31 - Marah

Romance Completed 45760

“Suami yang ditunggu-tunggu, balik juga akhirnya. Seronok sangat dekat luar tu lama-lama, kan? Kenapa tak esok je balik?” Dingin suara Neldia kedengaran di gegendang telinga Aidil sebaik sahaja pintu rumah itu ditutup rapat. Lelaki itu sedikit mengeluh halus.

“Kenapa tak tidur lagi?” tanya lelaki itu, lambat-lambat. Kunci kereta di dalam genggaman diletakkan di atas almari sambil menunggu jawapan daripada isterinya.

“Tunggu suami I baliklah. Tak kan itu pun salah? I nak tanya, you pergi mana? Lepak? Lepak dengan siapa?” bertubi-tubi soalan yang diberikan kepada suaminya.

“Ya, lepak dengan kawan I, Azman.” jawab Aidil ringkas.

“I dah call semua kawan you, termasuk Azman. Dia kata dia ada dekat Perak sekarang. Atau you ada kawan nama Azman yang lain? You jangan nak tipu I Aidil. You pergi mana? Mesti ada benda yang you sorok dari I, kan?” tajam pandangan yang diberikan kepada lelaki itu. Perasaan mengantuk yang membaluti diri tadi, hilang serta-merta.

Aidil terkaku buat seketika. Tak sangka pula isterinya menghubungi semua rakannya. Mampus aku!

“Sorry, sayang. Ya, I tipu you. I tak lepak dengan Azman pun. Sebenanrnya, tadi...” tak sempat dia menghabiskan ayatnya, Neldia terus memotong.

“Apa lagi alasan you nak bagi? I tahulah. Sebenarnya, you keluar dengan Hanis. Cakap aje macam tu, senang.” Ujar Neldia dengan tenang memetik nama Hanis untuk sekian kalinya. Nama itu sering bermain-main di ruang fikirannya. Di tambah pula, dia telah menerima pesanan yang menyakitkan hati dua hari lepas. Salah seorang rakannya telah menghantar sebuah gambar di mana Aidil telah berjumpa dengan wanita itu.

“Ya Allah, apa lagi kaitan dengan Hanis ni? I kan dah cakap, jangan libatkan dia dalam masalah kita. Ini masalah kita, tiada kena-mengena dengan dia.” Seketika berubah nadanya. Keluhan kasar dilepaskan. Seketika moodnya berubah akibat tingkah bininya sendiri.

“Macam mana I tak libatkan dia, kalau you pergi jumpa dia tanpa pengetahuan I! Hati I sakit, tahu tak? Apa sebab you jumpa dia?”

“Mana you tahu semua ni? Listen, I tak ada niat nak sorok benda ni. Tapi...”

“Straight to the point, Aidil! I tak nak tahu sebab you sorok benda tu daripada I. Kenapa you jumpa dia?” bergema seisi ruangan rumah itu apabila Neldia mula melenting. Asap kemarahan yang dilepaskan sama seperti petir yang menyambar di langit. Air mata yang ditahan mula mengalir melintasi pipi milik Ria Neldia.

Aidil yang tidak sampai hati melihat air mata isterinya pantas menarik wanita itu dalam pelukan. Namun, Neldia dengan pantas menolak.

“Jangan sentuh I!” marahnya.

“Okay, fine. Calm down. I jumpa dia sebab nak minta maaf saja. Tiada maksud lain,” terang Aidil dengan lemah lembut.

“Minta maaf? Why? Apa you buat sampai perlu minta maaf dengan perempuan tu?” tanya Neldia dengan rasa tidak puas hati. Laju dirinya mengambil tempat disebelah suaminya. Kelihatan Aidil menghela nafas panjang. Serba salah untuk menceritakan hal yang sebenar. Dia yakin, isterinya pasti akan marah besar. Ragam seorang Ria Neldia cukup di hadam olehnya yang sangat membenci Putri Hanis.

“Aidil, Neldia. Kenapa bising-bising malam buta ni? Kamu berdua bertengkar lagi? Pasal apa pula ni?” Tanya puan Kartini yang tiba-tiba muncul di ruang tamu tersebut. Dia terjaga akibat suara Neldia melenting sebentar tadi. Dia menatap kedua anak dan menantunya silih berganti.

“Ibu, tengoklah Aidil ni. Perangai dia semakin menjadi-jadi. Boleh pula dia jumpa si Hanis tu tanpa pengetahuan kita. Memang Neldia naik anginlah. Sakit hati dibuatnya,” Neldia mula mengadu dengan ibu mentuanya. Tangisnya mula pecah kembali. Biasalah. mahu meraih simpati dari wanita separuh umur itu. Dalam fikirannya sudah mentafsir hal yang bakal terjadi. Sudah tentu wanita di hadapannya ini marah pada Aidil. Paling penting, tembok kebencian terhadap Putri Hanis semakin menebal!

Mata puan Kartini yang tadinya ingin terpejam, telah bertukar segar seperti di simba oleh air yang dingin. Pantang telinganya mendengar nama Hanis. Dahi mula berkerut memandang anaknya. “Kamu jumpa Hanis? Kenapa?”

“Aidil cuma... cuma...” tergagap-gagap dia mahu menjawab pertanyaan ibunya sendiri. Makin pusing kepala Aidil dibuatnya.

“Cuma apa? Cakaplah...” tak sabar puan Kartini ingin tahu sebabnya. Neldia masih dengan situasi yang sama.

“Aidil jumpa dia cuma nak minta maaf. Banyak salah Aidil pada dia. Selagi Aidil tak minta maaf, selagi tu hati Aidil tak tenteram. Sampai bila nak bermusuhan? Dia sepupu Aidil, anak saudara ibu juga.” Akhirnya dia berterus terang. Tak elok simpan lama-lama. Apa nak jadi pun, jadilah.

“Nampak sangat you suka dekat dia! Atau korang dah rancang nak rujuk balik?” celah Neldia. Laju saja Aidil memandang isterinya itu. Sakit telinga mendengarnya.

“Nak rujuk balik? Kamu jangan main-main, Aidil. Kamu tahu kan, ibu tak suka dia. Tengok muka dia pun dah meluat,” dingin nada puan Kartini saat itu.

“Ibu cakap apa ni? Ibu tahu kan, dia tu hidup sebatang kara. Aidil nak kukuhkan kekeluargaan kita ni. Soal rujuk kembali, tak pernah pun terlintas difikiran Aidil.” ujar Aidil sungguh-sungguh.

“Tak payahlah nak kukuhkan balik hubungan kekeluargaan tu. Ibu dah buang dia. Itu bermakna, ibu sudah tidak menganggap dia sebagai anak saudara ibu, faham?” Nadanya kedengaran tegas disitu.

“Sampai macam tu sekali ibu benci dia? Sedar tak selama ni, kita telah berlaku jahat dengan Hanis? Disebabkan kita, hidup dia sengsara.” Aidil cuba mempertahankan bagi pihak Hanis. Cukuplah selama ni nama wanita itu diburukkan serta dipandang hina.

“Berani you lawan cakap ibu, kan? Tengoklah gaya dia, ibu. Entah apa yang perempuan tu buat dengan anak ibu sampai berani macam ni,” Celah Neldia. “Entah-entah perempuan tu dah bomoh kan Aidil,” tambahnya lagi.

“Sebelum ada benda yang terjadi dalam rumah ni, baik you diam, Neldia. You jangan cabar kesabaran I. Cakap je lah kalau you jeles dengan Hanis. Jangan burukkan nama dia lagi, faham?”

“Ibu...” dia mengadu lagi dengan puan Kartini. Namun, ibu mertuanya hanya memberi isyarat agar dirinya tetap berdiam. Takutnya nanti, kesabaran anaknya itu betul-betul hilang.

“I benci dengan you, Aidil!” Neldia merengus geram. Dia meninggalkan ruang tamu bersama api kemarahan.

“Puas hati sekarang? Kasihan ibu tengok Neldia tu. Hari-hari dia serabut pasal suaminya. Tapi, kamu? Senang-senang nak sakitkan hati bini,” bebel Puan Kartini. Kepalanya juga ikut serabut apabila memikirkan masalah rumahtangga mereka.

“Ada betulnya apa yang isteri kamu cakap. Entah-entah si Hanis tu guna bomoh nak hancurkan keluarga kita,” tambah puan Kartini lagi.

“Sudah, sudahlah tu, ibu. Jangan fitnah Hanis lagi. Dia baik orangnya...” balas Aidil sedikit tegas.

“Suka hati kamulah. Nak sangat berpihak pada Hanis, kan? Silakan. Tahulah, Hanis terima padahnya...” cukup sinis nada puan Kartini.

“Ibu nak buat apa pula? Tak takut kena penjara nanti?” soal Aidil selamba. Namun, matanya tidak berani untuk menatap ibunya sendiri.

Puan Kartini tersenyum sedikit. “Setakat penjara, apalah sangat. Ibu sanggup mati lagi demi Neldia. Ingat tu,” nadanya sedikit ditekan. Tajam pandangan menerkam wajah anaknya sendiri.

Aidil mengeluh. “Tak pelah, ibu. Pergilah, berehat. Nanti ibu sakit pula. Kesihatan kena jaga,” pesan Aidil sebelum meninggalkan sendiri ibunya di ruang tamu. Terasa semakin menjauh pula hendak mengeratkan hubungan antara Hanis dengan ibunya. Nampaknya keadaan semakin memburuk. Susah sangat hendak cairkan rasa kebencian yang ada pada diri ibu dan isterinya.

****

Happy reading everyone <33

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience