Peristiwa berhujanan tempoh hari telah menjentik sesuatu di hati Ryan namun sikap egonya menafikan perasaan yang mula berputik. Kisah kedua orang tuanya menyebabkan dia takut untuk mengaku yang sebenarnya dia mula jayuh hati kepada Zara. Bimbang dirinya bakal menyakiti hati insan bernama wanita bimbang dirinya tidak mampu menyintai seorang wanita sepenuh hati.
Arwah ibunya juga pernah menderita kerana menyintai seorang lelaki yang padanya nampak jujur namun menyimpan rahsia yang lain. Papanya masih dengan sikap kasanova sehingga hari ini. Mama tirinya Datin Jasmin sentiasa makan hati sehingga menyebabkan perasaan benci hadir kepada insan yang tidak berdosa iaitu dirinya sendiri. Anak kecil yang kehilangan ibu sentiasa dipukul untuk melepaskan geram mujur ada pembantu rumah yang sudi memberikan kasih sayang seorang ibu padanya.
Diari putih milik arwah ibunya yang dijumpai di bilik stor ketika melarikan diri dari mama tirinya telah merungkai rahsia hati arwah ibunya itu. Disebabkan itulah dia takut untuk memberi harapan kepada insan bernama wanita kerana dia tahu insan bernama wanita jika telah menyintai seseorang dia tidak takut untuk menghadapi segala rintangan yang bakal mendatang. Ketika dia bangku sekolah lagi ramai yang meluahkan perasaan kepadanya lebih lagi ketika dia melangkah kaki ke menara gading namun tiada satu pun yang berjaya menjentik hatinya. Kehadiran Zara Amelia telah membuatkan dia rasa sesuatu yang tidak pernah dirasakan sebelum ini.
"Apa yang kamu menungkan kan tu Ryan."
Suara itu mematikan lamunan panjangnya.
"Oh angah rupanya,tak ada apa la angah. ni Ryan tengah ambil angin dekat luar. Lewat angah balik hari ini?
"Angah ada meeting dengan klien papa tadi. Papa suruh gantikan dia sebab dia nak pergi dating,"ujar angahnya sambil menggelengkan kepala.
"Entah bila la papa kita tu nak berubah kan dik,papa tu semuanya baik belaka tapi sikap kasanova dia tu je yang payah nak diubah."
"Tu la angah.sekarang papa dah rajin ke surau tapi entah sangkut dengan ustazah pulak haha,gurau Ryan.
"Kesian mama tapi tu la mama pun dah malas nak layan papa tu tapi sebab sayangkan papa mama banyak makan hati."
"Tak apa la angah yang penting mama Jas dah tak macam dulu kalau tak Ryan la jadi mangsa.
"Angah bukan apa Ryan,mama tu sabar je dengan kerenah papa kadang angah fikir kalaj orang lain mesti dah tak sanggup nak bersuami macam papa kan"
"Tapi papa ayah dan suami yang bertanggungjawab mungkin sebab tu mama Jas dengan arwah ibu Ryan sanggup hidup bersama papa."
"Ermm mungkin la tu. okay la Ryan angah nak masuk mandi dulu. Jangan lama-lama duduk kat luar ni sejuk."kata angah sambil berlalu pergi.
Angah ni banyak berfikir pasal papa jugak rupanya. Ni baru angah belum Along Rania balik lagi panjang bebelannya. Mama Jas sentiasa berkurung dalam bilik kadang-kadang baru nampak muka.
Share this novel