juga sebab
ibu mentuanya sangat baik dengan dia. Tapi kerana terlalu inginkan cucu
daripada Azril, ibu mentuanya menyuruh suaminya berkahwin lain. Kahwin
lain tu sudah satu hal. Siapa yang rela berkongsi suami, kan? Yang
paling dia tak boleh terima, calon pilihan ibu mentuanya. Kenapa mesti
Farhana? Tapi berkat kesabarannya, akhirnya dia disahkan mengandung.
Sejak itu tiada lagi nama Farhana kedengaran. Yang dia tahu, emak
Farhana langsung tak bertegur dengan ibu mentuanya kerana membatalkan
rancangan untuk menyatukan Farhana dan Azril. Dia pun tak tahulah kenapa
dengan emak Farhana. Sanggup biarkan anak bermadu. Cuba kalau suami dia
yang menduakan dia, apa yang dia rasa?
“Kenapa tanya pasal dia /pulak /ni?”
Naik semput pula Azril apabila Halilah menayang muka garang. Kalau sudah
tayang muka macam nak makan orang tu, maknanya masih tak boleh sebut
namalah tu. “Saja abang tanya. Manalah tahu Eyla dengan Fann dah berbaik
ke...”
“Boleh tak jangan sebut nama dia? Ke abang rindu dia? Yalah, dulu kan
dia pernah cakap abang bagi surat cinta kat dia. Kalau betul abang suka
kat dia, kenapa kahwin dengan Eyla?” Mulalah hati Halilah panas.
“Ni dah mulahlah nak merepek. Berapa kali abang nak cakap yang semua
surat tu bukan abang yang tulis?”
“Kalau bukan abang yang tulis, kenapa ada nama abang?” Halilah tak puas
hati.
“Manalah abang tahu. Abang tak pernah layan dia lebih daripada seorang
kawan. Dahlah, kita tutup cerita. Tak baik bergaduh kat depan rezeki.”
Azril menyuap nasi ke mulut.
“Tak nak makan. Dah terbantut selera bila abang sebut nama dia.” Halilah
menolak pinggan ke tengah. Air soya diteguk perlahan. Jauh di sudut hati
dia rindukan Farhana tapi dia mahu kawannya itu memohon maaf kepadanya
dulu. Yalah, kawannya itu yang memulakan pergaduhan ini, bukannya dia.
Apabila dia meminta Farhana menolak lamaran ibu mentuanya dulu pun gadis
itu langsung tak pedulikan rayuannya. Malah apabila perkahwinan
dibatalkan sebelum segala persiapan dibuat, dia pula yang dimarahi
wanita itu. Namun dia bersyukur sangat yang dia tak perlu berkongsi suami.
“Janganlah macam ni. Eyla kena makan. Siang dah penat puasa. Kesian anak
dalam perut tu. Okey, abang dah tak sebut nama dia lagi. Makan ya?”
Pinggan Azril tolak ke arah Halilah. “Ke nak abang suap?”
“Nak... nak....” Terus elok cuaca emosi Halilah. Mulutnya dinganga
menunggu suapan daripada sang suami. “Bila makan bersuap kan... selera
dia terasa luar biasa. Nak tambah nasi lagi...” Halilah merengek manja.
Azril menggeleng dengan perangai manja isterinya. Pantang dipelawa suap,
mesti cair. “Makan cepat, lepas ni nak solat maghrib. Dah pukul berapa
dah ni.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience