AM I dreaming?!
Lana is accepting Izam? This must be some kind of prank, for sure! Tapi mustahil Lana nak buat prank drastik seperti itu! Then, why?!
Why?!!
Tidak habis fikir lagi Tisha tentang kejadian yang berlaku petang tadi. Izam yang muncul entah dari mana. Lana yang seakan merelakan kehadiran Izam. Dan… dia yang masih lagi dalam kekeliruan! Sejak bila Izam kenal Lana pun dia tidak pernah tahu!
Sedari tadi anak mata Tisha hanya menjamah segenap wajah Lana dengan kebisuan. Ada yang dia cari pada riak wajah Lana. Mengharapkan satu jawapan, namun usaha yang sia-sia dan jelas membuang masa! Tiada jawapan tanpa soalan. Tiada suara dalam kebisuan.
Lana pula seakan malas untuk melayan Tisha. Faham benar dengan perangai Tisha. Kejap lagi pasti berguni soalan akan ditembak kepadanya. Hanya dibiarkan saja temannya yang seorang itu melayan seribu satu persoalan yang tengah bermain dalam fikiran. She needs time to digest thing properly.
“Lana… seriuslah,” akhirnya Tisha bersuara setelah hampir 15 minit dia diam membatu di situ.
“What?” sekadar menyahut walau dia tahu apa maksud dari Tisha.
Keluhan kecil kedengaran dari Tisha. Serabut benar riak di wajah Tisha masa itu. Lana masih teruskan suapannya. Kalau dilayankan Tisha, belum tentu dia boleh kenyang. Food is happiness! Tanpa makanan, fikirannya akan semakin terganggu. Dengan makanan, masalah pun boleh tolak ke tepi.
Oh, yeah!
“Sejak bila?” soal Tisha lagi. Anak mata masih fokus ke Lana.
“Sejak bila apa?” soalan masih berbalas soalan.
“Kau dengan Izam la,” nada Tisha naik satu oktaf. Keluhan keras kedengaran dihujung ayat. Geram sungguh dengan Lana yang dari tadi buat-buat bertanya.
Sesungguhnya, dia tersangatlah penat! Assignment yang dia perlu siapkan malam ini untuk dihantar minggu depan diketepikan. Selagi perangai pelik Lana masih merajai persoalan dalam benak fikirannya, selagi itu dia tidak boleh fokus!
She is so troublesome! Dulu sampai sekarang tak ubah-ubah! Tidak pulak aku tahu mamat yang gila-gila low-profile tu taste dia so plain – Lana! Banyak lagi yang lebih baik dari Lana, tapi Lana ni jugaklah yang dia nak! Ah…
“Correction! Aku dengan dia tak pernah ada apa-apa. Jauh sekali kalau nak cakap kitorang kenal,” tutur Lana masih dengan nadanya yang bersahaja.
“Then?” dahi mula berkerut. Masih tidak puas hati!
Kalau tak kenal, macam mana pulak Izam boleh datang cari dia? Kalau betul tak kenal, macam mana Izam kenal dia, is it? Pelik ke tak pelik tu? Aduh…
“Apa lagi?” Lana dah sakit kepala. Kalau terus dihadapnya Tisha, sampai ke sudah cerita pasal mamat tu takde penghujung.
“Macam mana dia boleh berminat nak kawan dengan kau kalau tak kenal?” soal Tisha lagi berharaplah dia dapat penjelasan yang cukup memuaskan.
“Tanya aku memang takde jawapanlah. Baik kau tanya je mamat tu terus,” Lana mula angkat punggung untuk ke sinki membersihkan pinggan yang dia gunakan tadi.
Memang aku takde jawapan la, der… aku saja tak abis pikir apesallah mamat tu asyik nak cari aku je. Dah tu main paksa-paksa pulak nak kawan dengan aku. Aku ada terjanji apa-apa dengan dia ke? Sapu tangan dah bagi balik kot? So why, then? Hmm…
Dalam dia tidak peduli sebenarnya ada sesuatu yang bermain difikiran Lana. Nak kongsi dengan Tisha? Mati hidup balik pun dia takkan kongsi rasa ingin tahu dia yang satu itu! Never! Sekarang tak cakap pun Tisha dah nampak serabut. Kalau cerita, menggunung pulak jadinya rasa ingin tahu dia tu!
“Then, reason kau setuju nak kawan dengan dia?” soalan dikalih.
“No reason,” kontot saja jawapan Lana.
“Lana, I’m dead serious!” naik lagi satu oktaf nada Tisha.
Lana ni la… orang tengah serius, boleh pulak main-main macam tu. Sungguhlah aku takde mood nak layan loyar buruk minah ni. Untung saja kau kawan, beb!
“Seriuslah ni. No reason,” Lana cuba meyakinkan.
“Selama aku kenal, kau takkan senang-senang nak setuju. Nak-nak lagi dengan orang yang kau tak kenal,” ujar Tisha. Anak mata masih fokus pada Lana yang kini sedang melangkah dan kembali mencapai tempatnya. “Or… kau sendiri yang berminat nak kenal dengan dia?” ucap Tisha sedikit mencurigai Lana.
Erk?!
“Gosh, no!” jerit Lana kecil tanda dia protes sekeras-kerasnya.
Lana mengeluh kecil. “Sebab aku rasa dah penat sangat,” ucap Lana kecil.
Penat untuk mendengar permintaan yang sama setiap kali perlu menghadap lelaki yang sangatlah asing baginya. Sungguh dia penat!
“Kau takyah risaulah, dia bukan nak buat apa pun” cuba diyakinkan Tisha.
Tahu yang niat Tisha itu baik lagi murni. Faham yang Tisha tu sangat ambil berat pasal dia. Kadang-kadang tu memang rimas jugak bila temannya yang seorang itu suka nak menyibuk pasal dia, tapi takdelah sampai melampau. She just wants to protect, and she knows that.
Tisha dan geleng. Pusing nak menghadap sikap Lana yang satu itu. “Jangan yakin sangat, Lana. Kau tak kenal dia lagi,” Tisha seakan memberi amaran. Mungkin Lana tidak kenal Izam, tapi dia kenal siapa Izam.
“Apa yang dia boleh buat. Dia bukan ada number aku pun, kan? Rilek-rilek, sudah” bila Lana senyum meleret macam tu, terasa kepala Tisha semakin berat.
“For now, yes. Setakat nombor kau tu, petik jari jelah weh kalau dia nak,” kedengaran keras nada Tisha. “Kau ingat Izam tu apa, bodoh? Tak reti fikir? Maybe akal dia lagi panjang dari yang kau boleh bayangkan,” Lana tidak akan pernah faham kalau Tisha tidak jelaskan betul-betul.
Dalam kalangan budak-budak lelaki, Izam cukup dikenali dengan bakatnya dalam sukan bola sepak – planner and brilliant strategist. Setiap yang diatur pasti akan membawa kemenangan dalam kumpulannya. Bukan sekadar dia ada rupa dan bakat, dia juga seorang yang sangatlah low-profile dan seorang yang penuh rahsia! Dalam diam, Tisha sebenarnya kagum masih ada lagi jenis lelaki macam Izam.
Kalaulah hobi budak-budak perempuan adalah bola, rasanya awal-awal dah ramai beratur nak isi borang untuk berkenalan dengan Izam. Kalau ada yang kenal Izam pun belum tentu tahu bakat yang Izam miliki.
“Haih… kau ni, risau macam mamat tu pembunuh bersiri je,”
“Takdelah sampai macam tu. He’s a good guy, tapi aku tak rasa dia sesuai dengan kau,” tidak tahu macam mana hendak dijelaskan.
Dia akui Izam tu lelaki yang baik, tapi dengan Lana… macam tak sesuai pulak? Hmm…
“Gaya kau….,” meleret nada Lana. “Macamlah aku dengan dia dah official couple eh? Mengada-ngada,”
“Maybe not now, but…,”
“Will never be in the future!” pantas saja Lana mencelah. Keras!
Share this novel