Pinjam untuk Padam

Poetry Series 2151

Buat kamu yang masih terkadang ada di minda dan ingatan,
Apa kau baik-baik saja tanpa aku?
Apa kau boleh bertahan lalui semua ini?
Apa kau tenang sahaja seperti hari kau tinggalkan aku?
Aku tidak mahu kembali,
jadi berhentilah memaksa dirimu untuk terus mengharapkan aku.

Kisah kita sudah berakhir sejak hari kau tinggalkan aku.
Aku mahu lupakan seketika tentang kau.
Supaya aku boleh melupakan kau untuk selamanya.
Kau itu istimewa, tapi bukan untuk aku.

Jadi pergilah.
Aku tak minta untuk kau hadir dalam setiap ingatan aku,
Aku tak minta untuk kau kekal berada dalam imaginasi aku.

Aku cuma minta waktu dan ruang.

Untuk seketika ini aku sedang biasakan diri untuk perlahan-lahan memadam apa yang perlu.
Jadi pinjamkan aku dirimu supaya aku terus ingat kesakitan yang kau beri dan melupakanmu menjadi lebih mudah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience