BAB 9

Horror & Thriller Completed 307

“Dinzly … aku takut.” Air mata Scha sudah merembes.

“Kita mesti keluar dari tempat celaka ini!” nekad Dinzly . Dia terus-menerus menarik tangan Scha . Dia tidak mahu mati di sini!

Langkah Dinzly terhenti. Scha berlaga pada tubuh Dinzly . Dinzly memandang sekelilingnya. Mereka berada di bilik tempat mayat Muiz ditemui. Mayat Muiz masih berada di situ.

“Dinzly yy…”

“Mari…” Dinzly menarik tangan Scha . Kali ini Dinzly menggunakan tangga belakang.

Celaka. Dia tidak patut diheret ke tempat puaka ini. Sudah dikatakan berhantu mereka masih tidak percaya. Ini natijahnya. Mereka perlu membayar dengan darah.

Dinzly berganjak ke belakang sebaik terlihat bayangan lembaga di bawah tangga. Dia menarik Scha masuk ke dalam bilik sampah itu. Sebaik dirasakan keadaan selamat mereka keluar dari tempat persembunyian.

Namun Scha sudah tidak berada di belakang Dinzly lagi. Scha sudah tiada dalam pegangan Dinzly .

“Scha !”

“Dinzly ! Dinzly , tolong aku!” laungan Scha kedengaran.

“Scha !” Dinzly memijak semula anak tangga ke tingkat atas.

“Dinzly ! Dinzly !”

Suara Scha berada di atas bumbung bangunan.

“Scha !”

Pintu terakhir ditendang. Dinzly melaung-laungkan nama Scha . Tiada sahutan seperti tadi.

“Scha !”

“Dinzly …” Scha muncul di hadapan Dinzly . Tubuh Dinzly dipeluk erat.

Mata Dinzly terbuntang melihat mayat Ian yang berselirat dengan wayar-wayar ariel itu. Ian sudah tidak bernyawa. Tubuh Scha yang Dinzly peluk amat sejuk. Sejuk sekali. Dinzly menolak keras tubuh Scha

“Kau bukan Scha ?”

Scha yang menunduk melirikan senyuman menakutkan. Dia mengeluarkan pisau yang tersembunyi dibelakangnya.

Scha meluru ke arah Dinzly . Dinzly bertindak pantas dan menolak tubuh Scha hingga jatuh dari bangunan 17 tingkat itu. Kepala Scha pecah. Darah mengalir. Scha tidak bergerak lagi. Matanya terus terbeliak memandang ke atas.

Dinzly terduduk meraup wajahnya berkali-kali. Dia telah membunuh Scha . Dinzly meraung. Rintisan hujan membasahi bumi. Dentuman kilat bergema di kaki langit. Dinzly mengaturkan langkah longlai. Saat itu Dinzly terasa seperti ada sesuatu menyerbu ke arahnya dari belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience