BR 10

Romance Series 4386

"Akak! Akak! Tolong Im, akak! Jangan tinggalkan Im akak!"

"Naim!!"

Mata Mia terbuntang luas. Tersedar daripada mimpi panjangnya. Mimpi yang cuba dia hindari daripada terus menghantui. Mia memerhati sekeliling yang kelihatan berbeza dari kamar tidurnya.

"Bilik Pusat Kesihatan (PKU) atau hospital?" telah Mia.

"Mia kau dah sedar?" pertanyaan Bella memaksa Mia menoleh ke arahnya. Dia duduk dari pembaringannya.

Tangan Bella lembut menyapu air mata yang masih tersisa di pipi Mia. Terkedu Mia, aku menangis lagi ke?

"Lama ke aku kat sini?" soal Mia. Duduknya dibetulkan sambil mata memandang suasana bilik itu.

"Gila kau! Lama gila sampai aku ingat kau dah mati Mia." Bella seakan merengek dan terus mendakap Mia.

"Hah! Betul ke lama?" kejut Mia.

Papp

Syahira memukul bahu Bella dengan fail nipis yang memang sentiasa di bawanya.

"Aduh sakitlah, Ra!"

"Padan muka suka sangat buat drama. Mia kau pengsan baru nak dekat dua jam." jelas Syahira sambil menjelirkan lidah ke arah Bella.

"Mia, kau okey ke ni?" Terukir kerisauan di wajah Kaira yang turut duduk di birai katil.

"Tahu Mia, kau asyik meracau aje daripada tadi panggil nama Im. Siapa Im?" kata-kata dari Humaira mengejutkan Mia lagi.

"Ish korang ni nanti-nantilah kita borak. Apa kata kita pergi makan? Mia mesti lapar sebab baru sedar." Cepat sahaja Bella menangkis dan mengubah topik yang diajukan Humaira. Dia tidak mahu membebankan Mia dengan keadaannya yang masih lemah.

"Kalau gitu biar aku panggilkan doktor tengokkan Mia dulu." segera Kaira mencari Dr. Amzah yang merawat Mia tadi.

"Awak masih ada bekalan ubat awak kan Cik Mia?" Mia menganggukkan kepala tanda setuju.

"Kalau macam itu saya takkan beri awak apa-apa ubat buat masa ni. Tapi pastikan awak makan ubat awak macam biasa okey. Kalau ada apa-apa masalah terus datang jumpa saya. Satu lagi, ingat jangan paksa diri awak." Sesudah memberikan nasihat, Dr. Amzah menyudahkan laporan bagi rekod kesihatan Mia didalam komputer miliknya.

Sebelum keluar PKU, Dr. Amzah memeriksa keadaan Mia untuk memastikan Mia stabil dan tiada apa-apa yang serius. Cuma Mia terlampau tertekan dan terkejut menyebabkan dia pitam. Alhamdulillah.

Baru sahaja mereka berlima hendak berjalan keluar dari bilik PKU. Suara nyaring memanggil Mia menghentikan langkah mereka.

"Mia! Mia!"

Termenggah-menggah si dia mengatur langkah. Dengan beg komputer riba yang tergalas di bahu kanan. Satu beg plastik kecil berwarna hijau di jinjing di tangan kiri.

"Mia kau okey tak ni? Aku dengar kau pengsan tadi dekat makmal. Sakit teruk ke?" soalan di ajukan senafas. Terhibur Mia melihat gelagat rakannya yang satu ini.

"Aku okey aje," lawak pula Mia rasa apabila semua orang asyik bertanyakan tentang keadaan dirinya.

"Tak mati lagi. Pengsan aje pun." sengaja Mia menekan perkataan 'Mati' sambil menjeling ke arah Bella yang baru membuat drama sebentar tadi.

"Ril, kau dari mana ni? Termengah-termengah macam lepas berlari gayanya." celah Bella.

"Aku dekat library tadi buat assignment. Lepas tu member aku cakap yang Mia pengsan. Tu yang aku terus berlari datang sini." jelas Zafril yang semakin reda mengahnya dan lebih tenang.

"By the way, ini untuk kau," beg plastik hijau di tangan kirinya di hulurkan kepada Mia.

"Wow kek coklat moist, tahu-tahu je aku memang perlukan mende ni sekarang." Bercahaya mata Mia apabila mendapat kek kegemarannya.

Bukan senang nak dapat sebab kek itu laku keras apabila dijual di koperasi universiti. Sedap katakan.

"Okeylah kalau macam tu kita jumpa nanti." Ikutkan hati Zafril mahu sahaja dia berborak lama dengan Mia namun segan pula apabila rakan-rakan Mia yang lain asyik merenung mereka berdua berbual.
Tak bagi chance langsung.

"Eh, abis dah. Sekejapnya. Boraklah lagi." Syahira mengusik. Usikan Syahira mendapat penangan siku daripada Mia. Mengaduh kecil Syeira yang berdiri di belakang Mia. Yang lain hanya mampu menggelengkan kepala mereka sahaja. Nakal lagi.

"Okey. Jumpa nanti." senada itu mereka berlima bergerak menuju ke kereta Kaira.

"Untunglah ramai orang care kat dia." Usikan Syahirah, Mia abaikan sahaja kerana sudah kebal dengan usikan sebegitu tanpa mengetahui maksud usikan itu sebenar-benarnya.

•••

Mulalah masing-masing memikirkan makanan apa yang mahu di pesan. Petang itu mereka menuju ke D'Orange, kedai makan kegemaran mereka kerana masakan panasnya amat sedap. Tambahan pula, Mia, Humaira dan Kaira mahu minum milkshake yang bersebelahan dengan D'Orange.

Setiba di tempat yang dituju mereka bertiga segera ke kedai milkshake untuk membeli air mereka manakala Bella dan Syahira ke D'Orange bagi mencari tempat duduk dahulu. Seorang pemuda datang menghampiri mereka untuk mengambil pesanan.

"Minum apa kak?" Tangan telah siap sedia untuk menulis sambil menanti pesanan.

"Saya nak air Milo Ais."

"Saya nak Laici Ais."

"Makan?"

"Nasi Goreng Tomyam dua....eh Maira nak apa tadi?" lupa pula si Bella ini.

"Nasi Goreng Ikan Masin satu. Char Kuew Tiau satu. Nasi Goreng Paprik satu. Tu je. Terima kasih." sambung Syahira.

Pemuda itu berlalu ke bahagian dapur bagi menghantar pesanan mereka tadi.

Selang seketika, Humaira, Kaira dan Mia muncul bersama air milkshake mereka. Masing-masing tersenyum puas apabila air yang diidamkan dapat juga dibeli setelah pemilik kedai milkshake itu cuti sebulan kerana dia melakukan penambahbaikan kedainya.

"Hah, order tak makanan kita orang?" soal Humaira sebaik sahaja punggungnya menyentuh kerusi berhadapan Bella.

"Order dah. Kang order lambat, lama lak nak tunggu. Tu belum tunggu kau habiskan makanan kau lagi. Lagi lambat dari yang tukang masak tu tau tak."

"Amboi-amboi sedap eh mulut mengata aku. Cili baru tahu."

"Kata depan-depan takpe."

"Siapa kata boleh."

"Haaa... Gaduh. Gaduh. Gaduh." tiba-tiba Syahira melaga-lagakan Humaira dan Bella. Sekali sekala bagi galakkan, apa salahnya. Huhu..

"Eh dua orang ni! Makin menjadi-jadi pula. Orang pandang tahu. Nak gaduh, gaduh dekat rumah. Sini malulah orang tengok kita. Meja kita saja yang kecoh ni tahu. Kau pun satu Syeira. Kenapa galakkan dia orang ni bertekak lagi?" sebal Kaira dengan sahabat-sahabat serumahnya ini.

Gemar benar bertekak walaupun untuk perkara yang remeh temeh, tidak kira masa dan tempat. Pening juga dibuatnya kerana dia yang terpaksa memainkan peranan dan mengawal perangai gila sahabatnya walaupun mereka berlima sebaya.

"Sudah-sudah, chill, makanan sudah sampai tu." celah Mia yang sedari tadi memerhatikan gelagat sahabatnya. Lawak pula rasanya. Selalunya Syahira yang suka kecoh-kecohkan suasana. Namun kali ini, Humaira pula.

Pemuda yang mengambil pesanan itu menghantarkan minuman mereka. Kemudian, makanan mereka. Mujur mereka datang waktu kedai D'Orange itu baru buka. Jadi masih sedikit pelanggan yang datang dan pesanan siap dengan cepat.

Dapat sahaja pesanan mereka, masing-masing tidak lagi mengeluarkan suara kerana menikmati masakan panas yang sedap itu. Untuk seketika, suasana meja mereka aman. Hanya bunyi sudu dan garfu sahaja yang berlaga-laga. Lapar betul budak-budak ini. Macam baru jumpa makanan.

Tbc

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience