Bab 13

Drama Series 3858

Dari rumah Musalmah ke lambak. Waktu pagi.

 

Musalmah dan Maizurah dalam perjalanan pulang ke rumah dari lambak. Di tangan anak kecil itu ada sebungkus kecil biskut ABC. Sampai saja di beranda rumah, Maizurah pantas membuka plastik itu dan memakannya.

          “Cuba kakak kira ada berapa, kakak ambil separuh.”

Musalmah geleng kepala.

          “Adik makanlah. Kakak dah kenyang makan nasi lemak tadi.”

Maizurah mencari-cari huruf demi menyusun nama kakaknya di telapak tangan. MUSALMAH. Ada 8 biskut di tangannya. Muka Musalmah dipandang.

          “Betul kakak tak mahu?”        

          “Makanlah.”

Maizurah ambil satu persatu huruf dan masukkan ke dalam mulut. Saat itu, muncul Makcik Lijah, jiran sebelah rumahnya.

          “Eh Musalmah, betul ke ayah kamu nak kahwin?”

Musalmah tersentak dengan pertanyaan itu. Maizurah juga terdiam. Dia pandang muka kakaknya dengan kerut yang sama di muka Mak Lijah.

          “Iya, makcik.”

          “Tak lama lagi ada la kamu mak baru ya. Eloklah tu. Biar terurus sikit kehidupan kamu dua beradik.”

Musalmah sekadar angguk lemah. Mak Lijah tak lagi menunggu. Langkahnya dilihat tertala ke rumah Mak Eton.

          “Betul ke ayah nak kahwin, kak?”

          Musalmah angguk kepala.

          “Dengan siapa?”

          Musalmah angkat bahu. Maizurah letak balik biskut yang ada di tangannya dalam plastik. Dia langsung naik ke atas.

          “Dik, kenapa tak habiskan biskut ni?”

Musalmah turut naik ke atas rumah. Dia tercari-cari di mana figura adiknya berdiam.

Terima kasih kerana sudi singgah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience