Rate

Lelaki paling biadap Bab 24

Humor Completed 61915

Bukit Antarabangsa

Datin Sri Sahara menapak mundar-mandir di ruang tamu rumahnya dengan raut wajah resah, kedua anak matanya melihat skrin Telefon pintar sambil membaca mesej dari Farid Husin,

"Bini tak bagi balik?,"
Bisik Datin Sri Sahara lalu tersengih nipis kemudian membalas mesej kepada Farid Husin

whatsapp

"Kalau macam tu, kenapa tak bawa sekali isteri farid ke rumah, mak pun nak kenal,"

Farid Husin
"Isteri farid cuma gadis kampung je Mak, cleaner pulak tu, manalah layak untuk farid kenalkan pada Mak,"

Datin Sri Sahara mengeleng kepala
"Kenapa farid cakap macam tu, dah itu jodoh farid, Mak kenalah terima,"

Farid Husin
"Mak bolehlah terima, tapi Ayah?,"

wajah Dato sri Sahara mengerut
"Kanapa dengan Ayah?, Farid takut?,"

Farid Husin
"Farid tak takut Mak, cuma Farid risau, Ayahkan nak kahwinkan Farid dengan anak perempuan Tan seri Omar, kalau Ayah tahu Farid betul-betul kahwin dengan Cleaner Farid, mesti ayah pingsan lagi,"

Wajah Datin Sri Sahara berubah berang bila membaca mesej dari anak bongsunya, barulah dia tahu mengapa Tan seri Omar beria-ria cari suaminya
"Nak kawinkan Farid dengan anak Tan seri Omar, betul ke Farid?,"

"Ya, nanti mak tanyalah Ayah"

Datin Sri Sahara lantas melabuhkan punggung di atas sofa, hatinya merasa geram bila mengetahui rancangan suaminya cuba memperjodohkan farid Husin tanpa pengetahuannya, padahal dia sudah mengingatkan suaminya jangan menganggu kehidupan anak bongsunya lagi, setelah suaminya menyerahkan Farid Husin kepada arwah ibu mertuanya tanpa persetujuannya

*********************

"Encik farid tak pergi pejabat?,"
Tanya Fazura sambil berdiri di sisi sofa memandang Farid Husin sedang melihat skrin Telefon pintar

Farid Husin tidak terus menjawab, dia menghela nafas panjang selepas berwhatsapp dengan ibunya,

"Tak..,"
Jawab farid Husin

Fazura menapak di depan Farid Husin lalu duduk di lantai, tingkahnya itu membuatkan bibir farid Husin tersengih namun lelaki itu hanya membiarkan Fazura tanpa menyuruh wanita muda itu supaya duduk di sofa

"Habis tu, bila lah kita nak kahwin?,"
Tanya Fazura lagi

"Amboi.. tak sabar ke?,"

"Hiss.. bukanlah, saya cuma risau, nanti tiba-tiba encik farid suruh saya kemas pakaian lagi"

"Laa... macam mana Fazura tahu, aku memang nak suruh Fazura kemas pakaian pun,"

"Ha..?,"
Fazura segera duduk menegak dengan wajah terkejut
"Sekarang ke?,"

Farid Husin terus tergelak melihat reaksi Fazura
"Gurau jelaah,"

Fazura mencebit bibirnya sambil mencekak pinggang
"Janganlah gurau camtu encik farid, saya takut tau tak,"

Farid Husin mengeleng kepala
"Kita kahwin hari khamis tau, tapi petang tu aku kena pergi Indonesia, isnin baru aku balik,"

"Lamanya, Encik farid buat apa pergi sana?,"

"Tentulah keja, aku buat apa lagi,"

"Pergi dengan sapa?,"
Tanya Fazura lagi

"Aisya, puspa dengan wati,"

"Ha.. semua perempuan, takde lelaki ke?,"
Tanya Fazura dengan mata terbeliak, hatinya tiba-tiba cemburu bila Farid Husin menyebut nama-nama staf wanita

Farid Husin tersengih seget memandang Fazura
"Pergi dengan perempuan barulah seronok,"
Jawab Farid Husin sengaja mengusik

Fazura lantas berdengus kuat
"Habis tu, kenapa encik Farid tak ajak je salah seorang tu jadi bini encik farid, mengapa ajak saya, diorangkan semuanya cerdik,"

"Laa.. Islamkan benarkan lelaki kahwin lebih dari satu, tak akan Fazura tak tahu,"

"Ooo.. lebih dari satu, ya,"
Fazura bergegas berdiri dari duduknya wajahnya mengerut marah
"Saya tak nak kahwin dengan Encik farid,"

"Weii.. relexlah, aku gurau jelah,"
Kata Farid Husin dengan wajah terpinga-pinga sambil melihat Fazura berlari naik ke tingkat dua
"Biar betul si fazura nie, tak akan cemburu kot,"

*******************

Hospital swasta kuala lumpur

Datin Sri Sahara hanya duduk di sisi katil sambil memperhati suaminya sedang di suap hidangan tengahari oleh anak keempatnya, kedua keningnya jelas bertaut seakan-akan menahan sesuatu di lubuk hati daripada berbicara, melihat wajah pucat, lelah suaminya membuatkan hatinya bebelah bahagi untuk menanyakan tentang perkahwinan yang telah di atur oleh suaminya itu

Farah sejak tadi diam-diam menjeling ke arah ibunya, sedang menatap tajam wajah ayahnya namun tidak berani menegur

"Cukup Farah, ayah dah kenyang,"
Kata Dato sri Hassan kamarudin kemudian mengensot tubuh, duduk menyandar di hujung katil

Farah lantas bangun dari kerusi menaruh pinggan di atas meja, sebelum menarik beberapa keping tisu dari kotak

"Farid ada balik rumah?,"
Tanya Dato sri Hassan kamarudin sambil mengambil tisu di hulur anak keempatnya

Datin Sri Sahara tidak menjawab hanya mengeleng kepala

"Awak jangan risau, Farid dah beritahu saya, perkahwinan dia tu hanya gurau je,"
Kata Dato sri Hassan kamarudin sambil melirik senyuman,

"Kalau betul, apa salahnya,"

Dato sri Hassan kamarudin lantas memandang wajah isterinya sejak tadi memasamkan muka

"perempuan tu cuma cleaner, janganlah awak main terima je,"

"Cleaner pun manusia juga abang, bezanya cuma kerjanya saja, kalau dah itu jodoh si farid, saya terima je,"

"Awak nie dah kenapa?,"
Tanya Dato sri Hassan kamarudin sedikit terbatuk-batuk

Datin Sri Sahara mengeluh perlahan sambil mengalih pandangannya ke arah anak keempatnya

"Lama kau tak balik rumah Farah?,"
Tanya Datin Sri Sahara pada anak keempatnya sangaja mengubah topik bualan untuk mengelak daripada bergaduh dengan suaminya

Wajah farah terpinga-pinga memandang ibunya, padahal di baru saja berjumpa dengan ibunya minggu lepas

"Bukan ke Farah ba...,"

Datin Sri Sahara pantas memotong bicara anak keempatnya
"Kalau farah memang takde hati nak balik, lain kali jangan balik terus,"

Datin Sri Sahara lantas bangun dari duduknya lalu menapak keluar dari bilik, membuatkan wajah Farah dan Dato sri Hassan kamarudin kelihatan bingung

Dato sri Hassan kamarudin mengeleng kepala
"Pergi kejar mak kau tu, farah,"
Arah Dato sri Hassan kamarudin, bingung dengan tingkah isterinya tiba-tiba memarahi anak keempatnya

"Kenapa pulak dengan mak nie,"
bisik Farah lalu bergegas bangun dari kerusi menapak laju keluar dari bilik

Selepas keluar dari bilik, Farah bergegas mengejar ibunya, namun segera menghentikan langkah

"cepatnya ibu berjalan?,"
Bisik Farah dengan wajah hairan, tidak lagi melihat kelibat ibunya, padahal ibunya baru sahaja keluar dari bilik

wanita bertudung Satin lantas menoleh ke belakang, Datin Sri Sahara kelihatan sedang duduk di salah satu kerusi di luar bilik, wajah Farah lantas berkerut bila melihat ibunya lalu menapak lemah

"Kenapa nie Mak?, tiba-tiba je kata farah tak balik, kan farah baru jumpa mak kat rumah minggu lepas,"
Tanya Farah sambil duduk di sebelah ibunya

Datik Sri Sahara tidak terus menjawab, kedua matanya hanya menatap kosong ke arah dinding

"Mak..,"

Dato sri Sahara berdengus perlahan
"Mak bukan ye marah farah, tapi mak marah kat ayah kau,"

"Tengok tu, bila mak marah kat ayah je mesti lempiaskan pada anak mak,"
Balas Farah dengan wajah merajuk sambil memeluk tubuh

Dato sri Sahara mengalih wajah memandang anak keempatnya
"Mak minta maaf sayang,"
Ucap Datin Sri Sahara sambil mengusap pipi anak keempatnya

"Okay.,"
Farah tersenyum sambil memegang tangan ibunya
"Sekarang beritahu farah, mengapa mak marah ayah?,"

Datin Sri Sahara berdengus lagi
"Ayah kau tu lah, Senyap-senyap aturkan perkahwinan farid tanpa pengetahuan mak,"

"Perkahwinanan Farid?, dengan anak siapa mak?,"

"Anak Tan seri Omar,"

Farah menatap wajah ibunya seketika seakan memikirkan sesuatu,
"Kalau anak Tan seri Omar, farah rasa dia ada sorang je anak perempuan,"

"Farah kenal ke?,"
tanya Datin sri Sahara

Farah mengangguk kemudian tersengih
"Kenal sangat mak, perempuan tu kaki clubbing, seksi pulak tu, huhh ngeri mak,"

"Betul ke Farah?,"

"Betullah, buat apa farah nak tipu mak, kalau mak tengok pun, comfirm mak pingsan,"
Jawab farah tersengih-sengih

Datin Sri Sahara mengeleng kepala
"Perempuan macam tu ayah kau nak suruh si farid tu kahwin,"

***************

Ampang

"Fazura cepatlah!,"
panggil Farid Husin, berdiri di bawah tangga sambil melihat ke atas,

"Kejaplah,"
terdengar sayup-sayup suara Fazura menjawab di tingkat dua

Wajah Farid Husin mengerut sambil melihat jam di tangannya
"Weii Fazura, kau nak kahwin ke, tak nak nie?,"

"Nak..,"
Fazura bertudung coklat, berpakaian baju kurung gaya traditional, bergegas menapak laju turun ke bawah

"astaghfirullah al- azim..,"
Ucap Farid Husin sambil mengusap dahinya, bila melihat Fazura

"Kau takde pakaian lain ke Fazura, itukan pakaian yang kau pakai hari tu,"
Tanya Farid Husin bila perasan pakaian di pakai fazura sama dengan pakaian ketika dia hantar wanita muda itu ke terminal TBS

"Ini je pakaian yang elok saya ada,"

Farid Husin merapatkan wajahnya menatap wajah Fazura
"Make up pun kau tak pakai, apa kau buat lama-lama ke atas tu?,"

Fazura mencabit bibirnya
"Saya nak pastikan je, kalau saya berpakaian elok,"

"Memang tak pun, dah rupa macam orang gaji,"

Fazura menuduk kepala melihat-lihat pakaiannya, dirinya mula merasa malu, kemudian melihat farid Husin terlihat sangat kacak dan segak mengenakan baju melayu berwarna biru

"Dah laa, kita dah lewat nie,"
Rungut Farid Husin kemudian menapak ke arah pintu, di ekori Fazura dengan wajah sedih

***************

Hujan lebat menyiram bumi pada pagi itu, sejuknya mencengkam hingga ke tulang, fazura mengetap giginya dengan wajah kelihatan mengigil-gigil, Farid Husin yang perasan keadaan Fazura segera menutup Aircon keretanya

"Sejuk sangat ke?,"
Tanya Farid Husin

Fazura terangguk-angguk, sambil anak matanya menjeling ke arah Farid Husin

"Aku hairanlah?,"
Farid Husin mengalih pandangannya seketika ke arah Fazura kemudian mengalih pandangan ke arah tingkap depan
"Aku rasa aku dah bagi Aeon voucher pada Fazura, kenapa tak beli pakaian guna Voucher tu?,"

"Saya tak tahu tempat tu kat mana,"
Jawab Fazura masih mengigil sejuk

Farid Husin mengeleng kepala
"Kenapa tak ajak je kawan-kawan sekerja?,"

Fazura mengeluh perlahan
"Bukan saya tak nak ajak, tapi saya takut kalau diaorang tanya mana saya dapat Voucher tu,"

Farid Husin terangguk-angguk, seakan memahami maksud Fazura, memandangkan dia hanya memberi Voucher itu kepada Fazura seorang saja, tidak kepada cleaner-cleaner yang lain, mungkin Fazura takut jika di tuduh mencuri

*****************

Hamdan tersengih-sengih sambil bersila di sebelah Farid Husin di dalam masjid sambil memerhati beberapa lelaki berusia 60 an kelihatan sedang berbicara dengan imam masjid, Farid Husin menoleh ke belakang melihat Fazura duduk keseorangan sedang memerhati ruangan masjid, membuatkan Lelaki itu mengeluh perlahan

"Orang asli manalah aku bawak nie,"
Keluh Farid Husin dalam hati

"Baiklah, semua lengkap,"
Kata imam bersongkok putih, berjubah hijau setelah melihat dokumen yang di bawa Farid Husin
"kalau gitu, Sila bayar duit mas kahwin ya encik farid,"
Kata imam itu lagi

Farid Husin mengeleng kepala
"Tak perlu tok imam, kami berdua kahwin tanpa melibatkan apa-apa duit,"
jawap Farid Husin dengan wajah yakin

Wajah imam dan beberapa lelaki di sebelah kiri dan kanannya lantas tergamam bila mendengar jawapan Farid Husin

"Weii farid, tok imam tu bukannya mintak duit hantaran, duit mas kahwinlah,"
Bisik Hamdan dengan kerut di dahi

"Ha? duit mas kahwin, berapa?,"
Tanya farid Husin dengan wajah terpinga-pinga

Imam masjid mengeleng kepala bila melihat tingkah lelaki di depannya
"Lapan puluh ringgit je encik Farid,"

Farid Husin tersengih
"Lapan puluh ringgit je, saya ingatkan lapan puluh ribu ringgit,"

"astaghfirullah al- azim,"
Ucap Imam masjid sambil mengeleng kepala
"Mari kita mula,"

"Nanti,"

Farid Husin, Hamdan, imam masjid dan beberapa lelaki di sebelah kiri dan kanannya lantas memandang ke arah Fazura

"Maafkan saya,"
ucap Fazura memandang lelaki-lelaki di depannya sebelum menatap wajah Farid Husin
"Maafkan saya Encik Farid,"

Farid Husin terpinga-pinga sambil memusingkan tubuhnya
"Kenapa nie Fazura?,"
Tanya farid Husin dengan wajah hairan

"Sebelum kita kahwin, saya nak encik Farid bersumpah dulu,"
Jawab Fazura sambil mengerut wajah kerana takut

"Hiss.. kenapa pulak tiba-tiba kau nak suruh aku bersumpah nie?,"
Tanya farid Husin sambil mengusap dahinya, merasa geram dengan permintaan Fazura

"Saya cuma risau je, kalau encik farid tak kotakan janji encik Farid lepas kita kahwin,"
jawab Fazura sebab dia sedar perangai lelaki yang akan di kahwinnya itu

"Kau tak pecaya kat aku ke?,"

"Ah ah, lansung tak pecaya,"
Jawab Fazura terus memeluk tubuhnya dengan tatapan tajam

"Kurang asam betul..,"

"Alaa bersumpah jelaa encik, itukan bakal isteri encik nanti, hidup semati,"
Celah imam masjid

"Betul tu, Lainlah kalau bakal isteri encik tu suruh bersumpah tak kahwin lain, ha.. itu beratlah sikit, kita nie ada kuota tiga,"
Kata pula seorang lelaki di sebelah kiri imam masjid membuatkan imam dan beberapa lelaki di situ temasuk hamdan tergelak

Farid Husin mengeluh perlahan sambil menatap wajah fazura seakan-akan tidak mahu mengalah

"Okaylah, kalau kau nak aku bersumpah, aku bersumpah sekarang,"
Kata Farid Husin malas nak memanjangkan masalah

Farid Husin lantas bersumpah di depan imam masjid setelah membayar mas kahwin, dia bersumpah tidak akan sesekali memarahi dan menghina Fazura Selepas kahwin, namun Fazura menyuruh Farid Husin bersumpah supaya mendengar cakapnya walaupun Farid Husin berat untuk melafazkanya namun dia terus mengalah selepas di pujuk imam dan para saksi

******************

Akhirnya pernikahan berjalan dengar lancar, Fazura telah menjadi isteri sah kepada Farid Husin anak bongsu kepada Dato sri Hassan kamarudin, lelaki yang dahulunya selalu menghinanya dan mempemalukannya namum sekarang, lelaki itu telah menjadi lelaki amat di cintainya

"Farid, jangan lupa tau, bayar balik duit cincin,"

"Ya gemuk, aku bayarlah nanti,"
Jawab Farid Husin sambil menapak ke arah kereta bersama Fazura, dan ketika itu telefon pintarnya berdering

"Ayah?,"
Ucap Farid Husin bila melihat nama yang tertera di skrin telefon pintarnya kemudian tersengih nipis, dia tidak sabar untuk memberitahu ayahnya tentang perkahwinannya

"Assalamualaikum ayah"

Dato sri Hassan kamarudin
"Waalaikummusalam, Farid,"

"Kenapa ayah call Farid?,"

Dato sri Hassan kamarudin diam seketika di talian
"Ayah nak minta Maaf,"

"Minta maaf?,"

Dato sri Hassan kamarudin
"Ya Farid, ayah dah ambil keputusan tak akan lagi memaksa Farid untuk berkahwin, tentang rancangan ayah nak kahwinkan Farid dengan anak Tan seri Omar, ayah dan batalkan, Farid tak risau ya, Ayah cuma nak farid balik ke rumah, mak Farid pun dah risau, itu je ayah nak cakap, Assalamualaikum,"

"Waalaikummusalam,"
Jawab Farid Husin dengan nada lemah, riak wajahnya terlihat bingung sambil menatap wajah Fazura sedang berdiri di balik pintu penumpang

"Kenapa sekarang ayah aku baru beritahu, aku dah pun kahwin,"
ngeluh Farid Husin seakan ingin menangis dalam hatinya mula timbul rasa menyesal mengahwini Fazura

Farid Husin menarik nafas dalam-dalam
"kenapa tak masuk dalam kereta?,"
Tanya farid Husin

Fazura tidak menjawab, kedua matanya memandang farid Husin sambil kedua tangannya di silang belakang tubuh

"Kenapa lagi nie?,"
Tanya Farid Husin sambil mengetap giginya

"Bukalah pintu nie untuk saya,"

"Ha!,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience