Bab 10

Crime Series 28566

Aku duduk termenung di jendela bilik Qarl. Aku mahu pulang. Dia taknak bebaskan aku.

Perlahan-lahan aku seka air mata. Qarl melangkah masuk ke bilik. Dia merenung aku. Tajam. Barangkali terkesan dengan mataku yang berkaca.

"Anna, kau kenapa? Apesal kau nangis? Aku pukul kau ke?"

Dia menghampiri aku.

"Aku nak balik. Aku rindukan mak ayah di kampung."

Dia berpeluk tubuh.

"Kau tak suka duduk sini dengan aku?"

Iya. Aku benci duduk sini. Kau culik aku.

"Baru 4 hari, Anna. Kau fikir semudah itu untuk lepaskan kau?"

Apa yang kau mahu daripada aku, Qarl Lee?

"Kau nak duit? Untuk apa jadikan aku tebusan? Nak ugut mak ayah aku ke?"

Qarl terdiam.

Aku tak boleh lepaskan kau, Anna.

"Walau kau merayu dengan aku sekalipun, keputusan aku tetap sama. Aku takkan lepaskan kau."

Air mata aku mengalir lagi.

Kau jahat, Qarl. Aku benci kau.

"Sudah! Kesat air mata kau, Anna. Jangan cuba tagih simpati. Aku bencikan air mata perempuan."

Aku mahu lari. Aku akan cari jalan untuk lari. Lari jauh daripada kau, Qarl.

"Anna. Jangan tunjuk muka sedih di sini. Air mata kau tak laku di depan aku."

Hati kering. Kejam. Pentingkan diri sendiri. Bebaskan aku, setan.

Pilihan apa yang aku ada? Lari, Anna. Lari...

"Anna, kau patut rasa happy tinggal dengan aku."

Happy apanya? Jiwa aku rasa terseksa, Qarl.

Aku memalingkan wajah. Tidak mahu memandang wajahnya.

Qarl berlalu keluar. Tanpa mahu memujuk aku yang sarat dengan rasa sedih.

Mak.
Ayah.
Mira.

Anna nak balik. Tolong Anna.

Aku diberi kebebasan untuk bergerak dalam sekitar rumah ini.

Aku dipaksa jadi bibik. Mengemaskan bilik konco-konconya pula. Rumah ni agak besar. Dan punyai banyak bilik.

"Shark, perhatikan perempuan ni buat keje dia. Kalau dia curi tulang, kau roger dekat aku. Dan, jangan ganggu Anna aku. Kalau kau dan yang lain sentuh dia, jaga kau, Shark."

"Okay, bos."

Qarl mahu ke mana?

Aku takut ditinggalkan seorang diri. Bukan boleh percaya konco-konconya ini.

Memandang aku dengan wajah yang semacam.

"Woi perempuan, jangan lembap. Kemaskan cepat. Bos suruh kau bersihkan bilik ni. Banyak lagi keje kau kena buat. Jangan nak curi tulang."

Iya. Aku tahula. Main mengarah pulak.

Aku menjeling.

Tiga jam kemudian...

Haih penatnya, rasa macam nak patah pinggang ni.

Aku baru selesai kemas bilik di tingkat atas. Sedang menyusun atur perabot di bilik itu, pintu bilik tiba-tiba ditutup.

Aku kaget.

Memandang ke arah pintu. Kelibat seseorang.

Tidak pasti konconya yang mana satu. Dia tersenyum memandang aku.

Aku memandang dia. Wajahku pucat.

"Apa kau buat dalam bilik ni? Keluar! Aku belum selesai kemaskan lagi."

Dia tersengih. Menghampiri aku.

Tiba-tiba, konconya menolak aku ke dinding.

"Kau ni cantiklah. Bos takde. Apa kata kau layan aku?"

Memegang pipi aku. Berani kau sentuh aku.

Bullshit.

"Kau lupa pesan bos kau ke? Jangan sentuh aku. Kau nak aku report dekat dia?"

Aku cuba takutkan dia. Cuba ugut dia agar dia lepaskan aku.

"Alaaa... Bos takde. Bukan dia tahu pun. Jomlah sayang. Kita berseronok."

Tangan aku cuba menggapai sesuatu di atas meja sebelah. Pasu.

"Boleh jugak. Sementara tunggu dia balik. Kita have fun dulu."

Dia makin tersengih.

"Okay sayang. Macam ni la. Layan aku."

Dia merapatkan dirinya dengan aku.

Dia mahu mengucup bibirku. Aku mengelak.

Pasu tadi aku hantukkan ke kepalanya. Dan aku lari. Keluar dari bilik.

"Celaka kau perempuan. Tak guna. Aduhh..."

"Shark... Shark..."

Aku memanggil Shark. Shark tiada. Mungkin sebab itulah, konconya berani mendekati aku.

Tiada sesiapa. Cuma aku dan dia.

Konconya tadi keluar dari bilik dan meluru ke arah aku.

Aku ditampar sekuat hati. Darah mula mengalir di bibir.

Qarl, tolong saya. Selamatkan saya.

Dia makin aggresif. Cuba menghimpit aku.

"Kau ni kan, memang nak kena. Layan aku cepat."

Dia mengekek gelak. Kepalaku terasa berpinar.

Pintu utama dibuka dari luar.

Terpacul wajah Qarl. Shark juga ada.

Qarl menendang dia. Teruk juga konconya yang gatal itu dibelasah.

"Shark, aku suruh kau tengokkan Anna. Jangan tinggalkan dia seorang diri. Kau tengok apa dah jadi."

"Sorry bos. Saya cuci kereta tadi."

Qarl Lee mendengus.

"Berani kau nak apa-apakan Anna aku. Tak guna. Baik kau mati!"

Qarl mengacukan pistolnya ke arah konconya.

Tidak. Aku tak mahu dia menggunakan kekerasan.

Jangan bunuh dia, Qarl. Jangan tembak dia. Jangan lakukan jenayah lagi.

"Qarl. Tolong jangan bunuh dia."

Qarl memandang aku tajam.

"Kau dah kenapa? Dia nak apa-apakan kau tadi. Kau nak backup dia?"

Aku menggeleng. Bukan begitu. Aku tidak mahu melihat darah di tangan Qarl.

"Awak... Membunuh bukan caranya. Tolong... Jangan tembak sesiapa lagi."

Qarl menumbuk muka konconya itu. Dia mengetap gigi.

"Aku taknak tengok muka kau kat sini lagi, mintak maaf kat Anna sekarang. Dan... Berambus dari sini sebelum aku tembak kau."

Konconya itu bangun. Terhuyung-hayang.

"Sorry, Anna. Maafkan aku. Aku tak sengaja."

Aku terdiam. Tak tahu mahu maafkan atau tidak. Akhirnya aku mengangguk. Melihat air muka Qarl yang tengah marah.

"Arghhhhhh....."

Bang! Qarl menembak ke arah dinding. Aku takut dengar bunyi tembakan. Takut melihat dia bermain dengan pistol.

Qarl mendekati aku.

"Maafkan aku, Anna. Aku tak patut tinggalkan kau seorang diri. Tak guna betul dia tu."

Aku tak tahu nak kata apa.

Aku takut. Takut jika Qarl tak muncul, pasti aku...

Aku memejamkan mata. Air mata mengalir.

Qarl mengesat air mata aku. Darah di bibir juga dia kesat.

"Shhh... Jangan nangis. Aku ada kat sini. Dia da berambus. Kau selamat dengan aku."

Aku membuka mata. Qarl mengelus rambut aku.

"Anna. Kau okay kan?"

Aku menggeleng.

"Aku tahu kau takut. Jom, aku bawa kau masuk bilik."

Dia menarik tangan aku. Membantu aku untuk berdiri.

Setibanya di bilik Qarl, dia menenangkan aku. Nescafe dibancuh.

Mug dihulurkan.

"Aku janji lepasni aku akan jaga kau baik-baik. Takkan tinggalkan kau dengan konco aku yang tak guna tu."

"Anna."

Aku memandang dia.

"Kau marahkan aku ke?"

Aku menggeleng.

"Maafkan aku, Anna."

"Takpela, Qarl. Benda dah lepas. Jangan ungkit lagi."

Aku mahu marah. Tapi tak mampu nak hamburkan segala kemarahan.

Aku bukan perempuan murahan.

Aku rasa selamat dengan Qarl Lee seorang. Dia sendiri tak pernah sentuh aku keterlaluan.

"Anna, aku harap kau tak serik tinggal dengan aku."

"Kalau apa-apa jadi pada kau tadi, aku manusia yang paling bersalah."

Apa maksud kata-katanya itu?

Aku keliru. Qarl jahat. Lee baik. Bila digabungkan, Qarl Lee seorang yang jahat dan baik hati.

"Rehatlah. Aku da buli kau tadi suruh kemas itu ini. Aku cuma taknak kau rasa boring. Sebab tu aku bagi kau keje."

"Qarl, saya taknak da kemas semua ni. Kalau awak nak buli saya, bagi saya pegang kuali dengan senduk."

Aku lebih selesa duduk di dapur.

"Maksud kau, memasak?"

Aku mengangguk. Iya. Itu maksud aku.

"Okay. Mulai esok, kau dibenarkan masak apa-apa menu yang kau suka."

Aku tersenyum.

"Happy?"

Iya. Aku happy.

Qarl tersenyum sama. Comel. Sama seperti senyuman ketika dia menjadi Lee.

"Oh ya, aku ada belikan Nasi Ayam. Feveret kau. Makanlah."

Aku jadi terliur. Memegang perut. Iya. Aku lapar.

"Thanks, Qarl."

Dia mengangguk.

"Esok aku beli barang basah. Masaklah apa yang kau nak."

Aku tersengih. Yeayy. Sekurangnya aku tak rasa terkurung. Aku suka memasak dan menjamu orang makan.

Aku menjamah Nasi Ayam dengan senyuman di bibir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience