"Maisara, masuk bilik I sekarang" pintah Faizul melalui interkom
"Baik Encik Faizul." Balas Maisara, tanpa melengahkan masa dia terus menuju ke bilik pejabat Faizul.
Tok! Tok!
Seperti biasa pintu diketuk sebelum dia memboloskan diri kedalam bilik pejabat Faizul.
"Encik Faizul panggil saya kah?" Soal Maisara, ketika dia berada di hadapan Faizul.
Faizul yang memakai kemeja putih bersama seluar slak biru gelap sedang tekun menaip sesuatu di komputer mengalihkan pandangan ke arahnya.
"Ya, I nak You buat satu temuduga untuk carikan I P.A perempuan yang baru." Arahnya membuat Maisara diserang kerisauan.
Kenapa Faizul tiba-tiba ingin mencari P.A yang baru pula? Adakah kerjanya tidak berapa memuaskan sehingga lelaki ini mencari pembantu peribadi yang baru atau mungkin kerana dia adalah bekas kekasih Faizul membuat lelaki itu tidak selesa bekerja dengannya.
Ya, dia memang tidak nafikan awalnya dia juga tidak selesa bekerja bersama Faizul, Yalah tiada siapa yang boleh selesa jika bekas kekasih menjadi boss kan? Tapi memikirkan yang dia masih memerlukan pekerjaan ini rasa tidak selesa terus dibuang ke tepi. Dia bekerja seperti biasa walau ada sedikit perasaan kekok.
"I suruh you cari P.A untuk bantu you bukan untuk gantikan you. Don't worry I masih perlukan you untuk jadi pembantu peribadi I" Jelas Faizul, Bukan dia tidak perasan dengan riak wajah Maisara yang sudah berubah. Sudah pasti gadis itu memikirkan perkara yang bukan-bukan.
Yang sebenarnya dia kesian melihat Maisara terlalu sibuk dengan kerja sehingga masa untuk diri sendiri pun gadis itu tiada. Dia sering kali melihat gadis itu kerja sehingga larut malam. Maisara memerlukan seseorang untuk membantu kerjanya.
Lega Maisara mendengar penjelasan Faizul. Syukur!
"Baiklah saya akan buat iklan temuduga P.A baru untuk Encik" Balasnya
"Thanks" Ucap Faizul ringkas
"Ada apa² lagi kah Encik Faizul?" Maisara bersoal memastikan Faizul sudah tidak ada yang ingin diarahkan lagi.
"Ya, One more thing carikan I villa kosong"
Arahan Faizul lagi.
Maisara kerut dahi. Pelik!
Cari Rumah? Untuk Apa? Bukankah Faizul sekarang tinggal bersama keluarganya. Mungkin tidak selesa jadi lelaki itu memutuskan membeli tumah untuk diri sendiri.
"Baiklah Encik saya akan cari secepat mungkin" Turut Maisara.
"saya keluar dulu Encik"
Setelah mendapat anggukan dari Faizul barulah melangkah keluar dari bilik pejabat itu.
Faizul mengatur langkah keluar dari bilik pejabatnya, menuju ke bilik pejabat Maisara
"Maisara, Come follow me. Bawah sekali Fail projek perumahan di Kelantan" Arahnya sebaik dia berdiri diambang pintu bilik pejabat Maisara.
Maisara yang sedang tekun bekerja itu mengalihkan Pandangan ke arahnya.
"Kita nak ke mana Encik?" Soalnya, Hairan.
Kalau nak pergi makan sekarang sudah limpas lunch hour.
"Kita jumpa Dato Fikri untuk bincang projek kita di Kelantan" Jelas Faizul.
Maisara angguk faham sebelum dia mencapai Fail yang berada di rak serta Handbag miliknya lalu kaki melangkah ke arah Faizul.
Mereka beriring menuju ke pintu utama Wisma HR.
Kelihatan Maserati milik Faizul sudah tersedia untuk mereka berdua. Laju pemandu peribadi Faizul membuka pintu belakang untuk Faizul. Dan Maisara mengambil tempat disebelah pemandu. Kereta Faizul bergerak keluar dari kawasan Wisma HR.
Keadaan dalam kereta ketika itu terlalu senyap. Semua lebih memilih untuk diam sahaja.
Maisara yang sedang duduk di sebelah penumpang ketika itu memerhati kawasan luar tingkap. Itu sahaja lah mampu dia lakukan, hilang sedikit rasa kekok. Iyalah keadaan yang suyi sepi ketika itu membuat dia rasa sedikit tidak selesa. Kalau ya pun buka lah radio walaupun dia tak begitu minat mendengar lagu tapi dia mengharapkan pemandu Faizul memasang sebuah lagu, jika ada bunyi tidaklah terlalu sunyi.
Dia mencuri pandang Faizul dari cermin pandang belakang kereta. Sibuk sungguh sekejap menghadap ipad bertukar ke telefon pula dan kembali ke ipad. Namun sibuk macam mana sekalipun riak wajah Faizul tetap santai-santai sahaja. Menarik! Dia tersenyum sendiri setelah tersedar dengan tindakannya. Tak baik intai anak teruna orang.
"Cik Maisara belum kahwin lagi?" Dia tersedar setelah mendengar soalan dari memandu peribadi Faizul.
Akhirnya ada juga yang berani membuka bicara. Tapi banyak-banyak soalan kenapa pasal kahwin pula dia ajukan.
"Belum abang Zai. Jodoh saya belum sampai lagi," maisara menjawab ramah.
"Maisara memilih sangat." Maisara ketawa lepas mendengar kata-kata itu.
Faizul yang tadinya sibuk menghadap tablet miliknya itu kini terhenti mendengar perbualan mereka berdua.
"Abang Zai pun belum kahwin lagi kan?" Giliran Maisara pula mengajukan soalan.
"Belum tapi Zaidi dah bertunang" Belum sempat Zaidi menjawab Faizul sudah mencelah.
Lain yang ditanya lain yang menjawab. Membuat mereka berdua telan air liur. Baru perasan yang boss ada dibelakang.
"Can both of you be silent. I tengah buat kerja ni."
Faizul bersuara lagi. Tegas. Sakit telinganya mendengar perbualan Maisara dan Zaidi tanya pasal kahwin bagai, siap panggil abang lagi. Mood yang ceria tadi kini bertukar mendung.
"Maaf Encik Faizul." Ucap Maisara. Mereka senyap kembali. Kalau tadi hanya kesenyapan sahaja mengganggu sekarang rasa menyesal berbual pun terasa juga.
Faizul dan Maisara beriring melangkah masuk ke Cafe Three Little Brids Coffee. Mereka sudah berjanji ingin berjumpa Dato Fikri di sini.
Tiba sahaja mereka didalam kelihatan Dato Fikri bersama seorang wanita muda sedang duduk menunggu mereka. Tanpa berlengahkan masa mereka mendekati Dato Fikri dan wanita muda tadi.
"Uncle sorry kami lambat " sapa Faizul mesra sebaik sahaja mereka berada dihadapan Dato Fikri.
Dato Fikri menyambut kedatangan mereka bersama senyuman manis dibibir.
"It's Oke, Uncle pun baru sampai." Jawab Dato Fikri.
Maisara yang berdiri disebelah Faizul memandang wanita muda disebelah Dato Fikri,
Sepertinya dia kenal siapa wanita muda itu. Bukankah itu tunang Faizul. Liana. Tapi kenapa Maisara ada disini pula.
"Liana? You pun ada ke?"
Maisara mengalihkan pandangan pula ke arah Faizul setelah mendengar soalan lelaki itu, jadi Faizul pun tidak tahu kehadiran Liana di sini.
"I teman Papa lunch tadi, Tapi bila papa cakap nak meeting dengan you. I terus join papa ke sini"
Liana menjawab penuh yakin.
Papa? Dato fikri papa Liana? Ouh barulah dia faham sekarang kenapa keluarga Faizul ingin mnyatukan Liana dan Faizul, rakan business rupanya. Tiba-tiba diri rasa rendah. Lihatlah Liana, wanita itu bukan sahaja mempunyai kerjaya yang hebat malah terlahir dari keluarga yang kaya sama seperti Faizul. Dan dia pula hanya anak bekas pengawai polis sahaja, Walaupun tidaklah seteruk mana tapi jauh sekali jika ingin dibandingkan dengan keluarga Faizul dan Liana.
Gelaran Faizul sebagai pewaris tunggal HR group itu, sudah pasti dia memerlukan seseorang yang layak berdamping dengannya dan orang itu sudah pasti bukan dia tapi Liana.
"Maisara, Apa kabar? Lama saya tak jumpa awak. Sekarang awak dah jadi P.A Faizul pula" Teguran Dato Fikri menghentikan lamunannya. Dia senyum kearah Dato Fikri.
"Alhamdullilah, saya sihat Dato. Ya sekarang saya bekerja dengan Encik Faizul pula." Dia menjawab dengan senyuman.
Maisara bukan tidak perasan dengan pandangan tajam Liana, wanita itu baru sahaja menghadiahkannya jelingan maut kepadanya. Kalau diikutkan hati memang dia ingin korek sahaja biji mata Liana itu. Jika mereka berjumpa gadis itu tidak lepas untuk menjelingnya. Dia sendiri tidak tahu apa salahnya sehingga Liana begitu benci dengannya.
"Have a sit everyone" Dato Fikri bersuara lagi. Maisara mengambil tempat disebelah Faizul dan dihadapan Liana.
"So? Fail yang uncle suruh bawa ada tak?" Dato Fikri bertanya memulakan kerja mereka di situ.
Maisara terus menyerahkan Fail hitam yang sedikit tebal kearah Faizul.
"This uncle" Ujar Faizul, Fail diserahkan kepada Dato Fikri.
"Ok, Kita order dulu" Cadang Dato Fikri.
"Waiter!" Faizul memanggil pelayan yang sedang berdiri tidak jauh dari meja mereka.
"Yes Sir, Order?" tanya pelayan itu ramah.
"Give me One Coffee Late, Uncle?" Faizul mula memesan.
"Uncle nak Coffee late to."
"Ok, And you?" Faizul memandang Liana.
"Sayang~ You dah lupa Favourite I Ke?" Ujar Liana dengan nada yang merajuk.
"Ok, One americano" Faizul memesan bagi pihak Liana, Memunculkan senyuman lebar di bibir merah Liana yang dicalit dengan lipstik tebal itu.
Pandangan Dialihkan kepada Gadis yang berada disebelahnya. Wajah redup gadis itu dipandang Lama.
"Maisara you tak nak order apa² ke?"
Maisara tersetak, Dia menoleh ke arah Faizul hanya gelengan sahaja diberi sebagai balasan soalan lelaki itu.
Maisara sebenarnya cuba melawan perasaan cemburu yang menyerangnya setelah melihat Faizul dan Liana. Pasangan ini sudah pasti mengenal satu sama lain sehingga minuman kegemaran Liana pun Faizul tahu. Lihatlah Faizul sepertinya tiada masalah melayan perangai sotong Liana itu. Yalah Lianakan tunang Faizul sudah wajar untuk Faizul cintakan Liana. Yang tidak wajarnya adalah dia. Dia tidak patut untuk cemburu kerana Faizul bukan miliknya.
"2 Coffee Latte, 1 americano. That all Sir?" Pelayan tadi mengulang pesanan mereka. Pelayan itu berlalu pergi setelah mendapat anggukan kepala dari Faizul.
"Should we start our discussion now" Cadang Dato Fikri lagi.
"Ya Uncle." Faizul menjawab.
Sepanjang perbincangan berlangsung, Tidak lepas mata Liana memerhati Faizul dan Maisara. Kelihatan sangat mesra. Awal lagi dia sebenarnya sakit hati melihat Maisara tidak disangka Pembantu peribadi Faizul boleh secantik Ini. Lagi sakit hati bila dia melihat kemesraan Faizul dan Maisara, tapi dia yakin Faizul tiada hubungan dengan Maisara.
Fail ditutup dan Faizul mulai berdiri perbincangan mereka sudah pun berakhir.
"Uncle thanks for spend your time" Kata Faizul sambil berjabat tangan dengan Dato Fikri.
Melihat Faizul sudah berdiri, Maisara juga turut serta. Dia senyum kepada Liana tapi jelingan lagi yang dia dapat.
"Ya most welcome, kalau ada masa lapang nanti datang lah rumah Uncle ajak Tok Yah dan Nek Mi kamu sekali" pelawa Dato Fikri.
"Nanti Faizul datang, Faizul bawah Tokyah dan Nek Mi sekali." Jawab Faizul.
"Kami balik dulu uncle" Faizul meminta diri sebelum dia dan Maisara melangkah ingin meninggalkan cafe itu.
"Yalah, kamu berdua hati-hati pandu kereta" Peringat Dato Fikri. Dia senyum ke arah Maisara.
Maisara membalas senyuman itu sebelum langkah Faizul dibuntuti. Baru beberapa langkah mereka bergerak, Liana sudah memanggil Faizul membuat langkah mereka terhenti.
"Sayang!"
Mereka serentak mengalihkan pandangan kearah Liana yang berlari anak ke arah mereka. Maisara yang melihat Liana mendekat dia melangkah jauh sedikit dari Faizul, Memberi ruang untuk pasangan kekasih itu.
"Malam ni kita pergi tempat biasa Nak?" Ajak Liana sedikit berbisik kearah Faizul takut jika Dato Fikri mendengarnya.
"Tengok dulu kalau I tak busy" Balas Faizul. Rasanya sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke kelab malam semenjak mula bergelar CEO dia lebih banyak menghabiskan masa dipejam dan dirumah sahaja.
"You ni tak bestlah macam ni, you tahu tak semua kawan-kawan you dah tanya you kat mana. You tak beritahu dorang you dah balik Malaysia? You pun dah lama sangat tak pergi sana." Ujar Liana, merajuk.
"Liana please, you tak faham ke I cakap I busy. Pasal kawan-kawan I, you tak perlu risau pandailah I jumpa dorang nanti." Jelas Faizul dengan nada sedikit tegas.
Ada betul juga kata-kata Liana selama dia pulang ke Malaysia dia memang tiada menghubungi kawan-kawannya lagi, kerana Tan Sri Kamal terus mengarahkan dia untuk mengambil ahli menguruskan HR Group. Dia hanya sempat berjumpa hazmi sahaja itupun kerana ada perkara yang dia dan Hazmi ingin bincangkan.
Melihat Faizul sudah sedikit marah cepat-cepat Liana memeluk lengan Faizul. Diusap-usap Lengan Lelaki itu untuk memujuk.
"Ok sayang, You janganlah marah I gurau je tadi." Liana berkata lembut. Dia senyum sebaik mata Faizul tetap mengarah kearanya.
Maisara yang melihat kemesraan pasangan itu mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia sudah sakit hati melihat kemesraan pasangan itu di meja tadi, dia tidak sanggup lagi menambahnya di sini. Cukuplah. Tolonglah dia ingin membuang perasaan ini jauh-jauh. Rasa berdosa menyimpan perasaan dengan tunang orang.
"hmm.. I kena gerak ni" Ringkas Faizul menjawab. Dia mengerling Maisara sebelum pandangannya kembali kearah Liana.
Genggaman ditangan Faizul, Liana lepaskan perlahan-lahan lalu dia tersenyum manis kearah Faizul.
"Ok sayang, Takecare tau" Ucapnya.
Tanpa membalas ucapan Liana, Faizul terus melangkah arah Maisara.
"Jom"
Teguran itu mengejutkan Maisara. Terkebil-kebil dia mengikut langkah Faizul.
Faizul memerhatikan setiap gerak geri Maisara yang sedang tekun bekerja di hadapannya sekarang ini. Pandangannya jatuh kearah jam yang tergantung di dinding bilik pejabatnya. 9:00 P.M
"Maisara I rasa you patut balik sekarang. Dah lewat ni" Beritahunya kepada Maisara. Dia kesian melihat gadis itu. Jam sudah menganjak ke pukul 9 malam tapi Maisara masih lagi sibuk membantunya untuk menyiapkan slide proposal projek baru mereka nanti.
Lagipun esok Mereka berdua harus ke kelantan untuk melawat tapak projek disana. Jadi ada bagusnya juga joka Maisara pulang berehat sekarang.
"Tak pe, sikit je lagi kerja saya ni nak siap Encik" Jawab Maisara, matanya masih tertumpuh pada Skrin lapton di hadapan sambil tangan sibuk menaip di papan kekunci lapton tersebut.
"You masih cintakan I Mai?"
Pertanyaan Faizul membuat kerja Maisara terhenti serta merta. Kedengaran rentak jatungnya sudah tidak stabil. Hujung bibir bawahnya digigit. Nafasnya juga seperti tersekat. Perlahan-lahan dia mengalihkan pandangan ke arah Faizul.
"Apa yang Encik cakap ni?" Soalan di balas soalan membuat Faizul mebgeluh panjang.
"Mai I tahu you masih cintakan I"
Aduh! Kenapa pula Faizul tiba-tiba mengajukan soalan begini dengannya. Sungguh dia tidak suja dengan situasi sekarang. Terasa jarak mereka semakin dekat.
"Saya balik dulu" Maisara cuba untuk melarikan diri, Dia menutup laptop miliknya dan bangun ingin menuju ke arah pintu bilik pejabat Faizul tapi belum sempat dia melangkah pergi, Faizul sudah menarik pergelangan tangannya membuat langkahnya mati serta merta.
"You tak jawab lagi soalan I mai, You tunggu I kan selama 5 Ta... "
"Tak! saya tak pernah tunggu awak" Seperti sudah tahu apa yang ingin dikatakan Faizul cepat-cepat dia mencelah. Memang betul dia tidak pernah pun menunggu Faizul 5tahun ini. Tapi dia tidak dapat nafikan cintanya masih untuk Faizul. Pergelangan tangannya yang berada digenggaman Faizul ditarik kasar lalu dia melangkah meninggalkan Faizul yang masih berdiri kaku memerhatikannya. Rasanya dia tidak betah untuk berada lama disitu.
Faizul berdiri dibalkoni biliknya, matanya tepat merenung keindahan ciptaan tuhan. Walaupun hanya diterangi dengan cahaya bulan keindah tetap kelihatan diatas langit itu. Udara malam yang segar membuat segalanya semakin tenang. Hilang seketika masalah-masalah yang sentiasa mengganggu harinya. Tiba-tiba dia teringat kejadian di pejabat tadi, sengaja dia mengajukan soalan begitu kepada Maisara walaupun dia sudah tahu apa yang ada diisi hati gadis itu cuma dia ingin mendengar Maisara mengukapnya.
Sewaktu Liana datang ke pejabatnya untuk mengajak keluar makan bersama, dia tertinggal telefon di dalam bilik pejabat membuat dia terpaksa naik semula untuk mengambilnya, Belum sempat dia membuka pintu bilik pejabatnya dia terdengar suara tangisan seseorang dari dalam tandas yang terletak dekat dengan ruangnya dan ruang pejabat Maisara. Akibat kawasan itu hanya dihuni olehnya dan Maisara serta 2 orang lagi arkitek atasan membuat tempat itu sunyi. 2 orang Arkitek itu juga tidak kelihatan sekarang. Mungkin melawat tapak projek. Arkitek memang jarang berada dipejabat mereka lebih menghabiskan masa ditapak projek. Suara tangisan itu pun tidak lah kuat sangat. Perlahan tapi kedengaran seperti seseorang menahan sakit.
Kerana ingin kepastian Faizul melangkah mendekati tandas tersebut.
Dia cuba mendengar dengan lebih dekat lagi. Telinga didekatkan di pintu tandas. Mana tahu sesuatu yang tidak baik berlaku.
"Macam suara Maisara" Ujarnya sebaik perasan dengan suara dari tandas tersebut. Baru sahaja tangan ingin mengetuk pintu tandas kedengaran Maisara seperti berkata sesuatu, niatnya tadi mati serta merta.
"Aku tak patut menangis, Aku patut terima semuanya. Aku kuat.. Aku kuat untuk hindarkan perasaan ni. Aku tak pernah berharap. Tapi hati aku yang memilih untuk masih cintakan Faizul." Kedengaran Maisara lebih kepada memberi semangat untuk diri sendiri. Dan Faizul tahu Kata-kata itu diiring dengan tangisan. Mendengar apa yang dikatakan Maisara membuatkan Faizul terkejut jadi selama ini Maisara masih mencintainya.
Dia terlalu terkejut selepas mendengar apa yang dikatakan Maisara. Dia tidak pernah terfikir pun gadis itu masih mencintainya. Dia fikir selama ini Maisara membencinya kerana memutuskan hubungan mereka dulu. Hanya baru malam ini dia mendapat kekuatan untuk bertanya kepada Maisara hal yang sebenar tapi gadis itu seperti tidak ingin tidak ingin memberinya jawapan yang sebenar.
Rambut hitam pekatnya yang berjuntai di dahi ditolak ke belakang, mata dipejam. Kepala didongakkan ke atas.
Dia pening memikirkan hal ini, apa yang perlu dia lakukan? Perlukan dia memberitahu Maisara yang perkara sebenar?
"Tak! saya tak pernah tunggu awak" Dia teringat lentingan Maisara tadi.
"Mungkin you tak tunggu I tapi I tahu you masih cintakan I mai"
Share this novel