BAB 5

Humor Completed 734

“Saya nak buatkan sarapan roti telur untuk awak. Tapi, saya buka api dapur gas tu kuat sangat. Habis semuanya terbakar. Hangus,” jawab Nazeem serba salah. Farhana menahan tawanya daripada terburai. Farhana menghampiri Nazeem Dia memandang suaminya itu atas ke bawah. Dia memegang apron yang dipakai Nazeem.

“Buat sarapan untuk saya siap pakai apron?” duga Farhana. Perutnya mulai keras menahan tawa. Nazeem angguk lalu tersengih.

“Hehe. Ya. Kelakar ya?” balas Nazeem Tawa Farhana akhirnya terburai. Dia mencubit pipi Nazeem .

“Kelakar sebab awak kan tak pernah langsung masuk dapur. Kenapa tiba-tiba je awak rajin bangun pagi nak buatkan sarapan untuk saya ni? Siap pakai apron pula tu,” tanya Farhana. Nazeem sengih. Dia memegang perut Farhana . Farhana memandang.

“Kalau awak penat, nanti kasihan baby kita. Saya tak nak awak penat. Saya nak baby kita sihat,” jawab Nazeem sambil mengusap perut Farhana. Hati Farhana tersentuh. Dia mencapai tangan Nazeem lalu diletakkan di pipinya. Dia senyum memandang Nazeem.

“How sweet. Terima kasih awak. Tapi, kalau boleh tak payahlah masak. Awak tolong saya pun dah memadai,” ucap Farhana gembira. Nazeem senyum.

“Sama-sama. Okay-okay. Saya tak masak lagi. Mulai sekarang, saya janji akan tolong awak buat kerja rumah dan masak kat dapur. Baby, daddy janji!” ujar Nazeem sambil meletakkan tangannya ke perut Farhana. Farhana tertawa kecil melihatkan gelagat Nazeem.

“Tapi, saya lapar. Sarapan pula dah hangus. Macam mana ni?” ujar Farhana manja. Nazeem membuka apron yang dipakainya lalu menarik tangan Farhana.

“Eh, nak pergi mana?” tanya Farhana . Nazeem senyum.

“Kita pergi sarapan kat luar jelah. Saya nak belanja baby kita makan roti canai kat kedai mamak,” balas Nazeem Farhana tertawa kecil lalu menuruti langkah suaminya itu. Dia gembira Nazeem mula mengubah sikapnya selepas dia disahkan mengandung. Dia berharap perubahan suaminya itu akan berterusan. Dan dia juga berharap agar dia selalu dapat melihat suaminya itu memakai apron dan memasak bersama-samanya di dapur. Farhana tersengih. Lalu berbisik di dalam hatinya.

“Suami aku pakai apron!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience