Eric franco terus menghubungi telefon bimbit Kimberly, tunangnya itu dengan berulangkalinya. Namun, hampa panggilan telefonnya itu masih jugak tidak berjawab.
Makhlum, lah sudah hampir seminggu dia tidak bersua muka dengan wanita itu sejak pertelingkahan besar mereka berdua tempohari.
Tiba-tiba ingatan Eric franco menerawang ke arah malam terakhir dia bersama Kimberly. Gara-gara dia tersebutkan nama Adriana tunangnya itu telah mengambil keputusan keluar sebentar dari bilik tidur mereka berdua. Dia yang pada masa itu malas hendak bertekak membiarkan saja tindakan daripada Kimberly tersebut.
Tetapi setelah menunggu hampir satu jam Kimberly masih jugak tidak muncul. Keadaan tersebut membuatkan hati Eric franco diselubungi dengan kebimbangan. Dia kemudian bingkas bangun lalu meluru keluar dengan segeranya. Niatnya hanya satu ingin memujuk Kimberly kembali.
Secara kebetulan ketika dia baru saja meluru keluar daripada bilik tidurnya itu dia telah bertembung dengan abang kembarnya, Max franco. Lantas, dia menyapa dengan segeranya.
"Max! Kau ada nampak Kim dekat kolam renang tak? Aku risaulah dia tak masuk bilik aku daripada tadi!"
Pertanyaan daripada Eric franco itu tidak terus di jawab oleh Max. Dia sebaliknya, hanya tersenyum sambil bermain dengan telefon bimbitnya itu. Kehadiran Eric yang masih berdiri di hadapannya jugak tidak dipedulikan langsung olehnya.
Eric yang mulai naik bengang dengan perangai acu tak acu abangnya itu kembali menyapa.
"Max! Aku tanya ni kau ada nampak Kim tak? Max kau den!"...Belum pun sempat, Eric hendak menghabiskan percakapannya itu Max segera mencelahnya.
"Sorry, lah bro! Aku tengah layan lagu, ni! Eerr...kau tanya apa, tadi?!"
Tercengang seketika, Eric franco apabila mendengarkan pertanyaan semula Max yang di saat, ini sedang mengeluarkan earphone daripada kedua cuping telinganya itu yang tertutup dengan baju hoodienya sebentar, tadi.
Apa, lah Max ni! Buang air liur aku je cakap dengan dia! Patut, lah aku tanya dia boleh buat bodoh je, tadi! Sungut Eric sambil mengurut perlahan dahi pelipisnya itu.
"Kau ada nampak Kim tak?!" Soal Eric franco lagi. Kali ini dia menyoal ringkas sahaja.
"Emmm..ada! Tapi aku nampak bukan dekat kolam renang! Dia dah balik! Aku nampak kawan perempuan dia datang ambik tadi!"
"What?!" Tutur Eric dengan raut wajah agak terkejutnya.
"Eh, kau dah kenapa Eric? Have some problem with that women? tell me now maybe i can help!" Ujar Max franco dengan raut wajah perihatinnya.
Eric franco sebenarnya malu hendak bercerita tentang maasalah peribadinya bersama Kimberly dengan orang lain. Tetapi memandangkan Max, abang kandungnya sendiri dia tidaklah berasa janggal hendak meluahkan apa yang sedang terbuku di dalam lubuk hatinya itu pada ketika, ini.
"Atcually, Aku gaduh sikit dengan Kim! It's just small matter je bukannya benda besar pun! After that aku dengan dia dah mula bertekak! Lepas tu dia bagi tau dekat aku nak ambik angin jap dekat kolam renang! Ni yang aku keluar ingat nak pujuk dia! Tak sangka pula dia dah balik!" Jelas Eric franco dengan panjang lebarnya.
Sementara Max franco pula hanya menganguk-anggukan kepalanya itu. Bukan apa dia sebenarnya tengah teringatkan jerit pekik kesakitan daripada Kimberly ketika dia membunuh wanita itu sebentar, tadi.
Masih tergiang-giang di cuping telinganya suara tangisan Kimberly yang merayu agar tidak di apa-apakan oleh dirinya.
Mampus pun kau perempuan, sial! Lepas ni tak adalah lagi nak menyusahkan hidup adik aku yang lurus bendul, ni! Bisik hati kecil Max franco sendiri sambil mengerling sekilas ke arah Eric, saudara kembarnya itu.
"Dah, lah tu Eric! Dah banyak kali aku nasihat dekat kau supaya jangan percaya sangat dengan Kimberly tu! Kau tau tak aku dah banyak kali nampak dia tengah mabuk dekat kelab! Come on, bro berlambak perempuan dekat luar tu apasal masih nak ambik Kimberly jugak sebagai Isteri?!" Ujar Max franco cuba menasihatkan Eric agar melupakan saja Kimberly yang sudah pun tewas di dalam tangannya itu sebentar, tadi.
Pedih jugak hati Eric apabila mendengar teguran direct daripada Max franco. Tetapi dia tidak menolak ada benarnya juga kata-kata daripada abang kembangnya itu.
Makhlum, lah Eric sendiri memang tau yang Kimberly suka mengunjungi kelab malam. Namun, wanita itu sentiasa ada alasan tersendiri apabila di tanya olehnya.
Menurut Kimberly dia pergi ke kelab untuk menghilangkan rasa stressnya saja. Lagipun dia tidak pergi bersendirian. Kebiasaannya dia akan membawa teman baiknya, Sandy sekali.
Disebabkan itu jugak, lah Eric tidak mempedulikan sangat tentang kehidupan malam tunangannya itu. Yang dia tau, Kimberly boleh menjaga dirinya sendiri.
***
Sedang Asyik, Eric melayan lamunannya tiba-tiba telefon bimbitnya itu mulai berbunyi. Berterabu pergi terus semua lamunannya itu. Dia kemudian segera menjawab panggilan telefonnya tanpa melihat nama sepemanggil terlebih dahulu.
"Hello, Kim! Thank's god finally you call me back! Babe i am so!"...Terbantut seketika, percakapan Eric selepas mendengarkan suara Sandy daripada hujung talian itu.
Hampa terus hatinya apabila mengetahui pemanggilnya bukan Kimberly. Namun dia cuba mengawal perasaan kecewanya itu dengan berlagak seperti biasa.
"Hello, Sandy!"
"Hah, Eric! Kau sembunyikan Kimberly dekat mana, hah? Dah seminggu dia tak balik rumah!"
Terkejut besar terus Eric franco setelah mengetahui perkhabaran terbaru tentang Kimberly, tunangannya itu. Patut, lah dia sendiri gagal menghubungi Kimberly kerana tidak tau di mana keberadaan wanita tersebut sedang berada di saat, ini.
"Sandy listen here! Aku tak ada buat apa pun dekat dia! Cuma malam tu aku ada selsih faham sikit! Alah, biasalah couple bergaduh. Lepas tu, dia balik! Itulah kali terakhir aku jumpa dia!" Jelas Eric sambil cuba menyembunyikan perasaan cemasnya itu.
Oh god! Whera ara you, kim? I am so worried abaut you! Desis hati kecil Eric franco sendiri.
"So, macam mana sekarang Eric? Takkan nak biarkan Kim hilang macam tu saja! Aku rasa kita patut laporkan hal ni dekat pihak polis!" Cadang Sandy kepada Eric yang masih mendiamkan dirinya itu.
"Tak apa Sandy! You tak payah risau aku akan cari Kimberly! Maybe dia tengah sedih kot! Adalah tempat yang dia pergi tu yang kita tidak tau!" Tutur Eric cuba menolak cadangan daripada Sandy supaya melaporkan saja kehilangan Kimberly kepada pihak polis.
Sejenak Sandy menghelakan nafasnya itu.
"Aku pun fikir macam tu jugaklah Eric! Eh, tak apalah aku nak letak telefon dulu! Eerr..kalau ada berita pasal Kimberly kau jangan lupa pula call aku balik!"
"Okey, Sandy! I will inform you!"
Selepas mengakhiri panggilan telefon daripada Sandy itu Eric terus menghubungi telefon bimbit Adrian dengan segeranya. Selang beberapa saat menanti kedengaran terus suara ceria lelaki itu daripada hujung taliannya.
"Hello, Eric! Hah, apa mimpi kau call aku pagi-pagi, ni?!"
"Adrian, aku nak minta pertolongan kau sikit, boleh tak?!"
"Eh, apa pula yang tak bolehnya! Cakap je, mana tau ada yang aku boleh bantu!"
"Kimberly, tunang aku hilang! Dah dekat seminggu, bro! Puas aku pergi ca!"..
"What? Wait, Kau cakap apa tadi Eric? Tunang? Since when you have a fiance? Aku tak tau pun!" Celah Adrian dengan penuh cepatnya.
"Alah, nanti je aku cerita! So, kau boleh tolong aku tak, ni?!" Soal Eric semula.
"Of course, lah boleh! Kau, kan kawan baik aku!"
Lega terus hati Eric setelah mendengar kesudian Adrian untuk membantu dirinya.
"Terima kasih, Adrian! Eerr..kalau kau ada info pasal Kim inform aku cepat ya!"
"Yes, Eric! You dont have to worry! I will solve everything!"
"Thank's again, bro!" Jawab Eric sebelum memutuskan panggilan telefonnya itu.
Di mana pun kau berada aku harap kau selamat Kimberly! Desis hati kecil Eric franco sambil menatap ke arah bingkai gambar dirinya bersama dengan Kimberly, tunangnya itu.
Sementara, Max franco yang mencuri dengar perbualan telefon Eric bersama Adrian seketika, tadi terus tersenyum dengan penuh sinisnya. You should say thank you to me Eric! Cause i just save you from that whore! Bisik hati kecilnya sendiri.
Sedang asyik, mengelamun tiba-tiba Max franco mulai teringatkan dia ada date dengan seorang model bernama Ruby di kelab Vogue. Tanpa berlengah lagi, dia terus mencapai kunci kereta frerrariny itu lalu bergegas keluar dengan segeranya daripada banglo mewah tiga tingkat tersebut.
***
Adriana terus meluru masuk ke dalam bilik pejabat Adrian itu dengan raut wajah kusut serta, masainya. Huh! Dengusan kasar terus terpacul keluar daripada mulutnya itu.
Manakala, fail yang sedang berada di tangannya itu pula terus di hempas di atas meja kerja Adrian dengan perasaan penuh amarahnya.
Sebenarnya dia baru saja bertemu dengan tuan Helmi. Abis, dia dibebel oleh pihak atasannya itu atas sebab kelewatan menyelesaikan kes bunuh bersiri yang melibatkan pembunuhan wanita muda yang berkerjaya sebagai model tersebut.
'Ingat, inspektor Adriana! Jangan ingat awak dah banyak selesaikan kes besar awak mengambil lewa saja pasal kes bunuh, ni'
Buat malu muka aku je tadi! Bisik hati kecil Adriana sendiri sambil mengurut perlahan dahinya itu dengan tangannya.
Entahlah semakin lama dia menyiasat kes tersebut semakin pening pula kepalanya itu dibuatnya.
Mana tidaknya sehingga sekarang dia masih gagal menemui identiti sebenar pembunuh bersiri itu. Sudah bermacam cara dan usaha yang dilakukan olehnya namun hampa dia masih belum dapat mencari bukti kukuh tentang diri pembunuh tersebut.
Adrian yang daripada tadi asyik memerhati tingkahlaku Adriana mulai menyapa ke arah wanita itu.
"Adriana? Kau ni dah kenapa? Monyok je, daripada tadi aku tengok!"
"Aku dah kena bebel dengan tuan Helmi tadi! Kau taulah orang tua tu kalau dah mengamuk tak berhenti! Sakit tau telinga aku ni!"
Oh patutlah aku tengok muka dia muncung je daripada tadi! Gara -gara tuan Helmi rupanya! Getus hati kecil Adrian sambil tergelak dengan penuh kuatnya.
"Hoi, Adrian! Yang kau nak gelakkan aku ni dah kenapa?!" Soal Adriana sambil menghentak kasar kedua tangannya itu ke atas meja Adrian.
Mati terus gelak Adrian apabila mendengarkan bunyi hentakkan serta, pertanyaan mengejutkan daripada Adriana sebentar, tadi.
Sekilas, dia menatap semula ke arah wajah garang wanita tomboy itu. Mak ai, garangnya muka dia! Macam nak telan aku saja! Bisik hati kecil Adrian sendiri sambil menyapa kembali ke arah teman baiknya itu.
"Alah, Janganlah marah Adriana! Pasal hal tuan Helmi tu kau lupakan saja! Lagipun aku sama jugak macam kau kena bebel lagi teruk masa hantar laporan hari tu!"
Serba salah terus Adriana setelah mengetahui rupanya Adrian juga turut di marahi oleh tuan Helmi malahan lebih teruk daripada dirinya.
"Sorry, lah bro! Aku tak tau pula kau pun kena marah jugak dengan tuan Hemi!"
"It's okey, Adriana! Bukan salah kau pun! Eh, lupa nak bagi tau aku ada hal penting nak bagi tau dekat kau sekarang ni!"
Berkerut seribu terus dahi Adriana selepas mendengar butir bicara daripada Adrian itu.
"Apa hal yang penting sangat tu, bro? Bagi taulah cepat! Tak sabar pula aku nak tau!" Desak Adriana sambil menongkahkan kedua tangannya itu ke arah dagunya.
"Okey! Macam ni kau ingat lagi tak dengan Eric franco?!"
Terlintas terus wajah tampan Eric franco di ruangan mata Adriana itu. Lantas, teringat terus dia dengan kejadian dia menampar ke arah wajah lelaki tersebut kerana telah berani menyentuh dirinya. Tapi apa kaitan Eric franco dengan hal yang Adrian nak bagi tau dekat aku sekarang, ni! Tanya hati kecilnya sendiri.
***
Adrian yang pelik melihat Adriana hanya mendiamkan dirinya saja segera menyapa semula ke arah wanita itu.
"Alah, Eric franco kawan baik aku yang kau lempang hari tu! Tak, kan kau dah lupa kot!"
Tersentak terus Adriana apabila mendengarkan sapaan mengejutkan daripada Adrian itu.
"Hah, kanapa dengan mat salleh perasan bagus tu? Dia nak apa pula kali, ni?!"
Terjongket terus kedua kening Adrian apabila melihat reaksi kurang senang daripada Adriana di saat, ini.
"Adriana! Eric tu sebenarnya melayu tapi ayah dia orang sepanyol! Secara automatik dia lahir dari keluarga mixlah kata, kan!" Jelas Adrian tanpa di pinta oleh Adriana.
"Oh patutlah dia fasih bahasa melayu! Sorry, lah Adrian aku tak tau pula dia orang melayu! Ya, lah aku ada jugak stalker jugak fac dia bukan main lagi teguk arak dan tinggal sebumbung dengan wanita yang bukan mukhrim!"
"Oh, jadi kau mengaku ada stalker fac kawan baik aku yang hensom tu! Wah, ini satu berita yang baik Adriana! Lep!"...
"Dah kau jangan nak fikir lain pula! Aku stalker fac dia sebab suara dia ada persamaan dengan suara lelaki berbaju hoodie tu!"
"Isskk!..Kau ni Adriana! Takkan, lah suara Eric pun kau nak samakan dengan suara lelaki tu! Dah, lah jangan asyik terbawa-bawa dengan pembunuh bersiri tu!" Gurau Adrian sengaja ingin menyakat Adriana.
"Dah, lah Adrian! Baik kau cerita dekat aku pasal hal penting tu!"
"Oh gosh, Adriana! Aku hampir lupa pasal hal tu! Atcually ni pasal tunang Eric franco, Kimberly yang telah hilang selama seminggu! Dia minta bantuan aku cari di mana keberadaan Kimberly sekarang! Kau boleh tak bantu aku cari tunang dia Adriana?!"
Berubah terus reaksi wajah Adriana selepas mengetahui status Eric franco yang sudah pun mempunyai seorang tunang.
Issyy!..Tak padan dah ada tunang masih ada hati nak menggatal lagi dengan aku! Dasar lelaki miang! Umpat Adriana sambil mencebikkan terus bibirnya itu sebagai tanda menyampah dengan sikap playboy Eric franco tersebut.
"Bukankah kes bunuh kita tu tak selesai lagi Adrian! Macam nilah baik kau suruh saja Eric tu upah penyiasat persendirian kan senang macam, tu!" Cadang Adriana yang tidak mau mengambil pusing pasal hal kehilangan tunang lelaki yang tidak disukai oleh dirinya itu.
"Eh, tak bolehlah macam tu Adriana! Aku tak sampai hatilah nak tolak permintaan dia! Lagipun Eric tu ka!"..
"Lagipun Eric tu kawan baik aku, jadi aku perlulah bantu dia! So, please, Adriana bantu aku! Hah, itukan yang kau nak cakap dengan aku but jawapan aku no!" Celah Adriana sengaja memotong cepat percakapan Adrian.
"Dah, lah Adriana! Kalau kau tak nak bantu aku tak apa Sandra ada dia pasti boleh tolong aku!" Tutur Adrian semula dengan mimik muka masam mencukanya itu.
Nampak gayanya dia terpaksa menolak permintaan Eric franco untuk mencari Kimberly.
***
Adriana yang perasan dengan raut wajah teman baiknya itu segera menggelengkan kepalanya. Akhirnya, setelah berfikir sejenak dia membuat keputusan akan membantu lelaki itu mencari di mana keberadaan Kimberly, tunang Eric franco tersebut.
"Baik, lah Adrian! I will help you to find Kimberly! Are you satisfied, now!"
Berubah ceria terus raut wajah Adrian selepas mendengarkan persetujuan daripada Adriana sebentar, tadi.
"Terima kasih, Adriana! You are the best team work i got in this world! Thank's again, Adriana!" Ucap Adrian dengan wajah penuh girangnya.
"Your welcome, Adrian!" Tutur Adriana pula sambil ingin melangkah keluar daripada ruangan kerja Adrian itu.
"Wait, Adriana aku ma!"..Terbantut terus percakapan Adrian apabila mendengar telefon bimbitnya itu tiba-tiba berbunyi.
Sementara, Adriana pula melabuhkan semula punggungnya di atas tempat duduknya sambil menantikan Adrian menyelesaikan perbualan telefonnya itu.
Kelihatan dahi lelaki itu sampai berkerut-kerut sehingga naik binggung pula dia dibuatnya. Setelah melihat Adrian menyimpan semula telefonnya barulah Adriana menyapa kembali ke arah lelaki tersebut.
"Kenapa Adrian? Apasal, muka kau nampak cuak je aku tengok? Siapa yang call tadi, tu? Adrian, Say something please?!"
"Aku baru dapat panggilan doktor Marina daripada jabatan forensik! Mereka dah dapat bahan bukti yang dapat mengaitkan dengan pembunuhan Rita! Tapi aku tak percaya Eric franco terlibat melakukan semua pembunuhan, tu!"
"What?!!"
Terjegil terus biji mata Adriana apabila mendengar perkhabaran yang amat mengejutkan dirinya itu. Dia seperti tidak percaya dengan berita yang baru di dengar oleh halwa telinganya sebentar, tadi.
Adriana menjadi semakin bingung apabila mendapat tau yang Eric franco kini menjadi suspek utama di dalam kes pembunuhan Rita yang jugak merupakan seorang supermodel yang terkenal itu.
"So, kita nak buat apa sekarang Adrian?!"
"Pihak atasan dan tuan Helmi nak kita berkas Eric franco sekarang jugak!" Jawab Adrian semula sambil mengetap bibirnya itu.
"Let's go now, Adrian!"
Sejurus mengatakan yang demikian, Adriana dan Adrian pun terus meluru keluar dengan segeranya daripada bilik pejabat unit jenayah berat tersebut.
Share this novel