Dua

Other Completed 44787

"Kau nak aku buat apa dekat kau ni hah!!" Tanya lelaki berbaju hitam itu.

Dia mencengkeram lengan Cinta lalu melontarnya keatas tanah.

Dia menarik rambut Hilal hingga Hilal merasa sakit yang amat.

"Akak!! Sakit." Teriak Hilal.

Cinta yang mendengar suara Hilal kesakitan berdiri dan memasang langkah untuk bertindak.

"Aku dah kata jangan sentuh adik aku!!" Cinta melompat lalu menendang kepala lelaki itu hingga lelaki itu terbaring ditanah.

"Kau sentuh adik aku aku bunuh kau!!" Herdiknya.

Banyak orang kampung melihat tindakan Cinta dan bersetuju apa yang dilakukan oleh Cinta.

Beberapa orang lelaki berbaju hitam dipangkin rumah akhirnya berdiri kerana terkejut melihat apa yang terjadi pada kawan mereka.

"Kau buat apa padanya Hah!!" Herdik ketua kumpulan itu.

Cinta menoleh.

"Korang nak apa sebenarnya?" Tanya Cinta.

Thariq datang bersama teamnya. Setelah berlaku pergaduhan antara Cinta dan salah seorang dari penceroboh itu.

"Kalian dah dikepung. Letakkan senjata." Kata Thariq.

Mereka panik hingga salah seorang dari lelaki berpakaian hitam menarik shawl hang terlilit dikepala Cinta.

"Lepaskan dia!" Kata Thariq.

"Akak!!" panggil Hilal.

Thariq berjalan kedepan. Terlihat Ibunya terbaring tak bernyawa ditanah. Kakinya bergetar hingga dia terhenti disisi mayat Ibunya.

"Kau mendekat. Gadis ni mati." Kata lelaki itu.

Cinta mencari Point untuk dia bertindak. Dia mengeluarkan pisau lipat yang ada dalam poket kemejanya lalu menikam paha kanan lelaki itu.

"Arghhhhh!!!" Lelaki itu menyerigai kesakitan.

Semua Team Black Eagle tidak menyangka. keberanian gadis didepan mereka.

Cinta berlari mendapatkan Jasad Ibunya dan Hilal.

Team ketenteraan itu bertindak menumpaskan lelaki pakaian hitam itu dan membawa mereka pergi dari sana.

Thariq duduk memegang bahu Hilal dan Cinta.

"Jangan pegang aku. Kau bukan muhrim dengan aku." Kata Cinta.

Zaril yang melihat sahabatnya itu pelik. Kenapa Thariq duduk ditengah antara gadis itu dan adiknya.

"Ni abang Cinta, Hilal." Kata Thariq.

Hilal yang mendengar menoleh dan saat itulah Thariq membuka mask diwajahnya.

"Abang!!" Esak Hilal.

"Ibu Abang." Esaknya lagi.

Thariq memeluk kedua adiknya. Dia tahu Cinta seorang yang keras dan susah untuk memaafkan. Namun Thariq tak menafikan itu memang salahnya.

"Ril, Hubungi pihak hospital." Kata Thariq meminta bantuan Zaril.

"Erm." Jawabnya.

"Kenapa baru sekarang kau nak balik bang. Kenapa tak dari dulu. Ibu setiap hari tunggu kau bang." Kata Hilal yang masih memeluk Thariq.

"Cinta?" Panggil Thariq.

Namun Cinta tetap seperti tadi, diam tanpa kata.

Thariq tahu kenapa Cinta bersikap macam tu. Semenjak dia keluar darm rumah, Cintalah yang menanggung perbelanjaan rumah, hingga dia kuburkan hasratnya untuk melanjutkan pelajarannya ke Universiti.

Selang beberapa minit, Ambulance datang membawa Ibunya ke Hospital untuk bedah siasat. Cinta ingin ikut namun dihalang oleh Pegawai bertugas.

"Sebaiknya Adik ikut pegawai tentera tu." Kata Pegawai Ambulance itu lalu menunjuk Thariq dan Zaril yang sedang menantinya.

Cinta berlalu menemui Thariq dan adiknya Hilal tanpa sepatah kata. Tharia membukakan pintu penumpang Mitshubishi Triton milik Tentera.

"Hilal duduk depan." Kata Thariq.

Hilal hanya mengikut. Dan Thariq duduk disisi adiknya Cinta. Ketakutan melanda diri Thariq. Dia takut Cinta akan trauma melihat kejadian tadi.

Depan mata Cinta dan Hilal Jasad Ibunya dihumban. Depan mata mereka juga Ibunya menghembuskan nafas terakhir.

Kereta bergerak dalam kelajuan sederhana akibat kesesakan lalu lintas.

Thariq melihat keadaan Cinta.

"Cinta, Pandang Abang." Panggil Thariq.

Namun masih sama seperti tadi, tiada respon daripada Cinta.

"Cinta Jasmin!! Pandang Abang!!" Thariq menolehkan wajah Cinta menghadapnya. Terpaku melihat keadaan Cinta dia memeluk erat adik perempuannya.

Jelas terlihat kosong dari pandangan redup mata Cinta Jasmin.

"Maafkan Abang. Maafkan Abang sangat-sangat. Cinta jangan buat Abang macam ni." Kata Thariq.

"Buat apa kau muncul semula. Setelah kau tinggalkan kami dalam kebencian. Kekosongan kerinduan." Cinta teresak didalam pelukan Abangnya.

"Abang tahu, Abang salah. Abang tak bermaksud nak tinggalkan Cinta, Ibu Hilal." Jelas Thariq.

"Habis tu apa. Kalau kau tak bermaksud nak tinggalkan kami, jadi apa hah!!" Teriak Cinta kepada Thariq.

"Akak!! Walaupun apa yang Abang Thariq buat, ada sebabnya." Kata Hilal.

"Apa sebabnya cakap! Jangan buatkan Cinta tertanya-tanya." Kata Cinta.

"Abang terpaksa tinggalkan kamu. Sebab abang taknak Cinta jadi ganti untuk menjelaskan hutang Abah pada lintah darat. Abang tak sanggup." Kata Thariq lagi.

Cinta melihat mata Thariq. Melihat kejujuran kata Abangnya. Thariq menganggukkan kepalanya.

"Kenapa mesti Cinta. Kenapa Abah sanggup jadikan Cinta bahan gantian sedangkan Abah yang berhutang." Kata Cinta membalas pelukan Thariq.

"Sebab tu Abang tinggalkan kamu bertiga. Abang sanggup membayar hutang Abah tu asalkan Adik abang tak diganggu." Kata Thariq.

"Macam mana dengan kitorang lepas ni." Tangis Cinta.

"Cinta dan Hilal tinggal dengan Abang Thariq. Tinggal di Kaurters Abang." Kata Thariq.

"No. Tak boleh. Kedai bunga milik Cinta macam mana?" Tanya Cinta.

"Please abang taknak Cinta dan Hilal sediri dekat kampung. Abang takut kalau Abah bawa Cinta dan Hilal pergi." Kata Thariq.

Sampai dekat Hospital, Mereka menanti diluar unit bedah siasat. Lama menunggu Hilal baring dipaha Cinta dan terlelap.

Pakaian yang terbalut ditubuh mereka kotor. Abangnya pulang semula kepangkalan untuk melaporkan.

"Akak ok ke?" Tanya Hilal. Hilal menyeka airmata Cinta yang bergenang dikelopak.

"Akak jangan sedih ada Hilal dan Abang Thariq yang akan melindungi Akak." Kata Hilal.

"Dah tidurlah. Nanti akak bangunkan jima sudah selesai." Kata Cinta.

Dia mengucap panjang kerana terlepas tiga waktu solat.

"Maafkan hambamu Ya Allah. Berilah hamba ketabahan menerima Qada dan Qadar Mu." Doanya dalam hati.

Dia menyeka airmatanya yang mula mengalir semula kepipinya.

"Bu kenapa Ibu tinggalkan Cinta. Disaat Cinta masih perlukan belaian Ibu." Hatinya berkata lagi.

Terngiang di telinganya dan masih terasa hangat kucupan terakhir Mak Leha dipipinya. "IBU SAYANG ANAK IBU. IBU SENTIASA ADA DISINI."

"Hiks Hiks Hiks. Bu. Cinta tak kuat. Belailah Cinta Bu, Dakaplah Cinta Walau hanya dalam mimpi." Cinta teresak sambil berkata.

Thariq melihat Kesakitan yang ditanggung adik perempuannya.

"Ya Allah kuatkan adik hamba Cinta agar kuat mengharungi jalan yang Kau berikan." Bisiknya dalam hati.

"Cinta?" Panggilnya dan memegang bahu Adiknya.

"Abang." Cinta terkejut lalu menyeka airmatanya dengan hujung jari.

Thariq duduk mecangkung didepan Cinta. Menggenggam jemari adiknya.

"Menangislah andai itu boleh membuatkan Cinta tenang." Kata Thariq.

"Tapi sampai bila Cinta harus menangis. Rindu pada yang dah tiada ni sakit abang. Cinta takut Cinta tak mampu harungi semua ni." Kata Cinta.

"Adik abang kuat. Cinta Jasmin yang Abang tahu dia kuat. Tak cenggeng macam ni." Kata Thariq.

"Itu sepuluh tahun lepas not now." Kekuatan diri Cinta pergi bersama Ibu." Kata Cinta.

"Jangan cakap macam tu Sayang. Redha atas kepergian Ibu. Lepaskan Ibu. Abqng taknak tengok Sayang Abang ni sakit. Sebab ada Hilal yang kita perlu jaga." Kata Thariq memguatkan Cinta.

Cinta melihat Hilal yang lena diribaannya. Kembali melihat Abangnya.

"Cinta akan cuba." Kata Cinta.

"Abang dan Hilal sentiasa ada dekat sini. Begitu juga Ibu. Ibu akan sentiasa ada dekat sini." Kata Thariq dan menunjukkan dadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience