19

Drama Completed 10650

Arash menyambung pelajarannya. aku..
aku harus bekerja lagipun haris masih kecil untuk aku tinggalkan.qayyum sudah masuk ke madrasah. tinggal lah aku,ibu,Redza dan si comel haris.arash kerap menelefon ku dan mesej ku.diceritakan segala kegiatannya.rindu aku padanya tidak tertanggung.lambat.rutin harian ku tidak serenyah dulu kerana haris sudah pandai berjalan dan sudah boleh makan makanan solid.
"ibu tak meniaga esok.. ibu nak pos barang untuk qayyum.. pagi tu nak pergi pekan nak beli barang sikit lagi.. tengahari baru nak pos"ujar ibu.
"anisa teman ibu.. esok anisa kerja petang"ujarku.
"tak pe,ibu boleh pergi sendiri.. anisa cuma tolong masak je"pinta ibu. aku akur.

ibu sudah ke pekan bersama haris, redza sudah ke sekolah.usai mengemas aku mula memasak
.aku mesej arash tidak berbalas.. telefonnya juga tidak dijawab. sibuk sangat dia.
"haris dah balik"panggilku.aku mengambil haris lalu memeluknya.pejam celik pejam celik haris sudah berusia dua tahun. cepat benar masa berlalu
"ibu, anisa rasa anisa nak ambil semula tempahan baju dan langsir,kesian ibu selalu usung haris"aku cuba mengutarakan niatku
"anisa kata nak sambung belajarkan.. kalau anisa sambung belajar siapa nak menjahit"soal ibu
"anisa rasa anisa tak jadi sambung belajar"ibu agak terperanjat
"kenapa pula"soal ibu
"nanti anisa sambung belajar, iyan kena kerja sorang sorang..kesian dia... mana nak jaga haris lagi.. nak kerja lagi"aku dapat rasakan apa yang bakal dia lalui nanti
"dia kan suami dan ayah pada haris,dia kena bertanggung jawab pada keluarga dia"ujar ibu. aku terdiam. aku bersiap ke tempat kerja dan aku dihantar ibu.. arash sudah berpesan jangan dibiarkan aku balik sendiri andainya aku kerja petang. permintaan itu walaupun mudah tapi aku kasihan akan ibu yang terpaksa menunggu hinggal 11malam semata mata mahu mengambilku.rindu ku pada arash tidak tertanggung.. telefonku aku tatap andai ada mesej dari arash yang aku terlepas pandang tapi sayang aku hampa.syirah juga telah sambung belajar.. aku tidak punya teman.aku menunggu ibu di depan store.kelibat seseorang yang amat aku kenali sedang menunggang motor ayah. aku bersorak keriangan
"iyan... bila balik"aku memeluk tubuh itu.
"petang tadi"pelukanku dibalas
"rindunya"ujarku..
"iyan pun"dahiku terasa hangat dek kucupannya.dipakaikan aku helmet. aku hanya memerhati susuk tubuh itu.pinggannya ku peluk erat.

"sampai hati ibu berpakat dengan iyan"rajukku
"saja lah.. kalau ibu cakap tak surprise la nanti"ujar ibu
"ye lah tu... ibu malam ni haris tidur dengan kami ya"pintaku
"takpe.. haris tidur dengan ibu.. lagi pun suami baru balikkan ibu bagi chan"usik ibu. muka ku yang merah akibat malu aku terkup ke dada arash. arash tertawa.arash duduk ditepi katil. dia memerhati setiap gerak geriku.
"apa.. "soalku
"sayang nampak lain la"ujarnya
"lain apanya.. sama je"aku menyangkut bajunya didalam almari
"tak nampak lain, nampak cantik sangat"pujinya
"alamak anisa takde duit kecik"usikku
"nak buat apa duit kecik"raut wajahnya kehairanan
"yelah iyan dah puji anisa.. anisa nak bagi lah balasan tapi duit seringgit takde"aku tertawa.
"amboi..."dia datang menghampiriku.jantungku berdebar.renungan matanya yang redup ku tenung.. tangannya melingkari pinggangku
"iyan nak buat apa ni"balasku.nada ku bergetar
"nak minta balasan atas pujian"ujarnya lembut
"esok pagi anisa bagi ya"aku menggigil. sudah lama kami tidak sedekat ini selepas peristiwa itu.
"apa yang esok pagi"soalnya
"milo ais,roti telur"ujarku.arash tertawa
"bukan itu"bisiknya.aisshhhh...macam pontianak pulak bisik bisik.... bulu roma ku meremang.. aku berganjak sedikit demi sedikit dan tersandar ketingkap..
"kenapa ni... tak rindu iyan ke"soalnya manja
"rindu...rindu sangat..."aku menguis nguis bahunya tapi dia tetap disitu.aku membuka tingkap lalu berpaling keluar..
"subhanallah, cantiknya malam ni"puji ku
"ishhhhh.... "rajuknya. dia memelukku erat dari belakang. aku tertawa.

aku dihantar dan diambil arash sementara cutinya.kami menyemai bibit manis sebanyak mungkin.
"iyan, anisa rasa anisa tak nak sambung belajar lah.. anisa nak terima tempahan jahit baju dan langsir"ujar ku
"la.. kenapa pula, keputusan sayang kan ok"soalnya.
"sebab anisa tak nak susahkan iyan.. mana nak jaga haris.. mana nak kerja.. takkan nak harapkan ibu.. kesian ibu.. "ujarku
"tak payah lah fikir pasal tu.. sayang sambung belajar.. iyan support.. habis belajar baru la amik upah menjahit. "aku hanya terdiam. dia benar benar maksudkannya
"anisa tak nak susahkn iyan"ujarku.jariku digenggam erat
"sayang.. sayang tanggung jawab iyan.. iyan nak tengok sayang gembira.. lagipun kalau kata sayang sambung belajar.. sayang boleh kembangkan bisnes.. takkan nk amik upah dekat rumah je"ujarnya.
"sayang tak susahkan iyan.. sayang buah hati iyan.. takde apa dalam dunia yang susah..demi sayang.. semua benda iyan boleh settle"ujarnya.aku memeluknya erat.angin pantai meniup lembut.

aku memeriksa pengajian yang sesuai dengan ku.aku buntu tidak tahu mana satu yang hendak aku pilih.
"pengajian perniagaan kan satu tempat dengsn iyan.. pergi lah.. "nasihat ibu. aku takut arash tidak selesa. arash yang tinggal lagi dua semester pengajiaannya tidak mahu aku ganggu dengan kehadiran ku disitu. aku menelefon arash dan meminta pendapatnya.
"boleh boleh... boleh manja dengan sayang hari hari"ujarnya.kesitu pula dia ni lah.. aku cakap lain lain yang dia fikir.. haris ibu sanggup menjaganya.aku benar benar terhutang budi pada ibu.

Dunia baru bagiku sudah bermula.
"sayang.. sini sini"panggil arash apa bila melihat kelibatku. aku menghampirinya.
"ada apa"soalku
"duduk dengan iyan mau"pelawanya
"hah.. "aku terkejut
"budak budak semua dah abis tinggal iyan je sorang.. kita duduk sekali nak.. "soalnya lagi
"nanti apa orang kata pula.. anisa baru je start sem"ujarku
"biarlah kita kan dah kawin.. "nadanya gatal
"bagi anisa fikir dulu ya"ujarku.aku meninggalkan arash dan masuk ke kelasku
"anisa awak rapat ke dengan aras sufiyan tu"soal jiha rakan sekelasku
"ha ah kenapa"soalku
"dah lama kenal"soalnya lagi
"kami satu sekolah,kenapa ya"soalku lagi
"owh... takde lah saya dengar dia bercinta dengan si Alicia budak engineering tu. "aku tergamam. oh patut la dia nak aku duduk dengan dia.. rupanya berskandal dekat sini.. siap kau arash sufiyan. geram nya aku....

"sayang... "panggil arash
"siapa alicia"soalku
"owh dia classmate iyan, kenapa"soalnya
"classmate atau skandal"soalku
"mana ada.. mana dengar fitnah ni.. "jelas arash dari percakapannya aku tahu arash berkata benar.
"satu campus dah tahu.. pasangan budak engineering paling hot... "ujar ku
"dia tu spesis farah.. ingat tak diva cengeng"soal arash.. aku tertawa mendengar dia menyebut itu.
"hah dorang satu geng la"ujar arash. aku mengangguk.
"bila anisa boleh masuk rumah iyan"soalku
"betul ni.. nak duduk dengan iyan"soalnya.
"ha betul la.. kenapa dah tak valid dah tawaran ke macam mana"usikku.
"sayang punya pasal hari ni pun boleh"ujarku.
"ahad ni anisa pindah."ujarku.. arash keriangan.

"arash"panggil alicia. kami menoleh. dia memandangku seolah aku ini anjing kurap.dengan tanpa rasa bersalah dia merangkul lengan arash. aku terkedu. arash juga terperanjat. dia melepaskan rangkulan tangan gadis itu lembut.
"kau nak apa"soal arash
"i lapar.. jom lunch"ajaknya
"kau pergi lah sendiri.. aku ada date dengan wife aku"lagi sekali aku terkedu
"wife.. siapa.. bila you kawin"soal alicia.
"ini wife aku hajar anisa.. kami kawin dah nak masuk tahun kelima.. aku ada anak sorang umur tiga tahun haris ayash."cerita arash
"kau saja kan nak mengelak dari aku kan"ujarnya.arash mengeluarkan kad perakuan nikah lalu ditunjukkan kepada alicia. dia terdiam dan berlalu pergi dengan amarah.

rumah pertama kami.seperti orang lain. tidur tidak seindah mana, hanya beralaskan tilam nipis dan bantal. tiada meja makan.. tiada tv.. hiburan ditonton melalui taptop atau telefon tapi aku terasa bahagia. haris, ibu tidak benarkan kami mengambilnya kerana tidak mahu menganggu kami belajar apatah lagi arash merupakan pelajar tahun akhir.arash sudah mula bekerja dia restoran makanan segera. adakalanya malam aku sendirian.

"iyan cepat nanti lambat ke kelas"kejutku
"kejap kejap lima minit lima minit"pintanya.
"bangun..."aku menarik tangannya malah tangan ku pula yang ditarik.arash memelukku erat.
"jom bangun"ajaku.pipinya aku cium. dikiri dan kanan.dia menyambar bibirku lalu kami bercumbu.dia mahu lebih tapi lau mengingatkan tugas utama kami. arash bangun dan mandi.

sedang aku belajar aku dikejutkan dengan berita arash pengsan. aku kalut mendapatkan arash dihospital. dia demam panas. badannya berselirat dengan wayar.berita itu tidak aku sampaikan pada ibu dikampung aku tidak mahu ibu risau.
"iyan.. bangun"jari jemari nya aku pegang erat.airmataku menitis. tidak sanggup rasanya aku melihat dia terbaring begitu.aku lap badannya dengan tuala lembap agar suhu badannya turun.
"iyan bangun... anisa sunyi..iyan bangun jangan tidur lama sangat"panggilku.tangan ku digenggam arash. matanya dibuka perlahan.syukur ya Allah..
"kenapa nangis ni.. "diseka airmataku yang mengalir dipipi.
"anisa risau iyan"ujarku.

Arash dibenarkan pulang setelah tiga hari berkampung dihospital.
"lega dapat balik rumah." ujarnya yang duduk diruang tamu. aku membawa segelas air sejuk dan beberapa biji ubat untuk dia makan
"kalau skip tak boleh ke"ujarnya
"jangan nak mengada..cepat makan"ujarku.arash akur. dia lena diribaanku. rambutnya ku belai lembut. wajahnya yang tenang menyembunyikan seribu duka.
"nak masak apa malam ni"soal arash
"mee goreng.. boleh"soal ku
"boleh boleh... lama tak makan mee goreng.. nyam nyam"leherku dikucup lembut lalu dia ke ruang tamu. dia nikmati masakan ku penuh selera.aku berbaring didakapannya. arash menonton filem hollywood dan aku menyiapkan assignment ku.tiba telefon arash berdetak. arash membaca mesej.
"siapa"tanyaku
"alicia"aku menoleh ke arahnya
"dia nak minta tolong iyan, katanya kereta dia rosak tepi jalan, iyan suruh dia call mekanik.. iyan bukan mekanik"balas iyan. aku tersenyum
"iyan pun perlukan mekanik untuk hati iyan.. "ujarnya.
"apo... "balasku. tangannya melingkar pinggangku kami bercumbu..
"izin kan iyan"pintanya.aku gugup
"assalamualaikum"kami melayar bahtera cinta bersama

"tahniah iyan... "arash sudah tamat belajar. tinggal lah aku yang masih berbaki beberapa tahun.haris kami ambil tinggal bersama kami. arash mulakan pekerjaannya sebagai despatch sama seperti sebelumnya.aku juga membuat nasi lemak dan dihantar ke gerai burger berhampiran rumah.
"cuti ni boleh balik tak"tanya ibu dihujung talian
"boleh ibu.. cuti dah start"ujarku
"ibu nak bincang pasal qayyum dengan syirah"aku terkejut
"dorang nak kawin ke ibu"soal ku teruja
"ha ah.. qayyum nak pergi mesir nak bawa syirah sekali"cerita ibu. berita itu aku kongsikan bersama arash. dia turut teruja.

"tak sangka kau jadi adik ipar aku kan"ujarku
"hahaha.. tu la kau reject lagi aku last last jadi juga adik ipar kau"ujar syirah
"wei terima kasih sudi jadi sebahagian dari keluarga aku..keluarga aku bukannya orang senang.. jauh beza dengan keluarga kau"ujarku
"wei apahal kau cakap macam tu... aku terima qayyum tu ikhlas tau.. aku tahu dia boleh bimbing aku dan jadi ayah yang baik untuk anak aku"ujar syirah
"amboi... baru seminggu kawin dah fikir anak"usikku
"harus la... "seloroh syirah yang membuatkan tawa kami berderai.
"ayong... ayong.. "tempik redza
"kenapa kau dik"soalku
"abang iyan accident dengan angah"kaki ku lemah.. aku terjelepuk ke lantai. syirah menangis di katil.

"macam mana boleh accident angah"soalku.qayyum yang cedera agak parah berbaring dikatil
"ada kereta terbabas masuk line kami"ujar qayyum. arash di masukkan ke icu kerana keadaannya kritikal.pengajianku aku rehat sementara waktu. arash memerlukan aku disaat ini.ada kedai disebelah gerai ibu sedang dibina.
"arash yang buat untuk anisa.anisa kata nak menjahitkan lepas belajar. "airmataku menitis.aku tidak tahu akan hal ini. dia tidak pernah berbincang dengan ku.

Hari ini genap 15 tahun insan bernama ARASH SUFIYAN tinggalkan aku dan haris. haris semakin meningkat dewasa.setiap helai dairi yang ditulis Arash aku baca setiap hari bagi mengubat rinduku pada Arash.kesihatanku semakin merosot dek kerana buah pinggang ku gagal berfungsi dengan baik. aku kini berkerusi roda. tidak kuat aku untuk menjahit lagi. hidup ku atas ehsan qayyum dan redza. sungguh aku rindu.. ceritera cinta aku dan sufiyan sentiasa dihatiku. diari jingga penyimpan memori kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience