Bab 15

Short Story Series 16005

Seminggu kemudian...

Deyna dan suaminya Aidil Haziq dalam perjalan pergi ke airport untuk pergi berbulan madu tetapi itulah si encik crush ni ehh bukan encik suami ni masih rahsiakan ke mana nak pergi.

"Awak still tak nak bagitau kita pergi mana?" tanya Deyna apabila dah berada di dalam airport.

"Abang." balasnya selamba dengan senyuman masih melekat dibibir.

Mulut Deyna dah muncung ke hadapan.
"Yelah. Abang kita nak honeymoon mana?"tanya Deyna sekali lagi dengan lembut.

"Rahsia Qasha. Nanti sampai sana sayang tau juga." terus dia memeluk bahu Deyna.

"Best tak tempat tu?" tanya Deyna lagi sementara menunggu untuk masuk ke balai perlepasan.

"Of course la best dan romantik."

Belum sempat Deyna bersuara, pengumuman untuk masuk ke balai perlepasan diumumkan.

Pendengarannya kurang jelas yang cuma dua dengar 'NI' sahaja. Deyna sudah menggarukan kepalanya. Aidil Haziq ketawa kecil melihat isterinya.

"Jom. Nanti sayang tau juga."terus dia menarik tangan Deyna.

Santorini, Greece

Sedang Deyna termenung melihat matahari terbit, ada seseorang melabuhkan duduk disebelahnya dan tak lain tak bukan suamiku Aidil Haziq.

"How do you know yang saya teringin nak pergi kesini?" tanya Deyna sambil menatap mukanya yang disinari cahaya matahari terbit. Hensem suami saya.

"All about you, abang tahu." terus dikenyit sebelah matanya.

"Jadi abang kata haritu nak cerita kenapa abang marah-marah masa saya buat dinner tu."

Aidil Haziq mengambil sebelah tangan Deyna dan cium sambil mata masih melekat dimuka Deyna. Ingatkan dah lupa pasal tu.

"Sebab abang jeles." jawabnya pendek.

Deyna tak berpuas hati dari dulu jawapan sama saja.

"Jawapan lain."

"Senang kata ingat Qasha abang ni sorang saja ada crush." katanya sambil menjongket sebelah kening.

Api cemburu dah naik.
"Siapa crush awak." terus Deyna mengalihkan pandangan memandang matahari yang dah terbenam. Matahari tu lagi hensem.

"Isteri kepada Aidil Haziq iaitu Deyna Uqasha." jawabnya sambil memegang kedua-dua belah pipi Deyna.

"Ceritalah." merengek Deyna bila jawapan yang dia nak tak dapat-dapat lagi.

Dia ketawa kecil. "Ok ok. Dah ready nak dengar?"

Deyna hanya mengangguk.

"Senang cerita abang on crush dekat sayang juga dari dulu lagi." katanya tersenyum kacak.

"Haa?" Deyna dah blur. Mata terkedip-kedip pandang encik suami. Lawak apa yang dia nak buat sekarang ni.

Dia ketawa kecil.
"Abang crush dekat sayang dari zaman sekolah juga." sambil mengenggam kedua belah tangan Deyna.

"Tipu." berkerut dahi Deyna pandang Aidil Haziq.

"Ya Allah. Tak dapat apa pun kalau tipu. Lain la kalau dapat kiss ke apa." katanya sambil tersenyum nakal. Terus Deyna menampar lengan Aidil Haziq lembut.

"Abang kata crush dekat saya tapi masa sekolah dulu bercinta dengan orang lain juga." tutur dengan nada tidak berpuas hati.

"Tak bercinta pun dengan kawan sebatch sayang tu. Dia saja yang kecoh lebih. Abang tak suka dia pun." Dia mengusap lembut pipi Deyna. Tangan suaminya memang tak tahu duduk dia.

Deyna sudah ternganga. "Kalau dia tak bercinta selama ni aku lari dari dia tu sia-sia sajalah. What the..." bisik hati Deyna.

"Tutup mulut tu." terus Aidil Haziq menolak mulut isterinya dari terbuka.

"Ada satu benda lagi abang nak bagitahu." katanya selepas kesunyian melanda.

"Apa?"

"Abang dah tahu lama dah pasal misi-misi Qasha tu sebab itulah senang ja settle misi itukan."

"Tapi itulah abang boleh terlupa yang misi itu sebenarnya untuk abang. Kalau tidak dari haritu lagi abang dah tarik Qasha jumpa tok kadi." sambungnya sambil tersengih.

Muka Deyna dah bengang dah rasa macam dipermainkan.

"Are you kidding me? Eii sajakan buat saya macam tu. Ingat senang ke nak rancang benda itu semua tapi awak..." belum sempat Deyna menghabiskan kata, ada sesuatu yang menyapa lembut bibirnya.

Deyna beku.

"Abang tak sengaja Qasha. Sebab itulah bila abang teringat semua tu terus abang cari awak." katanya selepas melepaskan ciuman.

Belum sempat Deyna nak bertanya lagi tiba- tiba terasa tubuhnya diawangan.

"Stop. Nak tanya apa lagi semua benda dah terbukti dah tak payah pening-pening dah. Encik crush dah jadi suami kepada cik terbantut dah." katanya selepas mengangkat Deyna gaya bridal style.

Deyna mengeratkan pegangan dilehernya.

"Jom masuk dah nak gelap." ajaknya dengan senyuman nakal.

"Gatal" gumam Deyna perlahan.

Aidil Haziq mencium dahi Deyna sebelum berjalan.

"Abang dengar." katanya perlahan.

Deyna hanya tersenyum.

Keesokkannya....

Deyna hanya duduk di dalam bilik memandangkan itu satu arahan dari suaminya.

"Dah nak dekat pukul 9 mana laki aku pergi ni." Deyna baringkan tubuhnya atas katil sambil mata memerhati syiling.

Ting tong~

Cepat-cepat Deyna membuka pintu dan ada seorang perempuan yang memegang beg kertas.

"Selamat malam Puan. Saya ada sesuatu yang nak bagi kepada Puan." Terus dia menghulur beg kertas itu.

Tanpa banyak soal Deyna mengambil hulurannya.

"Nanti Puan dah siap Puan keluar ya. Saya tunggu diluar." Dia capai tombol pintu dan tutup

"Apa benda ni." Gumam Deyna perlahan.

"Baju?" berkerut dahi Deyna melihat baju itu. Cepat Deyna masuk ke dalam bilik air.

Perempuan itu membawa Deyna ke suatu tempat. Beberapa kali dah dia tanya tetapi jawapannya dibalas dengan senyuman.

"Kita nak pergi mana ni?" Tanya Deyna lagi. Mencuba nasib dan seperti biasa perempuan itu hanya senyum.

"Saya tinggal Puan dekat sini ya." Terus perempuan itu berlalu pergi.

"Ok sekarang ni aku nak buat apa." Mata masih terkebil-kebil memerhati perempuan itu yang semakin jauh.

Tiba-tiba ada tangan yang memeluk Deyna dari belakang.

"Hai my cik terbantut." Dan ya dia suami Deyna, Aidil Haziq.

"Kenapa kita dekat sini." Tanya Deyna perlahan.

Aidil Haziq memusingkan tubuh isterinya menghadap mukanya.

Lampu tiba-tiba menyala. Dan dibelakang Aidil Haziq, Deyna nampak ada meja yang dipenuhi oleh lilin dan bunga ros dan sebuah lukisan besar yang terletak elok diatas meja.

"What are you doing?" Mata tak lepas memerhati mukanya yang tersenyum kacak.

"Suprise." Katanya sambil menarik tangan Deyna pergi ke meja. Dia mengenggam erat tangan Deyna seperti tidak mahu lepas.

"Gambar itu gambar yang masa dekat tasik. Abang lukis?" Terpegun Deyna melihat gambar itu. Patutlah dia minta gambar. Nasib tak santau je.

"Yes and this my homework yang tulis dalam misi awak. Homework abang lukis muka Qasha dan yang itu gambar nikah kita.". Tunjuknya lukisan yang berada diatas meja yang dipenuhi oleh lampu.

Mata Deyna sudah berkaca-kaca tunggu masa nak mengalir saja. Bila masa dia lukis gambar nikah.

"But..." belum sempat Deyna bercakap Aidil Haziq melekapkan jari telunjuknya dimulut Deyna.

"Abang buat semua ni sebab nak ganti apa yang Qasha pernah buat dulu. Kalau abang tak buat perangai mesti kita dah bahagiakan."

Deyna mengelengkan kepala seraya tersenyum manis. "Mungkin masa itu belum sampai untuk kita bersama tapi sekarang kita dah bahagiakan."

"This is special for you. Only for you." Dia mencium kekura tangan Deyna.

"Thank you my husband." Air mata bahagia sudah mengalir.

"Encik crush?" Usiknya mengembalikan senyuman Deyna.

"No more encik crush." Deyna mengerakkan jari telunjuk kiri kanan.

"Yang sekarang ni cuma ada encik suami." Terus Deyna tekap tangannya didada suaminya tepat dijantung.

"Abang ada dua." Tersenyum Aidil Haziq apabila isterinya sudah menunjuk muka tidak puas hati.

"Nak tahu tak?" Dia menjongket keningnya.

Deyna hanya mengangguk.

"Abang ada cik isteri Qasha dan cik terbantut yang ketot." Gelaknya bila Deyna mencubit lengannya.

"Orang tengah sweet la." Tajam Deyna menjelingnya.

"Abang pun tengah sweet kot." Tangannya memeluk pinggang Deyna dan tarik rapat ke arahnya.

"I love you my wife." Katanya lembut.

Deyna tersenyum manis.

"I love you too my husband."

Beberapa bulan kemudian.

Hari ini hari lahir Aidil Haziq jadi Deyna mahu membuat kejutan selepas dia pulang dari kerja.

Deyna terdengar bunyi deruman kereta tanda Aidil Haziq sudah pulang. Cepat-cepat Deyna berlalu pergi kebelakang rumah.

Deyna terdengar panggilan dari suaminya.

"Qasha. Where are you?" panggilnya lagi.

Belum sempat Deyna menyahut dia sudah nampak kelibat Aidil Haziq yang terkaku di hadapan meja yang dihiasi bunga ros.

"Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy biryhday to my husband,
Happy birtday to you."

Deyna terus memeluk Aidil Haziq dari belakang.

"Saya isteri kepada Aidil Haziq tak akan pernah berhenti untuk mencintai abang. Saya akan tetap setia menemani abang hingga tua nanti. Selamat hari jadi suamiku sayang. Terima kasih kerana telah menjadi yang terbaik dalam hidup saya dan menjadi encik crush pujaan hati saya dan akan kekal menjadi pujaan hati saya."

Usai Deyna habis bercakap Aidil Haziq memusingkan tubuhnya dan terus mencium dahi Deyna

Aidil Haziq mencantumkan dahinya dan dahi Deyna.

"Thank you, Qasha."

"Patutlah call tak angkat, mesej tak reply lepastu pagi tadi morning kiss pun tak ada." katanya sambil mengucup hidung Deyna.

Deyna hanya tersenyum.

"Jom duduk. Saya ada hadiah special untuk awak." terus Deyna menarik tangan suaminya untuk duduk dikerusi.

"Awak buat seorang ke sayang?" tanyanya sambil menyuap makanan masuk ke mulut.

"Tak lah. Tadi Hazirah dan Dayyan datang tolong." Deyna memandang suaminya sambil menongkatkan sebelah tangan didagu.

"Hazirah mengandung tak akan dia tolong juga." tanyanya lagi.

Ya Hazirah mengandung dah masuk 6 bulan dah.

"Dia tolong yang ringan-ringan ja."kata Deyna perlahan.

"Qasha tak makan."

Aku hanya mengeleng.

Aidil Haziq mengelap mulutnya dengan tisu.

"Mana hadiah abang." terus dia menghulurkan tangan.

"Ehh tak malu ke minta hadiah?"usik Deyna. Tersengih Deyna apabila Aidil Haziq menjeling ke arahnya. Sekarang ni suaminya makin garang tetapi sweet tu masih ada. Pembawakan budak maybe. Ehh.

Deyna memegang lembut tangan Aidil Haziq.
"Pejam mata dulu." tersenyum Deyna bila dia mengecilkan matanya memandangnya.

"Jangan macam-macam Qasha." tegas dia berkata.

Deyna mengelengkan kepala sambil membuat muka tidak bersalah.

"Cepatlah" gesa Deyna. Dia dah tak larat. Badan dia sekarang dah cepat penat.

Usai sahaja Aidil Haziq memejam mata Deyna meletakkan satu kotak kecil ditapak tangannya.

"Ok dah boleh buka mata."

"Can I?" pintanya untuk membuka hadiah.

Deyna mengangguk sambil tersenyum bahagia.

Aidil Haziq memandang isterinya dengan mata yang berkaca-kaca selepas membuka hadiah itu.

Terus dia membawa Deyna dalam pelukkan.

"Dah berapa bulan?" tanyanya sambil mengusap perut Deyna yang belum membesar

"Tiga." balas Deyna sambil mengelap air mata suaminya.

Hadiah yang Deyna beri adalah ultrasound dan pregnancy test. Deyna pergi check masa suaminya pergi kerja dan dia pun tak sangka yang dia bakal jadi mommy to be.

"Thank you Qasha." ucapnya.

Deyna memegang lembut pipi suaminya.
"Terima kasih juga sebab sudi hadir dalam hidup saya dan bahagiakan saya dalam beberapa bulan kita jadi suami isteri. Awak suami saya dan"

Deyna mengambil tangan suaminya dan meletakkan dia perutnya.

"Dan ayah kepada anak-anak kita sampai jannah." kata Deyna sambil mengusap lembut tangan Aidil Haziq di perutnya.

"Qasha do you know yang walaupun badan sayang semakin membulat, bagi abang ia hanya seperti kucing comel yang kuat makan. Walaupun diri awak sering lambat bersiap, bagi abang ia hanyalah detik jam berputar untuk detik bahagia kita. Gelagat sayang adalah kegembiraan abang buat selamanya."

"Ada pula samakan orang dengan kucing. Ingat sweet ka?" Deynabmenjeling Aidil Haziq.

Aidil Haziq ketawa.
"Awak isteri saya dan mama kepada anak-anak kita." terus dia mencium dahi isterinya.

"Sayang Awak Cik Terbantut." kata Aidil Haziq selepas mencantumkan dahinya dengan dahi isterinya .

"Sayang awak juga Encik Crush." kata Deyna dengan senyuman manis.

Semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke jannah seperti yang ditulis di surat misi dan diLuh Mahfuz oleh Allah SWT kerana Cik Terbantut hanya untuk Encik Crush dan Encik Crush hanya untuk Cik terbantut.

Telah ditakdirkan Deyna Uqasha hanya untuk Aidil Haziq.

TBC...
Follow and Comment to unlock last chapterrr.

Satu bab je lagi. Can i know what you feel bila baca buku ni? bosan? makin hambar?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience