4

Family Completed 11588

“sedap betul chicken chop ni mal, siapa yang masak ni?” puji tengku muzafar. Baru saja encik kamal mahu menjawab, isterinya terlebih dahulu memotong.

“saya,, tengku.” Bohong puan azreen.

“memang si azreen ni tolong masak, itupun tolomg masukkan ayam ni dalam ketuhar. Yang selebihnya anak aku aisyah yang masak” aisyah menunduk malu apabila semua mata tertumpu ke arahnya. Tidak lepas juga, muka ibu tirinya yang marah dan malu turut sama memandangnya.

“aisyah, nanti bolehlah aisyah ajar auntie masak ya? Auntie pandai masak makaman kampung je. Teringin sangat nak belajar masak makanan western tapi tak berpeluang. Boleh kan, aisyah?” pinta tungku asimah lembut. Dalan hatinya timbul niat mahu bermenantukan aisyah. Sopan santun dan lemah lembut gadis itu meemikat hati tuanya.

“boleh tungku, tiada masalah. Saya ni pun baru saja belajar memasak chicken chop ni. Itupun saya belajar dari youtube. Resepinya saya olah sikit nak bagi menepati cita rasa kita orang melayu ni. Masakan saya ni biasa-biasa je,, tak adalah sesedap chef di luar sana tu, tapi masih boleh lagi dikategorika sebbagai makanan.” Terang aisyah panjang lebar sanbil tersenyum mesra. Kesemua mereka ketawa mendengar kata-kata aisyah.

“biasa-biasa saja aisyah kata? Tu anak auntie tak bercakap-cakap daripada tadi. Dia menghadap chicken chop aisyah je. Itu tak sedap, kata aisyah?” aisyah memandnag ke arah anak lelaki tungku asimah. Dalam keadaan menunduk, muka tengku adi terhalang dan menyebabkan aisyah tidak dapat mengecamnya.

“auntie, janganlah puji saya lebih-lebih. Malu saya.” Ujar aisyah merendah diri.

“mama, mel dah balik.” Seorang gadis genit masuk ke ruang makan. Mel terpaku memandang seemua yang sedang enak menjamu selera.

“ha, mel. Mana kamu pergi?” soal encik kamal tegas. Melisa Cuma membuat muka selamba sebelum menunding ke atas dan berlalu.

“geram sungguh aku. Ada ke patut dia pergi macam tu saja. Hari-hari macamni mahu naik darah tinggi aku ni, muz.” Luah encik kamal geram. Aisyah yaang berada di hujung meja Cuma memasang telinga.

“biasalah tu, anak muda. Kau ni, bertenanglah sikit. Jaga kesihatan kau tu. Aisyah, jaga ayah ya?” aisyah mengangguk. Dia merenung ke arah auntie azreen. Kelihatan wajah wanita itu merah menahan marah.

“abang, kamal kan ada isteri? Kenapa tak minta isteri dia yang jaga kamal betul-baetul?” soal tungku asimah sedikit keliru. Aisyah turut sama leiru tetapi hanya didiamkan. Malas mahu campur urusan orang yang lebih tua.

“isteri dia ni kan bukannya boleh diharap. Kau tengok ni, air sirap pun rasa apa saja. Tak selera aku dibuatnya,nasib baik chicken chop aisyah ni sedap. Kalau hampeh juga rasanya mahu aku ajak kau balik sekarang, mah.” Puan azreen sudah mengetap giginya. Geram dengan tengku muzafar. Lancang sungguh mulutnya.

“maaflah tengku sebab saya ni bukannya isteri yang sempurna buat suami saya ni. Hari ni saya tak sihat sikit, sebab tu tak larat nak buat air.” Puan azreen mencipta alasan. Dilihatnya tengku muzafar menjelingnya tajam.

“terima kasihlah kamal, aisyah sebab sudi melayan kami bertiga ni.” Ujar tengky tengku muzafar semasa bersalaman dengan encik kamal. Aisyah bersalaman dengan tengku asimah dan wanita itu memeluknya erat. Tidak selesa dia dibuatnya apabila tengku asimah bertindak melagakan pipinya.

“ya allah mah. Tak perlulah teruja sangat, tak selesa aiisyah dibuatnya.” Tegur tengku muzafar. Tengku asimah Cuma tidak mengendahkan suaminya yang sudah siap berdiri di tepi kereta.

“aisyah, nanti ingat tau ajar auntie masak chicken chop macam tadi tau.” Aisyah mengangguk.

“mummy, jomlah balik. Mummy nak tidur dekat sini terus ke?” perli tengku adi. Dia membelek-belek telefon bimbitnya sedari tadi.

“yelah adi, nanti auntie datang melawat lagi ye? Aisyah jangan lupa tau datang rumah. Banyak benda yang auntie nak belajar dengan aisyah.” Pesan tengku asimah buat kali ke berapa entah. Aisyah masih setia menganggukkan kepalanya.

“aku beransur dulu lah ye, kamal?” encik kamal meengangguk dan melambai ke arah keluarga sahabat karibnya itu. Setelah kereta keluarga tengku muzafar hilang, barulah mereka masuk semula ke dalam rumah.

Aisyah terus menuju ke dalam biliknya. Malam yang panjang baginya dan paling memenatkan. Penat mentalnya setelah berhadapan dengan lelaki bernama tengku adi itu. Terus dia teringat akan perbualan mereka tadi.

“kau setuju tak kalau aku cakap yang daddy aku nak kita kahwin?” soal tengku adi tiba-tiba.

“kahwin? Kenapa pula saya dengan awak kena berkahwin? Saya tak ready lah nak kahwin. Kenapa daddy awak nak kita kahwin? Awak ada buat benda tak elok ke sampai dia marah sampai kena paksa kahwin bagai?” bertalu-talu soalan yang aisyah tanyakan. Dia risau sekiranya memang benar mereka akan dikahwinkan.

“aku pun tak ingin kahwin dengan kau. Muka pun taraf biasa-biasa. Aku tak ready nak berbini lagi. Aku boleh je pergi mana-mmana kedai makan kalau lapar. Kalau baju aku kotor, aku boleh hantar ke dobi. Kalau rumah aku kotor, bersepah aku upah je orang gaji. Aku tak nampak mana-mana sebab pun untuk aku berkahwin. Lagi-lagi dengan kau!” aisyah sedikit terkilan mendengar kata-kata tengku adi.

“habis awak fikir saya ni kempunan sangat ke nak berlaki kan awak?” soal aisyah keras. Apa dia fikir dia seorang je yang layak memilih teman hidup?

“mestilah. Semua perempuan dekat KL ni nak berlakikan aku. Aku bukan nak riak, tapi itu faktanya” jawab tengku adi penuh angkuh. Aisyah perhatikan fizikal lelaki tersebut, mahu saja dia terajang lelaki itu biar dia tahu aisyah tiara ini tidak boleh diperlekehkan.

“pembetulan. Bukan semua. Saya langsung tak ingin awak jadi suami saya. Perangai macam ni belum tentu boleh jadi suami yang baik. Awak ke mana, isteri awak kemana. Alamatnya dua-dua kelaut. Kalau stengok muka awakcpun dah menyampah, meluat nak muntah, inikan lagi nak duduk sebumbung. Kirim sallam jelah.” Ujar aisyah lantang. Mallang sungguh siapa yang meenjadi isteri tengku adi ini desis aisyah.

“sudahlah. Malas aku nak melayan kau.” Tengku adi meenyerah kalah mahu berdebat dengan aisyah. Badan saja kecil, tapi bercakap besar sungguh. Tiidak mahu kalah.

Aisyah yang memerhati tersengih. Baru kau tahu siapa aisyah tiara binti kamal. Menghadaplah kalau kau berani.

Aisyah tersengih sendiri mengenangkan sisi dirinya yang brubah apabila bersama dengan tengku adi. Mumgkin itu aura ego tengku adi yang meminta dipatahkan tebak hati aisyah. Malas mahu berfikir lebih lagi, aisyah menarik selimut dan membaca doa tidur. Matanya ditutup rapat. Mimpi indah ya, aisyah tiara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience