BAB 3 : Setiap pasangan ada ceritanya ada sejarahnya.

Short Story Series 5981

Nuh tidak berkelip matanya melihat gadis cantik masuk kedalam perut lift. Hanya ada tiga orang di dalam lift tersebut. Dia, Arman dan gadis cantik itu. Pakaiannya cukup memukau. Tidaklah terlalu terdedah, hanya melihat betis saja cukup Nuh tahu setiap ceruk tubuh gadis dihadapannya. Dengan harumannya yang manis dan tenang.

Maryam memandang lelaki dihadapanya ketika dia masuk kedalam lift. Seperti pernah ku lihat wajahnya, tapi di mana ya? Oh.. dia boss ku. Nak tegur ke? dia bukan kenal aku pun. Maryam terus ingin menekan punat 1. Tapi punat 1 sudah ditekan. Oh, kita nak pergi aras yang sama. Getus Maryam didalam hati.

Ketika pintu lift terbuka Maryam terkejut melihat ramai wartawan menangkap gambarnya. Eh? sejak bila aku popular ni? bila di amati betul-betul, mereka semua bukan mengambil gambarnya, tapi mengambil gambar orang disebelahnya. Sebelah? semakin terkejut Maryam apabila merasai pinggang dirangkul oleh tangan lelaki yang dikenalinya sebagai Tuan Nuh itu.

Seperti biasa, wajah Maryam yang tidak beriak itu menoleh dan mencari mata Tuan Nuh. Ingin di tepis tapi tangan itu terlalu kukuh memeluk tubuhnya.

" Tolong saya..." Bisik Tuan Nuh pada telinganya. Maryam hanya membuat muka tak faham. Tolong apa? Suaranya pula seperti tak terkeluar dari kerongkongnya.

"Benarkah dengan dakwaan bekas Isteri Tuan Nuh iaitu Model terkenal Haida, mengatakan Tuan mandul?" Soal salah seorang wartawan dihadapanya. Maryam hanya sebagai pemerhati.

"Salah sama sekali, itu semua fitnah. Untuk pengetahuan semua, ini kekasih saya. InshaAllah, jika tiada aral melintang saya akan menikahinya secepat mungkin, itulah perancangan asal kami. Doakan kebahagiaan kami." Ujar Tuan Nuh yakin. Untuk pertama kali, Maryam seperti ingin pengsan. Terkejut dengan pengakuan lelaki yang tidak dikenalinya disebelahnya ini.

"Tahniah Tuan." Ucap salah seorang dari wartawan lagi.

"Tuan, boleh kami tahu bila majlis akan diadakan?"

"Maaf, sampai sini saja..." Nuh terus berlalu pergi meninggalkan wartawan-wartawan tadi. Tangan kirinya masih merangkul pinggang gadis yang tidak langsung dia tahu namanya. Arman menghalang wartawan dari terus menghampiri mereka.

****************************************************

Nuh pelik melihat riaksi gadis dihadapannya. Wajah tiada senyuman. Juga tiada langsung riak marah dengan kejadian tadi.

"Saya Nuh. Nama awak apa?" Soal Nuh masih dengan suara mendatar.

"Saya Maryam. Maaf... sila ucap maaf. Tuan peluk saya suka-suka hati tadi. Lagi satu, sejak bila pula saya ni kekasih Tuan? Tuan tak fikir ke, saya ni mungkin sudah ada kekasih, tunang, dan mungkin suami?" Soal Maryam tegas. Nuh terkejut dengan ketegasan Maryam dihadapannya.

"Tuan?" Soal Nuh pelik.

"Ya, Tuan Boss saya. Saya bekerja di syarikat Tuan. Saya bekerja di aras 20." Maryam memberi penjelasan dengan muka bersahaja.

"Okay, first of all, saya mintak maaf atas kejadian tadi Maryam. Saya betul-betul terdesak tadi." Ujar Nuh mendatar hanya matanya disepetkan. Wajahnya jua tiada senyuman.

"Saya maafkan Tuan. Kalau tak ada apa-apa, saya balik dulu." Maryam terus bangun dan meninggalkan Tuan Nuh.

****************************************************

"Kau dah siasat latar belakang dia Man?" soal Nuh pada Arman ketika dia baru saja masuk kedalam perut kereta untuk menuju ke pejabat pagi itu.

"Sudah Tuan. Nama penuh dia Anna Maryam bt Adam Abdullah. Umur 26 tahun. Masih bujang. Dia tiada ibu tapi masih ada ayah. Ayahnya tiada disini. Dia ada kakak tapi sudah meninggal dunia sejak dua tahun yang lalu." Luah Arman dengan lancar tanpa ada yang tertinggal.

"Bagus-bagus... dia ada kekasih?" soal Nuh lagi.

"Tiada tuan. Menurut rakan lamanya dia seorang yang sukar bermesra dengan rakan-rakan."

"Bagus...... sekarang tenang hati aku."

****************************************************

Maryam berjalan laju ke meja kerjanya. Dia terlambat 45 minit pada harini kerana memujuk Nasuha kerana mogok tidak mahu ke sekolah.

"Kenapa lambat Mar?" Soal Lily risau.

"Nasuha mogok..." Bisik Maryam pada kakak angkatnya. Hanya Lily seorang yang tahu status dirinya yang sebenar.

"Ohh... kamu lambat datang interview. Tuan Hadi ada meeting lepas pukul 9 dekat luar negeri. Jadi dia awalkan interview. Kamu dah terlepas tau tak? akak tengah geram sekarang ni. Bukan main seksa akak tengok PA baru dia." Cerita Lily penuh gaya.

"Alaaaaa....." Ujar Maryam sayu.

"Tak apalah, bukan rezeki kamu. Akak nak sambung kerja ni. Nanti akak tanya-tanya bahagian kosong yang lain." pujuk Lily dan terus meminta diri.

****************************************************

Maryam membuat kerjanya sehingga ke petang. Makan tengahari pun dia tidak berhenti. Dia mengerling jam tangannya. 3 petang?. Maryam terus bangun dan menuju ke surau untuk mengerjakan solat zuhur.

Selepas dia selesai solat zuhur dia di sapa oleh salah seorang rakan sepejabatnya yang jarang bertegur sapa. Kerana kawannya itu bekerja di aras 25 manakala dia di aras 20.

"Kenapa awak cari saya Nad?" Soal Maryam.

"Boss besar nak jumpa. Saya pun pelik ni ha.. cepatlah, dah lebih 10 minit saya cari awak ni, sekarang baru jumpa. Nanti dia marah saya pula sebab lambat." Nad menarik tangan Maryam untuk pergi keruangan lift.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience