*Penculikan*

Mystery Series 760

" Kak orang dah tak tahan lagi ni. Ucu nak pergi tandas jap . Akak tunggu tau." dia sudah tidak tahan mengeluarkan isi perut nya.
Mana tidaknya sepinggan nasi lemak dia habiskan. Walaupun sepinggan tapi mengikut porsi pemakanan nya itu dah melebihi dari sukatan.

" Pulak dah. Pergilah jangan lama-lama tau. Lepas ni kita nak balik lagi."

" Taklah. Tak lama punya."

Kelihatan Adzrelina terkedek-kedek berlari mencari tandas, dia sudah tak mempedulikan orang-orang disekelilingnya yang memandang pelik cara dia berjalan.

Dia dah tak peduli semua tu, yang dia tahu sekarang ni kena lepas hajat dulu.

Firsya mengambil tempat duduk yang berdekatan untuk mengurangkan rasa lenguh di kaki. Dia mengeluarkan smartphone lalu menskrol Instagramnya yang sudah lama tidak dilihatnya. Maklumlah, dia lagi sedang bercuti jadi malas mahu mengambil tahu perkembangan semasa yang berlaku di alam maya.

Tidak ada yang mampu menarik minatnya. Kebanyakkan nya manusia yang terkinja-kinja menari di depan kamera.

' Ha baguslah tu menari depan kamera. Bagi tayang satu badan awak tu dekat satu dunia ni cik adik oi' gumam Firsya dalam hati.

Kadang dia pelik juga dengan budak-budak zaman sekarang ni, tidak ada rasa malukah mereka menari di depan kamera seperti itu terutama sekali kaum wanita. Apa nak jadi dengan manusia sekarang ni.

Malas mahu mengambil pusing Firsya meletakkan semula smartphone nya ke dalam handbag. Dia menunggu adiknya keluar dari tandas dan mahu membawa adiknya pulang. Namun sudah beberapa minit menunggu adiknya masih belum muncul jua.
" Aish ucu ni membuang ke membuat tandas. Lama betul dia kat dalam tu. Nak dekat setengah jam aku tunggu ni." Risau Firsya dibuatnya.

Firsya sudah tidak menunggu lama lagi, dia terus meluru melangkah masuk ke dalam tandas yang adiknya masuk sebentar tadi. Dia membuka satu demi satu pintu tandas yang ada, tetapi tidak ada seorang pun di dalamnya.

Dia sudah tidak sedap hati. Dia takut kalau-kalau apa yang difikirkannya ketika ini adalah benar. Dia tidak mahu itu terjadi.

Sehinggalah ke pintu terakhir dia masih menunggu seseorang dari dalam keluar dari pintu tersebut.

HAMPA. Lain yang ditunggu lain yang keluar. Seorang wanita tempatan keluar dari tandas tersebut. Dia hanya memandang pelik ke arah Firsya yang bertenggek di luar pintu tandas.

" Are you okay miss??" Tanya wanita itu.

" I'm okay. "
Wanita tempatan tadi ingin berlalu pergi, namun belum sempat dia keluar Firsya cepat-cepat menarik tangan wanita itu semula.

" I'm sorry miss , Do you see a woman wearing a black denim skirt, her height is as tall as your shoulder. She also wore a white pashmina shirt. Did you see her when you went to the toilet just now?"kata Firsya

" I'm sorry too miss. I haven't seen a woman like you said earlier. When I entered this toilet there was no one here except me. Why miss??"tanya wanita itu prihatin.

" Nothing, thanks for the information. I 'm sorry for disturbing you"agak lesu suara Firsya menjawab.

" It ok miss. It not a big problem." Wanita itu berlalu pergi dan menyambung langkahnya keluar dari tandas itu.

Firsya tidak tahu harus berbuat apa lagi. Dia keliru kemana adiknya pergi. ' aku tak boleh macam ni ,aku kena cari ucu sampai dapat'.

Dia mula menapak keluar mencari kelibat adiknya. Dia binggung dimana harus dia mulakan pencariannya. ' kalau tak dapat , aku kena jumpa pihak pengurusan mall ni. Harap dorang sudilah bantu aku.'

Firsya berjalan sambil bertanya kepada pengunjung-pengunjung yang ada dengan perasaan yang sebu. Dia takut kehilangan adiknya. Hampir setiap pelosok mall itu dicarinya. Namun tidak juga menemui dimana Adzrelina berada.

' Aku dah takde cara lain.'bisik hati Firsya

***

" Siapa kau?? kenapa buat aku macam ni. Aku salah apa kat kau" Adzrelina meronta-ronta ingin melepaskan diri.

Namun tali yang diikat di tangannya semakin lama semakin ketat apabila dia meronta.
" Percuma kau buat macam tu...tali tu takkan longgar malah dia akan semakin ketat bila kau cuba meronta. Saran aku baik kau duduk diam aje. Tangan tak sakit telinga aku pun tak sakit" ujar lelaki itu.

" Oi orang giler ,lepaskan aku lah bongok... aku akan bagi kau seberapa banyak yang kau nak. Asal kau lepaskan aku." Adzrelina berteriak kerana sakit hati dengan lelaki tersebut.

Bas yang dipandu olehnya berhenti secara mengejut. Dia mula memandang ke belakang dan melihat wajah Adzrelina dengan tenang. Dia tersenyum dan menampakkan lesung pipit di sebelah kiri pipinya.

" Aku akan lepaskan kau bila aku dah dapat apa yang aku dan kawan-kawan aku nak."

Adzrelina terpaku dengan senyuman yang diberi oleh si penculik tersebut namun cepat-cepat dia tersedar kerana kata-kata yang dilontarkan oleh lelaki itu tadi.

" Kau nak buat apa dengan aku ah?? kau jangan macam-macam. Aku sepak kau karang."
Adzrelina sedar ugutannya itu hanya akan dipandang serong oleh lelaki tersebut. Dia sekarang pun sudah tidak berdaya ada hati nak melawan lelaki yang sado tu.

" Aku takkan buat benda kotor tu dan aku bukannya lelaki yang bernafsu dengan penduduk di bumi ni. Penduduk dekat tempat aku lagi cantik." ujar lelaki tersebut.

" Apa maksud kau penduduk tempat kau??" agak janggal di pendengaran nya apabila dia mendengar penduduk di tempatnya??

" Itu kau tak perlu tahu . Sekarang ni, kau nak diam ke tak? kalau kau tak nak diam, aku solotape kejap lagi mulut kau tu."ugutnya.

Adzrelina yang tidak berpuas hati hanya menjeling tajam lelaki tersebut. Pemanduan diteruskan tanpa ada sebarang bunyi daripada mereka berdua.

' Eish asal suara dia ni serak habis ha. Tak macam penculik pun. Muka dah lah macam Alvin Chong tapi mata dia tak sepet sangat. Hensem...uish apa aku mengarut ni'...

Adzrelina menggeleng-gelengkan kepalanya kerana terkejut dengan suara hatinya sebentar tadi. Dah macam mabuk ketum pun iya.

" I know what you think about me. Btw thank you" lelaki itu tersenyum memandang kaca belakang bas itu.

Adzrelina tersenyum senget... ' Macam lah kau tau' Adzrelina bercakap dalam hati.

' Ye aku tahu dan aku dengar.'

Adzrelina terkejut mencari suara yang berkata tadi. Namun dia tidak melihat sesiapa pun di dalam bas itu melainkan dia dengann......

hahahha.. jeng...jeng..jeng.. apa dah jadi pada Adzrelina.... nantikan di bab seterusnya (◍•ᴗ•◍)❤

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience